Nampak tajuk macam syahdu tak? (Syahdu la , syahdu la ) Ni nak cite, apa yang jadi semalam..
Semalam masa along khusyuk layan dinner yang sungguh melazatkan, dapat msg dari adik along sorang ni. Dia anta:
"Along, orang rindu ayah"
Macam agak pelik, dan terkejut sangat sebab tiba-tiba jer. Dia kata dia macam tak sedap ati dan dia nak jumpa ayah. So lagi lah hati along ni berdebar-debar. Apesal ngan budak nih, macam pelik. Along soh la dia g je telefon ayah kalau rindu. Sebab kebetulan ayah keluar pergi KL.
Si adik along ni tak nak plak telefon ayah, dia kata nak tunggu ayah sampai ayah balik. Tak pun dia nak cari ayah sampai dapat. Fuh! tak ke pelik tuuuuuu~
Sampai je along kat rumah along tanya dia nape, dia pun cakap tatau .. tiba-tiba jer.. dia nak sangat ju,pa ayah.. berjurai air mata dia.. menangis tak henti... pastu along amik keputusan bagitau hal ni kat ibu.. ibu pun gi jumpa dia dan tanya apa masalah dia..
Dari situ, baru dapat tahu bahawa adik along tu tak dapat terima perpisahan yang berlaku antara ibu dan ayah.. Memang dah lama dia pendam perasaan tu.. Ibu pun rasa sebak sangat.. maklumlah baru selami hati seorang anak..
Sedih kan? Yela.. bila ibu ayah berpisah, anak jadi mangsa.. Andai kata ibu bapa mereka pisah dari mereka kecil, mungkin tak terasa sangat.. tapi kalau macam mereka yang dah besar ni? Perasaan mereka sukar dikawal atau diramal.. Kadang-kadang ada je benda yang mereka pendam dan tak dapat di selesaikan..
Itu lah satu nya keburukan yang berlaku terhadap anak-anak.. tapi bukan nyer masalah macam ni tak dapat di atasi.. ia juga dapat di pulihkan dengan perhatian, nasihat, sokongan dari ibu bapa..
"Kekuatan , ketabahan ibu bapa adalah satu 'power' untuk anak-anak teruskan kehidupan..."
0 comments:
Post a Comment