Wednesday, July 21, 2010

Murah-murah juga, tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan dan nyawa


Semua orang mahu barang murah, termasuk diri along sendiri (hehehheheh)..
Tapi murah-murah pun kenalah berpada-pada sebab ia boleh memakan diri..
Sekarang ni peniaga nak cari duit senang. Mereka guna bahan yang kurang berkualiti untuk menjadikan satu barang yang senang orang beli dan murah.

Macam dulu along pernah dinasihati kawan supaya jangan beli handphone buatan dari negara China. Sebab ia boleh effect kat sistem badan kita. Boleh jadi kanser dan macam-macam lagi. Along pun pernah dapat email dari mereka tentang isu tersebut.

Ini lagi satu kes. Kereta rosak pasti makan beribu lebih (mana nak dapat duit beribu tuuuu) . Senang juga si Mekanik ni buat duit. Ada kata ni barang ori, tapi hakikatnya tak. Barang tiruan. Kita ni tak arif tentang kereta mati-matilah percaya. Pastu kereta bermasalah datang kat mereka lagi.. Kalau terjadi apa-apa yang tak dijangka berlaku, macamana? Ada juga pelanggan yang ingin service murah, so dapatlah barang yang murah. Tak kira keselamatan untuk jangka panjang. Susah kan?

Nasihat saya, pilihlah barangan berkualiti agar ia selamat untuk jangka panjang. Kalau kereta rosak pegilah service centre yang diiktiraf.. Cewah! Tak pun kedai mekanik yang boleh dipercayai..Hehehehhe~

Jadikan cerita ini sebagai iktibar untuk anda ek.. KLIK SINI

2 comments:

myQza said...

murah un murah juga tapi tgk ada tak ciri keselamatannya tu

Along25 said...

@tedi: benar kata tedi tu... keselamatan itu penting....

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews