Wednesday, December 28, 2011

Sangat penat..

Assalamualaikum..

Hari ni hari sangat memenatkan.. Tapi sangat enjoy sebab dapat spend masa bersama ibu, ayah dan adik-adik..
Tapi tak sume adik along dapat g.. Si angah ada interview for practical, Si alang dengan kejanya dan Si uda dengan belajarnya..

So yang gi along dan adik-adik yang kecik saja..

Esok along update cerita baik yang berlaku pada hari ni (27/12/2011)

Ok lah, along perlu tido dan perlukan rehat yang banyak.. Macam rasa dah tawaf satu KL tu ahahahah!

Ok Selamat malam sume :)

Ps: Kena tido nanti ada yang bebel tak tido lagi hehehehe !


Monday, December 26, 2011

Ceriakan Chat FB anda dgn icon..

Assalamualaikum..

Ha.. along jumpa satu info ni.. Sape yang rajin chat.. nak tak dapat kan kod-kod icon untuk chat? Ha.. kalau berminat moh tgk sini! Kepada tuan empunya facebook (Haris Fadilah) saya mohon share ye.. Nak kongsi ngan rakan-rakan.. Kot-kot dieorang berminat kan :)

List kod icon :

Harimau Malaya --> [[140478612676809]]
Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]] 
Spongebob --> [[334954663181745]] 
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
Justin Bieber --> [[199705483893]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]] 
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]


Update :


[[171108522930776]] -------> Trollface
[[164413893600463]] -------> Me Gusta
[[218595638164996]] -------> Yaoming
[[189637151067601]] -------> LOL
[[129627277060203]] -------> Poker Face
[[227644903931785]] -------> Forever Alone
[[100002752520227]] -------> Okay Guy
[[100002727365206]] -------> Challange Accepted
[[208551699231052]] -------> (d)
[[100003281387902]] -------> (smirk)
[[149615398444588]] -------> (wary)
[[147753965332916]] -------> (dhat)
[[211804458902220]] -------> (cd)
[[333708903307152]] smirk
[[131741810275104]] xp
[[300983063279872]] mario8
[[119793161471522]] cool
[[144264815683239]] maniac
[[164288477004432]] Cd
[[157618067676266]] xD
[[134695813311979]] Hmm
[[138413752938532]] chew
[[138413752938532]] ksmirk

Thursday, December 22, 2011

Ayok! Result PMR kua rini :D

Assalamualaikum & Selamat pagi semua!


Ha.. Hari ni dengar cite result kua! Amacam adik-adik Form 3 ?? Dah bersedia melihat result anda? Relax.. jangan kaget! Tabahkan hati dan redha dengan pencapaian yang anda perolehi..

Apa yang anda usahakan, itu yang anda dapat.. Rasa-rasa kali ni ramai tak yang dapat.....................


???

Ps: Hehehehhehe kebetulan adik den pun amik result rini.. Agak-agak gred ape dia dapat ek :)

Wednesday, December 21, 2011

Bila kena 'judge' macam ni jadinya..

Assalamualaikum..





Tiba-tiba terasa nak cakap pasal Perang Facebook antara Adlin & Chef Wan.. Memang asal nya along tak faham apa sebenarnya terjadi dalam MLM tu kan.. Tapi along pasti mesti ada kena mengena dengan komen dari para juri..

Ok lah, bagi pendapat along la kan, kalau Adlin as participant, dia kena terima lah apa yang judge komen.. Bukan maknanya terima bulat-bulat, mana yang baik kau amik mana yang tak sesuai let go je (masuk telinga kanan keluar telinga kiri)

Mungkin dia tak ingat dulu macam mana dia menjadi juri masa komen AF tu. Pedas, kasar, sinis, kadang-kadang ada lah jugak kritikan membina kepada pelajar-pelajar AF . Tak pun dieorang buat tindakan secara live bagi sume orang tengok macam mana dia buat sekarang ni. Betol tak? Be professional..

Betul lah orang cakap facebook ni laman sosial, terpulang la hak individu nak tulis apa kan.. "Kalau dia boleh malukan aku nape aku tak boleh kan?" <--- Mungkin inilah yang akan sentiasa bermain di fikiran pada setiap manusia bila ada masalah dengan sesama individu kan.. Normal lah tu la manusia..

Hmm..Yang Chef Wan lak, dah memang azali kita nampak karakter dia ni memang 'straight forward ' Cakap pun tak lah berlapik.. Kalau ko nak terasa - terasa lah.. Tapi dia dah dilantik as a jury so nak tak nak kena terima lah.. Dia seorang chef, bukan pelawak.. So peserta-peserta pelawak ni kenalah make he feels fun with ur performance as pelawak kan? Kalau chef tu memang asalnya pelawak tak perlu lah jadi jury.. Baik join je MLM tu..

Mungkin apa dia buat tu atas dasar kerja.. Kalau tak takdenye dia nak komen panjang-panjang camtu..

Along doakan semoga mereka berdua ni ok.. Tak mo gado-gado lagi.. Nak tulis panjang-panjang nanti jadi serius lak.. Fikirlah mana baik mana buruk ok :)






Tuesday, December 20, 2011

Ikhlas dalam membuat sesuatu..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah selalu.. Ok tajuk cerita hari ni "Ikhlas"..
Apa yang korang faham tentang ikhlas ni? Ha.. dulu masa sekolah mesti cikgu dah ajar kan? Takpe mana yang tak ingat saya cuba refresh kan semula..

Bagi pendapat saya ikhlas adalah membuat sesuatu perkara hanyalah semata-mata niat kerana Allah.. Bukan ingin mendapat ganjaran , perhatian, pujian, balasan dari manusia di muka bumi ini.. (Korang faham tak? Hehehe )

Maklumlah, bila kita ingin kan pujian dari manusia kita akan meperolehi sifat "Riya' " di situ.. (Ingat sifat riya' tu tak molek ok.. )

Saya nak kongsikan 1 cerita yang bagi saya ni boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.. Cerita ni taklah panjang, tapi saya harap korang leh faham lah dengan penulisan ringksan den ni yo..

Cerita ni mengenai abang sedara saya yang tinggal di kampung bersama ibunya.. Saya gelarkan Abg D je la ek :)) Usia dia masih muda tapi dah mempunyai tanggungjawab besar menjaga keluarga. Sebelum arwah opah meninggal , Abg D ni lah menjaga nya sehingga akhir hayat nya..

Kini di kampung memang tinggal berdua je (makcik dan Abg D).. Kalau diikutkan usia muda ni abang D tu nak je merantau di bandar untuk mencari kehidupan yang lebih senang. Bak kata orang.. dikampung bukan ada apa pun.. Bukan leh cari & dapat duit banyak berbanding di bandar tu..

Tapi mengenangkan amanat arwah opah, Abg D tu sanggup tinggal dan bekerja di kampung dan menjaga ibunya yang uzur tu..

Setelah 2 tahun saya tak balik kampung, memang tak sangka perubahan yang berlaku pada Abg D..


  • Dulu gaji kerja nya hanya RM300 kini dah naik RM1000++
  • Dulu dia takde kereta kini dia telah peroleh 3 biji kereta even 2nd hand pun..
  • Dulu sebiji motor, kini dah ada tambahan motor baru dengan hasil usahanya sendiri
  • Rumah arwah opah memang dijaga dengan baik.. Bersih!
Tak sangka kan? rezeki Allah beri.. Walaupun duduk di kampung tapi perolehi harta sendiri.. Ini lah salah satu contoh IKHLAS menjaga orang tua..

Semalam, ibu juga pesan pada saya:



Ps: Syahdu kan permintaan ibu saya ni.. Apa-apa pun saya akan buat yang terbaik.. :))



Monday, December 19, 2011

Berada di kampung nyaman sekali..

Assalamualaikum..





Hai kawan-kawan.. sebelum tido nak update sikit.. Macam biasa lah hehehe.. Pada hari Sabtu yang lalu (17/12/2011) along dan keluarga pulang ke kampung belah ayah.. Maklumlah dah 2 tahun kami tak balik selepas ibu dan ayah berpisah..

Niat kami pulang sebenarnya melawat makcik yang sekarang tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah opah. Selepas opah meninggal opah amanahkan makcik saya tu untuk jaga rumah tu sebaik mungkin..

Eloklah rumah tu di jaga supaya kami yang berada di bandar ni dapat pulang bila - bila masa..



Sampai je sana memang banyak perubahan berlaku .. Dah lama betul rasanya tak hidup di suasana kampung.. Bila balik sekali sekala rasa tenang , aman , nyaman sangat.. Rasa macam tak nak balik pun ada hahaha!

Masa kat sana makcik sungguh gembira lagi-lagi dapat jumpa ibu.. (Airmata mengalir tak henti-henti).. Kat sana kami tak berhenti makan je hahaha.. Biasalah bila dah balik kampung makcik saya tu suka sangat bagi makan.. Tak kesahlah apa lauk yang ada dimasaknya..

Adik-adik plak dapat idea nak main bowling kelapa lah, main gasing lah.. Tapi chess tak pernah lupa..Hahah..



Kalau korang nak tahu, makcik saya kurang sehat.. Tapi dengan kehadiran kami terubat sikit rindunya dan sakitnya.. dapat juga kami lihat senyuman di bibirnya..

Agak terkilan dulu kami tak dapat jumpa arwah opah.. kalau arwah masih ada, mesti lagi syahdu kan? Mesti dia gembira dapat jumpa ibu kan..

Lepas ni along bercadang nak balik kampung lagi mungkin sebulan sekali.. Tengok pada masa lah.. Bukan apabila berada di kampung ni hati, jiwa kita tenang sangat.. Suasana lain..

Ha.. mana yang merantau tu janganlah lupa kampung halaman ya :D

Oklah ni saja penulisan saya untuk hari ini .. Esok kita tulis cerita lain lak ye :))

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews