Wednesday, August 12, 2009

Ya Allah... terima kasih atas pemberian mu ....

Ya allah... along bersyukur sangat sebab, da byk tempahan untuk kuih... Eh? along terlupa nak announce kan... sahabat2 blogger ku, along ada 2 blog kali ni, iaitu MyIklan.biz & Reload25 . Di ruangan myiklan.biz ni along mempromosikan pelbagai jualan. Tapi yang paling utama along & family telah membuat bisnez sendiri iaitu 7Puteri HomeMade di mana kami menerima tempahan kuih iaitu Kuih Siput, Kuih Gunting & Kuih Simpul. Buat masa ni, inilah produk kami.

Alhamdulillah along bersyukur sangat2 kerana baru permulaan ni kami telah menerima byk tempahan. (along gembira kerana melihat ibu ku tersenyum... hanya allah yg tahu... :) )

Along ingin berusaha agar perniagaan kami akan terus maju sehingga akhir hayat kami....

Reload25 adalah jualan topup yang dikendalikan oleh along sendiri. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan along segera :) ( ini minat along jual topup! :) )

Oleh itu, along menjemput anda semua, jika ingin membuat tempahan kuih boleh berhubung dgn along k:) Tempahan ini bukan sahaja untuk raya, tapi untuk bila2 masa pun boleh... Kami sedia menerima....

Terima kasih atas kesudian anda melawati blog along :)

Nota: Ibu, along lega tgk ibu happy .... Along akan buat family kita bahagia... dan berjaya :)
Jemput2 lah dtg ek :)

Tuesday, August 11, 2009

Apa Kegunaan "FeedBurner@Subscriber?"


Emm... entry kali ni adalah sebuah pertanyaan...


Before ni pernah along tanya pasal nuffnang, masalah yahoo, pencarian casing hp...
So far, utk kes nuffnang da dapat penyelesaian... thanx kpd yg comment.. utk masalah yahoo, tak dapat langsung pertolongan dari sesiapa... cuma dapat kata2 semangat usaha lagi jer... yang memberi semangat tu along ucapkan terima kasih byk2!!!! sebab mereka membuat kan along berusaha terus berusaha! utk mencari jalan penyelesaian... ( alhamdulillah along dapat mengatasi masalah tersebut :) )


Untuk kali ni, along ingin bertanya lagi (tak abis2 along ni... ada jer nk tanya :0 )
Ape ek kegunaan feedburner ni? Bila along survey/kunjung/ziarah blog2 kat dalam alam maya ni, byk yang pakai feedburner/subsriber ni...

Even ada info, baca panjang2 lebar pun along tak faham... (jujur along katakan...)
Along kalu bleh nak explaination yang mudah along fahami... huhuh...
Along pun try gak r, sekadar mencuba... hehehehehehe (gatai)


So far, bila tgk kebanyakan mereka yang buat bisnez guna subscriber ni... btol x?
Emm... apa benefit yg kita dapat dari situ ek?


Di harap pertanyaan along ni dapat respon dari mereka yang arif tentang ni.....


Nota: Bantuan anda amat dihargai... semoga Allah membalasnya :) Berkongsi ilmu lebih baik kan? :)

Monday, August 10, 2009

Penyakit semakin serius..

Salam kepada anda semua...
Apa khabar anda semua?
Along harap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa...
Al-maklumlah sekarang ni penyakit H1N1 ni semakin serius & menyebakan banyak kematian yg tidak dapat dijangkakan...
Pagi ni along ada baca akhbar di Berita Harian bhw sudah seramai 9 orang yang meninggal akibat penyakit tersebut. Jumlah kini meningkat seramai 27 orang.
Along dpt info lagi yang Melaka kini menjadi tempat yang serius akibat wabak tersebut...
Ya allah... begitu besar dugaan yang Allah berikan kan?
Untuk menghindari penyakit itu marilah kita berdoa kepadanya..
Kebetulan along ada lihat satu doa di blog PERINDU CINTA ILAHI mudah2an ia dapat memulihkan kita serta menghindari dari wabak ni... Amin...
Along skg ni pun agak kurang sihat. Semalam tiba2 je sakit tekak... Tak dapat langsung nak bercakap. Seolah2 bengkak kat anak tekak ni...
Then along dapat petua dari akak along MissAdia yg dia soh perah limau nipis then masukkakn kat anak tekak ni... mak oi... masammmmm! nak baik kene telan gak kan... Alhamdulillah ni kurang sikit... Tpi bdn lak menggigilll... aduh...
Semalam adik along Fifa die call... Tempat dia belajar sekarang ni ramai dak yang sakit.. Tapi pihak pengurusan langsung wat endah tak endah. Patut ke camtu? Jgn lah disebabkan anda di pihak kerajaan tapi trait mereka mcm budak sekolah & membuat tempat belajar tu mcm dalam penjara... Cubalah cari langkah untuk mengatasi masalah2 kesihatan pelajar... bukan menyusahkan mereka serta ibu bapa mereka...
Sebagai ibu bapa mereka akan risau terhadap anak2 mereka... Fikir2kan lah Encik/Tuan/Puan!
Along harap adik along tu berada dalam keadaan selamat... dia pun kurang sihat, demam tak kebah2 g... :(
*Nota: Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa... amin...

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews