Saturday, December 11, 2010

RM 10 pun bernilai tau!

Salam Readers!

Aku tak fahamlah kenapa anak muda sekarang ni fikiran cetek. Nak dapat duit dengan mudah je. Bukan nak keja. Tapi nak merompak, mencuri, meragut! Tak habis-habis! Mana jati diri dalam diri seseorang tu?? dah hilang ke?? Mak bapak tak ajar ke?

Nak kata tak sekolah, dah bawak pergi sekolah. Dari darjah 1 sampailah darjah 6. Pastu sambung lagi tingkatan 1 sampailah tingkatan 6. Tak cukup-cukup lagi ke ajaran diberi???

Tengok, kan diri sendiri dah merana.. 4 tahun lak kena penjara.. Hai.. macam-macam....

*Dah tertangkap baru tau anak bini ke??*

 
KUANTAN – Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.
Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.
Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.
Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

2 comments:

nur said...

itula.. rm10 kan dah kene tangkap..
ALL IN ONE

Along25 said...

Tu la... sia-sia je idup kan... jadikan pengajaran ok..

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews