Sunday, July 18, 2010

Pagar Diri

"Apa yang pagar diri tuh? Letak pagar rumah ker?

Ha.. sumer pasti tertanya-tanya apsal along wat entry ni? Betul ke tak betul along nih?
Along betol... jangan risau.. masih waras lagi hehehheh~
Along just nak kongsi ilmu ngan korang sumer.. Ini pun berdasarkan pengalaman..

Mungkin ada yang mereka ingin mencari rezeki, mula-mula semangat.. Pastu berhenti di tengah jalan..
Mesti pernah ada kan?

Ini along ceritakan pengalaman family along. (termasuk along sekali)
Macam ibu along, ada buat macam-macam bisnes untuk tambahkan lagi pendapatan kami. Cth: Program wang pos, buat kuih siput, kuih gunting, kini skincare produk. Semua tu bagi kami ok, kami boleh buat. Mula-mula jer perniagaan berjalan lebih lancar, lepas tu tiba-tiba berhenti setengah jalan. Bila nak bangkit balik susah. Promote sana sini tiada pelanggan. Waktu tu agak down juga..

Kemudian kami minta nasihat dari ustaz. Ustaz kata perkara macam ni kita mesti ada skill. Apa yang dikatakan oleh beliau itu benar. Kemudian beliau minta ibu along terangkan kat dia apa produk yang kami jual sekarang. Ibu pun menerangkan dengan penuh keyakina dan kesabaran.

Ustaz kata :

"Kamu ada skill. Sangat meyakinkan diri saya. Saya rasa ada orang yang sakit hati dgn kamu. Baiklah, utk permulaan ini, kamu 'pagarkan diri kamu' "

Bagaimana caranya? Mari saya kongsikan dengan apa yang telah di ajar oleh ustaz:

Baca ayat 4 Qul iaitu:

  1. Surah AlKafirun
  2. Surah Al ikhlas
  3. Surah Al Falaq
  4. Surah An Nas
Caranya:

  • Mula-mula baca surah Al-Kafirun dan hembuskan ke tepi kanan
  • Kemudian baca Surah Al Ikhlas dan hembuskan ke tepi kiri
  • Selepas itu diikuti Surah Al- Falaq dan dihembuskan ke belakang kanan
  • Dan akhir sekali baca surah An Nas dan dihembuskan ke belakang kiri
*Sebaik-baiknya diamalkan selepas solat.. Mudah-mudahan rezeki anda bertambah.. Amin...

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews