Friday, November 26, 2010

Berhati-hati dengan bantuan sebegini! Ini SCAMMER!

Salam 1 Malaysia!

Ha.. ni along nak bagitau ni.. Sila berhati - hati dengan manusia yang menghantar SMS yang berunsurkan mahu duit di telefon bimbit anda! Kerana along sendiri pernah dapat msg sebegitu..! Korang pun mesti pernah dapat SMS itu kan???

Masa along bertweet dan berfacebook tadi along perasan ada link dari Blog Azrul Hisham mengenai isu ni. So along pun nak post jugak sebab along sendiri pernah dapat message tu. Along tak nak lah korang pula terpedaya dan diperdayakan dengan message seperti itu.

Apa yang dilakukan oleh manusia tak bertanggungjawab itu? Yang mereka lakukan adalah..


MENGHANTAR SMS & MENGAKU SEBAGAI AYAH / PAKCIK MINTA TOPUP KAN MEREKA!


Keji gila kan?? Along pernah dapat dari SMS camni:

From : +6285342566501 (lebih kurang ini lah no.yang digunakan masa along terima msg tu)

"Ini ayah, tolong topupkan ke no.baru ayah 012XXXXXXX (along tak ingat no.tu) Ayah lagi ada masalah kat balai polis. Tak payah call. Topupkan segera."

Ha.. macam ni lah along dapat message tu. Memang sah-sah lah penipu besar dia ni. Mentang-mentang lah aku jual topup kau nak kencing aku ye! Korang nak tau? Masa tu ayah along betul ada kat hospital . Memang bongok lah mereka tu. Along tak layan langsung!

Pastu tadi, adik alongbagi tau yang ayah along sendiri pun terima msg macam tu. Pastu nak tau apa ayah along bagi?

"Awak ni salah nombor lah!"

Hahahaha.. Entah-entah tersentap mereka tu kan? Padan muka. So korang dinasihati berhati - hati dengan mereka yang tak bertanggungjawab ini ok!



P/s: Nak menipu tapi tak bijak ape daaaa! heh!

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews