Thursday, March 31, 2011

Permata Yang Di Cari..

Wah! Adakah aku sudah jatuh cinta??? Jawapannya adalahhhhhhhhhhhhhh.................................................

YA! YA! YA!

I'M IN LOVE!!!!!


Saya telah jatuh cinta dengan lagu De Hearty hehehehe! Bila dengar betapa hati saya dah jatuh cinta.. Oh!!!
Antara lirik yang saya sangat gemari :


 "YA ALLAH, JIKA DIA BENAR UNTUKKU DEKATKAN LAH HATINYA DENGAN HATIKU"



Monday, March 28, 2011

Geram pulak dengan persatuan yang minta sumbangan nih!



Hish!! Pagi-pagi buat den hot sangat! Along geram dengan satu persatuan ni ( tak payah disebutkan persatuan apa nanti mengaibkan plak) Dia ni ada minta mohon sumbangan dari pihak delta ni.. Sebelum nak proceed bos saya ni minta saya dapatkan maklumat lanjut dari pihak mereka betul atau tak jika nak menderma ni dikecualikan cukai.

Satu hari tu, along call la persatuan ni untuk dapatkan maklumat lanjut. Yang in charge benda ni En.Z . So lepas dapatkan maklumat tu, along cakap lah dengan dia nanti kalau bos along ni bersedia nak memberi sumbangan along akan maklum kan pada dia..

Yang along geramnya, dia hari-hari call tanya "camne cik su, dah bersedia nak memberi sumbangan tak" Mula-mula tu along tahan lagi, bila dah hari-hari fedup la plak nak layan. Yela macam tak paham bahasa yang kita kata nanti kita maklumkan..

Bos along ni dia busy memanjang, lagi pun company kiteorang ni plak busy dengan projek-projek & event-event yang ada.. Pastu ada satu hari tu En.Z ni call lagi. Dia tanya lagi pasal tu. Pastu along bagi alasan yang sama. Dia jadi bengang. Nape lak nak marah-marah?? Terpulang kat kita lah nak bagi sumbangan atau tak kan.. Lagi pun banyak lagi company yang boleh dia dapatkan sumbangan.. Ada ke persatuan yang paksa-paksa kita nak bagi sumbangan??

Ni pagi ni dia call lagi tanya. Nak elakkan pergaduhan along terpaksa tipu, along kata buat masa ni bos hold dulu tentang sumbangan ni sebab ada lagi projek yang perlu diuruskan. Then dia cakap dia ada call bos yang bos kata dia jadi bagi sumbangan dan proceed pada along dan sorang lagi staff untuk uruskan.

Nak dapat kepastian along terus call akak tu nak dapatkan jawapan. Akak tu kata bos tak bagi apa-apa arahan pun untuk uruskan sumbangan ni. See! Pandai tak mamat ni ?? Eeee... sakit ati tol!

P/s: Fedup!

Sunday, March 27, 2011

Ayunya Adik Along..


Hai semua, along baru jer balik ni. Tadi gi Putrajaya ada hal sikit, sebelum ke Putrajaya kami ambil fifa & kina di seksyen 13. Nak bawak sekali la konon.. Pastu sesuatu perubahan yang besar berlaku!

Along terkedu bila lihat adik along (FIFA) bertudung.. Along dan ibu terpana lihat perubahan adik along tu.. Tanpa disedari airmata ku mengalir.. Laju... Fifa terkejut, pastu dia cakap "along jangan lah nangis"

Mana tak nya.. sejak adik along sakit dibuat orang, fifa masa tu terus berubah.. dengan tak pakai tudung, pastu cara pemakaian lain.. Memang dia berubah sangat.. Along tatau nak cakap camne.. Dia pernah cakap nak berubah.. Along memang tunggu saat tu..

Tadi sangat lah terkedu dibuatnya .. along rindu adik along yang dulu.. yang manis.. sejuk mata memandang dia..

Along harap perubahan / penghijrahan adik along ni kekal untuk selama-lamanyaaaa...

P/s: Ya Allah.. kau lindungi lah adik-adik ku.. Kembalikan seri keluarga ku semula... :(

Saturday, March 26, 2011

Event di Hotel hampir tamat & Happy Birthday Nani!

Ha.. ni nak sekali lumpsum citer dalam post kali ni hehehehe.. tak berkesempatan nak post lately ni hehehe..
Tanggal 24 MARCH 2011 maka lahirlah seorang puteri yang bernama NOR HANANI NORBAKI.. heheh.. kini umur adik den da mencecah 10 tahun.. da besaq da adik along ni ;p

Di malam hari kejadian (wah! skema giler hahahaha) kami sume celebrate birthday adik macam biasa di JUSCO BUKIT RAJA (JOHNNY) kali ni lengkap semua ada.. termasuk kawan fifa Halimunan (siapakah dia? heheheh)

Adik banyak sangat dapat hadiah pada hari tu, Fifa belikan jam, Halimunan belikan tabung ( kalo dia tatau nak menabung tatau cakap lah.. da melambak tabung kat umah tu ahahhaha) ibu ayah belikan kek & Johnny and den plak belikan teddy bear yang besar sikit kiranya mewakili semua orang utk diberikan pada adik..

Ternyata adik sangat happy bila semua ahli keluarga berkumpul.. :) Along doakan semoga adik berjaya dan menjadi seorang insan yang cerdik dan solehah.. Semoga adik capai kejayaan yang adik inginkan..

Ok cerita seterusnya.. Event di HOTEL LAMAN SERI semakin hampir tamat ... yahoooo! (Untuk bulan ni la heheheh.. ) Macam - macam pengalaman, situasi , pengajaran yang aku pelajari kali ni.. Kerenah , sikap, sifat manusia pun banyak yang aku lihat.. mana yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan pengajaran..

Apa-apa pun tahniah to our team kerana bersatu tenaga untuk bekerjasama dalam event ini he! Keep it up!

P/s: Aset yang paling berharga dalam sesuatu syarikat adalah pekerjanya bukan hanya keuntungan sahaja..

Thursday, March 24, 2011

Macam rasa baru dapat CUTI!


Ye.. hari ni saya bersantai di rumah yer kawan-kawan =) Saya cuti hari ni.. Setelah mencurahkan tenaga untuk segala event di HOTEL LAMAN SERI kini tibalah masanya untuk saya berehat sebentar..

Bestnyer cuti.. badan - badan pun lega dapat relax hehehhe (Kalo g spa ni confirm nyenyak!)

Nak kata rehat sangat tu tak lah.. ada gak keja umah kena buat.. Adoi.. serabut tengok rumah.. Bangun pagi terus beroperasi.. Ni ada kain yang melambak tak lipat ni.. Jap gi lipat kain plak..

Maaf lah ye adik-adik ku.. bila dok umah sorang ni den tak masak haahahhaha.. masak lambat sikit.. Korang pun tak balik lagi kan.. Apa nak masak ri ni ek? Any idea kawan2??

Hari ni baru lah dapat along lihat FB sepenuh nya ahahahhaha.. Kalau tak , tak dan along nak bukak2 FB ni.. Busy memanjang sejak event ni..

Kepada kawan-kawan yang suka MSG along, along minta maaf lah tak reply msg sebab busy hehehhe~

Topup pun slow skg ni adeh.. (what i must do huhuhuhuh)

P/s: Bila lah dapat pergi BERCUTI kan oh! Nak relaxxxxxxx!

Sunday, March 20, 2011

Selamat Hari Jadi Ibu!


Ye tuan - tuan dan puan - puan hari ini tanggal 20 MARCH 2011 merupakan hari jadi ibu saya ya.. So post ni, spesel untuk ibu tercinta... Heheheheheh~

Ha.. sonok mereka hari ni pergi celebrate birthday ibu kat JUSCO.. nak tau makan katner?? confirm lah JOHNNY! Best sangattttt~

Hari ni saya tak dapat join sebab saya ada tanggungjawab yang harus dilakukan iaitu kerja kerja kerja! :)
Ni la first time saya tak join celebrate beday2 ni heheheh takpelah ...

Ibu, along doakan semoga ibu sohat, senang dan ibu dapat capai apa yang ibu inginkan .. dari segi kesenangan, kesihatan, perlindungan dan macam- macam lagi..

Along sentiasa bersama ibu.. Along sayang ibu tau (walaupun susah nak tunjuk heheheheheh)

P/s: Nak bagi ibu hadiah apa ek??? Any idea???

Saturday, March 19, 2011

Perasaan Seorang Anak..


Nampak tajuk macam syahdu tak? (Syahdu la , syahdu la ) Ni nak cite, apa yang jadi semalam..
Semalam masa along khusyuk layan dinner yang sungguh melazatkan, dapat msg dari adik along sorang ni. Dia anta:

"Along, orang rindu ayah"

Macam agak pelik, dan terkejut sangat sebab tiba-tiba jer. Dia kata dia macam tak sedap ati dan dia nak jumpa ayah. So lagi lah hati along ni berdebar-debar. Apesal ngan budak nih, macam pelik. Along soh la dia g je telefon ayah kalau rindu. Sebab kebetulan ayah keluar pergi KL.

Si adik along ni tak nak plak telefon ayah, dia kata nak tunggu ayah sampai ayah balik. Tak pun dia nak cari ayah sampai dapat. Fuh! tak ke pelik tuuuuuu~

Sampai je along kat rumah along tanya dia nape, dia pun cakap tatau .. tiba-tiba jer.. dia nak sangat ju,pa ayah.. berjurai air mata dia.. menangis tak henti... pastu along amik keputusan bagitau hal ni kat ibu.. ibu pun gi jumpa dia dan tanya apa masalah dia..

Dari situ, baru dapat tahu bahawa adik along tu tak dapat terima perpisahan yang berlaku antara ibu dan ayah.. Memang dah lama dia pendam perasaan tu.. Ibu pun rasa sebak sangat.. maklumlah baru selami hati seorang anak..

Sedih kan? Yela.. bila ibu ayah berpisah, anak jadi mangsa.. Andai kata ibu bapa mereka pisah dari mereka kecil, mungkin tak terasa sangat.. tapi kalau macam mereka yang dah besar ni? Perasaan mereka sukar dikawal atau diramal.. Kadang-kadang ada je benda yang mereka pendam dan tak dapat di selesaikan..

Itu lah satu nya keburukan yang berlaku terhadap anak-anak.. tapi bukan nyer masalah macam ni tak dapat di atasi.. ia juga dapat di pulihkan dengan perhatian, nasihat, sokongan dari ibu bapa..

"Kekuatan , ketabahan ibu bapa adalah satu 'power' untuk anak-anak teruskan kehidupan..."

Friday, March 18, 2011

Sesekali kena ajar sikit!



Nampak garang tak? Hahahahhahaha.. Jangan takot, along tak marah korang pun.. Ni nak bagi pendapat kononnya pada mereka yang ada pasangan nih (orang kapel2 ni la hehe) .. (Jadi doktor penasihat plak hahahahha) Tak kisah la yang buat hal ni laki ke pempuan kita ajar jer.. Contoh situasi???

Merajuk | Degil | Dia pikir dia je betul | Suka cari pasal | Ego dan lain- lain lagi

Hahahahahhaha sume ni macam ada gak kat along jugak nih aahahhaha tapi takpe, i pandai control.. Ni untuk orang - orang yang tak reti control..

Contoh si perempuan ni, bila gaduh jer, mesti la time berdebat dia rasa dia betul kan? Pada hal hakikatnya dia buat silap, ape lagi.. Encik-encik lelaki, ajar lah mereka.. Dengan apa?

Dengan cara tak contact selama beberapa hari.. Hahahahahhaha cuba try menjadi tak???

Kenapa along cakap camni? sebab kadang-kadang perempuan ni ada sifat ngade-ngade, mau dipujuk, tapi bila dipujuk lak, ego lebih.. ha kalau dia banyak songeh ajar je dengan tak contact.. Tgk dia panas bontot tak? hehehehehehhe~

Along bagi tips ni sebab ada kawan along ni asyik letih ngan kerenah awek dia.. Hhohohohoh I ni jadi tukang penasihat la konon... So cuba la try test tips ni..! Mesti dia cari punya..

"Tak contact tak bermakna tak sayang, tapi bagi satu pengajaran.." so every body try settle dengan lebih professional ok!

P/s: Tips along ni professional ke??

Wednesday, March 16, 2011

Kenapa muda-muda suka main benda 'mistik'??



Ish... tak paham along orang muda-muda sekarang ni macam semakin kolot. Macam jadi orang zaman dulu suka guna benda-benda mistik untuk dapatkan sesuatu. Selagi tak dapat, selagi tu mereka terpesong guna benda - benda ceni!

Tadi ada kawan along cite Ex-dia kene buatan orang. Sebab pasangan baru ex dia ni syg sangat kat dia dan tak nak lepaskan dia.. I'm so surprise! Sebab tak sangka Si perempuan itu yang begitu muda dah terjebak dengan benda-benda macam ni..

Adakah perkara ini berlaku atas arahan keluarga? Sokongan keluarga? patut kah begitu???

Dulu adik along pun pernah kena camtu, tu lagi dasat.. Sampai setahun dia merana gara-gara seorang budak lelaki ni tak dapat cintanya..

Ingatlah, jodoh , pertemuan semua ditangan tuhan.. Kita berusaha untuk mencari dan berdoa untuk mengekalkan hubungan tersebut.. Bukan dengan melakukan benda-benda camni!

Betul kata orang, semakin moden, semakin kolot pemikiran manusia sekarang.. Nak ke kita jadi camtu???

Berubahlah....

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulillah AGM MBHA selamat dilaksanakan..

Hai semua! dah lama tak ketemu! Maaf along memang agak 'busy'. Untuk bulan MARCH ni memang pack dengan event. So jadual along tak menentu.. Kadang akan bertugas di HQ, dan kadang akan bertugas di HOTEL LAMAN SERI (SEK 13) ..

Tadi, Mesyuarat Agong Tahunan Ke-4 MBHA Chapter Selangor telah diadakan di Hotel Laman Seri.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai juga wakil-wakil MBHA dari setiap hotel menghadiri mesyuarat tersebut.

Kalau korang nak tau tentang MBHA boleh tgk sini:


Dalam sidang tadi ada wakil dari JAIS & MEDIA.. Banyak juga persoalan yang diajukan oleh wakil MBHA kpd JAIS..

Selain itu , dalam sidang tadi ada perlantikan EXCO & AJK baru untuk MBHA 2011 ini.. Alhamdulillah dan tahniah kepada Tn Hj Tarmizi Bin Hj Samsi selaku BOS kami juga telah dilantik menjadi pengerusi MBHA kali ini. Semoga dalam pimpinan beliau kali ini dapat meningkatkan mutu serta meningkatkan strategi - strategi yang baru untuk mantapkan industri pelancongan ini..

Apa-apa pun kami berpuas hati dengan perlaksanaan mesyuarat kali ini :)

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews