Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Ni nak cerita lah, rasanya raya kali ni sungguh bermakna. Sebab apa? Sebab rasanya semua kembali bersatu.
Masa raya pertama, sebelum kami bergerak ke rumah nenek, ayah datang rumah. Macam biasa lah makan juadah raya di pagi hari bersama keluarga syok tau!
Memang kami excited bila ayah sampai .. Pastu da siap salam raya semua (aku bagi adik2 duit raya caye takkk???) kami pun bersiap-siap gerak ke rumah nenek. Ayah juga turut menghantar kami (mintak tolong ayah sebab kete tak muat heheheheh!)
Masa tu berdebar jugak lah sebab ayah dah lama tak jumpa nenek & adik2 ibu (sejak berpisah ni la) Alhamdulillah mereka dapat menerima ayah dengan baik..
Tu sebab pertama. Sebab kedua plak, aku sendiri dapat berjumpa balik rakan-rakan lamaku. Rakan sekolah tu beb! Lama giler tak jumpa.. Masa tu tak silap raya ketiga kot! Dah mula konvoi g raya hehehehe! Dari pagi sampai malam (dasat tak???)
Sebab seterusnya plak, masa konvoi raya tu kiteorang bukan raya rumah kawan-kawan. Nak tau rumah sapa? Haaa.. kami raya rumah cikgu-cikgu sekolah kami! Memang tahun ni 1st time raya-raya rumah cikgu. Salunya tiap-tiap tahun kami hanya beraya rumah Ustazah Marina saje.. Heheheheh :) (Jgn marah ye cikgu-cikgu hehehe!)
Ok, the next reason is, adik belah ayah (pakcik kami) datang beraya ke rumah kami. Memang tak sangka lah.. Dapat juga berjumpa pakcik makcik yang dah lama tak jumpa. Memang sejak ibu ayah berpisah kami semua macam tak rapat pada waktu tu.. Inilah hikmah disebaliknya kan... Seronok layan kerenah adik-adik sedara yang kecik2 dan semakin ligat tu he! Yang paling seronok adik bongsu aku lah sebab ada kawan nak main.. ( Maklumlah dia sorang je kecik kan hehehe)
The last is, dijemput datang ke rumah terbuka jiran deret rumah kami. Mesti terkejut kan? Mesti korang ngn jiran korang baik2.. tapi tidak kami sekeluarga.. Sebab ada isu yang menyebakan kami tidak baik. Pastut tambah lagi ibu ayah pisah macam-macam lah mulut orang mengata. Tapi ni mungkin Allah nak kami bersatu balik agaknya.. Takpelah apa yang mereka dah buat pada kami, kami maafkan..
Sampai bila nak bermusuhkan? Allah pun tak suka kita bersikap camtu.. Betul tak??? Tepuk dada tanya hati kita :)
Memang tahun ni tahun kembalikan ikatan ukhwah sesama keluarga & jiran.. Semoga ukhwah ini berkekalan..
P/s: Maaf kerana ia terlalu peribadi utk dikongsikan, harap apa yang disampaikan memberi message yang berguna pada diri kita..
Wednesday, September 29, 2010
Teman Along
Categories
Artis
(2)
Award
(2)
Berita
(3)
Bola
(1)
Business
(13)
Cinta
(1)
Contest
(1)
Download Lagu/Zikir
(2)
E-book
(6)
Family
(26)
Geram
(2)
Gosip
(1)
Hiburan
(10)
Hotel Laman Seri
(2)
Informasi
(22)
Kucing
(2)
Lawak
(4)
Lirik
(3)
Luahan
(15)
Motivasi
(8)
Nota Peribadiku
(15)
Peraduan
(9)
Praktikal
(5)
Prihatin
(1)
Quiz
(1)
Ramadhan
(19)
Random
(41)
Santai Petang
(1)
Scammer
(1)
Selamat Hari Lahir
(10)
Selamat Pengantin Baru
(3)
Seram
(2)
Special day
(12)
Syawal
(2)
Tag
(3)
Tazkirah
(2)
Tensen
(6)
tips merapu
(1)
Tutorial
(3)
Twitter
(1)
0 comments:
Post a Comment