Tuesday, April 13, 2010

Setelah sekian lama dpt AWARD semula:)

Lame da dapat AWARD ni, tapi tak di post2 lagi (kalau tau tuan punyer badan nyaye jer kene jerit!)
hehehehehhe :D

Ok, along nak ucapkan terima kasih kepada Puan Baiti kerana sudi memberi award ini. (Tak sangka blog along ni still lagi dikunjungi oleh beliau isk!isk!isk!)

Ok la, along pun kena lah jawab semua soalan yg diberi.. dalam English uols! makcik jawab je la k :)



1.THANKS & LINKS THAT THE PERSON GIVE YOU THE AWARD

Mama Baiti... thank you2 very much! i luv u! hahahahahahha!

2.PASS THE AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK ARE FANTASTIC

Macam ramai sgt jer.. tapi along jujur je la mana yg along selalu lawat k.. :)

1- Ceeramoon
2- Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik
3- Bina Blog | Buat Blog | Tutorial Blogspot | Panduan Blogspot | Blog info
4- Love My NEw Life (tuan pemberi award)
5- Lya.Nana
6- Thenameisia
7 - Melz
8- Uchi Blog

Tu jer kawan2 huhuhuhuuh...

3. CONTACT SAID BLOG AND LET THEM KNOW THEY HAVE WON THE AWARD
Not Yet
(i will tell them) :)

4. STATE 7 THING ABOUT YOURSELF

1- Anak Sulung
2- Tokey topup
3- Minat berbisnes
4- Suka cari duit
5- Penyayang (lebih2 ngn family) hehehehehhe..
6- Suka berkawan
7- Suka senyum (PEACE!)

Monday, April 12, 2010

Perselisihan Faham..

Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk berkongsi bersama. Jangan fikir di sudut negative kerana niat along post kan cerita ni supaya kita dapat berfikir besama & jgn diulangi kesilapan tersebut.

Masa dalam class pagi tadi, ada 1 kumpulan ini bertelagah sesama sendiri di hadapan pensyarah . Memang dasat along tgk tadi.. sorang menegakkan kebenaran, sorang lagi umpama menegakkan benang yg da basah..

Siap bersumpah menyebut nama Allah, tetapi pihak lagi 1 seolah² hanya sekadar utk mengatakan diri beliau turut serta memberi sumbangan pada assignment mereka.

Memang agak genting tadi, sampaikan pensyarah kiteorang kena tahan sabar & jernihkan keadaan.

Apa yang boleh along sampaikan / nasihatkan disini:

1- kita sebagai 1 kumpulan hendaklah bersikap professional, jgn terlalu bersikap kebudak²an.
- Kalau kita tgk, kebanyakan perkara yg kecil , yg begitu simple, susah btol nak selesaikan.. selalu campurkan masalah peribadi dalam kerja. sepatutnya tak leh camtu kawan².. Kerja is adalah kerja , peribadi is adalah peribadi.. jgn campur aduk, nantikan serabut kepala anda jugak kan.... (Psst! lagi 1 malu lah depan lec kita behave camtu lorrr)

2- perlu mempunyai sikap bertanggungjawab
-sebagai rakan sekumpulan, setiap dalam diri kita perlu ada rasa bertanggung jawab (responsibilities) utk menyiapkan semua kerja. Jgn sesekali menjadi "silent partner" dalam kumpulan kerana itu boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku. Kalau boleh , elakkan sebarang alasan yg tak munasabah yg boleh menimbulkan "umpatan" dari pihak rakan. Ok!

3- mempunyai komunikasi yang baik
- Dalam kerja berpasukan kita perlulah mempunyai komunikasi yg baik antara 1 sama lain supaya kita dapat membuat kerja dgn lebih baik & selesa. Takda komunikasi yg baik tunggang langgang lah nanti. Org ni tanak dgr kata org ni, org ni pulak besar kepala nak ikut keputusan dia jer, org ni hanya diam jer tunggu keputusan. Tak bleh lah camtu geng..

4- Jgn 'memilih bulu'
- Perkara begini selalu terjadi dimana jika rakan itu tidak begitu terkenal, tidak pernah rapat dgn anda, anda membuat mereka macam 'tunggul' / tak wujud dalam ahli kumpulan itu. Itu juga menyebabkan individu tersebut akan merasa 'down' ukt meneruskan kerjasama bersama anda dan tidak dapat memberi komitmen dgn baik.

5- Jgn gila kuasa!
- Ini diutju pada mereka yg bergelar ketua, kadang² ini juga menimbulkan masalah sebab...... ketua ikut kepala snediri jer, tak nak dgr pendapat org lain. Kerja dia jer btol, itu pun boleh jadi gado tau! So, elakkan k...

Ini sahaja nasihat dapat along berikan, ini sumer pun berdasarkan pengalaman.. :D
Kalau ada rakan² nak tambah nasihat, boleh dikongsikan diruang komen yer.. jgn malu² :)

Thursday, April 8, 2010

Langkawi (Part 1)

"Along tak nak join ke gi Langkawi? Kali ni harga da turun da, RM40 jer.. Jom lah!"

"Ok, sesape yang g Langkawi kena wat assignment Risk Mgt utk 3 tempat. Pilih 1 k (Cable Car, Kilang Gamat, tak igt hahahaha)"

Tiba tarikh 3 April 2010 bertolak lah kami beramai² ke Langkawi pulau yang bertuah itu. Ini pengalaman along pertama kali menjejak ke Langkawi deh.. hehehehhe! Sebelum bertolak tu agak cuak jugak lah, macam² perasaan timbul, maklumlah jauh perjalanan, tak leh gak nak rasa seronok sgt.. Sepanjang perjalanan mulut ni tak berhenti baca zikir uhuhuhuhuhu.. Tapi alhamdulillah semuanya selamat..

Kami bertolak kira² dalam pukul 9am. Dalam lebih kurang 1 @ 2 jam (tak igt) kami berhenti di Tapah utk makan. Sebab pakcik bas takkan berhenti tghri utk makan huhuhuh.. Masa kat Tapah tu ape lagi siap² lah g bli KFC (idamanku selalu!).

Dalam pukul 11.45am, kami bertolak semula utk meneruskan perjalanan. Dalam pukul 4pm (tak silap) kami sampai lah di Jeti Kuala Perlis. Kawan kata, kalau berhenti di Jeti Kuala Kedah akan amik masa dalam sejam utk sampai ke Langkawi. Kalau Jeti Kuala Perlis amik masa setengah jam jer.

So far dalam feri pun ok, takdelah eden mabuk laut ahahahahha :D ada kawan² yg mabuk laut, dieorang diam jer huhuhuh tak banyak bercakap pun heheheheh .. Dalam feri tu kami tgk citer Adnan Sempit! ape lagi tergelak jer  lar org² dalam feri tu.. Pandai btol pelakon² kita memainkan watak mereka.. memang layak dapat berjuta²!

Dalam kol 4.30pm, sampailah kami di Pulau Langkawi!!!!

Pastu kami semua dijemput oleh pihak dari Sandy Beach Resort. Jauh jugak perjalanan nak ke sana adoi.. perot da lapar nih....
(Ini lah pemandangan belakang sandy beach resort!)

Malam tu, kami pergi jalan² di sekitar jalanan di Sandy Beach ni.. (Jalan kaki jer) ahahahha! Memang rasa lain jer la rasanya.. macam tak dok kat malaysia beb! kat tepi² jalan tu macam² kedai ada... ramai pwlancong asing bercuti kat sini.. Ada gak yang menetap kat sini tros! sebab kedai² mereka ada banyak kat situ...


Memang agak rambang mata lah.. macam² nak bli.. huhuhuhu tapi ongkosnya enggak ada :D
Kami hanya singgah makan jer, lepak² kat kedai mamak tu.. harga un leh tahan mahal huhuhuhuhu.. Malam pertama tu rasa cam excited la lepak kan ngn kwn² hehehehhe!

Hari esok nyer kiteorang watper?????

Haaa.... tungguuuuuu sambungannya :D

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews