Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan 10.10.2010

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..



Rasanya korang semua tau mengenai kemalangan yang menyebabkan kehilangan 12 nyawa di highway seremban tu kan.. Along juga berasa turut simpati mengenai kemalangan itu.. Along ucapkan takziah kepada keluarga mereka yang telah kehilangan orang yg disayangi..

Kalau kita tengok kat akhbar, banyak pihak cuba ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah kemalangan ini. Antaranya yang along perasan, ada pihak nak bina terowong baru, tembok baru untuk pengguna jalan raya. Selain itu, ada juga pihak mengesyorkan supaya kita sentiasa cek brek kereta untuk mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku.

Rasanya cadangan itu sesuai kah? Tapi kalau dah bina semua tu, kemalangan pasti berlaku jugak kan? Adakah kemalangan ini berlaku disebabkan punca masalah dari jalan raya, brek , tayar ? Mungkin ya, mungkin tidak..

Bagi along tak semestinya faktor di atas itu menyebabkan kemalangan.. Ini semua berpunca pada sikap pemandu sendiri yang suka membawa kenderaan dengan had kelajuan yang tinggi. Tanpa kira siapa yang ada bersama mereka di dalam kenderaan tersebut. Bukan nak kata dengan isu bas tu jer, kalau kita tengok sekarang pengguna jalan raya banyak sangat pentingkan diri sendiri. Bagi mereka biar laju asalkan cepat sampai. Patut ke macam tu???

Kalau tengok kes bas ni, memang agak kecewa la.. Mungkin pemandu tu nak cepat sampai destinasi tapi nasib tak menyebelahi diri akhirnya terlibat juga dalam kemalangan. Tak mungkin sebagai pemandu bas mereka tak cek semua keadaan kenderaan tu kan.. Pasti itu perkara utama yang mereka lakukan sebelum memulakan perjalanan..

Dalam diri seseorang pemandu mereka patut ada rasa tanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang lain. Bayangkan dalam sebuah bas ada berapa ramai nyawa yang mereka bawa. Patutnya semua pemandu bas perlu ada sikap itu. Jangan hanya fikir, lakukan tugas + cepat sampai + dapat duit.

Syarikat juga perlu memainkan peranan dalam pengambilan pemandu yang beretika. Jika dah masalah ini berlaku memang 'confirm' nama + imej syarikat juga yang malu. Jangan yakin mereka yang ada lesen tu adalah yang terbaik untuk syarikat anda.

Jalan yang terbaik, memberikan latihan / training kepada semua pemandu dalam semua aspek seperti keselamatan..

P/s: Jadikan ia sebagai pengajaran. Mula lah untuk berubah supaya kadar kemalangan di Malaysia tidak semakin meningkat lagi..

Ingin lihat gambar? Boleh lihat disini:

KLIK SINI

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews