Monday, July 19, 2010

Jual Kuih Karipap

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Apa khabar anda semua? Semoga hari Isnin ini merupakan haru yang penuh bersemangat kepada kawan-kawan semua!

Semalam along dan ibu mengusahakan membuat kuih karipap! :D Pengalaman semalam agak mencabar kerana 'doh' yang kami buat tak jadi. Agak dalam 3 jam kami berusaha untuk menjadikan 'doh' itu sebati. Segala arahan dan cara kami da ikut, tapi agak pelik kenapa ia rapuh?

Alhamdulillah dalam pukul 12am kami telah berjaya juga membuat 'doh' utk kuih karipap tu.. Biasalah permulaan nak berniaga ada cabarannya betul tak? Along kagum dengan ibu along sebab tabah dan sabar menghadapinya..

Hari ini bermulalah menjual kuih karipap. Along letakkan di kerusi ruang legar 'foyer law'. Along tadi tunggu jap alhamdulillah ada yang beli. Sekarang along ada di library tunggu kawan sebab pasni kami ada interview dengan pihak union. Untuk assignment kami..

Kawan-kawan, along mohon doa dari anda mudah-mudahan jualan hari ini laku & habis.. Amin..

P/s: Insyaallah bulan puasa nanti bermacam-macam kuih akan dilakukan untuk menampung kehidupan kami amin..

2 comments:

myQza said...

bisnes kuih? bagusnya.
puasa mestilaku byk :))

caiyok!

Along25 said...

Terfikir nak wat camtu lah.. mudah-mudahan laku... amin.... :) tedi sokong saya yer!

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews