Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Lahir Malaysia :) (MERDEKA!)

Salam 1 Malaysia kepada semua!  "Tanggal 31, bulan 8, 57 MERDEKA MERDEKA!!" SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!...

Monday, August 30, 2010

CONTEST : Ramadhan Raya GA

Salam 1 Malaysia! Disini along nak bagi tahu sikit ni. Ada orang buat ramadhan GA hehehe.. Siapakah dia??? Oh! Dia adikku beb! hehhehe (bangga-bangga!) Excited sungguh dia buat GA. Berkobar-kobar dia cari hadiah untuk uols sume..  "Angah, bagi along jela hadiah tu ek? ekekkke" Ini merupakan cabutan bertuah.. Siapa yang bertuah, dialah dapat hadiah raya ni.. Kalau korang nak join boleh KLIK SINI TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 SEPTEMBER 2010 (lagi sikit nak raya hehehe!) Cepat-cepatlah join dapatkan hadiah yang BEST itu! :) P/s: Pandai adik along buat GA, followers pun mengalahi along heheheh along bila nak buat GA...

CONTEST : Duit Raya Fitri Hadi.Com

Contest Duit Raya Fitri Hadi.com "Selamat Hari Raya, Aidilfitri Mulia, Ampun Maaf Dipinta sebab kami nak duit raya!!!"Lagu Ahmad Jais yang diubah suai hehehe..Raya tak lama lagi tiba, pejam celik-pejam celik lagi 11 hari nak raya woo!!!Ini yang dinanti-nanti kan oleh semua umat Islam seluruh Malaysia :D Nak tau tak? Hari ni happy sangat sebab along ada jumpa dengan jejaka bernama Fitri yang baik sangat nak bagi kita duit raya. Ni dah jodoh namanya hehehe.. Dengan rasa berbesar hati, nak lah juga kita yang dah besar ni dapat duit raya, Korang pun boleh dapatkan jugak, kalau nak gi jumpe dia KAT SINI pasti dia suka korang jumpa dia kat situ hehehe~...

Kemas Raya!

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia!  (Ini pandangan dari luar rumah kami)  (Ini kedudukan asal deko rumah kami) Semalam aktiviti paling best sebab kami sekeluarga mengemas rumah! Awal tak kemas? heheheh.. Al maklumlah, masa semakin laju meninggalkan kita so, ada masa terluang tu kami kemas lah apa-apa yang patut. Macam korang tengok kat atas tu, tu lah rumah saya. Walaupun tak sebesar rumah orang lain, tapi along bersyukur kami ada tempat berteduh "Rumahku Syurgaku" Cewah! :) Ini kedudukan asal rumah kami. Semalam agak ponat sikit ubah suai rumah ni.. Nanti pic terbaru rumah kami akan along tunjukkan ae .. Kami bercadang tahun...

Thursday, August 26, 2010

Franchise Ke French Fries?

Salam 1 Malaysia Tadi along ada pergi taklimat mengenai French fries Franchise. Ni nak promote sikit, pada 29 September 2010 ini akan diadakan Majlis Pelancaran Usahawan Muda Franchise di PWTC. (Mati-mati ingat 29hb ni heheh salah tarikh da tadi) Perasmian itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. Tak sabar rasanya tunggu hari itu .. Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan muda mengenai perniagaan franchise ini. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada bakal usahawan muda untuk membuka perniagaan sendiri. Yang lebih best lagi tu, PNS menjemput 50 franchisor...

Wednesday, August 25, 2010

Love Is Everything

Salam 1 Malaysia Tengah marah-marah tadi, sudah jadi cool balik.. Tadi tengok email, macam-macam informasi yang terbaru yang ku tidak tahu. Ada pasal MCD, Lagu-lagu Lady Gagak Gaga, macam-macam lagi lah.. Ni, along nak share gambar yang along dapat dari ibu tercinta, beliau telah menghantar email dah lama dah.. Tapi tak berkesempatan nak buka hehehhe.. Pastu ibu tinggalkan message: Along, kasih sayang yang begitu tak dapat nak diucapkan walaupun isteri dia cacat. So responsibilities's type of he is.. you see that pictureSo, along nak share lah dengan korang, C ya! P/s: Jika itu jodoh kamu, jagalah dengan sebaik-baiknya...

Pendrive ku kena VIRUS!!!!!!!

Salam 1 Malaysia! Waaaa..... sakitnyer ati bila pendrive kene VIRUS yang DURJANA ini!!!!! Kali ni VIRUS ni makan folder kita! (Awat? tak cukup ke dah makan fail-fail sebelum ni????) Huhuhuhuhu... geramnyerrr!!!! Kat library ni macam dah jadi penternak VIRUS terhebat! Abislah semua dokumen ku... (mana nak dapat balik nih!) Huhuhuhuh~ Kita buat folder supaya kelihatan kemas.. Ni buat folder dah kena makan! Waaaaaa... bengannggg sangatttt.... P/s: Bengang-bengang sampai sakit pale!...

Monday, August 23, 2010

Yeay! Da dapat tempat Practical Training!

Salam Ramdhan & Salam 1 Malaysia Hari ini along ada quiz. 1 subjek. Mujur hari ini 1 kelas je. Dapatlah study mana - mana yang patut. Lagipun quiz pukul 4 petang. (Lama lagi wooo.. sampai sini awal pagi) Sudah puas mentelaah nak rehat jap tengok blog hehehe (Ada lagi tak cover tuh!) Masa tengah belajar tu, tiba-tiba dapat panggilan telefon mengatakan along telah berjaya mendapat tempat practical. Lagi 2 hari surat confirmation keluar. Seronoknyerrrrrr!!!! Dalam seronok-seronok ni along bersyukur kepada Allah kerana Dia telah permudahkan semua urusan along.. (terharu) Mudah-mudahan tempat tu sesuai dengan along dan along dapat membuat thesis dengan jayanya .. Janganlah ada pape masalah minta dielak lah.. Dapat tawaran berjaya tu terus saya menghubungi ibu. Ibu ucapkan tahniah pada saya!...

Sunday, August 22, 2010

Rezeki Pagi Ini :)

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia Selamat pagi kepada semua para blogger yang tak putus-putus kunjungi blog along yang simple ni .. Hari ni along nak share berita gumbira kepada semua! Ramadhan ini sebenarnya banyak menguji along sekeluarga lebih-lebih lagi dari segi kewangan. Pelbagai cara kami lakukan untuk menambah pendapatan keluarga kami. Maklumlah, ibu along 'single parents' nak menanggung 7 orang anak yang masih belum bekerja ni memang dia terasa susahnya. Tapi along tahu hati seorang ibu, walaupun susah, dia tetap kuat demi anak-anak nya. Tak sabar rasanya nak habis belajar dan terus kerja bantu ibu tercinta. Macam-macam kami...

Saturday, August 21, 2010

Blogstarz Macam ******** (Nak cakap tak baik plak!)

Salam 1 Malaysia! Korang pernah dengar Blogstarz? Suatu ketika dulu blogstarz makin HOT di akhbar terutamanya di Harian Metro. Setiap kali beli sahaja ada sahaja iklan-iklan mengenai Blogstarz. Sampai rabun mata orang-orang yang mahu mencari pendapatan lebih dengan blog! Along juga turut jadi rabun time tu! Masa operasi Blogwalking tadi, along terjumpa satu topik mengenai BLOGSTARZ PENIPU Apa lagi, along pun berminat lah nak baca perkembangan itu, tiba-tiba teringat kisah yang pernah along, ibu dan rakan-rakan lain mengenai itu. Sekarang, dimana hasilnya? Di mana janji-janji nya? Yang boleh membuat kita mencecah RM5000 sebulan? Memang frust...

Blog Walking

Salam 1 Malaysia! " Salam singgah" "Mari datang ke blog saya" "Up traffik!" "Tinggalkan alamat di blog saya" Macam-macam lagi bila kita blog walking kan? Korang suka BW tak? Sejak menjak ni along suka BW (nak promote blog sendiri juga hehehe) kenapa? Bukan sekadar ingin memperkenalkan blog sendiri tetapi mencari teman-teman baru.. Bak kata orang dulu-dulu berkawan biar seribu, bercinta biar tiga segi satu.. Hehehe.. Kadang-kadang tu sunyi bila tiada kawan datang ke blog kita, sunyi tiada komen seolah-olah kita syok sendiri berinteraksi. Macam pernah along postkan entry sebelum ini kita mungkin perlu ada aura untuk blog kita kan? Ini yang cuba along usahakan. Untuk menjadi diri sendiri dalam berblogging cewah! Bila proses BW, along tengok cantik-cantik sungguh blog blogger-blogger yang...

Friday, August 20, 2010

Dimanakah Aura Ku????

Salam 1 Malaysia! Wah! nak jadi cam Mawi jugak. Time dolu-dolu kan Mawi disukai ramai kerana aura yang ada pada beliau. Kini dah ada 'slek' disebabkan sebab-sebab yg tertentu, auranya sudah hilang.. Takpelah Mawi, cuba kembalikan aura anda yer :) Eh! ni bukan nak citer pasal Mawi. Habis satu page ni pasal Mawi pulak. Mana Aura ku?? (awat tibe-tibe citer pasal aura nih?) Apa itu aura? Dari kefahaman along aura ini sesuatu yang istimewa yang ada pada diri kita. Mereka yang mempunyai aura yang cantik, menarik , perwatakan positif, murah rezeki ia pasti kelihatan menarik dipandangan mata orang ramai. Sebab itu orang suka pada kita. Jika seseorang...

Sungguh Mulia Hatimu

Salam 1 Malaysia.. Sebak bila baca paper hari ini. Mesti korang ada terbaca anak yang kene simbah asid oleh bapanya sendiri kan? Memang sedih, sungguh kejam bapanya itu. Jika perkara itu berlaku pada diri kita adakah kita akan membenci bapa kita tu? Pasti bukan? Walaupun ada bapa yang nodai anak, bunuh anak, pukul anak, dan macam-macam lagi pasti seseorang anak itu, akan membenci bapanya. Termasuk jika berlakunya penceraian. Ada yang sampai mati membenci bapanya. Tapi tidak pada anak ini. Walaupun mukanya dah cacat disimbah asid, terasa sakit perit, dia tetap merindui bapanya.. Sungguh mulia hati anak ini.. P/s: Didikan ibu bapa dapat membina...

'Speed' membawa padah!

Salam 1 Malaysia! Everybody like speed. Because speed is make us become fast! (Wah cakap omputih tu) Tapi korang tau tak 'speed' ni membawa padah pada kita semua? Tadi di kelas kami dikongsikan 1 video yang mana pengguna jalan raya guna jalan raya tu macam bapak mereka yang punya. Menggunakan had kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kematian. Kalau kita lihat sekarang ni, pengguna jalan raya semakin sell fish selfish sangat! Selalu kalau kat jalan raya tu, pasti rasa cam tak selamat jer. Tambah pulak jalan pasti jem. Sebab apa? sebab mereka yang tidak mempunyai etika dalam memandu. Harap belajar amik lesen tapi, langsung tak gunakan pembelajaran...

Thursday, August 19, 2010

Cinta Sampai Ke Syurga

Salam 1 Malaysia! Apa khabar semua para blogger hari ini? Semoga baik-baik belako! Ha.. Puaso tak? Jangan tinggal-tinggalkan iyo.. Maaf sudah lama tidak update entry baru (baru berapa hari ek?) Bukan apa, internet kat library ni tak leh nak access google.. nak buka blogspot pun tak dapat.. Setiap hari bawak laptop tapi tak dapat gak huhuhuh.. Rindu wo ngan blog ni.. Memandangkan kelas habis awal, so I relax2 minda dengan membaca entry - entry terbaru dari blogger-blogger yang I follow :) Macam-macam cerita ada.. tapi turut simpati apa yang berlaku pada Sepet & Qery sebab tingkap kereta mereka pecah dan barang - barang dalam tu semua dikebas oleh manusia yang tak bertanggung jawab itu! Takziah kepada mereka.. Melakukan operasi Jalan-jalan lagi banyak pula yang menulis isu tentang penceraian...

Monday, August 16, 2010

Berita Buruk!

Salam 1 Malaysia! Maaf kawan-kawan, ada berita buruk untuk anda (suspennnnn) Tempahan kuih raya tidak dapat dilanjutkan sehingga 22 Ogos 2010 kerana kami terpaksa menghantar pesanan itu secepat mungkin. Ini untuk memudahkan proses penghantaran. Alhamdulillah kini sudah mendapat order 25 bekas :) (saya suke saya suke!) Terima kasih kepada para pembeli. Kami akan hantar pesanan anda pada tarikh yang ditetapkan. Yang mana ingin order jika nak buat tempahan hari ini sila email segera yer kerana..... ESOK ADALAH LAST DAY! (17 OGOS 2010) ( Maaf sangat ye kawan2... terpaksa) Nanti ada sebarang berita mengenai kuih raya ni, akan along update lagi.. P/s: Kuih Arab ramai yang suke! Tak sangka pulak ;p Jika nak tempah KLIK SINI...

Saturday, August 14, 2010

Ya Allah Jangan lah Aku Seperti Mereka itu..

Salam 1 Malaysia Sebak rasanya bila baca akhbar hari ini menyatakan jumlah "Anak Derhaka" semakin meningkat. Mengapakah perkara sebegini boleh berlaku? Dimanakah silapnya? Adakah silap dari didikan semasa kecil? Atau pun daripada pergaulan? Atau pun mendengar kata-kata 'teman hidup' sendiri? Kebanyakan ibu bapa sanggup bersusah payah untuk membesarkan kita , memberi kasih sayang, menahan lapar semata-mata untuk kita inikah balasan kepada mereka? Bagi keluarga yang miskin , ibu bapanya sanggup berkerah tenaga untuk mencari sesuap nasi demi anak-anak dan Bagi keluarga yang kaya pula, ibu bapa sanggup menghabiskan harta mereka demi kesenangan anak-anak dan menjadikan anak-anak mereka insan yang berguna. tidakkah kita sedar dengan semua itu? Tidak kah kita hargai semua pengorbanan itu? Betapa...

Friday, August 13, 2010

Apa Sudah Jadi Dengan Harga Ayam?

Salam 1 Malaysia! Masa di kelas tadi kami ada membincangkan mengenai harga ayam. Tiba-tiba pulak timbul isu tu.. Mungkin di bazar Ramadhan ramai yang beli ayam kot! Ayam kat pasar sekarang mahal ke? Maklumlah saya ni da 3 hari puasa tak pergi bazar hehehehe! Pensyarah saya memberitahu bahawa kerajaan tidak lagi mengawal harga ayam. Pendek kata kali ini harga ayam telah ditetapkan oleh peniaga sendiri. Itu yang naik mendadak tu.. Yang jadi mangsa adalah pelanggan.. Kata rakan-rakan kelas lagi, saiz ayam semakin kecil (ayam tak membesar ke?) tetapi harga naik. Kenapa jadi macam ni yer? (Maklumlah tak ikut perkembangan semasa so tak tahu lah)...

Thursday, August 12, 2010

Kuih Raya! Mari-mari!

 *** Entry Kuih ni dibiarkan Stick mode, nak baca entry baru Scroll ke bawah yer*** Salam 1 Malaysia! Kawan-kawan, along ingin membuat iklan sikit. Ini iklan percuma bukan berbayar ok! Hehehe.. Iklan diri sendiri saje.. :) Adik along ni ada hobi baru. Beliau sedang berjinak - jinak menceburi perniagaan. Dekat fakulti dia telah berjaya membuat jualan. Ramai yang tempah melalui beliau. Dengan rasa kasih sayang, along nak bantu adik along ni untuk mendapatkan tempahan lagi . Korang berminat nak tempah kuih raya tak? Ini dia kuih yang adik along jual.. Along sertakan sekali senarai kuih dan harganya . Lihat dibawah ok! Coklat Oat (Best...

Sedang Lena Dikejutkan Oleh Jejaka Kacak! Oh!

Salam 1 Malaysia! Oh! petang -petang camni seronok kalau tido kan.. dengan rasa aircond nya wah.. lena tu.. hikhik! Tadi along da tertido di library ye uols! memang terasa lah kelenaannya setelah mentelaah pelbagai buku dan sambil melayari Internet yang sangat laju ni hahahha.. Setelah penat, apa lagi, amiklah masa untuk tido. Tengok orang sebelah ni syok tido, eden apa lagi BUP! letakkan kepala saja teros tido. Agak lama jugak tido tadi sampai mimpi yang indah-indah! (Amboi bahasa nak sarkastik! hahahhaha) Tengah syok tido tiba-tiba tersengar satu suara yang mengusik telinga ni.. Si Dia: Awakk... (Adui, sapa ni orang nak tido je kacau lah!) Si Dia: Oh Awak.. (Makin dekat plak suara, aku bermimpikah atau realiti ka??) masih pejam mata lagi ni.. Si Dia: Oh, Cik Awak.. Bap! terkejut...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak :)

Assalamualaikum, Selamat pagi & Salam 1 Malaysia! Memang dah di isytiharkan hari ni puasa ye u all.. So jangan 'excuse' ok! Ingat tu :) Di kesempatan ini, along ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua blogger-blogger ku yang tercinta.. Semoga ramadhan kali ini memberi sinar baru untuk anda sekeluarga.. Tingkatkanlah ibadah, nikmatilah kemanisan ramadhan ini dengan penuh keikhlasan.. Alhamdulillah Allah masih memberi kita peluang untuk menikamti ramadhan kali ini.. Jika ada tersalah silap sepanjang along berblogging ini maafkan lah yer... "Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan Fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala...

Monday, August 9, 2010

Selamat Hari Isnin!

Salam 1 Malaysia! Selamat Hari Isnin kepada semua para blogger diluar sana :D Semoga hari ini memberi semangat untuk kita terus menghadapi cabaran dan tempuhi hari-hari yang baru. Selalunya bila tiba hari Isnin sahaja, ramai yang mengeluh sebab kena pergi kelas, kerja, sekolah.. Huhuhuhu~ "Aduhai.. esok kejap da Isnin" "Kejap je nak kene pergi kelas" "Kejapnyer cuti.. cepatnya sekolah da bukakkk" "Kene buat kerja yang sama lagi.. Argh! Tensen!" Macam ni la keluhan-keluhan yang sentiasa dilemparkan oleh sesetengah individu. Kalau boleh, jangan lah rasa camtu yer.. Sebab bila niat kita dah rasa malas, maka malaslah jawabnya hari anda itu.. Jika kita tanamkan semangat, maka semangatlah hari anda ketika itu! Marilah kita sama-sama tanamkan semangat dan keazaman yang tinggi utnuk tempuhi hari-hari...

Friday, August 6, 2010

Saya Sayang Blog Saya!

Salam 1 Malaysia! Korang ada blog kan? Berapa blog u all ada? Mesti banyak kan? Susah nak manage tak? Ke biarkan berkubur jer? Tu semua terpulang hak masing-masing lah kan.. Korang sayang tak blog korang? Along sangat sayang blog along. Rasa bersalah je bila tak di cantek-cantekkan , dijaga, diberi pengisian samada fakta atau santai. Blog along lah peneman setia along. Along sayang sangat blog & weblog along! Berapa blog / weblog along ada? Korang nak tau??? http://gnola25.blogspot.com http://zonbisnes.com http://ereloadbiz.co.cc Baru tiga.. nanti nak ada lagi bole tak? heheheheheh! P/s: Rasa-rasanya nak buat contest ni lah! Erm... apa kata kamu? Pasti syok! (Akan difikirkan nan...

Thursday, August 5, 2010

Mari Kita Bakar!!!

Salam 1 Malaysia! Hehehehe... Kalau dilihat entry macam nak g perang kan? Takut tak?? Hehehehehe :D Alkisahnya.. ini adalah plan along sebelum berpuasa.. Mudah-mudahan ia menjadi amin.. Pada hari Sabtu ni, saya bercadang ingin membuat aktiviti bakar-bakar! Senangnye cakap BBQ lah! Hehehe Asalnya, tengok kat rumah-rumah jiran sekeliling masing-masing buat kenduri, jamuan, makan-makan bersama family tercinta.. So disebabkan itu saya sungguh JELES! ok! Tak suke! Tak suke! Tak suke! So, dengan idea yang muncul dengan bernas saya telah mengemukakan cadangan itu kepada semua... Akhirnya mereka SETUJU! mereka SUKA! Yeay! Menu pada hari tersebut...

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews