Monday, July 26, 2010

Kenapa Baru Sedar "Halal" Itu Penting?

Sumber Berita : KOSMO

Setelah memasuki tahun 2010 baru lah pengusaha hotel mempunyai kesedaran untuk memiliki sijil halal dalam perniagaan mereka. Rata-rata kita tahu bahawa banyak sumber makanan di Malaysia ini dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kebanyakan kedai-kedai, hotel-hotel yang tip top juga dimiliki oleh orang bukan Islam. Kita pula sebagai orang Islam hanya tahu datang untuk makan sahaja.

Selama ini kita banyak tertipu dari mereka yang banyaknya menggunakan nama Melayu / nama Islam untuk melariskan jualan mereka. Tanpa disedari, isi-isi kandungan dalam makanan itu terdapat ramuan yang tidak halal.

Oleh itu JAKIM harus memainkan peranan penting dalam hal sebegini. Banyak kan lagi info-info kepada rakyat mengenai isu ini. Supaya rakyat boleh berwaspada. Rakyat juga haruslah menjadi pembeli yang bijak. Cek dulu isi kandungan yang terdapat dalam sesuatu makanan. Jangan hanya sekadar cek sekali da terus kata halal. Cek lah dengan penuh teliti.

Mungkin sukar untuk mereka melakukan semua ini. Sebab dah terbiasa dengan makanan-makanan mereka yang dirasakan halal.

P/s: Kini along dan keluarga makin berhati-hati dalam membeli makanan. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah.

Update : Info mengenai sijil Halal KLIK SINI

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews