Ini adalah permintaan dari Ketua polis negara , Tan Sri Musa Hassan sama2 kita utk membasmi gejala ragut ni... Lihat berita di bawah:
'Kerjasama orang ramai diperlukan'
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai bekerjasama dan membantu bagi menghapus jenayah ragut yang kini berada pada tahap membimbangkan sehingga mengakibatkan kematian.
�Kerjasama orang ramai mampu mengurangkan gejala ini dengan bertindak membantu polis memantau perkara di sekeliling mereka,� katanya pada sidang media selepas merasmikan program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi di sini, semalam.
Beliau yang diminta mengulas mengenai kejadian ragut yang berlaku berkata, jenayah sedemikian berada di mana-mana saja.
�Walaupun baru-baru ini kita mengadakan operasi bersepadu secara besar-besar bagi menangani gejala jenayah termasuk isu mat rempit, perkara seperti ini tidak akan berakhir kerana apabila kita memberi tumpuan di satu tempat, penjenayah mengambil kesempatan di kawasan lain,� katanya.
Sementara itu, Musa berkata, mengenai kejadian mat rempit yang semakin meningkat kini, beliau berkata, mereka yang terbabit dengan gejala itu akan dikenakan tindakan tegas.
�Kini polis masih dalam perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, mengenai isu melarang motosikal memasuki Kuala Lumpur bagi mengurangkan gejala ini,� katanya.
Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim, berkata sikap orang ramai yang sering menganggap diri mereka tidak akan menjadi mangsa perbuatan jenayah, meningkatkan lagi risiko berlakunya gejala berkenaan kerana gagal mengambil langkah pencegahan lebih awal.
Sikap seperti itu juga yang menyebabkan kempen pencegahan jenayah sering tidak mendapat sambutan, manakala langkah penguatkuasaan pula tidak berkesan, sekali gus meningkatkan kes jenayah, terutama ragut.
Sementara itu, di KULIM, seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di sini, cedera di muka dan tangan selepas ditumbuk lelaki bermotosikal yang meragutnya ketika dalam perjalanan mahu mengambil anaknya di Kampung Tunku Putra, Kelang Lama di sini, kelmarin.
Ketika kejadian jam 2.20 petang itu, Rosyada Razak, 39, memandu kereta Perodua Kancil berseorangan untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh dipintas dan dihalang dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Kejadian itu menyebabkan Rosyada kerugian wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM5,000.