Friday, July 30, 2010

Kerana Jual Kuih

Korang tahu kenapa sekarang aku bertungkus lumus untuk jual kuih?
Kerana nak tolong ibu yang masih lagi menanggung 7 orang anak yang masih belajar

Korang tahu apa perasaan bila kuih kita habis dijual?
Kita akan rasa gembira sangat kuih kita laku dijual.

Nak tahu apa lagi perasaan yang timbul?
Kita rasa bersemangat untuk berusaha membuat macam-macam jenis kuih untuk menampung keluarga.

Korang tahu berapa untung sehari?
Dengan modalkan RM10, dalam satu hari kita boleh dapat sampai RM20.

Korang rasa apa perasaan kami?
Bersyukur dengan rezeki hari itu.

Bila satu hari, korang nampak korang nyer kuih dirampas, apa perasaan korang?
Sedih tak terhingga bila lihat kuih kita dirampas..
Sedih mengenangkan ibu yang bertungkus lumus menguli tepung
masakan inti untuk bagi sedap..

Korang sedih tak?

Memang tempat tu tidak boleh dijual, tapi kenapa sebelum ni ramai menjual tidak diambil tindakan?
Itu aku tak boleh salahkan mereka kerana itu tanggungjawab mereka menjalankan tugas.
Tapi, tak salahkan kalau mereka menampalkan notis amaran pertama memberi peringatan kepada kami?
Bukan terus merampas sampaikan kami tak tahu dimana bekas kami berada.

Bila ditanya di office, semua kata tak tahu..
Satu hari jumpa makcik cleaner:

Aku: makcik, makcik ke yang amik semua kuih-kuih kat sini?

Makcik: Ya dik.. adik ada jual kat sini ker?

Aku: Ya makcik..

Makcik: Sayangnye dik.. kuih-kuih tu kena buang..

Aku: Tu la.. kenapa tak letak notis dulu makcik sebelum nak rampas..

Makcik: tatau la dik.. makcik jalankan tugas je.. Kat sini kan tak bole jual.

Aku: Sebelum ni bole je, ramai je yang jual..

Makcik: Tu la makcik pelik, dulu tak rampas pun..

Aku: takpelah makcik..

Pastu, aku fikir alternatif kat mana nak jual kuih.. pastu aku pegi ke kedai pakcik ni. Aku da lama kenal pakcik ni.. nak tanya lah kot-kot ada peluang letak kuih kat sini. Start lah dialog aku ngan dia:

Aku: Pakcik.. (sebenarnya ada nama, taknak mention, nanti mengaibkan pulak)

Pakcik: Ya saya?

Aku: Saya nak jual kuih, boleh tak nak letak kat sini?

Pakcik: Ko nak jual kuih apa?

Aku: Karipap

Pakcik: Tu tak boleh la, sebab dah ada orang jual. Dieorang da lama jual, nanti dieorang marah saya plak

Aku: Oyeke.. kuih cucur badak?

Pakcik: Dah ada jugak..

Aku: Kalau karipap tu inti lain bole?

Pakcik: Dah nama karipap sama je lah..

Aku: Erm.. Kalau kuih apam da ada orang jual ke?

Pakcik: KO KALAU NAK TAU KUIH APA YANG ADA KO DTG SINI TGK! (air muka dia da lain)

Aku: Ok.. tapi boleh ke pakcik?

Pakcik: Ko buatlah kuih lain. Kenapa nak jual sekarang? Kan nak dekat puasa. Tak guna jual.

Aku: Lepas raya pakcik, boleh tak?

Pakcik: Saya tak berani jamin. Nanti saya kata boleh, jadi tak boleh plak, nanti saya kata tak boleh, jadi boleh plak.

Aku: Saya tanya je pakcik, kalau tak boleh takpelah..

Pakcik : Kenapa ko nak berniaga?

Aku: Nak tolong ibu..dia ibu tunggal..

Pakcik: Ni idea sapa?

Aku: Idea saya

Pakcik: Kenapa tak berjual kat atas?

Aku: Da kena rampas..

Pakcik: Mesti ada sebab

Aku: A'ah.. tak boleh berjual

Pakcik: Da lama ko jual?

Aku: Lama gak lah.. baru dalam bulan ni jer..

Pakcik: Saya dah bole baca perangai ko

Aku: Apa dia?

Pakcik: Patutlah da lama tak datang kedai ni. Dah ada makanan kat atas pastu tak dapat nak berjual kat sini

Aku: Apa plak pakcik, saya baru je mula.. lagipun saya puasa tu yang tak turun..

Pakcik: Ibu ko kan staff kat sini. Gaji tak cukup-cukup lagi ke?Kan jadi staff ni gaji banyak

(Hati aku da panas)

Aku: PAKCIK INGAT GAJI STAFF CUKUP KE? PAKCIK TAU TAK IBU SAYA NAK TANGGUNG 7 ORANG ANAK? INGAT CUKUP? TU SAYA CARI CARA NAK TOLONG IBU SAYA. KALAU PAKCIK RASA TAK BOLEH NAK BERJUAL KAT SINI, PAKCIK CAKAP. JANGAN SEDAP MULUT CAKAP CAMTU. KALAU PAKCIK NAK TAU, STAFF JUGA ADA CARI DUIT TAMBAHAN NAK TAMPUNG KEHIDUPAN MEREKA. PAKCIK JANGAN INGAT SEMUA ORANG SENANG!

(Terus terdiam orang tua tu. Kita cakap baik-baik, dia bikin kita panas)

Pakcik: Saya cas kat sini sebiji kuih 25sen. Saya akan bayar kalau kuih tu laku. Kalau tak saya pulangkan. Ni cara saya, kalau ko nak lah. Kalau tak nak tak payah.

Aku: Takpelah pakcik, terima kasih

(Terus blah dari situ..)

Pulang dengan hampa... :(

P/s: Janganlah kalau kita dah berjaya kita lupa daratan.. Walaupun anda kurang upaya sekali pun.. Tak semestinya orang yang sihat dari segi fizikal, sempurna dari segi fizikal adalah orang senang.. Mereka pun mencari jalan untuk menampung kehidupan hidup..

4 comments:

Gadis.. said...

saba along...
along boleh carik alternative lain ok.. along jual kuih karipap 1 bape?

faizsufi said...

usaha untuk membantu keluarga memang satu usaha yg murni dan saya amat memandang tinggi pada orang sebegini..memang ada kesukaran dan rintangan dalm business,saya yakin yg anda akan berjy suatu hari ini dengan tidak berputus asa...

leafareesya said...

along.. jahatnye pakcik tu :( benci dia.

Anonymous said...

Sabaq along. ala biarla pakcik tu satu hari nanti tak mustahil dia pulak merayu ehsan orang sambil bawa tempurung minta sedekah sbb x makan 10 hari. Bila bongkak Allah boleh tarik semua nikmat yg ada sekelip mata jer. Anak2 dia pulak nanti mana tau berebut harta dan halau dia. Sbb tu terpaksa minta sedekah tepi jalan. Org kita mudah alpa.. x apa ada hari masing2.

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews