Wednesday, December 28, 2011

Sangat penat..

Assalamualaikum..

Hari ni hari sangat memenatkan.. Tapi sangat enjoy sebab dapat spend masa bersama ibu, ayah dan adik-adik..
Tapi tak sume adik along dapat g.. Si angah ada interview for practical, Si alang dengan kejanya dan Si uda dengan belajarnya..

So yang gi along dan adik-adik yang kecik saja..

Esok along update cerita baik yang berlaku pada hari ni (27/12/2011)

Ok lah, along perlu tido dan perlukan rehat yang banyak.. Macam rasa dah tawaf satu KL tu ahahahah!

Ok Selamat malam sume :)

Ps: Kena tido nanti ada yang bebel tak tido lagi hehehehe !


Monday, December 26, 2011

Ceriakan Chat FB anda dgn icon..

Assalamualaikum..

Ha.. along jumpa satu info ni.. Sape yang rajin chat.. nak tak dapat kan kod-kod icon untuk chat? Ha.. kalau berminat moh tgk sini! Kepada tuan empunya facebook (Haris Fadilah) saya mohon share ye.. Nak kongsi ngan rakan-rakan.. Kot-kot dieorang berminat kan :)

List kod icon :

Harimau Malaya --> [[140478612676809]]
Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]] 
Spongebob --> [[334954663181745]] 
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
Justin Bieber --> [[199705483893]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]] 
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]


Update :


[[171108522930776]] -------> Trollface
[[164413893600463]] -------> Me Gusta
[[218595638164996]] -------> Yaoming
[[189637151067601]] -------> LOL
[[129627277060203]] -------> Poker Face
[[227644903931785]] -------> Forever Alone
[[100002752520227]] -------> Okay Guy
[[100002727365206]] -------> Challange Accepted
[[208551699231052]] -------> (d)
[[100003281387902]] -------> (smirk)
[[149615398444588]] -------> (wary)
[[147753965332916]] -------> (dhat)
[[211804458902220]] -------> (cd)
[[333708903307152]] smirk
[[131741810275104]] xp
[[300983063279872]] mario8
[[119793161471522]] cool
[[144264815683239]] maniac
[[164288477004432]] Cd
[[157618067676266]] xD
[[134695813311979]] Hmm
[[138413752938532]] chew
[[138413752938532]] ksmirk

Thursday, December 22, 2011

Ayok! Result PMR kua rini :D

Assalamualaikum & Selamat pagi semua!


Ha.. Hari ni dengar cite result kua! Amacam adik-adik Form 3 ?? Dah bersedia melihat result anda? Relax.. jangan kaget! Tabahkan hati dan redha dengan pencapaian yang anda perolehi..

Apa yang anda usahakan, itu yang anda dapat.. Rasa-rasa kali ni ramai tak yang dapat.....................


???

Ps: Hehehehhehe kebetulan adik den pun amik result rini.. Agak-agak gred ape dia dapat ek :)

Wednesday, December 21, 2011

Bila kena 'judge' macam ni jadinya..

Assalamualaikum..





Tiba-tiba terasa nak cakap pasal Perang Facebook antara Adlin & Chef Wan.. Memang asal nya along tak faham apa sebenarnya terjadi dalam MLM tu kan.. Tapi along pasti mesti ada kena mengena dengan komen dari para juri..

Ok lah, bagi pendapat along la kan, kalau Adlin as participant, dia kena terima lah apa yang judge komen.. Bukan maknanya terima bulat-bulat, mana yang baik kau amik mana yang tak sesuai let go je (masuk telinga kanan keluar telinga kiri)

Mungkin dia tak ingat dulu macam mana dia menjadi juri masa komen AF tu. Pedas, kasar, sinis, kadang-kadang ada lah jugak kritikan membina kepada pelajar-pelajar AF . Tak pun dieorang buat tindakan secara live bagi sume orang tengok macam mana dia buat sekarang ni. Betol tak? Be professional..

Betul lah orang cakap facebook ni laman sosial, terpulang la hak individu nak tulis apa kan.. "Kalau dia boleh malukan aku nape aku tak boleh kan?" <--- Mungkin inilah yang akan sentiasa bermain di fikiran pada setiap manusia bila ada masalah dengan sesama individu kan.. Normal lah tu la manusia..

Hmm..Yang Chef Wan lak, dah memang azali kita nampak karakter dia ni memang 'straight forward ' Cakap pun tak lah berlapik.. Kalau ko nak terasa - terasa lah.. Tapi dia dah dilantik as a jury so nak tak nak kena terima lah.. Dia seorang chef, bukan pelawak.. So peserta-peserta pelawak ni kenalah make he feels fun with ur performance as pelawak kan? Kalau chef tu memang asalnya pelawak tak perlu lah jadi jury.. Baik join je MLM tu..

Mungkin apa dia buat tu atas dasar kerja.. Kalau tak takdenye dia nak komen panjang-panjang camtu..

Along doakan semoga mereka berdua ni ok.. Tak mo gado-gado lagi.. Nak tulis panjang-panjang nanti jadi serius lak.. Fikirlah mana baik mana buruk ok :)






Tuesday, December 20, 2011

Ikhlas dalam membuat sesuatu..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah selalu.. Ok tajuk cerita hari ni "Ikhlas"..
Apa yang korang faham tentang ikhlas ni? Ha.. dulu masa sekolah mesti cikgu dah ajar kan? Takpe mana yang tak ingat saya cuba refresh kan semula..

Bagi pendapat saya ikhlas adalah membuat sesuatu perkara hanyalah semata-mata niat kerana Allah.. Bukan ingin mendapat ganjaran , perhatian, pujian, balasan dari manusia di muka bumi ini.. (Korang faham tak? Hehehe )

Maklumlah, bila kita ingin kan pujian dari manusia kita akan meperolehi sifat "Riya' " di situ.. (Ingat sifat riya' tu tak molek ok.. )

Saya nak kongsikan 1 cerita yang bagi saya ni boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.. Cerita ni taklah panjang, tapi saya harap korang leh faham lah dengan penulisan ringksan den ni yo..

Cerita ni mengenai abang sedara saya yang tinggal di kampung bersama ibunya.. Saya gelarkan Abg D je la ek :)) Usia dia masih muda tapi dah mempunyai tanggungjawab besar menjaga keluarga. Sebelum arwah opah meninggal , Abg D ni lah menjaga nya sehingga akhir hayat nya..

Kini di kampung memang tinggal berdua je (makcik dan Abg D).. Kalau diikutkan usia muda ni abang D tu nak je merantau di bandar untuk mencari kehidupan yang lebih senang. Bak kata orang.. dikampung bukan ada apa pun.. Bukan leh cari & dapat duit banyak berbanding di bandar tu..

Tapi mengenangkan amanat arwah opah, Abg D tu sanggup tinggal dan bekerja di kampung dan menjaga ibunya yang uzur tu..

Setelah 2 tahun saya tak balik kampung, memang tak sangka perubahan yang berlaku pada Abg D..


  • Dulu gaji kerja nya hanya RM300 kini dah naik RM1000++
  • Dulu dia takde kereta kini dia telah peroleh 3 biji kereta even 2nd hand pun..
  • Dulu sebiji motor, kini dah ada tambahan motor baru dengan hasil usahanya sendiri
  • Rumah arwah opah memang dijaga dengan baik.. Bersih!
Tak sangka kan? rezeki Allah beri.. Walaupun duduk di kampung tapi perolehi harta sendiri.. Ini lah salah satu contoh IKHLAS menjaga orang tua..

Semalam, ibu juga pesan pada saya:



Ps: Syahdu kan permintaan ibu saya ni.. Apa-apa pun saya akan buat yang terbaik.. :))



Monday, December 19, 2011

Berada di kampung nyaman sekali..

Assalamualaikum..





Hai kawan-kawan.. sebelum tido nak update sikit.. Macam biasa lah hehehe.. Pada hari Sabtu yang lalu (17/12/2011) along dan keluarga pulang ke kampung belah ayah.. Maklumlah dah 2 tahun kami tak balik selepas ibu dan ayah berpisah..

Niat kami pulang sebenarnya melawat makcik yang sekarang tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah opah. Selepas opah meninggal opah amanahkan makcik saya tu untuk jaga rumah tu sebaik mungkin..

Eloklah rumah tu di jaga supaya kami yang berada di bandar ni dapat pulang bila - bila masa..



Sampai je sana memang banyak perubahan berlaku .. Dah lama betul rasanya tak hidup di suasana kampung.. Bila balik sekali sekala rasa tenang , aman , nyaman sangat.. Rasa macam tak nak balik pun ada hahaha!

Masa kat sana makcik sungguh gembira lagi-lagi dapat jumpa ibu.. (Airmata mengalir tak henti-henti).. Kat sana kami tak berhenti makan je hahaha.. Biasalah bila dah balik kampung makcik saya tu suka sangat bagi makan.. Tak kesahlah apa lauk yang ada dimasaknya..

Adik-adik plak dapat idea nak main bowling kelapa lah, main gasing lah.. Tapi chess tak pernah lupa..Hahah..



Kalau korang nak tahu, makcik saya kurang sehat.. Tapi dengan kehadiran kami terubat sikit rindunya dan sakitnya.. dapat juga kami lihat senyuman di bibirnya..

Agak terkilan dulu kami tak dapat jumpa arwah opah.. kalau arwah masih ada, mesti lagi syahdu kan? Mesti dia gembira dapat jumpa ibu kan..

Lepas ni along bercadang nak balik kampung lagi mungkin sebulan sekali.. Tengok pada masa lah.. Bukan apabila berada di kampung ni hati, jiwa kita tenang sangat.. Suasana lain..

Ha.. mana yang merantau tu janganlah lupa kampung halaman ya :D

Oklah ni saja penulisan saya untuk hari ini .. Esok kita tulis cerita lain lak ye :))

Tuesday, November 29, 2011

Dah boleh online macam biasa!

Assalamualaikum..

Ha..cerita pendek je rini.. Nak bagitau yang saya dah boleh online seperti biasa ! Saya online guna YES ni la.. So far pakai YES ni bestlah.. terbaik! Connection pun ok..

Actually ni dah masuk 2 kali tukar.. First masa beli broadband YES along patah.. Adik langgar.. sadis sungguh.. Kena lah kua kan duit sikit utk beli baru..

Second, tak leh connect through lappy.. masalah dalaman kot.. Tadi along pergi UITM mintak tukar.. sebab masih dalam warranty lagi kan.. So dapatlah tukar.. memang happy sangat!

Pasni tak de la nak berebut ngan angah nak pinjam dia punya YES tu hahahaha :D

Ps: Korang ada YES??

Monday, November 28, 2011

Faham situasi....

Assalamualaikum..

Hai.. macam biasalah balik niaga mesti nak update blog hahahah :D Kali ni nak cite pasal orang yang berduit dengan orang yang tak berduit.. Apa beza dua benda ni? Of cos la yang berduit tu ada duit .. Senang .. Tak susah dan yang tak berduit ni memang takde duit, hidup meminjam dan macam-macam cara ikhtiarkan untuk dapat duit..



Apa kaitan dengan tajuk atas "Faham Situasi" ni?

Hahahaha... maksudnya macam ni.. orang ada duit kenalah faham situasi orang yang tak berduit ni.. tolak ansur la sikit.. Jangan lah men cakap " Ala.. tak banyak sangat jumlah tu, kalau boleh cepat sikit bayar"

Mereka 'kurang' duit mungkin bersebab.. Mungkin juga bayar hutang, banyak tanggungan, perbelanjaan so cuba lah faham.. Bukan mereka tak ikhtiar, mesti mereka ikhtiar untuk teruskan kehidupan..

Rasa-rasa ape perasaan dieorang bila dilemparkan dialog macam tu? Tak rasa terseksa ke? Men bedal je..

Kalau yang berduit pulak NEVERMIND la.. macam-macam dieorang leh beli.. tak heran jumlah 100-1000 tu tak banyak..

So, message yang ingin disampaikan disini cuba faham keadaan mereka yang tak berduit ni.. letakkan diri anda di tempat mereka dan CUBA RASA perasaan tu.. Ok?

Selesai sudah tamat cerita malam ni. Harap korang yang baca ala-ala simple ni korang faham la ek.. :)


Saturday, November 26, 2011

Karnival Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua..

Along baru je balik dari meeting ni.. Meeting bersama peniaga-peniaga untuk program

"KARNIVAL CUTI SEKOLAH"

Bulan 12 ni, Hotnite Bazaar akan mengadakan program ni.. Sempena cuti sekolah ni adik-adik kita boleh la release tension mereka selepas beberapa bulan dieorang belajar kan.. So dari situ kami mengadakan acara sukaneka!

Untuk pengetahuan semua kami telah senarai kan sebanyak 75 acara.. Tapi kemungkinan tak semua akan diadakan.. Mana yang sesuai akan kami pilih sebagai permainan pada hari berlangsung nanti..

Nanti saya akan publish jenis acara dan tarikh diadakan.. Mana kawan-kawan yang dekat kawasan area KLANG ni meh la turun ok!

Hadiah menarik menanti anda semua! Selain itu ada juga acara lain selain sukaneka seperti:

- Battle of the band
- Persembahan nasyid
- Bintang kecil

Dan macam-macam lagi! Kalau nak tau apa lagi ada kat sana datang ok! Semoga kedatangan anda akan menyerikan lagi program yang dianjurkan oleh pihak HOTNITE BAZAAR KLANG :)


Friday, November 25, 2011

URL blog saya dah bertukar!

Assalamualaikum..

Hai.. Tatau nak wat post ape.. Ni baru je lepas godek-godek blog ni ha..
Sekarang ni saya dah tukar url tau.. mesti orang pening nak taip 'gnola25' hahahha.. sape paham bagus la! sape tak paham ce cari apa 'gnola25' tu.. (Kalau dapat jawab otak korang pinter!) hehehe!



Sekarang ni url saya bertukar : ceritaalong.blogspot.com
Amacam? simple tak? senang tak nak ingat? Of cos lah senang kan.. nak mudah kan lagi korang teringat2 along ni ha.... Hahahahah !

Sekarang ni layout pun kasi tukar sikt! hahaha.. sume dah style automatik la.. nak cari html da lupa sangat.. yela lama giler tak godek blog ni.. tapi takpe bagi den masa lagi untuk cantikkan blog saya ni ok!

Ada masa rajin-rajin la melawat ok (jadi style muda2 dulu masa ada blog.. merayu terus merayu ahahhahah )

Erm.. ok lah along nak jalan-jalan cari info! hahahah :D Selamat malam semua ....

Tuesday, October 18, 2011

Blood Donation ! (Wah! Saya Berani !)

Assalamualaikum...

Yahoo.. my broadband YES 4G saya dah kembali pulih ! (beli baru je huhuhuhu.. kua lagi duit.. ) So semangat lah saya nak update cite baru..

Ha kawan2.. ni along nak cite ni.. Jumaat minggu lepas (14/10/2011) saya pergi menderma darah tau ! Heeheheheh caye tak?? Pecaye la heheheh.. Along sendiri pun tak percaya yang along ni berani menderma darah.. Hahahahaha !


Kalau ikutkan hati memang tak nak gi.. tapi di cabar oleh adik sedare den, uish ! tu yang teros g tu.. Dalam ati ni Allah je yang tau betapa berdebar nye dada ni hahahhaa..

Sebelum nak menderma, along kena isi borang dulu. Maklumlah first time kan.. Selepas isi borang kita kene g jumpa doktor .. Mula2 timbang berat badan dulu heheheh (mak ai da lame tak timbang rupanya makin naik berat aku! oh! tidak !!) pastu doktor tanya kita soalan macam2 lah sebelum layak menderma ni..

Pas da tanya semua, bermula lah doktor nak cek along ni darah ape plak hehehe.. Dalam ati ni kuat mengatakan saya ni DARAH O ! hehehehe.. At last memang betol pun !


Kalau darah jenis O ni, dia hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A,B,AB & O) dan individu yang mempunyai darah O seperti saya ni hanya boleh menerima darah jenis O sahaja..

So di sini along sertakan pic kenangan kami semasa menderma hehheheh !


(Untunglah angah tak join heheheheh )


(Along bersama budak excited nak menderma !)


(Untunglahhhh gambar dia full huhuhuhu )


(Ni pun sama ! Tak aci gambar full jugak !!)


(Saya daripada jauh je huhuhuhuh.. takpelah asalkan ade gak gambar heheh!)


Setelah selesai saya dapat SIJIL dari PUSAT DARAH NEGARA ! seronok sangat ! Ini lah kenagan paling manis yang saya lalui.. Insyaallah kalau panjang umur saya menderma lagi okeh ! :D
Berani jugak saya ni kan? Ekekekekkekeke !

Sunday, October 16, 2011

Saya jual rojak !

Assalamualaikum.. Wah!! Lama sangat tak berblogging.. Apa khabar semua? Mesti macam2 cerita baru yang u all semua da post kan? Apa korang buat sekarang ni? Masih macam dulu atau da temui kemajuan? Hehehehehe !

Korang tau kan along suka berniaga? Sekarang ni along da berjaya buka gerai sendiri tau ! ( Modal pun hasil perkongsian ibu dan bakal makcik )

Banyak sangat rintangan dan dugaan yang along lalui.. Kami start berniaga bulan 5 tak silap.. Eh! celoteh panjang2 lupe lak nak habaq, korang nak tau tak kat mana along buka kedai tu?

Uptown Di Klang Sentral (terminal B) nama tempat tu HOTNITE BAZAAR.. Mana yang tau, dok kat area Klang ni meh la mai ke kedai saya !

Menu yang saya buat : Rojak | Kerang Rebus | Laksa | ABC | Laici Kang | Fruit Cocktail

Coming soon : Spaggeti & Bakso !

Datang tau ! Jangan tak datang  ! :D

Tuesday, April 19, 2011

TAK PAHAM BILA ADA YG TAK PAHAM AKU


AKU TAK PAHAM LA, DAH AKU KATA TAK SUKA TAK SUKA LA ! NAPE NAK AMIK TAU LAGI. AKU TAU KO MEMANG NAK AMIK BERAT TTG AKU, TAPI BAB 'KERJA' AKU TU AKU TAK SUKA KO TANYA SEBAB TAK COMPLETE !

TAK PAHAM KE? BILA KO TANYA TU BUAT AKU TENSEN ! AKU TAK PUAS ATI ! AKU NAK BUAT TU TAK TENANG ! AKU TAK SEHEBAT ORANG LAIN UTK SIAPKAN 'KERJA' AKU TU ! NAPE TAK PAHAM LAGI !

KAU BUAT CAMNI MMG MAKIN AKU FEDUP DGN KO ! BUAT AKU TAK SENANG DENGAN KO ! MEMANG KO NAMPAK AKU PELIK KAN?

AKU TAK SEHEBAT ORG LAIN UTK SIAPKAN SUME TU KO PAHAM TAK !!!!! TU RISIKO AKU TANGGUNG !

BAGI AKU MASA ! BAGI AKU RUANG UTK SUME NI ! AKU DAH TAK PERLUKAN KO LAGI ! TAMAT !

Wednesday, April 6, 2011

Bibir ku kena CIUM! Oh! Kontroversi!

 (gambar hiasan sahaja ! )

Oh! memang kontroversi sangat! bibir I kena cium huhuhuhuhuh! Dengan sapa?? Tatau lah binatang mana yang bertempek kat bibir den.. Huhuhuhuh bangun pagi jer, pap! besar bibir ku oh tidakkkkkkk!! Nak kua pun malu woooo.. tapi wat slumber jer huhuhuhuhu~

Ni pun terasa sakit jugak.. Hope kurang la sakit ni.. So sebelum tido, mari lah kita sama - sama cuci mulut ok! Bukan setakat kaki je, mulut pun kena cuci.. (untuk lebih berhati - hati cewah hahahhahha)

P/s: Seksi wo bibir I pagi tadi hahahahahha :D

Tuesday, April 5, 2011

STEAK HOUSE AGAIN...

Morning everybody! Ha.. ini citer pasal lunch semalam. Semalam saya membazir duit lagi ok! Hahahahaha adoi.. nak makan western food jer.. ish ish ish... So semalam den poie laie kedai makan steak house kat laman seri tu!

Menu saya makan semalam adalah GRILL CHICKEN! fuh! sedappppp mavelesssssss! Nak tgk? Jom!



Sedap tak sedap tak?? Hehehehehehhe ;p Harga pun sedap lah kakakakkaka.. Nak kata berpatutan, ok lah he! Saya bukan makan sorang jer... tapi dengan akak-akak DMS saya ok!



Sory la kak ain.. tak sempat snap Spaggeti Seafood kamu yang sedap tu ekekekekeke ;p Anyway saya gembira dapat makan bersama kamu semua ! :D

P/s: pasni nak makan ape plak ek? Hehehehehhehe~

Monday, April 4, 2011

Hari Pertama Saya Di Hostel

Selamat pagi semua.. Hari ni saya berada di Hostel Seksyen 20.. Ye, ini pertama kali saya menetap disini ok..! Ape perasaan berada di sini? Of cos mula-mula tu kekok.. Maklumlah berjauhan dengan family.. (Cewah ! macam jauh sangat hehehehhe)

Semalam sampai sini pun malam la . Sebab saya abis keje kol 10pm.. Thanks to Kak Ana sebab sudi amik kami di Hotel Laman Seri hehehehhe..

Sampai jer di hostel semalam, ape lagi.. den teros order McD ok.. (oh! membazir duit lagi hahahhhaha) Tapi disebabkan lapaq, beli jela hehehehhe..


(gambar hiasan)

Pagi ni saya bangun awal lah jugak (awal tak awal sgt la..) Kalau ikotkan memang nak bangun lambat. Konon je la hehehehhe.. Tapi disebabkan kaki saya cramp, pergh! Sakit woooo! Tak jadi nak bangun lambat.. huhuhuh.. Ni masih terasa sakit lagi la.. huhuhuhuhhuhuh..

Pastu, teros kemas baju dan iron baju nak gi keje nanti.. Wah.. bila buat sume ni teringat masa saya di kolej dulu..

P/s: Oh! Rindu sama roomate saya masa diploma dulu huhuhuhuhuh ....

Sunday, April 3, 2011

Hari Ini Macam Hari SENTAP sedunia.. Secara Live saya minta maaf..

Nampak macam emotional tak? Ye memang sangat EMO skg huhuhuh.. Secara LIVE saya ingin memohon maaf kepada ==>>



Insan Pertama:

My Sis.. Kakak angkat saya sebab saya telah membuatkan dia terasa diperlekehkan oleh kawan-kawan.. Kak maaf jika comment along tu membuatkan akak terasa kecik sgt.. Along hanya fikir benda tu hanya gurauan tapi tak sangka gurau itu menyakitkan.. Im sorry again..


Insan Kedua:

My cezen.. Along minta maaf sangat-sangat diatas kelakuan adik along yg telah memalukan kamu dalam facebook tadi.. Tak perlu ulas panjang dalam ni, sebab nanti jadi tanda tanya orang ramai lak.. Terus den jadi artis huhuhuhhuh.. Bagi pihak adik along.. Along mohon maaf.. Im Sorry (Macam Amir Raja Lawak) Tapi saya tak nak jadi Amir Ok!




P/s: Kerana mulut badan binasa .. Hubungan pun binasa.. Tapi boleh diselamatkan dengan ungkapan MAAF.. Terpulang kepada empunya diri untuk memaafkan.. sorry again guys..

Pps: Jadikan pengajaran kepada pengguna Facebook ya.. MIND YOUR WORDS =) ketika membuat posting atau memberi komen ;p

Ppps: Ada sesape lagi terasa dengan saya? Meh saya buat post untuk anda juga huhuhuhuh~

Penulis lirik Seri Bayu meninggal dunia

Al Fatihah.. Dan takziah along ucapkan kepada keluarga Allayarham Seri Bayu diatas pemergian Seri Bayu malam tadi (8.15pm) di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama 6 tahun..

Along dapat tahu berita ni pun masa menonton MELODI tadi.. Semoga roh allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.. Amin..

Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allayarham ..

P/s: Allah lebih menyayangi dirinya..

Selamat Pengantin Baru Alia..


Semalam habis saja keja, along terus pergi kenduri kat belakang umah den heheheheh (dekat jer kan) saya pergi kenduri kawan saya ni bersama Cah.. Thanks cah sebab sanggup tunggu den pulang kerja heheheh lama tu...

(Sory cik Ecah, saya slumber amik pic terpaling cantik dalam FB kamu hahahhaha!)

Sampai saja sana dengan harapan dapat jumpa kawan-kawan lain.. tapi malangnya tidak huhuhuh.. takpelah.. saya faham dah malam.. Yang paling best dapat jumpa dengan kawan paling lama tak jumpa hahahah .. 

(Anis : lama ke kita tak jumpa? hahahha .. anyway thanks sebab call saya banyak kali utk dtg ehehehe)


(Sophia: Ni dapat jumpa time raya jer.. Hehehe sophia banyak sangat berubah. Tang mana tu ek?? He!)

(Fariza: Yeay! dia la paling lama ku tak jumpa..!! Semalam baru dapat.. Memang so excited!)

Seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama.. Tapi along paling kagum dengan mereka berempat ni.. Semangat persahabatan dari sekolah sampai sekarang tak pernah hilang.. Mereka masih lagi kekal sebagai seorang sahabat.. Inikah namanya SAHABAT? =)

Along doakan semoga kalian kekal sebagai SAHABAT.. senang susah kamu semua bersama ya :D
Eh! ni dah lari topik ni ahahahhaha.. Nak bagi ucapan untuk Alia nih..!

For Alia: Selamat Pengantin Baru along ucapkan.. Semoga hubungan Alia bersama suami tercinta kekal sehingga ke akhir hayat.. Semoga mendapat anak-anak yang soleh dan solehah macam ibu & ayah nya nanti hehehee... Apa-apa pun along happy dapat jumpa Lia.. :D Thanks jemput along ke majlis Lia ni hehehehe.. (Ingat juga kamu dengan saya) Semoga tabah dan cekal menghadapi dunia baru !



P/s: Pasni turn sape lak ek? Anis? Ezz? Sophie? Ehehehehehe!

Saturday, April 2, 2011

Saya tak suka makan MEE tapi yang peliknya...

(gambar hiasan)

Ye! saya memang tak suka makan MEE KUNING ni. Adik saya Si Atikah Norbaki (Angah) a.k.a Adik Ana pun tau yang along dia tak suka sangat ngan MEE KUNING ni.. Tapi kalau angah segala apa MEE je dia bedal hahahahaa..

Saya lak akan makan WANTAN MEE saja .. 

(gambar hiasan)

Sebab apa? Sebab Mee wantan ni tak de lah terasa muak sangat berbanding mee kuning tu.. Urghhhh! Nak muntah kalau makan ..

Yang peliknya hari ni.. Aku leh makan MEE HAILAM masakan MAKTAM. Hahahahahaha pelik tak ? pelik tak??
(gambar hiasan)

Pelik sangat... mungkin sebab kuah dia sedap kot.. tu tak rasa muak tu ahahahhahaa... Ngade kan saya ni? Mee pun memilih hehehehhehe ;p

Saya tak gemar MEE saya suka NASI.. tu badan bulat jer hahahahhaha :D

P/s: Ada sesape tak suka makan mee macam saya tak? Hehehehehe~

Lunch makan LAMB CHOP!

(Gambar hiasan)

Hahahahah mengada-ngada tak lunch tadi den makan LAMB CHOP hahahahaha.. Menghabihkan duit ajo! Adehh.. Perut ni la mengada - ngada nak makan ni ahahahhaa..



Tadi saya makan kat MONRODS. Ini first time den makan kat situ.. So far ok lah.. Sedap.. Harga pun, standard lah.. ahahahahhaa.. Nanti ada duit, kita makan lagi ahahahhahaha :D


P/s: Korang lak lunch apa tadi?



HARGA MINYAK NAIK LAGI.. APA KOMEN PENGGUNA?



Semalam kat facebook ada sedikit kecoh yang mengatakan harga minyak naik sebanyak 0.20.. Ada jugak yang fikir tu April Fool.. Semalam kan 1 April.. Dah lah En Google buat April fool kat kita hahahha.. Den siap terkena!Cet!

So hari ni di akhbar memang sah lah harga minyak RON 97 naik sebanyak 20 sen.. So apa pendapat korang yang bawak keta ni? Rasa ok?

Sumber: KOSMO

Friday, April 1, 2011

Why I'm So Moody today??



Hari rasa macam down sangat.. Tatau lah.. Macam ada sesuatu yang sangkut tak dapat dilaksanakan.. Nape ada rasa tu? Hari ni pun keja tade mood. Diri di office, tapi roh melayang.. Ntah apa  yang difikirkan..
Nak rasa tenang aku dengar lagu-lagu nasyid untuk kembalikan semangat yang hilang.. Adakah itu mencukupi?

Apa akan jadi pada diri aku, hidup aku lepas ni? Nape ngan along hari ni :(

Thursday, March 31, 2011

Permata Yang Di Cari..

Wah! Adakah aku sudah jatuh cinta??? Jawapannya adalahhhhhhhhhhhhhh.................................................

YA! YA! YA!

I'M IN LOVE!!!!!


Saya telah jatuh cinta dengan lagu De Hearty hehehehe! Bila dengar betapa hati saya dah jatuh cinta.. Oh!!!
Antara lirik yang saya sangat gemari :


 "YA ALLAH, JIKA DIA BENAR UNTUKKU DEKATKAN LAH HATINYA DENGAN HATIKU"



Monday, March 28, 2011

Geram pulak dengan persatuan yang minta sumbangan nih!



Hish!! Pagi-pagi buat den hot sangat! Along geram dengan satu persatuan ni ( tak payah disebutkan persatuan apa nanti mengaibkan plak) Dia ni ada minta mohon sumbangan dari pihak delta ni.. Sebelum nak proceed bos saya ni minta saya dapatkan maklumat lanjut dari pihak mereka betul atau tak jika nak menderma ni dikecualikan cukai.

Satu hari tu, along call la persatuan ni untuk dapatkan maklumat lanjut. Yang in charge benda ni En.Z . So lepas dapatkan maklumat tu, along cakap lah dengan dia nanti kalau bos along ni bersedia nak memberi sumbangan along akan maklum kan pada dia..

Yang along geramnya, dia hari-hari call tanya "camne cik su, dah bersedia nak memberi sumbangan tak" Mula-mula tu along tahan lagi, bila dah hari-hari fedup la plak nak layan. Yela macam tak paham bahasa yang kita kata nanti kita maklumkan..

Bos along ni dia busy memanjang, lagi pun company kiteorang ni plak busy dengan projek-projek & event-event yang ada.. Pastu ada satu hari tu En.Z ni call lagi. Dia tanya lagi pasal tu. Pastu along bagi alasan yang sama. Dia jadi bengang. Nape lak nak marah-marah?? Terpulang kat kita lah nak bagi sumbangan atau tak kan.. Lagi pun banyak lagi company yang boleh dia dapatkan sumbangan.. Ada ke persatuan yang paksa-paksa kita nak bagi sumbangan??

Ni pagi ni dia call lagi tanya. Nak elakkan pergaduhan along terpaksa tipu, along kata buat masa ni bos hold dulu tentang sumbangan ni sebab ada lagi projek yang perlu diuruskan. Then dia cakap dia ada call bos yang bos kata dia jadi bagi sumbangan dan proceed pada along dan sorang lagi staff untuk uruskan.

Nak dapat kepastian along terus call akak tu nak dapatkan jawapan. Akak tu kata bos tak bagi apa-apa arahan pun untuk uruskan sumbangan ni. See! Pandai tak mamat ni ?? Eeee... sakit ati tol!

P/s: Fedup!

Sunday, March 27, 2011

Ayunya Adik Along..


Hai semua, along baru jer balik ni. Tadi gi Putrajaya ada hal sikit, sebelum ke Putrajaya kami ambil fifa & kina di seksyen 13. Nak bawak sekali la konon.. Pastu sesuatu perubahan yang besar berlaku!

Along terkedu bila lihat adik along (FIFA) bertudung.. Along dan ibu terpana lihat perubahan adik along tu.. Tanpa disedari airmata ku mengalir.. Laju... Fifa terkejut, pastu dia cakap "along jangan lah nangis"

Mana tak nya.. sejak adik along sakit dibuat orang, fifa masa tu terus berubah.. dengan tak pakai tudung, pastu cara pemakaian lain.. Memang dia berubah sangat.. Along tatau nak cakap camne.. Dia pernah cakap nak berubah.. Along memang tunggu saat tu..

Tadi sangat lah terkedu dibuatnya .. along rindu adik along yang dulu.. yang manis.. sejuk mata memandang dia..

Along harap perubahan / penghijrahan adik along ni kekal untuk selama-lamanyaaaa...

P/s: Ya Allah.. kau lindungi lah adik-adik ku.. Kembalikan seri keluarga ku semula... :(

Saturday, March 26, 2011

Event di Hotel hampir tamat & Happy Birthday Nani!

Ha.. ni nak sekali lumpsum citer dalam post kali ni hehehehe.. tak berkesempatan nak post lately ni hehehe..
Tanggal 24 MARCH 2011 maka lahirlah seorang puteri yang bernama NOR HANANI NORBAKI.. heheh.. kini umur adik den da mencecah 10 tahun.. da besaq da adik along ni ;p

Di malam hari kejadian (wah! skema giler hahahaha) kami sume celebrate birthday adik macam biasa di JUSCO BUKIT RAJA (JOHNNY) kali ni lengkap semua ada.. termasuk kawan fifa Halimunan (siapakah dia? heheheh)

Adik banyak sangat dapat hadiah pada hari tu, Fifa belikan jam, Halimunan belikan tabung ( kalo dia tatau nak menabung tatau cakap lah.. da melambak tabung kat umah tu ahahhaha) ibu ayah belikan kek & Johnny and den plak belikan teddy bear yang besar sikit kiranya mewakili semua orang utk diberikan pada adik..

Ternyata adik sangat happy bila semua ahli keluarga berkumpul.. :) Along doakan semoga adik berjaya dan menjadi seorang insan yang cerdik dan solehah.. Semoga adik capai kejayaan yang adik inginkan..

Ok cerita seterusnya.. Event di HOTEL LAMAN SERI semakin hampir tamat ... yahoooo! (Untuk bulan ni la heheheh.. ) Macam - macam pengalaman, situasi , pengajaran yang aku pelajari kali ni.. Kerenah , sikap, sifat manusia pun banyak yang aku lihat.. mana yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan pengajaran..

Apa-apa pun tahniah to our team kerana bersatu tenaga untuk bekerjasama dalam event ini he! Keep it up!

P/s: Aset yang paling berharga dalam sesuatu syarikat adalah pekerjanya bukan hanya keuntungan sahaja..

Thursday, March 24, 2011

Macam rasa baru dapat CUTI!


Ye.. hari ni saya bersantai di rumah yer kawan-kawan =) Saya cuti hari ni.. Setelah mencurahkan tenaga untuk segala event di HOTEL LAMAN SERI kini tibalah masanya untuk saya berehat sebentar..

Bestnyer cuti.. badan - badan pun lega dapat relax hehehhe (Kalo g spa ni confirm nyenyak!)

Nak kata rehat sangat tu tak lah.. ada gak keja umah kena buat.. Adoi.. serabut tengok rumah.. Bangun pagi terus beroperasi.. Ni ada kain yang melambak tak lipat ni.. Jap gi lipat kain plak..

Maaf lah ye adik-adik ku.. bila dok umah sorang ni den tak masak haahahhaha.. masak lambat sikit.. Korang pun tak balik lagi kan.. Apa nak masak ri ni ek? Any idea kawan2??

Hari ni baru lah dapat along lihat FB sepenuh nya ahahahhaha.. Kalau tak , tak dan along nak bukak2 FB ni.. Busy memanjang sejak event ni..

Kepada kawan-kawan yang suka MSG along, along minta maaf lah tak reply msg sebab busy hehehhe~

Topup pun slow skg ni adeh.. (what i must do huhuhuhuh)

P/s: Bila lah dapat pergi BERCUTI kan oh! Nak relaxxxxxxx!

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews