Friday, January 28, 2011

Saya Demam Hari Ini

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya cuti.. Kebetulan plak saya demam oh! Huhuhuhu.. Kenapa jadi camni yer.. Da lama tak demam ni tiba-tiba demam.. Ni mesti kesan dari audit hahahha..

Sejak kebelakangan ni saya sibuk sikit sebab menyiapkan segala dokumen untuk dihantar kepada auditor.. Apa-apa pun rasa best sebab dapat pengalaman melihat segala dokumen yang ada.. Baru tau apa kegunaannya.. Tapi still lagi dalam proses belajar..

Hari ni rasa tenang sikti sebab berada di rumah (macam da lama tak dok kat umah ekekekeke) saya buatlah keja-keja umah yang tertangguh selama ni..

Pasni nak luangkan masa untuk menyiapkan proposal & thesis.. Saya cuba sebaik mungkin walaupun demam..

 Doakan saya cepat sembuh ya..

P/s: 25 jan lepas hari lahir saya.. Saya ucapakan terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi mendoakan kesejahteraan saya.. Kali ni saya rasa, saya ramai kawan.. Saya sayang pada mereka semua :D

Sunday, January 23, 2011

Kami Prihatin Mangsa Renjatan TNB

Selamat pagi semua..

Diharap kisah ini tidak terlalu lewat untuk saya war-warkan disini. Saya mendapat info ini di email saya yang di 'forward' kan oleh rakan saya. Saya harap para blogger dapat membantu mangsa ini untuk membiayai rawatan yang harga kos sebulan adalah 14 ribu.

Segala bantuan anda dan keprihatinan anda amat diperlukan oleh keluarga tersebut.
















Di sini saya sertakan maklumat acc & maklumat kakak kepada mangsa untuk mudah dihubungi:



018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
 
 Sumber: SINI

Akademi Saga

Hai semua!

Pagi tadi saya bertugas di Sek 16. untuk menguruskan pendaftaran penginapan kepada pelajar-pelajar Akademi Saga. Korang pernah dengar tak Akademi Saga? (Bukan Akademi Fantasia lak tau) Ni baru 1st time saya dengar mengenai Akademi Saga hahahha pelik tak? Mesti korang lebih tau apa tu Akademi Saga kan?

Akademi Saga ni adalah latihan kepada pelajar-pelajar mengenai automobil.  Ini adalah anjuran dari Eon Berhad. Dalam latihan ini, mereka akan melalui tahap-tahap (contoh tahap 1, tahap 2 dan tahap 3).


Ha.. lepas ni banyak lah bakal-bakal mekanik di industri permotoran ni kan? Ni kiranya mekanik / jurutera yang bertauliah ni. Jangan sia-siakan peluang ni ok!

Nak tahu lebih lanjut mengenai Akademi Saga? SINI

Sewaktu saya berada di sana tadi, macam-macam ragam saya jumpa. Tapi, apa yang saya lihat.. Ibu bapa yang excited untuk uruskan pendaftaran anak-anak mereka. Wah, wang yang dikeluarkan bukan sikit.. banyak tau.. (saya bukan mata duitan ok!) Sebagai anak kenangkanlah jasa ibu dan bapa anda ya..

(Gambar ni saya ambil semasa pendaftaran baru bermula)

Alhamdulillah, hari ini kutipan untuk urusan penginapan sangat memberansangkan berbanding kutipan dari tahun lepas (rujuk info daripada senior ni hehehhe).

Lepas je selesai bust msrketing di sek 16, terus gerak ke seksyen 13. Sampai je ada keja.. seronok! tak lah busan heheheheh :)

P/s: Maaf ini post semalam, nak publish tapi saya tido hehehe.. So publish pagi ni lah ekekeke~

Friday, January 21, 2011

Cuti Saya Jogging & Jalan-Jalan!

Salam Jumaat semua..

Selamat petang! Saya baru saja sampai rumah yer.. Dari pagi kua ha.. amik ko petang baru balik.. Penat tak?? Penat tak penat lah.. tapi enjoy!!!!

Macam rasa nikmat sangat dapat cuti ni (bukan mintak cuti ok! Tapi saya memang cuti he!) Kalau dapat cuti SABTU & AHAD kan best! Dapat spend time dengan family huhuhuhuhuhu~

Memandangkan hari ini saya cuti, saya nak saangatt gi jogging! Yela.. adik2  best g jogging sama-sama hari Sabtu & Ahad tu.. Saya lak Sabtu Ahad pasti keja... Tadi rasa terharu sangat sebab ibu saya sanggup cuti semata-mata nak bawak saya pergi jogging hahahahha! Luv u ibu!!!

Nak tahu saya jogging dimana??? Taraaaa!!!

TAMAN REKREASI SEK 7 SHAH ALAM

Alamak! ingat ada gambar kat google rupanya takde he! Sorylah kawan-kawan saya tak amik gambar heee.. Best lah g sana tadi rasa relax sangat.. release tensen.. Tenang.. Saya main jer ape yang ada kat sana..
Kat sana ada style cam gym nyer.. Best! Sume saya cuba hehehehhehe :D

Happy sangat berjogging dengan ibu tadi, dia pun rasa relax gak.. Mungkin banyak tekanan yang dihadapi tu dia enjoy tadi tu.. Luv u so much ibu!

Lepas abi jogging singgah kedai mamak. Sarapan pagi kami:

 Telur Separuh masak + Roti
Sumber Pak Google :)
Lepas dah ahabis sarapan kami pergi ke JUSCO pulakkk.. Sebab nak tunggu Cik Angah tu habis class sampai kol 12pm.. Kat Jusco kami lepak kat POPULAR & MPH.. Rajin tak?? hehehehhe :D







Memang best lah membaca kan.. Saya tak jemu-jemu tengok buku usahawan jer hihihihih.. Ibu buku motivasi.. Dah cukup masa kol 12pm teruslah menuju ke UiTM amik si debab tu ahahahha :D Masa perjalanan balik, adik saya ke 3 call minta amik dia.. Wah! bestlah dia nak balik!

P/s:Tapi malang nyerrr.... sampai umah je tadi, dapat panggilan, dia kena keja jugak.. :( Ni nak anta dia balik lah jap g huhuhuhuhuhu~ Kesian adik along ni... Ibu pun kesian gak kena hanta balik.. Haish!

Thursday, January 20, 2011

Oh My Chagerrrrr~

Huhuhuhuuuuuu... Chager saya rosak :( Tiba-tiba jer.. tragedi ni terjadi semalam (wah! skema ayat)
Apesal la jadi ceni.. ni pun batry nyawa-nyawa ikan da.. Kalau beli baru mahal ke ek??
Kesian En. Shiba saya huhuhuhuhuh.. Nanti saya cari yang baru yer...


Wednesday, January 19, 2011

PC FAIR DI UITM!

Selamat petang semua!

Tengah buat apa tu? Saya tengah boring.. keja sume da siap, so skg ni online saja lah hehehehhe~ Ni nak cite, tadi kat Uitm ada PC FAIR! Malangnya hari ni hari terakhir lah huuuuu (Eh? da bagitau pagi tadi kan? hehehhehe)

Ok, dengan adanya PC FAIR ni apa lagi... saya pun belanja sakan lah! (tak lah sakan sangat hehehhehe) Guna duit OT yang da di release oleh pihak bank hehehehhe! Nak tau apa saya beli? Saya beliiii....



HEADPHONES





LAPTOP SCREEN PROTECTOR




EARPHONES




CAR MP3



CASING & COVER HP



Heheheheheeeeeeeeeee banyak tak?????? hiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! :D

Pagi - pagi bikin HOT!

Selamat pagi semua!

Ye! Pagi ni saya HOT sangat! Masa odw nak pergi kerja, macam biasalah akan lalui jalan jam.. Even keluar awal pun jalan pasti akan jam! Tensen makcik!



Lepas tu kat traffic light, macam biasa lah kita beratur ikut lane kita. Pastu masa nak jalan tadi tiba-tiba ada keta satu ni dia HORNNNN baik punya thennnnnn korang nak tau apa dia buat???? Ni ha!


 

BO***!! S***!! KURANG AJARRRRRRRRR!! Ko tak nampak ke kiteorang berada lane yang betul???? Dia nak masuk susur kiri jalan je la! Orang lain jalan ok jer!! Tu yang bikin HOT tu!!!(Istighfar balik alongggg......) Memang rasa nak kejar je keta tu!

Pastu, masuk pulak kat UiTM ni, macam biasalha nak parking. Korang tau je la guard kat sini banyak songeh tak paham apsal tak boleh parking. Sekarang ni ada event PC FAIR kat Dewan Annex (Sape nak datang, datang lah, dia sampai 10PM tak silap) Pastu ada gerai-gerai makan kat sini.

Lepas ibu saya dah punch card, nak lah cari parking. Kami nak parking lah kat tempat biasa tu, tempat masa konvo tu. Aku tengok kereta lain sume lepas, boleh masuk. Pastu ibu saya yang baik ni tunjukkanlah kad kat pak guard tu bahawa dia ni staff. (Sebab ada sticker pun si guard ni tak nampak kita ni staff) Then nak tau apa guard ni cakap?

" Maaf kat sini terhad untuk 70 keta sahaja. Awak Tak boleh masuk"

Korang nak tau?? Tak sampai 70 keta pun! sikit sangat! banyak ruang lagi! Then ibu cakap:

"Saya ni staff takkan tak boleh nak parking. Kenapa orang lain awk boleh kasi parking????"

Memang dah geram da ibu aku tu.. Dia sabar lagi.. Si guard tanya lagi..

" Awak ni staff mana?"

Ibu jawab lah..

" Saya staff PTAR"

Dengan belagak si guard jawab

" Sini bukan parking untuk PTAR!"

Macam bangang je kan??? Bis ada staff PTAR lain boleh masuk apsal??? Tu aku geram sungguh dengan guard ni. Ada parking ditutup. Pastu orang-orang tertentu jer leh parking! Bis kita ni sape??? Lainlah kalau student. Tu boleh la tak dibenarkan, sebab student tak boleh bawak kenderaan melainkan parking kat padang kawad tu. Ni tak, ada jugak student leh parking tempat staff!(Dah rasa perasaan staff kat sini!)

Pastu ibu main masuk jela parking then ibu jawab:

" Habis yang masuk sini tade staff PTAR lah?? Ni staff mana? Ada staff jaga DEWAN ke?? Pikirlah sendiri!"

Eiiii gerammmmmmmmm.. Memang nak kene komen gurad2 kat sini! Agak2 lah.. pandai2 lah tengok sape leh masuk ke tak! huh!

P/s: Maaflah kalau ada perkataan kurang enak dilontarkan huhuhhhuhuh~

Tuesday, January 18, 2011

Wohooo Den Busy lorr..

Wah! Agak santai tajuk nyer.. Ye! memang saya busy.. Sekarang ni pun jadual kerja saya 'berpindah randah'. Sekejap kat HQ, sekejap kat Sek 7, sekejap kat Sek 13.. Oh! kenapa lah tak fix saja jadual saya tu kan.. Huhuhuhuhuh..

Kadang kalau balik jer, mesti akan tido awal. Ye , memang awal.. sampaikan tak de masa ngan adik2.. Pastu ruang untuk diri sendiri pun takde.. Nak online, nak buat bisnes, nak buat thesis.. Ish! tak pandai bahagi masa ke aku ni.. I want to be a good one!

Bila aku ditukarkan ke HQ, banyak lah benda aku belajar.. Semuanya bahagian admin.. Seronok jugak, tapi masih lagi tak pass untuk 'menjawab fon call' yer.. Hahahahaha.. Walaupun tak nampak muka orang tu tapi masih gugp lagi.. Kalau jumpe lagi lah..

Sekarang bisnes pun macam slow sikit.. tak dapat nak fokus, nak buat strategi baru.. (maaflah, aku suka berbisnes, maaf kalau korang bosan ngn entry aku kadan2 pasal bisnes hehehe)

Oh! Macam banyak nyer 'ketangguhannnnnnn'

Blog & web pun terabai sangat.. Oh aku rindu sama kamu dan penulisanku... Dekat FB pun macam dah kurang jer kawan2 nak komen2 ngan aku (oh! terasa kah? hehehhe padan muka sendiiriii) Takde apa menarik nak update.. huuuuu~

Korang semua apa khabar ya??

Sunday, January 9, 2011

Facebook akan tamat pada March ini? Benarkah?

Selamat Petang Semua!

Jap lagi masa nak balik dah .. Sebelum balik, I nak update blog lagi lah heee.. Ha.. tau gosip baru tak? En.Mark nak 'shut down' laman sosial Facebook ni pada bulan March ni! Apa korang rasa? Suka? Sedih? tak tentu arah? Ataupun biasa jer??? Heeeee~

Susah tol En Mark ni nak buat keputusan kan? Yela, ramai kot yang dah gunakan facebook. Ada yang buat bisnes dari facebook lagi.. Apa-apa pun En Mark, fikirkan dan pertimbangkan dulu yer?

P/s: Saya pun baru nak kembangkan perniagaan yang dah lama merudum ni oh! Baru nak bangkit semula nih! Cewah!

Sumber berita: Di sini

Jaga-jaga.. Ada orang dibelakang kamu..

Selamat tengahari!

Ha.. Orang perempuan ni minat sangat kalau bergambar kan? Tak kesah lah, pagi pke, petang ke, siang ke, malam ke.. kan? Dimana saja anda berada pasti anda bergambar.. Then update di facebook hehehehe..
Tapi sedar tak tiba-tiba ada orang muncul dibelakang?? Seperti gambar ni:

Ha.. takot tak? takot tak?? Hehehehehe.. Jaga-jaga.....

P/s: Tiba-tiba teringat jangan pandang belakang hehehe!

Saturday, January 8, 2011

Bekerja Biar Ikhlas..

Salam semua...



Tadi masa nak update, saya belum makan.. Ni baru jer lepas makan hehe.. Dah solat pun. alhamdulillah... Memohon kekuatan... Sebelum rehat tadi berborak lah dgn Cik Mira ni.. Banyak jugak diborakkan .. Selain tu, sempatlah den meluahkan perasaan yang macam-macam tadi.. (Ha.. korang jgn pikir lain plak.. Bukan luahkan yg bukan-bukan hahaha)

Perasaan tadi tu, yg takut, gemurh, lemah tak bermaya.. Sebab apa? Sebab tak pandai PR.. Deal dgn customer hukhukhukkkk~ Alhamdulillah skg ni ok sikit.. Mungkin aku boleh buat if tade senior kat sini lah hahahhha.. Nak jugak rasa develop, polite, pandai berfasih hehehe..

Masa borak tadi, adalah Cik Mira bagi semangat sikit.. Dia kata :

" Kalau bekerja Biar Ikhlas.. Nanti pasti semua akan datang.."

Apa yang datang tu????

Rezeki akan datang, offer akan datang, peluang akan datang.. macam2 lagi lah.. Pastu, kalau nak cari kerja nanti jangan memilih, kalau nak kerja, erja apa yang kita minat.. Nanti kalau kita dah enjoy dgn kerja, happy, mesti semua tak jadi maslah..

Pastu kepala den teru dan terus berfikir.. Can I be like her? (betul tak English aku ni?)

Memang kagum ngn dia tadi..macam mana dia greet customer, layan macam kawan2.. Membuatkan pelanggan semua senang dgn dia..

I'm very proud of her...

P/s: Rasanya aku boleh tak?? Ingat.. kerja biar ikhlas.. Sila muhasabah diri...

Hari ni saya NEBES sangat!

Selamat pagi semua!



Hari ni along kerja kat Sek.13 (Laman Seri Hotel) ini adalah kali pertama along kerja kat branch ni.. (Kenapa lah diletakkan kat sini huhuhuhuhuh)

Kat sini along diajar utk buat servis kpd pelanggan (Servis Hotel) ui.. memang gementar lah.. sebab berdepan dgn pelanggan.. Kena polite.. Senyu.. Fasih berbahasa.. Oh gemuruhnyaaaaa.....
Tadi pun pelanggan dtg along da panik giler.. Tapi seb baik Cik Mira tlg setelkan.. Along tgk saja gerak geri dia.. Hope i can learn from that..

Tadi pun ada foreign customer.. Ada buat komen sikit ttg hotel kat sini.. Tu pun Cik Mira handle kan.. (MAcam mana nak bwk diri ni) huhuhuhuhuhuh~

Sempat lagi along cakap kat Cik Mira yang along nebes sgt.. Takot tak leh buat jer.. Korang rasa along leh buat tak??? HUHUHUHUHUHUHU :(

Friday, January 7, 2011

Hari ni saya DOWN..




Tak tau nak ungkap macam mana.. Apa yang di DOWN kan.. Apa yang dirasakan.. Aku jadi serabut.. serabut dengan pekerjaan, thesis.. Aku nak rasa enjoy berpraktikal.. tapi tatau lah.. Adakah aku tak pandai bawak diri di alam pekerjaan ni?

Serius... Nape rasa macam ni...

Aku tak nak orang pergunakan aku, aku nak selesa berada di alam pekerjaan.. Apa yang boleh mematangkan diri aku.. Bagaimana nak beri keyakinan kepada mereka tentang kelebihan aku.. Apa patut aku buat..

Tengokkk..Apa dah aku merepek ni.. Tapi betul rasa DOWN.. Somebody help me :(

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Alam persekolahan!

Salam ceria!

Sepatutnya update benda ni awal pagi tadi.. Tapi malas nak on lambatlah den post hahahahha :D Selamat kembali ke sekolah yer adik-adik ku .. Hehehehe .. Dah sekolah da korang.. Yela, dok umah boring kan.. Tade benda nak buat.. Tapi asyik online jer!

Dok umah pun bukan nak tolong - tolong kemas! Ha.. Skg aktifkan diri di alam persekolahan yer sayang.. hikhikkk!

Adik-adik along yang bersekolah skg ni:

Atikah Norbaki :    UiTM (Sem 5)
Amalina Norbaki : Form 4
Amirah Norbaki :  Form 5
Hanani Norbaki :  Darjah 4

Ha.... semua skolah tu.. Along & Fifa jer keja skg ni hahahah (Praktikal je kot!) Kina lak nak dapatkan confirmation samada leh sambung belajar atau tak.. Sebab dia hari tu kena operation di sebabkan appendix..

*Ni lah kenangan dia kat hospital pantai*

Kalau doctor sah kan dia boleh belajar, maybe 5hb Jan 2011 ni dia bakal sambung belajar lagi.. Belajar rajin-rajin yer adik along :D

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah : Allahyarham Faizal Yusof

Salam Sejahtera Readers..

Ada berita yang menyedihkan.. Terkejut along tengok tadi.. Tadi along dikejutkan berita ini di wall post rakan FB along mengatakan:


Memang agak terkejut.. Pastu along terus search kat internet then memang sah beliau sudah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung..
Mari kita sama-sama sedekah kan Al - Fatihah untuk allahyarham Faizal Yusof.. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Allah lebih sayangkan dia..


Sumber berita : DI SINI

2011 dah? Dia dah pergi tinggalkan kami..

Assalamualaikum semua..

Selamat tahun baru along ucapkan kepada semua.. Semua pasti gembira tahun baru dah tiba.. Malam tadi korang tengok bunga api ke? Macam mana? Best tak? Semalam along kat umah jer.. Siang tu (31/12/2010) along g Kuala Pilah. Ada hal sikit nak setel.. Balik umah pun dalam pukul 9 lebih baru sampai.. Letih..

Korang ingat lagi dengan "KESAYANGAN" along? Tak ingat tgk SINI

Sekarang dia dah tade... Dia dah pergi tinggalkan kami .. 01.01.2011  :"(

Along tatau dia sakit apa.. Puas bawak pergi klinik swasta & kerajaan.. Macam-macam kami usaha untuk memulihkan dia.. Kami cari makanan yang sesuai untuk dia tapi semua tak jadi.. Akhirnya dia pergi jua tinggalkan kami...

Luahan untuk adik..

"Adik.. adik dah pergi tinggalkan along.. Sejak along kerja along dah lama tak dukung adik kan.. Lama along tak mandikan adik.. Pasni along balik kerja, tade lagi nama along nak panggil 'adikkkk' (dengan nada manja).. Tade lagi nama 'along..adik nak mandi lah along' 'along..adik lapar lah along' 'along..adik nak main lah along'.. Semua tu dah tade da dik.. Nape adik pergi tinggalkan along, ibu, angah, oco, fifa, kina, amy, ira yang sayang adik ni.. Kenapa adik tinggalkan kami... Kenapa dik.. Kami tak jaga adik baik-baik ye? Adik merajuk ngan kami ke sampai sakit camni adik.. Maafkan kami...

Along ingat, dapatlah tgk adik membesar.. lasak.. putih comel macam dulu.. Ntah-ntah kalau adik besar, dapat along tgk anak-anak adik nanti kan.. Mesti comel macam adik.. Adik.. along sayang adik.. along rindu adik nanti.... :"( :"( :"( "

KENANGAN ADIK (MY WHITE BLUE)..



P/s: Adik dah tade lagi nak baring kat lappy along da... :(

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews