Wednesday, December 15, 2010

Saya Sayang Ibu Saya!

Salam Readers..

Wah! statement yang hebat! Anda sayang ibu anda? Gilalah kalau jawapan sebaliknya kan.. Saya sayang sangat ibu saya! Tiba-tiba rasa nak post tentang ibu saya hahaha.. Kenapa tiba-tiba ek????? Entahlah.. angin kus-kus dah datang agaknya hehehe..

Sejak kebelakangan ini along sentiasa dengan ibu. Pagi pergi keja dengan ibu, sarapan pagi dengan ibu, malam balik keja pun dengan ibu, pegi pasar dengan ibu, pegi baiki keta dengan ibu, buat bisnes dengan ibu, semua dengan ibu! Tak pernah tade ibu.. Ibu sentiasa disisiku..



Tapi biasalah, seorang anak kadang-kadang degil. Bila dia marah, kita menjawab. Bila dia merajuk, kita tak pujuk. Bila dia membebel, kita pekakkan telinga. Bila kita moody, ibu jadi bahannya.. Tapi aku tetap menyayangi ibu. Adakah ibu begitu?

Kalau time tgk dia happy, memang aku happy.. Kalau tgk time dia moody... Geram den dibuatnya.. sebab satu rumah akan kena nanti hahaha.. Tapi bagi semua ibu sume tu perkara biasa saja kan..

Ibu saya seorang yang kental, tabah , kuat hadapi apa sahaja cabaran yang datang.. Dia tak pernah putus asa,malah dia sering berdoa untuk mendapat pertolongan, petunjuk, kekuatan, semangat!
Dialah ibu , dialah ayah..Dia lah segala-galanya..

Ibuuuuuuuu ALONG SAYANG IBUUUUUUU!!! IBU DENGAR TAKKK??????


*Gambar lama, takde baru hahahah! Teka mana ibu saya?*

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews