Friday, July 30, 2010

Kerana Jual Kuih

Korang tahu kenapa sekarang aku bertungkus lumus untuk jual kuih? Kerana nak tolong ibu yang masih lagi menanggung 7 orang anak yang masih belajar Korang tahu apa perasaan bila kuih kita habis dijual? Kita akan rasa gembira sangat kuih kita laku dijual. Nak tahu apa lagi perasaan yang timbul? Kita rasa bersemangat untuk berusaha membuat macam-macam jenis kuih untuk menampung keluarga. Korang tahu berapa untung sehari? Dengan modalkan RM10, dalam satu hari kita boleh dapat sampai RM20. Korang rasa apa perasaan kami? Bersyukur dengan rezeki hari itu. Bila satu hari, korang nampak korang nyer kuih dirampas, apa perasaan korang? Sedih tak terhingga bila lihat kuih kita dirampas.. Sedih mengenangkan ibu yang bertungkus lumus menguli tepung masakan inti untuk bagi sedap.. Korang sedih tak? Memang...

Thursday, July 29, 2010

Tanggungjawab Aku Untuk Menyebarkannya

Kepada kawan-kawan ku sekalian, yang mana tidak baca paper hari ini, dengar sini yer.. Penting ni! Pada mereka yang gemar online, cek email, silalah berhati-hati dengan email yang anda terima. Ini dikatakan (pishing) atau email spam yang boleh mencuri identiti anda! Jangan main suka-suka tekan jer. Kalau camtu meranalah anda.. Baik fikir sebelum bertindak. Kalau dapat email berunsurkan duit pun, jangan mudah percaya k.. Nak tahu berita lanjut.. SINI P/s: Macam-macam manusia sekarang makin bijak menip...

Monday, July 26, 2010

Kenapa Baru Sedar "Halal" Itu Penting?

Sumber Berita : KOSMO Setelah memasuki tahun 2010 baru lah pengusaha hotel mempunyai kesedaran untuk memiliki sijil halal dalam perniagaan mereka. Rata-rata kita tahu bahawa banyak sumber makanan di Malaysia ini dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kebanyakan kedai-kedai, hotel-hotel yang tip top juga dimiliki oleh orang bukan Islam. Kita pula sebagai orang Islam hanya tahu datang untuk makan sahaja. Selama ini kita banyak tertipu dari mereka yang banyaknya menggunakan nama Melayu / nama Islam untuk melariskan jualan mereka. Tanpa disedari, isi-isi kandungan dalam makanan itu terdapat ramuan yang tidak halal. Oleh itu JAKIM harus memainkan peranan...

Thursday, July 22, 2010

Tahukah Kau Anak Itu Kurniaan Allah?

Sumber Berita dari : METRO Masih ada lagi manusia yang tidak mengetahui Qada' dan Qadar Allah. Masih ada lagi yang tidak tahu pemberian nikmat Allah. Kenapa masih ada lagi manusia yang tidak dapat menerima ketentuan Allah? Geram betul dibuatnya.. Masih ada lagi ke manusia yang memilih mahukan jantina anak apa? Kalau da Allah tulis anak kau tu lelaki/perempuan/kembar tak bersyukur ke dengan pemberian itu? Ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak bertahun lamanya tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan anak. Daripada anda memukul, membunuh, membuang anak itu, berilah kepada mereka yang memerlukan anak. Betul tak? Inikah manusia...

Wednesday, July 21, 2010

Murah-murah juga, tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan dan nyawa

Semua orang mahu barang murah, termasuk diri along sendiri (hehehheheh).. Tapi murah-murah pun kenalah berpada-pada sebab ia boleh memakan diri.. Sekarang ni peniaga nak cari duit senang. Mereka guna bahan yang kurang berkualiti untuk menjadikan satu barang yang senang orang beli dan murah. Macam dulu along pernah dinasihati kawan supaya jangan beli handphone buatan dari negara China. Sebab ia boleh effect kat sistem badan kita. Boleh jadi kanser dan macam-macam lagi. Along pun pernah dapat email dari mereka tentang isu tersebut. Ini lagi satu kes. Kereta rosak pasti makan beribu lebih (mana nak dapat duit beribu tuuuu) . Senang juga si Mekanik...

Malaysia bila lagi?

Tadi baca sejenak berita hari ini di kosmo. Along agak tertarik dengan topik ini: "Banyak Negara Sudah Tapis Internet" Dalam akhbar ini mengatakan kebanyakan negara telah tapis penggunaan internet lebih-lebih lagi laman web lucah yang semakin berleluasa dari individu yang tidak bertanggungjawab. Tindakan yang diambil oleh kerajaan negara itu patut dicontohi oleh semua negara. Kerana perkara seperti ini mengundang penyakit sosial yang boleh berleluasa dikalangan masyarakat di sesebuah negara tersebut. Adakah di Malaysia melakukan perkara yang sama seperti negara-negara lain? Setujukah anda jika Malaysia mengambil tindakan seperti itu? Malaysia...

Tuesday, July 20, 2010

Pembelajaran hari ini sangat baik!

Salam kawan-kawan! Along baru sahaja habis kuliah utk subjek dot dot dot heheheh! Alhamdulillah hari ni pembelajaran saya sangat baik! Faham... Balik ni kene buat revision sikit. Mood lec saya hari ini pun baik. Ini lec yang saya pernah ceritakan ritu kat blog. Pelik juga mood beliau ok. Maybe sudah baca komen-komen yang kami hantar agaknya. Alhamdulillah kalau beliau faham isi hati kami. So, im happy today! Jualan lagi sekali laku.. syukur alhamdulillah.. Ibu pasti suka lagi. Mungkin rezeki kali ini dapat memberikan keyakinan kepada ibu saya untuk teruskan hidup bersama anak-anaknya.. Apa yang saya pelajari dalam dunia perniagaan ini berdasarkan pengalaman yang ada, kita hendaklah terus mencuba, berusaha dan bertawakkal. Laku tak laku lain kira. Yang penting kita cuba. Walaupun ada perasaan...

Monday, July 19, 2010

Alhamdulillah karipap dah terjual!

Ibu saya pasti suka, sebab kuih beliau habis dijual.. mudah-mudahan hari esok lebih bertambah baik dari hari ini amin.. Memang gumbira lah bila dengar adik saya cakap: "Kuih habis dijual" Tu pun along tanya beliau la heeee~ Tak sabar nak bagitahu berita gumbira ini kepada ibu tercinta! P/s: terima kasih kepada anda yang mendoakan ia berjaya :D Terima kasih kawan-kawan.... *** Tadi sempat pegi PKNS jumpa prospek sebab beliau nak join bisnes topup bersama saya.. Alhamdulillah syukurrrrr :) Saya pasti akan bantu beliau.. Anda bermin...

Jual Kuih Karipap

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Apa khabar anda semua? Semoga hari Isnin ini merupakan haru yang penuh bersemangat kepada kawan-kawan semua! Semalam along dan ibu mengusahakan membuat kuih karipap! :D Pengalaman semalam agak mencabar kerana 'doh' yang kami buat tak jadi. Agak dalam 3 jam kami berusaha untuk menjadikan 'doh' itu sebati. Segala arahan dan cara kami da ikut, tapi agak pelik kenapa ia rapuh? Alhamdulillah dalam pukul 12am kami telah berjaya juga membuat 'doh' utk kuih karipap tu.. Biasalah permulaan nak berniaga ada cabarannya betul tak? Along kagum dengan ibu along sebab tabah dan sabar menghadapinya.. Hari ini bermulalah menjual kuih karipap. Along letakkan di kerusi ruang legar 'foyer law'. Along tadi tunggu jap alhamdulillah ada yang beli. Sekarang along...

Sunday, July 18, 2010

Pagar Diri

"Apa yang pagar diri tuh? Letak pagar rumah ker? Ha.. sumer pasti tertanya-tanya apsal along wat entry ni? Betul ke tak betul along nih? Along betol... jangan risau.. masih waras lagi hehehheh~ Along just nak kongsi ilmu ngan korang sumer.. Ini pun berdasarkan pengalaman.. Mungkin ada yang mereka ingin mencari rezeki, mula-mula semangat.. Pastu berhenti di tengah jalan.. Mesti pernah ada kan? Ini along ceritakan pengalaman family along. (termasuk along sekali) Macam ibu along, ada buat macam-macam bisnes untuk tambahkan lagi pendapatan kami. Cth: Program wang pos, buat kuih siput, kuih gunting, kini skincare produk. Semua tu bagi kami ok, kami boleh buat. Mula-mula jer perniagaan berjalan lebih lancar, lepas tu tiba-tiba berhenti setengah jalan. Bila nak bangkit balik susah. Promote sana...

Komen telah dihantar!

Korang ingat lagi entry yang along tulis ni? SINI Utk makluman, komen kami telah dihantar.. Saya pun telah menghantar komen saya pada beliau.. Time tu, dia mintak, dia kata dia akan beri markah! (Wah! komen pun ada markah ke?) Apa-apa pun along telah luahkan segalanya.. Pastu kan.. dia soh kami tulis nama tau! ui... dasat.. Memang semua tercengang.. Sebab ada yang tulis ada yang tak.. along tulis nama kat situ huhuhuhu~ Pastu yang lain ada yg x tulis nama, tatau lah apa nasib mereka nanti.. Sebab lecturer kami kata: "Takpa.. tanak tulis takpa.. saya akan nilai melalui wajah kamu, saya akan kesan siapa yang komen utk saya tanpa nama" P/s: Perlu ke letak nama utk mengomen seseora...

Thursday, July 15, 2010

Apa yang kamu tahu erti Sayang?

Kamu tahukah apa itu kasih sayang?adakah sekadar ucapan "saya sayang awak dan anak-anak" Dengan berkata begitu kamu lepas kan diri kamu dari tanggungjawab.. Adakah kau amik tahu hal anak-anak? Makan ke mereka? Berganti ke tidak pakaian mereka? Kamu tinggalkan hutang piutang kepada mereka Kamu tidak memberi sedikit nafkah sejak kamu berpisah dengan isteri kamu.. Adakah itu dikatakan sayang? Kamu kata anak kamu lebih berharga.. "Itulah harta yang saya ada" Kenapa waktu kamu bersama mereka kamu tidak nampak semua permata kamu itu? Kenapa baru sekarang? Itu dikatakan sayang? Siapakah yang harus berubah? Kamu atau isteri kamu? Isteri kamu bersama kamu ketika kamu tidak ada apa-apa langsung.. Dari kamu 0 hingga kamu berjaya kini.. Tergamakkah kamu buat dia begitu? Bila ditanya apa kesalahannya,...

Wednesday, July 14, 2010

Beginikah seorang lecturer?

Huhuhuhu hari ni along nak kongsikan 1 cerita ngan u all sumer.... sadis betul.. Korang nilaikanlah sendiri ek.. Semalam along ada masuk kelas untuk 1 subjek ni.. Along tak masuk awal sbb along manage timetable supaya tak clash. Mula-mula utk subjek ni along reg kelas lain, bukan group HR. Course lain. Pastu bila difikirkan balik, takkan lah along nak g kelas lain utk subjek ni kot. Baik amik HR gak. So alhamdulillah along dapat masuk group tu. Semalam bermulalah kelas 1 along masuk utk subjek tu.. Pastu si 'lecturer' ni tanya siapa yang baru masuk kelas ni. Along pun angkatlah tangan. Dengan sinis dia pandang semacam jer kat along ni huhuhuh~ Dengan kumpulkan keyakinan diri, along senyumkanlah muka ni.. Pastu dia tanya : Kenapa baru masuk hari ni? Kenapa lambat? Along pun terangkan apa...

Monday, July 12, 2010

Dapat Tag "Happy"

Hai semua! Maaflah, lama tok update blog.. Bukan apa, 2 hari (Sabtu dan Ahad) along meniaga kat Uptown Klang. Kebetulan disana ada fiesta soccer along pun amik peluang untuk menjual. Nanti along ceritakan pengalaman along membuat jualan disana ya! (Alhamdulillah jualan topup laris dilakukan disana :) Pastu dapat 3 orang agen baru lagi tu hehehe! Syukurr) Kawan-kawan! along baru dapat tag dari blogger : Sepatah Kata (Jieda79) Wah! happy lagi tu.. (am i seorang yg happy? hehehehe! Terima kasih pada jieda :) So, ada lah soklan-soklan yang perlu dijawab: 1) Adakah anda rasa happy sekarang? - Yer! sangat happy! 2)Kenapa anda rasa happy? - Sebab......

Thursday, July 8, 2010

Wah! Angah beli lappy baru!

Tahniah kepada adik ku angah keranan telah berjaya membeli lapto (mini) baru... (dengan menggunakan duit pinjaman pelajar ye hehehehe paham2 je la :) ) Semalam lepas class kami bertiga (termasuk ibu ek ) terus menuju ke Klang Valley mencari laptop untuk angah.. Angah berminat membeli mini laptop sebab : Mudah Senang Ringan Comel... Tapi ibu pula kurang setuju dengan keinginan angah sebab ibu kami fikir untuk jangka masa panjanggg hehehe.. Tapi nak wat camana duit pinjaman tu tak cukup nak beli mahal-mahal.. (melainkan kalau ada sponsor hehehe!) Sampai ke sana terus nampak satu laptop yang comel jenama......................... Yes! Dell lagi!...

Tuesday, July 6, 2010

Hari kedua di campus!

Selamat pagi semua.. terima kasih kepada mereka yang sudi membaca blog along yang tak seberapa ni.. mungkin ada yang menjadi 'silent reader' thats why la kurang dapat komen daripada para pengunjung heheheh~ Its ok, along teruskan penceritaan hari ini.. Pagi ni class still lagi tak da lagi.. tadi da jumpa denga lecturer yang mengajar along semester lepas, dia ajar subjek yang along amik kali ni :) Agak terkejut jugak la, sebab berjumpa lagi di lain subjek hehehe.. Beliau sangat memberi semangat pada along untuk semester kali ni.. Along harap , dapat lah along tempuhi semester ni dengan kuat, tabah, cekal, yakin dan lain-lain lagi! (Fuh sangat bermotivasi!) Pasni ada lagi kelas yang menunggu.. Hohhoohohoho sangat nebes lagiii... OH TIDAK!!!! P/s: Tadi ada jumpa junior, dia speaking dengan...

Monday, July 5, 2010

Contest : Lucky Draw By Shasha!

MARI ADIK! MARI ABG! MARI KAKAK!DATANG SINI ALONG KASI PENGUMUMANTO ALL BLOGGERRSSSS!!!! Di sini ada cabutan bertuah yang pertama dianjurkan oleh CikShashabeeMenangi wang tunai sebanyak....... Bukan RM0.05 senBukan RM0.50 senBukan RM5 TAPI................................ RM50!!! Tarikh tutup : 31 Julai 2010(ada masa lagi kalau nak sertai) Dengan ini, suka citanya saya TAG kan contest ini kepada: Saudara Sop Saudari Tedi Sesiapa pun boleh juga join cabutan bertuah ini! JOM RAMAI-RAMAI memeriahkan lucky draw dari cik shasha! P/s: Mungkin anda yang bertuah :) Thaks to my sister Angah TAG sy dalam contest ini! :)...

Semester Baru Kembali lagi!

Oh tidak!Kena belajar balikkkk!!!!Kene bangun awal..Kene buat assignment..Kene dengar celoteh lecturer..Kene tengok ragam kawan2! Ini pasti antara keluhan student yang kembali ke campus masing-masing.. termasuk along hohohohoohoh~Memang agak nebes ye kawan-kawan walaupun da biasa mengalami semua situasi ini.. Oh! dapatkah ku tempuhi! Pagi-pagi lagi cambiasa da sampai ke fakulti sendiri huhuh.. Ramai jugak student baru untuk semester ni.. Wah! semua semangat dengan pakaina yang kemas, kawan baru, lecturer baru pasti mereka ada azam baru juga! (tapi jangan hangat-hangat taik ayam suda..) Ada juga yang seronok jumpa kawan-kawan seangkatan dengannnya.. Ada juga yang mula untuk ponteng kelas ye kawan-kawan... (Aku??!!!) Oh! saya pelajar yang boleh dikatakn berdisiplin sikit jer hehehe... Sekarang...

Sunday, July 4, 2010

Argentina Vs German What happen??

Along bukan lah peminat bola, tengok perlawanan tadi terus teruja nak tengok perlawanan tu sampai habis.. Memang sengit sangat permainan tadi hohohoho~ Tapi pelik, kenapa Argentina main camtu? Kenapa berdepan dgn German tak bole nak dapatkan 1 mata pun? Dengar-dengar cerita Argentina ni hebat! Pernah menjaringkan gol sebanyak 6 GOL! masa lawan dengan team mana pun tak ingat heheheh! Tengok! betapa gumbiranya pasukan German menjaringkan sebanyak  4 GOL! Tengok dekat post FB wah! penyokong German memang happy giler la.. ada yang dok perli-perli Argentina beb! Penyokong Argentina lak tros tukar team hahahahah... Adoi.. macam-macam...

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah! Rezeki hari ini!

Hari ni hari paling gumbira sangat! (macam menang loteri ja!) hahahahhaha~ Kenapa along happy sangat nih??? Nak tau?? Jom tgk pic ni: (klik pic utk lihat lebih jelas) Ni tgk email yang saya dapat: (Klik untuk lihat lebih jelas) Best tak kalu u all pun dapat berita gembira yang sama??? Ni along nak kongsi sikit lah... Apa yang along buat nih? Sebenarnya along join 'forex' Along tau, rata-rata kat luar sana takkan percaya dengan forex. Ada yang kata forex tu menipu, haram, main duit orang dan macam-macam lagi. Along pernah tanya kawan along boleh dikatakan beliau pakar dalam forex.. Bertahun dia buat forex dan sekarang membuat personal...

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews