Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009


[PIC EN GOOGLE]

2009 banyak kenangan yang memberi pengajaran dan kematangan pada diri along ini. Mungkin matang belum cukup jika tiada pelbagai cabaran , dugaan yang melanda pada diri kita. Pejam celik, pejam celik da nak masuk tahun baru.

2009 banyak peristiwa yang berlaku yang tak dapat along huraikan. Semuanya pahit2 belaka. Dalam pahit, ada juga yang manis. Along dan ibu dapat mencari wang dgn hanya sistem wang pos, along dapat menjadi dealer topup, adik dapat sambung belajar dan yang paling bermakna, ibu dapat tawaran dari makcik utk menunaikan umrah pada tahun baru nanti.

Terima kasih alang sebab bagi peluang untuk ibu untuk pergi ke rumah Allah. Semoga ibu dan alang selamat berada disana nanti... Amin..

Dalam menempuhi tahun baru, pasti ramai yang berazam untu menjadi lebih baik. Adakah tahun baru ini kita akan berubah sepenuhnya?

Semua jawapan terletak ditangan anda.

WELCOME 2010 , GOOD BYE 2009...

Wednesday, December 23, 2009

Jaga Kucing macam jaga anak... fuhh!


[ Garang x? hihihiihihi]

Pagi2 nak dekat subuh along mesti dikejutkan dengan suara nyaring Si Cinta sebagai 'alarm' bangun Subuh! adoiiiii.... sakit telinga niii... Pastu, akan along kejutkan sape jer yang berada di sebelah along untuk bukak kan pintu untuk memberi tuan kehormat tu masuk...

Bila dia da jerit2 bising automatik my mum pun bangun. Dia pun akan kejutkan along utk solat Subuh. Bising teramat sangat suara mereka2 ni. uhuuu...
Lepas selesai solat along akan mandi, wat keja2 umah, pastu siapkan makanan utk yang 'terhormat' iaitu nasi + ikan bilis hahahhaha.. [ ini lah makanan mereka setiap pagi]

Pastu, bila nak dihidang tak leh berkongsi atas 1 kertas. Nak tau sebab apa??
Mereka akan bergaduh sesama sendiri.. Lebih2 lagi Cik Cico yer... [ tak sedar hang tu pendatang nak berlagak plak yer!]

Along terpaksalah asingkan, utk mini, cico & cinta. Bobo tak balik lagi, gi dating agaknyer..
[ Ngah sakit pun sempat nak berdating ek! kikiki]

Lepas sodap makan , ape lagi, lentok r kat tempat masing2.. Cinta kat ruangan dapur, minie kat atas katil (kat bilik mak dia angah hahahhahaha!) Cico plak kat depan peti ais. Hahahahhaha!
Adoii... penat tol layan kerenah mereka2 ni. Pagi tadi sebelum makan, along kemas halaman bunga, Cico mesti akan temankan & bermain kat pokok2 tu. Bila along masuk dia pun turut masuk hahahahha!

Papepun, along sayang mereka love

P/s : Semalam kena gigit ngan Cico. Dia gigit mulut along lak tu huhuhuuhnangih

* Rahsia Temuduga Kerajaan Version 3 da keluar! KLIK!

Tuesday, December 22, 2009

Aku disahkan menjadi DEALER!

Alhamdulillah, siang tadi along dikejutkan mendapat SMS dari admin masa along join topup dulu iaitu En Shah. Dia anta message mengatakan bahawa kami akan bertukar pada server baru. Lepas tu, dia kata lagi soh along sediakan nama reload untuk didaftar dalam server baru.

Along tak faham, along pun anta message kat dia :

" Nama apa shah? Sue tak faham.. Explain leh?"

Then dia balas :

" Sekarang sue da jadi dealer. Dekat server baru nanti da tak guna ID lama cam dulu. So, as dealer, u kena ada nama contoh cam Easyreload, Smarttopup, Mreload. So, bila da ada nama, masa nak transfer modal kat agen dia akan tulis : Deposit 101010 telah ditambah oleh smarttopup. Macam tu.."

Masa dapat jawapan tu, along rasa bersyukur sangat sebab da berjaya menjadi seorang tokey topup :) Dulu hanya menjadi seorang agen sahaja... Harap dengan berkat rezeki ni, along dapat perkembangkan perniagaan ni seluas2 nya... Amin...

(Apa pendapat u all? Ok x? nama EReload25 ni?)


RSS pada blog


Melanggan Newsletter adalah perkara yang bijak sebagai seorang blogger. Kerana apa? kerana ia menjimatkan masa utk kita mengetahui perkembangan blog yang sentiasa kita lawati. Sekarang, RSS sentiasa berkembang luas di hati seorang blogger. Ia juga memudahkan pelanggan kita melawati blog kita sekerap mana pun .

Mudah kan? Kenapa? tak percaya ke? Ok lah, along terangkan disini, once kita update blog, maka secara automatik, pelanggan yang melanggan RSS pada blog akan mendapat maklumat itu terus ke email mereka. Pembaca hanya perlu membuka email mereka sahaja. Mudah kan?

[semua orang da tau penggunaan ni, tapi kenapa masih ramai tidak menggunakannya?]

Jika anda berminat, sila dapatkan tutorial memasang RSS disini. Semoga info ini bermanfaat & berguna utk anda.

TUTORIAL RSS



Monday, December 21, 2009

Bahasa 'F'


[pic dari Encik Google]

Da lame along tak update (hari2 mau cakap mcm ni mesti da busan kan?) memang susah nak update. Mana taknya, masa tidur kat umah makcik, anak dia tak bagi sangat along guna.. huhuhuuh ... Dapat guna kejap jer...

Pastu, bila kat umah plak, berebut ngan adik2.. huhuhu... Kadang2 lame gak bila guna.. Lagi 1, internet plak lembab.. tak sepantas mcm kat cyber cafe huhuhuh... Email along plak melambak2 banyakkk...

Ni kisah BAHASA F. Masa anda kecik2 dulu, penah dgr / blajar bahasa ni? Pelik kan? Bahasa F ni menjadi bahasa rahsia kami hahahhaha... kiranya tak nak ada orang tahu... (perosak bahasa betol hahhahahaha)

Sekarang ni, budak2 kecik da pintar & pandai.. Mereka turut nak belajar bahasa rahsia kami ni..
Contoh Si Nani & Uyu.. sibukkk nak tau... apa lagi, kami pun ajar lah... Perkara pertama mereka nak tau mcm mana nama kita tukar pada bahasa F ni:

Along : AfaLongfong
Yaya : YafaYafa

Nani: NafaNifi

Uyu: UfuYufu

Mama: MafaMafa
Ibu: IfiBufu


Hahhahaha... ni perkara pertama mereka tgh praktis.. Pastu, mereka mula mahu kami membina ayat..


Uyu : Along, macamna nak cakap "Mama lapar.."
Along: "MafaMafa LafaParfar.."



Pastu, dia pun terus cakap kat mama dia... tergelak mama dia hahhahaha... Then, nani plak..


Nani: Along, camne nak cakap "Along, nani nak bank ibu"
Along: AfaLongfong NafaNifi Nakfak BankFank IfiBufu"



Dia pun tros cakap kat ibu hahhahaha... Sepatah haram ibu tak paham... Memang kecoh r, sampai ibu & makcik pun nak belajar hehehehhehe....

Note: Korang ada bahasa rahsia gak ker? hehehhehe....sengihnampakgigi

"Afalongfong Nakfak Mafakanfan [tau x ape ni? hehehhehe]


Tuesday, December 15, 2009

Link Exchange


[crop dari blog saye la :)]

Sekarang ni along ingin merapatkan ukhwah antara sesama kita. Selain itu along pun nak u all semua blog walking kat blog kawan2 lain. Along takdelah expert nak wat 1 ruang utk sediakan tempat khas for link exchange.

Kebetulan tadi along ada ternampak widget ni kat blog sorang rakan (terlupa plak nak copy link blog die.. maaf) Along rasa ia mudah utk anda semua tinggalkan nama blog & url utk along lawati..
Along pun nak jugak kenal2 ngan rakan2 lain di luar sana.. Kedatangan anda di alu2 kan :)

So, along harap jika anda lawat blog along tinggalkanlah link anda disini yer...


callmekeep in touch!

Monday, December 14, 2009

Menu Button


Setelah berpeluh belajar tutorial nak wat menu button pada blog akhirnya telah berjaya jugak :)
Seronok juga bila lihat macam2 tutorial yang di ajarkan oleh para2 blogger antaranya yang selalu along ikut Maribinablog.

Pastu untuk menu button ni along kenal ngan blogger baru iaitu SukiPrattle kat situ pun macam2 tutorial ada.. Patu along ada kenal lagi iaitu blog Melz ni pun ada gak tutorial.. Ramai lagi actually mereka membuat tutorial blog.. Nanti along category kan blog mereka sebagai Blog Tutorial k :)

Banyak lagi perlu along belajar. Macam2 lagi along nak cuba n explore..

Ada masa lawat lah blog mereka...sengihnampakgigi

Saturday, December 12, 2009

Kod Etika Blogger

Selepas selesai berjalan bersama family tercinta, tiba masanya along melayan internet seperti biasa. Perkara yang wajib along buka adalah email. Sebab dalam email, banyak informasi2 berguna yang along dapat dari pakar IM Malaysia.

Along ada ternampak 1 email yang bertajuk "Kod etika blogger" Alon rasa info ni amat penting kepada kita sebagai blogger yang semakin berkembang di alam internet ni. Boleh dikatakan ramai dikalangan kita mempunyai blog. Ada yang buat blog pasal perniagaan, personal, gosip artis, politik dan sebagainya.

Tapi ada juga dikalangan kita menyalahgunakan blog untuk kepentingan diri sendiri. Kadang boleh menimbulkan salah faham antara 1 sama lain. Ada juga yang meng'copy' (ayat apa nih) hasil orang lain tetapi dikatakan hasil mereka sendiri semata2 ingin menarik pengunjung ke blog mereka.

Sebelum along jelas kan apa itu kod etika blog along ingin memberitahu bahawa along dapat info ini dari Saudara Zamrin. Along pun telah meminta keizinan dari beliau untuk membuat post mengenai topik ini di blog. Along harap pihak beliau tidak kisah utk permintaan along tersebut.

Kod etika blog ini merupakan 1 garis panduan kepada para blogger untuk berblogging. Antara garis panduan yang telah di tetapkan adalah:

  1. blogger harus jujur & dalam mengumpul maklumat & mentafsir maklumat
  2. jika melakukan kesilapan dlm penulisan , blogger harus jujur & mengakui kesilapan tersebut dan bersikap terbuka utk memperbaiki kesilapan tersebut
  3. elakkan plagiat
  4. jangan menghasilkan maklumat yang tidak tepat
Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan info DI SINI

X sedar da Jam 4am!!!

Ha, ni along post betul2 tepat pukul 4am! (mengikut jam along lah)
Ya allah, memang along tak sedar langsung! mata pun tak mengantuk lagi..
Kalau lah ibu bangun time ni confirm kena marah punya huhuhuhuhuh...

Khusyuk sangat along update blog, twitter, tgk email yang panjang berjela2! ahahhahaha..
Korang sumer da tido ker? heeesengihnampakgigi

------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN SEBENTAR celebrate

Promosi! Nak jual topup? RM50 (dapat free modal RM15) - Yuran ahli seumur hidup
server cepat! pantas! bleh guna 24 jam + sistem SMS!

Nak jusmate dgn harga RM180?? Beli lah dgn saya :)
* Jadi ahli lagi best! dapat 3 kotak sekali...

*** Program ekspress :psst!psst! nak tau x? ibu saya da dapat level 3 utk plan B wang pos. (RM270) nanti dapat lagi utk level seterusnyer... ( Ada yang da daftar, ibu dapat lagi WOW factor!) ha... pening? nak tau, SMS : 013-3067900 cepat2! callme Sikit2 lama2 jadi bukit!

Friday, December 11, 2009

Seronoknyerrr dapat monitor!!!!


Heheheheh setelah sekian lama along tidak update blog, tak dapat tengok email, tak dapat berhubung dgn rakan2 gara2 monitor lamaku rosak huhuhuhuhuhu...

Disini saya ingin mengucapkan terima kasih pada papa, yaya, pcha kerana telah memberi monitor mereka kepada kami... huhuhuhuhuhuh!

Semangat saya bila dapat monitor ni... akan ku jaga dengan baik & sempurnaaaaaaaaaa :)
celebratesengihnampakgigisenyumlove

Friday, December 4, 2009

Kpala sakit,pr0t pn..xleh tdo..huhu :( (update)

Ini kisah pagi tadi (lebih kurang dalam 3 lebih).. along tak leh nak lelapkan mata... Dengan kepala yang berat.. huhuhuhh sakit sangat... along pun mencapai hp update status utk FB gtau yang pale sakit (mengada x? huhuhuh) Secara automatik dia tros link pada blog.

If ada yang terbaca awal entry ni tanpa posting sume ni sebab advance update hahahah...
Ni along backup balik la dgn tulis apa yang terjadi malam tadi... sakit sangat pale ni...
Ni pun masih terasa perit lagi...

Dalam sakit2 pun sempat gak wat sarapan pagi utk adik2 tercinta..
Menu hari ini ROTI CANAI... menjadi gak la walaupun keras sikit jer hehehhh...
Malam tadi menguli dengan angah sampai lenguh tangan ni... Ibunda sedap tido yerr... hehehhh

Ni la hasil dari kami berdua... hehehehhehe....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

* Nak join topup? Murah RM 30 (FREE RM10) server cantek , cepat, pantas! RELOAD25
*Nak bli ebook?ebook percuma?? EBOOK CORNER
*Come join Jusmate!
*Come join Program Ekspress!

Wednesday, December 2, 2009

Hujan lagi...

Baru bangun dari tido ni, percaya x? heeee... Lena... sebab apa???
HUJAN LAGI.... tu yang lena .... sampai terlajak zohor, huhuhuhuhuh...
Igt tido kejap jer...

Angah pulak masak sedap sangat, bila kekenyangan membongkang hahahaha...
Sekarang cuaca tak menentu lagi.. Tiap2 petang mesti hujan... Alhamdulillah la sebab sejuk kan... Tapi nasib baik kain yang disidai kering jugak sebab cuaca elok pagi & tengahari tadi..

Ha, anda semua mesti sedap tido kan? hahahaha bangun2...
Tadi tengahari along kua gi Maybank, wat kad baru. Along wat debit kad..
Ni semua gara2 online bisnes...

Tapi, along nak tanyalah, kalau wat account paypal, kenapa lebih elok guna debit kad (Public Bank)?
Ada sesape tau x? Leh explain??soal

Kenangan bersama Cezen!

Salam... selamat pagi semua :)
Semoga rezeki anda baik hari ni amin ...
Sepatutnya along nak update citer ni, tapi bz plak layan email n layan customer di email tu heee...
Selain tu, cari lagi info2 ttg bisnes internet ni...

Sebelum tu nak ucapkan tahniah pada kawan along sebab dia telah berjaya menjual produknya di internet... (jeles seh!) tercabar rasanya ... takpe2 tu rezeki masing2 yang penting usaha...
Pape pun along tetap dgn minat along, mungkin along pun akan jual gak produk di internet.. ape dia tu??? tungguuuuuuuu..... hehehehe...

Eh, terlari tajuk plak, sebenarnya nak citer ngn korang sumer, pada hari Isnin lalu along & angah pegi men bowling dgn cezen2 tercinta (yaya & pcha)

Takde gambar yang kami ambil.. huhuhuh sedih2.... tapi my cezen tu ada amik ... nak tau citernyer???

Klik link ni : Bowling

Semoga u all gembira membacanya hehehehe....

Note: my kucing sakit... bobo, cinta, cico... huhuhuhuh kesian mereka tak lasak da...sedih

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews