Thursday, June 3, 2010

Maafkan Along..

Ayah maafkan along sebab tak stay jaga ayah semalam..
Yela, skg mak guard & pak guard kat hospital tu kerek2 belaka..
Orang btol2 jaga ayah, dia kata ramai sangat yang jaga kat atas tu..
Bila kita turun pagi2 beli breakfast, pastu tak bleh nak masuk da..
Bila da daftar nama dia soh kita masuk 12.30pm tak ke gler????

Pastu, nurse2 kat situ pandang semacam jer bila kita jaga ayah..
Tau la wad tu wad lelaki, bukan kita buat apa pun kan..
So, bila dipandang macam tu, along jadi tak selesa lah...

Lagi pun sekarang ni ayah da bole jalan..
Tak perlu pakai kerusi roda lagi..
Along harap ayah usaha jalan uruskan diri ayah yer..

Jangan salah faham, along tau ayah kuat..
Jangan dimanjakan sangat sakit tu yer..
Along doakan semoga ayah sembuh..

Nanti weekend along ngan adik2 datang melawat ayah k :)

Along sayang ayah...


Wednesday, June 2, 2010

Memory Konvokesyen ke-72

Da lama rasanya tak update2 blog.. Sejak ayah sakit ni, along bergilir2 dengan angah untuk menjaga ayah. Sementara ada masa ni, along nak update sikit.

Along nak kongsikan berita gembira dengan uols sumer. Tanggal 26 & 27 Mei 2010 dua orang tersayang menghadiri Majlis Konvokesyen yang ke 72 di Uitm Shah Alam. Nak tau saper? Heeee....

Adik saya tercinta Sismoon Atikah

&

My luvleey sis Miss Aida :)

Hari ini memang hari sangat bermakna bagi mereka. Setelah berpenat lelah, memerah otak berhempas pulas untuk maintain kan CGPA mereka, akhirnya mereka telah dianugerahkan Alumni UiTM Diploma & Degree :)
Tahniah along ucapkan pada kalian berdua. Memang agak bangga jugak lah mereka telah tamat pengajian. Lebih2 lagi akak saya hihiih... Sonok la dia da keje, da dapat duit sendiri!

Lepas ni eden pulak berkonvo & bekerja heeee... Tak payah cakap banyak lagi, korang enjoy tgk picture ni k :)

Kita layan picture angah dulu hihihihihi!!! Check it out!


Ini angah dengan kawan dia yang masuk 'Dewi Remaja' tu hehehe tatau nama penuh panggil 'Na' jer..


Ini pula angah dapat hadiah dari Cik Yaya kita hehehe.. Macam bagi anugerah plak!


tak lupa juga Cik pcha! cezen akrab tu! hahahahah :D


Angah bersama ibu tercinta :) Manis kan ibu saya? kikikiki!

Angah ngan adik pemalu saya Amy.. Amik pic jer sepet jer mata dia HAHAHAH!

Ha! kawan2 sekalian! ini nenex saya!!! Kalau dia tau eden upload pic ni abislaaa.. Glemer gitu!

Selepas seronok bergambar kat UiTM kami pun bergegas ke hospital.. Amik gambar ngan ayah plak! Jom layan! Zassssssssssss!!!



Selesai sudah gambar bersama angah, jom tgk gambar my sis pulak! Jooommm Vrooommmm!!!


With family without adik & ateh....


BIG FAMILY!!!!! (adik sedara dia pun konvo gak pada hari yg sama )

Bersama saya & kak aeryn! heheheheheh!

Amacam? best tak tgk gambo2 ni? hehehehe... Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka!


NOR 'ATIKAH BT NORBAKI
BM111
DIPLOMA IN BUSINESS STUDY



NUR AIDA BT MOHD AMINODIN
AC220
BACHELOR IN ACCOUNTANCY

Luv u!!!!!


Israel SUCK!???

"Apa isu telah berlaku sekarang ni? Along hampir terpinga-pinga sebab tidak tahu apa cerita yang berlaku disebalik nya. Bila on Facebook(FB) tadi, sumer pic 'bergelap'. Sampaikan along tanya kat Miss Adia, 'kenapa semua bergelap?'" Kemudian diri ku ini dijelaskan mengenai isu itu..

Rakyat kini dikejutkan dengan berita bahawa serangan daripada pihak Israel ke atas kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disebabkan serangan yang dilakukan oleh pihak Israel menyebabkan berlakunya kematian , kecederaan yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia pada hari ini.

Lihat sahaja di FB banyak group telah dibina oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapat sokongan dari orang ramai utnuk membanters/mengutuk sikap serta tindakan yang di buat oleh pihak Israel.

Lihat sahaja gambar ini :

Gambar 1:



Gambar 2:



Gambar 3:


Ini pula info yang dikongsi oleh rakan FB..



(INI ADALAH ANTARA COMMENT YANG DIBERI OLEH RAKAN2 FB)

Persoalan disini, adakah kita hanya mapu membina group semata-mata untuk menunjukkan kemarahan / protes kita terhadap kelakuan Israel? Adakah hanya semangat berkobar-kobar dalam diri yang membuak itu cukup menghapuskan perkara ini?

Marilah kita sama menggunakan senjata kekuatan kita iaitu DOA agar Rakyat GAZA dapat diselamatkan, dan ISRAIL mendapat balasan yang lebih dari Yang Maha Esa.

Terdapat sedikit info yang diambil dari Nizam Malek Blog

"Dr Mahathir dalam kenyataannya menyebut, "Jangan sekadar kutuk kekejaman Israel". Beliau menegaskan masih ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh negara dunia termasuk Malaysia untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan tersebut."

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews