Korang ingat tak lagi cerita Cinta Syhhh yang along ada post sebelum ini? Along sendiri tak tau apa motif blog itu diceritakan sehangat - hangat nya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan pembaca. Melalui penyampaian dari penulis blog itu membuatkan ramai yang tidak senang dengan cerita itu.
Kemudian, senang je boleh kata pembaca ni buat fitnah. Mana tak nya, jalan cerita tu membuatkan pembaca fikir bukan-bukan. Andaikata beliau membuat blog itu untuk menyatakan khidmat sebagai perawat mesti tak jadi macam tu kan? Maaflah ini sekadar pendapat along sahaja.
Tadi along ada jumpa satu tajuk dari satu blog mengenai isu YAM PERMAISURI AISYAH ini. Mungkin bila korang baca ni pun korang nilai kan balik apa sebenarnya yang terjadi.
Rasulullah SAW bersabda lagi : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”
P/s : Dimanakah kebenarannya..?
2 comments:
thanks for sharing..akan follow the link..memang tak patut semua ini terjadi..menjatuhkan maruah wanita muslimah..
Betul tu.. kesian maruah seorang perempuan dibuat begitu utk kepentingan diri je..
Post a Comment