Monday, April 12, 2010

Perselisihan Faham..

Ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk berkongsi bersama. Jangan fikir di sudut negative kerana niat along post kan cerita ni supaya kita dapat berfikir besama & jgn diulangi kesilapan tersebut.

Masa dalam class pagi tadi, ada 1 kumpulan ini bertelagah sesama sendiri di hadapan pensyarah . Memang dasat along tgk tadi.. sorang menegakkan kebenaran, sorang lagi umpama menegakkan benang yg da basah..

Siap bersumpah menyebut nama Allah, tetapi pihak lagi 1 seolah² hanya sekadar utk mengatakan diri beliau turut serta memberi sumbangan pada assignment mereka.

Memang agak genting tadi, sampaikan pensyarah kiteorang kena tahan sabar & jernihkan keadaan.

Apa yang boleh along sampaikan / nasihatkan disini:

1- kita sebagai 1 kumpulan hendaklah bersikap professional, jgn terlalu bersikap kebudak²an.
- Kalau kita tgk, kebanyakan perkara yg kecil , yg begitu simple, susah btol nak selesaikan.. selalu campurkan masalah peribadi dalam kerja. sepatutnya tak leh camtu kawan².. Kerja is adalah kerja , peribadi is adalah peribadi.. jgn campur aduk, nantikan serabut kepala anda jugak kan.... (Psst! lagi 1 malu lah depan lec kita behave camtu lorrr)

2- perlu mempunyai sikap bertanggungjawab
-sebagai rakan sekumpulan, setiap dalam diri kita perlu ada rasa bertanggung jawab (responsibilities) utk menyiapkan semua kerja. Jgn sesekali menjadi "silent partner" dalam kumpulan kerana itu boleh menyebabkan perselisihan faham berlaku. Kalau boleh , elakkan sebarang alasan yg tak munasabah yg boleh menimbulkan "umpatan" dari pihak rakan. Ok!

3- mempunyai komunikasi yang baik
- Dalam kerja berpasukan kita perlulah mempunyai komunikasi yg baik antara 1 sama lain supaya kita dapat membuat kerja dgn lebih baik & selesa. Takda komunikasi yg baik tunggang langgang lah nanti. Org ni tanak dgr kata org ni, org ni pulak besar kepala nak ikut keputusan dia jer, org ni hanya diam jer tunggu keputusan. Tak bleh lah camtu geng..

4- Jgn 'memilih bulu'
- Perkara begini selalu terjadi dimana jika rakan itu tidak begitu terkenal, tidak pernah rapat dgn anda, anda membuat mereka macam 'tunggul' / tak wujud dalam ahli kumpulan itu. Itu juga menyebabkan individu tersebut akan merasa 'down' ukt meneruskan kerjasama bersama anda dan tidak dapat memberi komitmen dgn baik.

5- Jgn gila kuasa!
- Ini diutju pada mereka yg bergelar ketua, kadang² ini juga menimbulkan masalah sebab...... ketua ikut kepala snediri jer, tak nak dgr pendapat org lain. Kerja dia jer btol, itu pun boleh jadi gado tau! So, elakkan k...

Ini sahaja nasihat dapat along berikan, ini sumer pun berdasarkan pengalaman.. :D
Kalau ada rakan² nak tambah nasihat, boleh dikongsikan diruang komen yer.. jgn malu² :)

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews