Friday, July 30, 2010

Kerana Jual Kuih

Korang tahu kenapa sekarang aku bertungkus lumus untuk jual kuih?
Kerana nak tolong ibu yang masih lagi menanggung 7 orang anak yang masih belajar

Korang tahu apa perasaan bila kuih kita habis dijual?
Kita akan rasa gembira sangat kuih kita laku dijual.

Nak tahu apa lagi perasaan yang timbul?
Kita rasa bersemangat untuk berusaha membuat macam-macam jenis kuih untuk menampung keluarga.

Korang tahu berapa untung sehari?
Dengan modalkan RM10, dalam satu hari kita boleh dapat sampai RM20.

Korang rasa apa perasaan kami?
Bersyukur dengan rezeki hari itu.

Bila satu hari, korang nampak korang nyer kuih dirampas, apa perasaan korang?
Sedih tak terhingga bila lihat kuih kita dirampas..
Sedih mengenangkan ibu yang bertungkus lumus menguli tepung
masakan inti untuk bagi sedap..

Korang sedih tak?

Memang tempat tu tidak boleh dijual, tapi kenapa sebelum ni ramai menjual tidak diambil tindakan?
Itu aku tak boleh salahkan mereka kerana itu tanggungjawab mereka menjalankan tugas.
Tapi, tak salahkan kalau mereka menampalkan notis amaran pertama memberi peringatan kepada kami?
Bukan terus merampas sampaikan kami tak tahu dimana bekas kami berada.

Bila ditanya di office, semua kata tak tahu..
Satu hari jumpa makcik cleaner:

Aku: makcik, makcik ke yang amik semua kuih-kuih kat sini?

Makcik: Ya dik.. adik ada jual kat sini ker?

Aku: Ya makcik..

Makcik: Sayangnye dik.. kuih-kuih tu kena buang..

Aku: Tu la.. kenapa tak letak notis dulu makcik sebelum nak rampas..

Makcik: tatau la dik.. makcik jalankan tugas je.. Kat sini kan tak bole jual.

Aku: Sebelum ni bole je, ramai je yang jual..

Makcik: Tu la makcik pelik, dulu tak rampas pun..

Aku: takpelah makcik..

Pastu, aku fikir alternatif kat mana nak jual kuih.. pastu aku pegi ke kedai pakcik ni. Aku da lama kenal pakcik ni.. nak tanya lah kot-kot ada peluang letak kuih kat sini. Start lah dialog aku ngan dia:

Aku: Pakcik.. (sebenarnya ada nama, taknak mention, nanti mengaibkan pulak)

Pakcik: Ya saya?

Aku: Saya nak jual kuih, boleh tak nak letak kat sini?

Pakcik: Ko nak jual kuih apa?

Aku: Karipap

Pakcik: Tu tak boleh la, sebab dah ada orang jual. Dieorang da lama jual, nanti dieorang marah saya plak

Aku: Oyeke.. kuih cucur badak?

Pakcik: Dah ada jugak..

Aku: Kalau karipap tu inti lain bole?

Pakcik: Dah nama karipap sama je lah..

Aku: Erm.. Kalau kuih apam da ada orang jual ke?

Pakcik: KO KALAU NAK TAU KUIH APA YANG ADA KO DTG SINI TGK! (air muka dia da lain)

Aku: Ok.. tapi boleh ke pakcik?

Pakcik: Ko buatlah kuih lain. Kenapa nak jual sekarang? Kan nak dekat puasa. Tak guna jual.

Aku: Lepas raya pakcik, boleh tak?

Pakcik: Saya tak berani jamin. Nanti saya kata boleh, jadi tak boleh plak, nanti saya kata tak boleh, jadi boleh plak.

Aku: Saya tanya je pakcik, kalau tak boleh takpelah..

Pakcik : Kenapa ko nak berniaga?

Aku: Nak tolong ibu..dia ibu tunggal..

Pakcik: Ni idea sapa?

Aku: Idea saya

Pakcik: Kenapa tak berjual kat atas?

Aku: Da kena rampas..

Pakcik: Mesti ada sebab

Aku: A'ah.. tak boleh berjual

Pakcik: Da lama ko jual?

Aku: Lama gak lah.. baru dalam bulan ni jer..

Pakcik: Saya dah bole baca perangai ko

Aku: Apa dia?

Pakcik: Patutlah da lama tak datang kedai ni. Dah ada makanan kat atas pastu tak dapat nak berjual kat sini

Aku: Apa plak pakcik, saya baru je mula.. lagipun saya puasa tu yang tak turun..

Pakcik: Ibu ko kan staff kat sini. Gaji tak cukup-cukup lagi ke?Kan jadi staff ni gaji banyak

(Hati aku da panas)

Aku: PAKCIK INGAT GAJI STAFF CUKUP KE? PAKCIK TAU TAK IBU SAYA NAK TANGGUNG 7 ORANG ANAK? INGAT CUKUP? TU SAYA CARI CARA NAK TOLONG IBU SAYA. KALAU PAKCIK RASA TAK BOLEH NAK BERJUAL KAT SINI, PAKCIK CAKAP. JANGAN SEDAP MULUT CAKAP CAMTU. KALAU PAKCIK NAK TAU, STAFF JUGA ADA CARI DUIT TAMBAHAN NAK TAMPUNG KEHIDUPAN MEREKA. PAKCIK JANGAN INGAT SEMUA ORANG SENANG!

(Terus terdiam orang tua tu. Kita cakap baik-baik, dia bikin kita panas)

Pakcik: Saya cas kat sini sebiji kuih 25sen. Saya akan bayar kalau kuih tu laku. Kalau tak saya pulangkan. Ni cara saya, kalau ko nak lah. Kalau tak nak tak payah.

Aku: Takpelah pakcik, terima kasih

(Terus blah dari situ..)

Pulang dengan hampa... :(

P/s: Janganlah kalau kita dah berjaya kita lupa daratan.. Walaupun anda kurang upaya sekali pun.. Tak semestinya orang yang sihat dari segi fizikal, sempurna dari segi fizikal adalah orang senang.. Mereka pun mencari jalan untuk menampung kehidupan hidup..

Thursday, July 29, 2010

Tanggungjawab Aku Untuk Menyebarkannya

Kepada kawan-kawan ku sekalian, yang mana tidak baca paper hari ini, dengar sini yer..

Penting ni!



Pada mereka yang gemar online, cek email, silalah berhati-hati dengan email yang anda terima. Ini dikatakan (pishing) atau email spam yang boleh mencuri identiti anda! Jangan main suka-suka tekan jer. Kalau camtu meranalah anda.. Baik fikir sebelum bertindak.

Kalau dapat email berunsurkan duit pun, jangan mudah percaya k..

Nak tahu berita lanjut.. SINI

P/s: Macam-macam manusia sekarang makin bijak menipu!

Monday, July 26, 2010

Kenapa Baru Sedar "Halal" Itu Penting?

Sumber Berita : KOSMO

Setelah memasuki tahun 2010 baru lah pengusaha hotel mempunyai kesedaran untuk memiliki sijil halal dalam perniagaan mereka. Rata-rata kita tahu bahawa banyak sumber makanan di Malaysia ini dihasilkan oleh orang bukan Islam. Kebanyakan kedai-kedai, hotel-hotel yang tip top juga dimiliki oleh orang bukan Islam. Kita pula sebagai orang Islam hanya tahu datang untuk makan sahaja.

Selama ini kita banyak tertipu dari mereka yang banyaknya menggunakan nama Melayu / nama Islam untuk melariskan jualan mereka. Tanpa disedari, isi-isi kandungan dalam makanan itu terdapat ramuan yang tidak halal.

Oleh itu JAKIM harus memainkan peranan penting dalam hal sebegini. Banyak kan lagi info-info kepada rakyat mengenai isu ini. Supaya rakyat boleh berwaspada. Rakyat juga haruslah menjadi pembeli yang bijak. Cek dulu isi kandungan yang terdapat dalam sesuatu makanan. Jangan hanya sekadar cek sekali da terus kata halal. Cek lah dengan penuh teliti.

Mungkin sukar untuk mereka melakukan semua ini. Sebab dah terbiasa dengan makanan-makanan mereka yang dirasakan halal.

P/s: Kini along dan keluarga makin berhati-hati dalam membeli makanan. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah.

Update : Info mengenai sijil Halal KLIK SINI

Thursday, July 22, 2010

Tahukah Kau Anak Itu Kurniaan Allah?


Sumber Berita dari : METRO

Masih ada lagi manusia yang tidak mengetahui Qada' dan Qadar Allah. Masih ada lagi yang tidak tahu pemberian nikmat Allah. Kenapa masih ada lagi manusia yang tidak dapat menerima ketentuan Allah?
Geram betul dibuatnya..

Masih ada lagi ke manusia yang memilih mahukan jantina anak apa? Kalau da Allah tulis anak kau tu lelaki/perempuan/kembar tak bersyukur ke dengan pemberian itu?

Ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak bertahun lamanya tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan anak. Daripada anda memukul, membunuh, membuang anak itu, berilah kepada mereka yang memerlukan anak. Betul tak? Inikah manusia zaman sekarang lupa kepada balasan Allah kelak?

P/s: Semoga Allah memberi hidayah kepada manusia-manusia sebegini.....

Wednesday, July 21, 2010

Murah-murah juga, tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan dan nyawa


Semua orang mahu barang murah, termasuk diri along sendiri (hehehheheh)..
Tapi murah-murah pun kenalah berpada-pada sebab ia boleh memakan diri..
Sekarang ni peniaga nak cari duit senang. Mereka guna bahan yang kurang berkualiti untuk menjadikan satu barang yang senang orang beli dan murah.

Macam dulu along pernah dinasihati kawan supaya jangan beli handphone buatan dari negara China. Sebab ia boleh effect kat sistem badan kita. Boleh jadi kanser dan macam-macam lagi. Along pun pernah dapat email dari mereka tentang isu tersebut.

Ini lagi satu kes. Kereta rosak pasti makan beribu lebih (mana nak dapat duit beribu tuuuu) . Senang juga si Mekanik ni buat duit. Ada kata ni barang ori, tapi hakikatnya tak. Barang tiruan. Kita ni tak arif tentang kereta mati-matilah percaya. Pastu kereta bermasalah datang kat mereka lagi.. Kalau terjadi apa-apa yang tak dijangka berlaku, macamana? Ada juga pelanggan yang ingin service murah, so dapatlah barang yang murah. Tak kira keselamatan untuk jangka panjang. Susah kan?

Nasihat saya, pilihlah barangan berkualiti agar ia selamat untuk jangka panjang. Kalau kereta rosak pegilah service centre yang diiktiraf.. Cewah! Tak pun kedai mekanik yang boleh dipercayai..Hehehehhe~

Jadikan cerita ini sebagai iktibar untuk anda ek.. KLIK SINI

Malaysia bila lagi?


Tadi baca sejenak berita hari ini di kosmo. Along agak tertarik dengan topik ini:

"Banyak Negara Sudah Tapis Internet"

Dalam akhbar ini mengatakan kebanyakan negara telah tapis penggunaan internet lebih-lebih lagi laman web lucah yang semakin berleluasa dari individu yang tidak bertanggungjawab.
Tindakan yang diambil oleh kerajaan negara itu patut dicontohi oleh semua negara. Kerana perkara seperti ini mengundang penyakit sosial yang boleh berleluasa dikalangan masyarakat di sesebuah negara tersebut.

Adakah di Malaysia melakukan perkara yang sama seperti negara-negara lain? Setujukah anda jika Malaysia mengambil tindakan seperti itu? Malaysia bila lagi?

P/s: Ada orang kata , kalau sekat pun orang atasan yang tahu password juga akan sebarkan video or laman-laman web yang tak guna tu. So no point disekat. Betulkah begitu?

Tambahan info : MELAYU PALING BANYAK TENGOK PORNO!

Tuesday, July 20, 2010

Pembelajaran hari ini sangat baik!

Salam kawan-kawan!

Along baru sahaja habis kuliah utk subjek dot dot dot heheheh! Alhamdulillah hari ni pembelajaran saya sangat baik! Faham... Balik ni kene buat revision sikit. Mood lec saya hari ini pun baik. Ini lec yang saya pernah ceritakan ritu kat blog.

Pelik juga mood beliau ok. Maybe sudah baca komen-komen yang kami hantar agaknya. Alhamdulillah kalau beliau faham isi hati kami. So, im happy today!

Jualan lagi sekali laku.. syukur alhamdulillah.. Ibu pasti suka lagi. Mungkin rezeki kali ini dapat memberikan keyakinan kepada ibu saya untuk teruskan hidup bersama anak-anaknya..

Apa yang saya pelajari dalam dunia perniagaan ini berdasarkan pengalaman yang ada, kita hendaklah terus mencuba, berusaha dan bertawakkal. Laku tak laku lain kira. Yang penting kita cuba. Walaupun ada perasaan takut pada mulanya, kita diri sendiri mesti pupuk semangat dan buangkan perasaan takut itu. Dan amalkan ayat 'pagar diri' kasar pulak bunyinya.. ayat perlindungan diri hehehe.. amacam? ok kan? ini ayat yang pernah saya postkan dulu. Tak ingat? ok KLIK SINI
Macam pakar motivasi pulak hehehehe~

P/s: Sibuk pasal bisnes sampaikan resume tak siap huhuhu... Koranggg... resume kene anta.. tapi tak buat lagi! huhuhuhuhu~ Nak praktikal kat mana ni... tolongggggg! adoiiii...

Monday, July 19, 2010

Alhamdulillah karipap dah terjual!

Ibu saya pasti suka, sebab kuih beliau habis dijual.. mudah-mudahan hari esok lebih bertambah baik dari hari ini amin..

Memang gumbira lah bila dengar adik saya cakap:

"Kuih habis dijual"

Tu pun along tanya beliau la heeee~

Tak sabar nak bagitahu berita gumbira ini kepada ibu tercinta!

P/s: terima kasih kepada anda yang mendoakan ia berjaya :D Terima kasih kawan-kawan....

*** Tadi sempat pegi PKNS jumpa prospek sebab beliau nak join bisnes topup bersama saya.. Alhamdulillah syukurrrrr :) Saya pasti akan bantu beliau.. Anda berminat?

Jual Kuih Karipap

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Apa khabar anda semua? Semoga hari Isnin ini merupakan haru yang penuh bersemangat kepada kawan-kawan semua!

Semalam along dan ibu mengusahakan membuat kuih karipap! :D Pengalaman semalam agak mencabar kerana 'doh' yang kami buat tak jadi. Agak dalam 3 jam kami berusaha untuk menjadikan 'doh' itu sebati. Segala arahan dan cara kami da ikut, tapi agak pelik kenapa ia rapuh?

Alhamdulillah dalam pukul 12am kami telah berjaya juga membuat 'doh' utk kuih karipap tu.. Biasalah permulaan nak berniaga ada cabarannya betul tak? Along kagum dengan ibu along sebab tabah dan sabar menghadapinya..

Hari ini bermulalah menjual kuih karipap. Along letakkan di kerusi ruang legar 'foyer law'. Along tadi tunggu jap alhamdulillah ada yang beli. Sekarang along ada di library tunggu kawan sebab pasni kami ada interview dengan pihak union. Untuk assignment kami..

Kawan-kawan, along mohon doa dari anda mudah-mudahan jualan hari ini laku & habis.. Amin..

P/s: Insyaallah bulan puasa nanti bermacam-macam kuih akan dilakukan untuk menampung kehidupan kami amin..

Sunday, July 18, 2010

Pagar Diri

"Apa yang pagar diri tuh? Letak pagar rumah ker?

Ha.. sumer pasti tertanya-tanya apsal along wat entry ni? Betul ke tak betul along nih?
Along betol... jangan risau.. masih waras lagi hehehheh~
Along just nak kongsi ilmu ngan korang sumer.. Ini pun berdasarkan pengalaman..

Mungkin ada yang mereka ingin mencari rezeki, mula-mula semangat.. Pastu berhenti di tengah jalan..
Mesti pernah ada kan?

Ini along ceritakan pengalaman family along. (termasuk along sekali)
Macam ibu along, ada buat macam-macam bisnes untuk tambahkan lagi pendapatan kami. Cth: Program wang pos, buat kuih siput, kuih gunting, kini skincare produk. Semua tu bagi kami ok, kami boleh buat. Mula-mula jer perniagaan berjalan lebih lancar, lepas tu tiba-tiba berhenti setengah jalan. Bila nak bangkit balik susah. Promote sana sini tiada pelanggan. Waktu tu agak down juga..

Kemudian kami minta nasihat dari ustaz. Ustaz kata perkara macam ni kita mesti ada skill. Apa yang dikatakan oleh beliau itu benar. Kemudian beliau minta ibu along terangkan kat dia apa produk yang kami jual sekarang. Ibu pun menerangkan dengan penuh keyakina dan kesabaran.

Ustaz kata :

"Kamu ada skill. Sangat meyakinkan diri saya. Saya rasa ada orang yang sakit hati dgn kamu. Baiklah, utk permulaan ini, kamu 'pagarkan diri kamu' "

Bagaimana caranya? Mari saya kongsikan dengan apa yang telah di ajar oleh ustaz:

Baca ayat 4 Qul iaitu:

  1. Surah AlKafirun
  2. Surah Al ikhlas
  3. Surah Al Falaq
  4. Surah An Nas
Caranya:

  • Mula-mula baca surah Al-Kafirun dan hembuskan ke tepi kanan
  • Kemudian baca Surah Al Ikhlas dan hembuskan ke tepi kiri
  • Selepas itu diikuti Surah Al- Falaq dan dihembuskan ke belakang kanan
  • Dan akhir sekali baca surah An Nas dan dihembuskan ke belakang kiri
*Sebaik-baiknya diamalkan selepas solat.. Mudah-mudahan rezeki anda bertambah.. Amin...

Komen telah dihantar!

Korang ingat lagi entry yang along tulis ni? SINI
Utk makluman, komen kami telah dihantar.. Saya pun telah menghantar komen saya pada beliau..
Time tu, dia mintak, dia kata dia akan beri markah!
(Wah! komen pun ada markah ke?)

Apa-apa pun along telah luahkan segalanya..
Pastu kan.. dia soh kami tulis nama tau! ui... dasat..
Memang semua tercengang.. Sebab ada yang tulis ada yang tak..
along tulis nama kat situ huhuhuhu~

Pastu yang lain ada yg x tulis nama, tatau lah apa nasib mereka nanti..
Sebab lecturer kami kata:

"Takpa.. tanak tulis takpa.. saya akan nilai melalui wajah kamu, saya akan kesan siapa yang komen utk saya tanpa nama"

P/s: Perlu ke letak nama utk mengomen seseorang?

Thursday, July 15, 2010

Apa yang kamu tahu erti Sayang?

Kamu tahukah apa itu kasih sayang?
adakah sekadar ucapan
"saya sayang awak dan anak-anak"

Dengan berkata begitu kamu lepas kan diri kamu dari tanggungjawab..

Adakah kau amik tahu hal anak-anak?
Makan ke mereka?
Berganti ke tidak pakaian mereka?

Kamu tinggalkan hutang piutang kepada mereka
Kamu tidak memberi sedikit nafkah sejak kamu berpisah dengan isteri kamu..
Adakah itu dikatakan sayang?

Kamu kata anak kamu lebih berharga..

"Itulah harta yang saya ada"

Kenapa waktu kamu bersama mereka kamu tidak nampak semua permata kamu itu?
Kenapa baru sekarang?

Itu dikatakan sayang?

Siapakah yang harus berubah? Kamu atau isteri kamu?
Isteri kamu bersama kamu ketika kamu tidak ada apa-apa langsung..
Dari kamu 0 hingga kamu berjaya kini..
Tergamakkah kamu buat dia begitu?

Bila ditanya apa kesalahannya, apa kekurangannya tidak kamu menerangkan perkara sebenarnya..
Malah kamu kata dia adalah isteri kamu yang paling baik, paling perfect!
Kalau baik, kenapa kamu ada orang lain dalam hidup kamu?

Dengan isteri kamu, kamu tidak berkongsi apa-apa dengannya..
Tetapi dengan orang lain, rancak benar kamu menceritakan masalah kamu itu..
Kamu berkongsi masalah kamu dengan kaum kerabatmu..
Sampai ahli keluargamu berkata:

"Ada perkara boleh diceritakan, ada perkara yang tak perlu diceritakan"

"Pakcik tahu semua masalah ibu bapa kau"

"Semua kisah ditangan aku"

Sampai masalah kamu dengan isteri kamu ahli keluargamu boleh tahu semuanya?
Kelemahan isteri kamu juga turut mereka tahu..
adakah patut begitu?

Inikah yang dikatakan sayang sampai orang luar tahu kelemahan isterimu?

Kenapa dulu kamu tidak nampak pengorbanan isterimu?
Setelah berpisah barulah nak dikatakan sayang?

sekarang, kamu telah berpisah dengan isteri kamu, kamu menyalahi dia.. Semua orang luar salahkan dia.. Kamu fitnah dia.. Tergamaknya kamu.. Sampailah kamu diberi ujian dari Allah.. Kini kamu susah barulah kamu nampak isteri dan permata kamu...

Wednesday, July 14, 2010

Beginikah seorang lecturer?

Huhuhuhu hari ni along nak kongsikan 1 cerita ngan u all sumer.... sadis betul..
Korang nilaikanlah sendiri ek..

Semalam along ada masuk kelas untuk 1 subjek ni.. Along tak masuk awal sbb along manage timetable supaya tak clash. Mula-mula utk subjek ni along reg kelas lain, bukan group HR. Course lain. Pastu bila difikirkan balik, takkan lah along nak g kelas lain utk subjek ni kot. Baik amik HR gak. So alhamdulillah along dapat masuk group tu.

Semalam bermulalah kelas 1 along masuk utk subjek tu.. Pastu si 'lecturer' ni tanya siapa yang baru masuk kelas ni. Along pun angkatlah tangan. Dengan sinis dia pandang semacam jer kat along ni huhuhuh~
Dengan kumpulkan keyakinan diri, along senyumkanlah muka ni..

Pastu dia tanya :

Kenapa baru masuk hari ni? Kenapa lambat?

Along pun terangkan apa yang along da explainkan kat atas tu.. Along ceritalah perkara yang sebenar kat dia.. Pastu dia langsung tak leh terima.. Dia siap perli along lagi kat dalam kelas tu.. dia kata:

Da la masuk umah orang, tak reti-reti nak jumpa tuan rumah..

Oklah.. tu along boleh tahan lagi.. Along terima kalau itu silap along.. Dah memangpun salah along kan.. Pastu dia tanya lagi..

Macam pernah jer tengok muka kita pernah jumpa ke?

Takkan lah nak tipu jugak kan.. along jawab lah pernah..

Kat mane kita jumpa?

Along jawablah Kat kelas ni lah, subjek ni (sebenarnya along repeat subjek ni ).. Pastu dia jawab..

Dah agak da! Tgk! saya jumpa awak lagi, awak pun jumpa saya lagi.. Ni yang saya malas ni.. Kamu sem bape?

Saya sem **

Memang waktu tu tersentap lah.. boleh nak tanya semua tu.. agak malulah depan junior-junior along kena perli camtu..Pastu dia minta student2 hantar biodata masing-masing. Along tak lah prepare sume tu.. then kena lagi..

Yang baru datang tu tak bawak pape ke? Ntah-ntah buku pun tak bawak. Bawak diri jer.. Maklumlah da besar.. da sem ** kan.. Tak perlulah saya nak ajar, kamu kan pandai belajar sendiri.. Da datang umah orang tiba-tiba.. Macam alien..

Memang sedih weyh.. along kuatkan diri jer.. senyum jer.. Just tak prepare biodata jer.. buku sume along bawak, siap da baca lagi tu.. Dengan bangga dia cakap kelas lain da belajar banyak. Padahal sama jer levelnya.. still chapter 1 lagi kita belajar..

Pastu dia bagi kiteorang assignment. Dia soh kiteorang sume wat:

  1. Pengetahuan kita ttg subjek ni
  2. Apa score kita utk subjek ni
  3. Beri komen ttg lecturer
So, korang rasa patutkah along luahkan apa yg along rasa? Maksud along tegur sikap dia.. Dia cakap, tulis komen ttg diri dia, manalah tau kot-kot ada yang tak puas ati tapi ngumpat kat belakang tak guna jugak.. dapat dosa.

Tapi dia memerli kami ni camtu, mengaibkan kita tak dosa ke?

Biarlah dia wat camtu ngan saya yang repeaters ni.. Hina sangat ke kami? Apa-apa pun along tetap cuba kumpulkan kekuatan utk dapatkan ilmu ini.. :(

Monday, July 12, 2010

Dapat Tag "Happy"

Hai semua! Maaflah, lama tok update blog.. Bukan apa, 2 hari (Sabtu dan Ahad) along meniaga kat Uptown Klang. Kebetulan disana ada fiesta soccer along pun amik peluang untuk menjual. Nanti along ceritakan pengalaman along membuat jualan disana ya!

(Alhamdulillah jualan topup laris dilakukan disana :) Pastu dapat 3 orang agen baru lagi tu hehehe! Syukurr)


Kawan-kawan! along baru dapat tag dari blogger : Sepatah Kata (Jieda79) Wah! happy lagi tu.. (am i seorang yg happy? hehehehe! Terima kasih pada jieda :) So, ada lah soklan-soklan yang perlu dijawab:

1) Adakah anda rasa happy sekarang?
- Yer! sangat happy!

2)Kenapa anda rasa happy?
- Sebab... jualan topup semalam sgt memberansangkan! Pastu ari ni buka blog dapat tag lagi!

3)Apakah yang membuatkan anda happy?
-Jika sesuatu yg sy buat dapat hasilnya, ada org happykan sy, tgk citer yg happy2!

4) Pernah anda menerima tag?
- Erm.. Pernah la jugak, tapi tak banyak :) walaupun sikit sy appreciate sgt!

5) Nyatakan warna yang anda suka
- Warna? Semua warna cantik, tapi paling suka Biru sebab lembut , damai ... :)

6) Beritahu 9 orang yang anda TAG:

http://fztogether.blogspot.com/
http://myqza.blogspot.com/
http://sesunggutcute.blogspot.com/
http://www.gnesop.com/
http://c33ram00n.blogspot.com/
http://mynameika.blogspot.com/
http://nizammalek.blogspot.com/
http://keraknasiputih.blogspot.com/
http://misslovelyadia.blogspot.com/


KEPADA YANG DITAG, DIUCAPKAN TAHNIAH.. SILALAH JAWAB SOALAN MASING-MASING YER..

P/s: Opppsss! Ada lagi award yang belum di post dan di jawab.. nanti along wat post utk itu yer :)

Thursday, July 8, 2010

Wah! Angah beli lappy baru!

Tahniah kepada adik ku angah keranan telah berjaya membeli lapto (mini) baru... (dengan menggunakan duit pinjaman pelajar ye hehehehe paham2 je la :) )

Semalam lepas class kami bertiga (termasuk ibu ek ) terus menuju ke Klang Valley mencari laptop untuk angah.. Angah berminat membeli mini laptop sebab :

  • Mudah
  • Senang
  • Ringan
  • Comel...
Tapi ibu pula kurang setuju dengan keinginan angah sebab ibu kami fikir untuk jangka masa panjanggg hehehe.. Tapi nak wat camana duit pinjaman tu tak cukup nak beli mahal-mahal.. (melainkan kalau ada sponsor hehehe!)

Sampai ke sana terus nampak satu laptop yang comel jenama.........................

Yes! Dell lagi! apa lagi.. angah suka lah sebab laptop lama dia jenama tu jugak.. tapi malangnya da patah.. ni kisahnya SINI

So, keputusan telah dibuat, beliau memilih laptop ini!




Cantekkan???? Tetiba nak jugak beli laptop lagi hohohohohohoho! (TOSHIBA nak letak mane nanti longgg)

P/s: Papepun tahniah untuk angah!

Tuesday, July 6, 2010

Hari kedua di campus!

Selamat pagi semua.. terima kasih kepada mereka yang sudi membaca blog along yang tak seberapa ni.. mungkin ada yang menjadi 'silent reader' thats why la kurang dapat komen daripada para pengunjung heheheh~

Its ok, along teruskan penceritaan hari ini.. Pagi ni class still lagi tak da lagi.. tadi da jumpa denga lecturer yang mengajar along semester lepas, dia ajar subjek yang along amik kali ni :) Agak terkejut jugak la, sebab berjumpa lagi di lain subjek hehehe.. Beliau sangat memberi semangat pada along untuk semester kali ni..

Along harap , dapat lah along tempuhi semester ni dengan kuat, tabah, cekal, yakin dan lain-lain lagi!
(Fuh sangat bermotivasi!)

Pasni ada lagi kelas yang menunggu.. Hohhoohohoho sangat nebes lagiii...
OH TIDAK!!!!

P/s: Tadi ada jumpa junior, dia speaking dengan saya lor.. tak sangka saya dapat berbual dengan menggunakan 'broken english' tu hohohohoh~

Monday, July 5, 2010

Contest : Lucky Draw By Shasha!



MARI ADIK! MARI ABG! MARI KAKAK!
DATANG SINI ALONG KASI PENGUMUMAN
TO ALL BLOGGERRSSSS!!!!

Di sini ada cabutan bertuah yang pertama dianjurkan oleh CikShashabee
Menangi wang tunai sebanyak.......

Bukan RM0.05 sen
Bukan RM0.50 sen
Bukan RM5

TAPI................................

RM50!!!

Tarikh tutup : 31 Julai 2010
(ada masa lagi kalau nak sertai)

Dengan ini, suka citanya saya TAG kan contest ini kepada:

  1. Saudara Sop
  2. Saudari Tedi
Sesiapa pun boleh juga join cabutan bertuah ini! JOM RAMAI-RAMAI memeriahkan lucky draw dari cik shasha!

P/s: Mungkin anda yang bertuah :) Thaks to my sister Angah TAG sy dalam contest ini! :)


Semester Baru Kembali lagi!

Oh tidak!
Kena belajar balikkkk!!!!
Kene bangun awal..
Kene buat assignment..
Kene dengar celoteh lecturer..
Kene tengok ragam kawan2!

Ini pasti antara keluhan student yang kembali ke campus masing-masing.. termasuk along hohohohoohoh~
Memang agak nebes ye kawan-kawan walaupun da biasa mengalami semua situasi ini.. Oh! dapatkah ku tempuhi!

Pagi-pagi lagi cambiasa da sampai ke fakulti sendiri huhuh.. Ramai jugak student baru untuk semester ni.. Wah! semua semangat dengan pakaina yang kemas, kawan baru, lecturer baru pasti mereka ada azam baru juga! (tapi jangan hangat-hangat taik ayam suda..)

Ada juga yang seronok jumpa kawan-kawan seangkatan dengannnya.. Ada juga yang mula untuk ponteng kelas ye kawan-kawan... (Aku??!!!)

Oh! saya pelajar yang boleh dikatakn berdisiplin sikit jer hehehe... Sekarang tunggu masa untuk pergi ke kelas pertama huhuhuhu~ (Pagi-pagi da prepare knowledge tau!)

Lambat pulak nak tunggu 12.30pm kan.. hari ni saya ada 1 kelas jer kawan-kawan! Adik da pegi menjamu selera dengan kawan-kawannya huhuuhu~ (lapaq belum makan lagi ni...)

Kepada adik-adik yang baru masuk, along ucapkan selamat datang.. Semoga anda berjaya untuk semester ni.. Jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang, kerana suasana pasti berubah.. So, tetapkan pendirian anda untuk berjaya dalam semester ni.. Virus banyak diluar sana.. Jangan mudah terpedaya :)

Nasihat along kepada adik-adiknya :)

P/s: Oh along jangan malas2! usaha tangga kejayaan! Nebes la pulak haish!

Sunday, July 4, 2010

Argentina Vs German What happen??

Along bukan lah peminat bola, tengok perlawanan tadi terus teruja nak tengok perlawanan tu sampai habis..
Memang sengit sangat permainan tadi hohohoho~
Tapi pelik, kenapa Argentina main camtu? Kenapa berdepan dgn German tak bole nak dapatkan 1 mata pun?

Dengar-dengar cerita Argentina ni hebat! Pernah menjaringkan gol sebanyak
6 GOL! masa lawan dengan team mana pun tak ingat heheheh!


Tengok! betapa gumbiranya pasukan German menjaringkan sebanyak  
4 GOL!

Tengok dekat post FB wah! penyokong German memang happy giler la.. ada yang dok perli-perli Argentina beb! Penyokong Argentina lak tros tukar team hahahahah... Adoi.. macam-macam ragam kan?
Apa-apa pun ini adat permainan.. ada yang menang ada yang kalah.. Mereka da usaha sebaik-baiknya..

*** Tapi kan.. takkan lah Argentina boleh main macam tu lak kan? Lemah jer.. Macam rela jer German menang? Hmm.. Think-think!

*** Tahniah kepada kedua-dua pasukan!

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah! Rezeki hari ini!

Hari ni hari paling gumbira sangat! (macam menang loteri ja!) hahahahhaha~
Kenapa along happy sangat nih???
Nak tau??

Jom tgk pic ni:

(klik pic utk lihat lebih jelas)

Ni tgk email yang saya dapat:


(Klik untuk lihat lebih jelas)

Best tak kalu u all pun dapat berita gembira yang sama??? Ni along nak kongsi sikit lah...

Apa yang along buat nih? Sebenarnya along join 'forex' Along tau, rata-rata kat luar sana takkan percaya dengan forex. Ada yang kata forex tu menipu, haram, main duit orang dan macam-macam lagi. Along pernah tanya kawan along boleh dikatakan beliau pakar dalam forex.. Bertahun dia buat forex dan sekarang membuat personal coaching pada sesiapa yang ingin belajar forex. Beliau kata, beliau sangat tak setuju bila kata forex tu haram. Yela, ramai yang tak arif tentang forex tapi boleh judge camtu.. Kita sepatutnya kena tengok bagaimana caranya kan...

Ok lah, macam mana along boleh nak join benda ni? Ni pun sebab kawan along sendiri menjadi trader dalam syarikat beliau. Beliau seorang trader kawan-kawan.. So, along memberi kepercayaan kepada beliau, along pun mengeluarkan modal minimum sebanyak RM1000 100usd (RM370) untuk mula dengan permainan ini..

Along bermula pada bulan March tahun 2010 (maknanya tahun ini lah..) Lepas tu, pada bulan April along dapat hasil yang pertama iaitu RM100. Masa dapat tu agak lewat jugak lah dapat.. Baru along faham menjadi seorang trader ni perlu kesabaran dan usaha untuk mendapatkan keuntungan. Memang gembira waktu tu.. (tapi maaf gambar tiada sebab masa tu test market jer..)

Pastu, sedar tak sedar da bulan Mei, wah! dapat lagi RM100! da hampir yakin ni.. Pastu bulan June dapat lagi! lagi lah tak sabar nak tunggu balik modal.. Dan sejarah hari ini (Julai) along dapat lagi! (lihat gambar diatas)

So, along semakin yakin dengan apa yang along perolehi.. Along pun nak share lah dengan korang semua :) Along suggest kepada student, pekerja yang memrlukan income bulanan join lah forex ni. Kalau korang berminat boleh tinggalkan msg kat FB TOKEY TOPUP saya pasti akan jawab disitu..

Untuk bagi u all dapat info dan tidak ragu-ragu, boleh layari web ni : http://forexhunt.org/

P/s: Jangan risau, kawan along yang uruskan semua ini :) Ok!




Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews