Friday, November 26, 2010

Berhati-hati dengan bantuan sebegini! Ini SCAMMER!

Salam 1 Malaysia!

Ha.. ni along nak bagitau ni.. Sila berhati - hati dengan manusia yang menghantar SMS yang berunsurkan mahu duit di telefon bimbit anda! Kerana along sendiri pernah dapat msg sebegitu..! Korang pun mesti pernah dapat SMS itu kan???

Masa along bertweet dan berfacebook tadi along perasan ada link dari Blog Azrul Hisham mengenai isu ni. So along pun nak post jugak sebab along sendiri pernah dapat message tu. Along tak nak lah korang pula terpedaya dan diperdayakan dengan message seperti itu.

Apa yang dilakukan oleh manusia tak bertanggungjawab itu? Yang mereka lakukan adalah..

Thursday, November 25, 2010

Zizan Ngorat Juliana Evans Korang Suka tak?

Salam 1 Malaysia!

Wah! Panas! Hot! (hehehe giler gedik tak?) Ha.. ini lah fungsinya twitter dapat tau perkembangan sikit- sikit dari artis - artis ni ho. Tadi ada post dari Abg Nara tentang gosip hubungan dua orang artis nih he!
Memang dasat sungguh!


Aktif Ber 'tweet'!

Salam 1 Malaysia!

Hai semua! berjumpa kembali :) Amacam tgk blog along? Ada kelainan lagi ka? hahahha.. Sape yang nampak pasti perasan apa yang along tukar lagi hehhehe! Hari ni along ada kat uitm. Ikut ibu pegi keja hehe.. Agak bosan jugak lah sebab kat sini tak boleh nak bukak Facebook oh! huhuhuh..

Sunday, November 21, 2010

Chef 1, Chef 2, Kini Ada Chef 3!

Salam 1 Malaysia!

Fuh! Kekenyangan dibuatnya.. Apa menu hari ini? Hehehhe! Ini dia! SAMBAL DAGING! hehehehhehe!


Ha.. Kali ni kita ada chef baru tau! Selalu kita kenal Chef Wan, pastu ada Chef 2. Sape Chef 2? Si Johan tu la dalam citer Chapalrela tu.. Hehehehehhe! Ha, ni saya ada Chef 3 yang terbaik dari dapur! Nak tau sape??

Kepoweran.com

Salam 1 Malaysia..

Selamat petang semua! Buat apa tu? Along baru sahaja sudah mengemas barang - barang yang melambak dalam bilik tu. Alhamdulillah semuanya telah selesai dikemas. Sekarang along sorang je kat umah ni uhuhuhuh.. Yang lain semua pegi melawat ayah..

Ha.. ni along nak kongsikan 1 benda ngan korang. Kepoweran.com apakah itu? Super power ke?? hahahahahah! mesti semua pikir power masing - masing ek? Ish3x.. hahahaha... Nak tau tak apa dia??

Friday, November 19, 2010

Mari Menggoreng!

Salam semua!

Ha.. dalam bosan-bosan ni syok juga kalau kita buat aktiviti menggoreng kan? Apa lagi tambahkan skill yang ada cewah! Sebenarnya, along praktis untuk membuat char kue teow! Tapi tak jadi - jadi huhhuhuu! Yang jadi hanya lah kue teow goreng saja!

Ini lah hasilnya! dari air tangan ku sendiri tau! hehehhe..

Pastu, nak praktis lagi, ibu pulak amik alih.. Dia buat memang jadilah! Tak percaya?? Meh tgk!

Budak Teringin

Salam..

Ni nak habaq mai kat hangpa sume hehehe! (cakap kedah ka penang ni? Ponin2) adik along ni ha kecik - kecik nak bole teringin - teringin pulak. Mengidam - ngidam plak... (Kalah orang mengandung haish!) Nak tau sape?

Thursday, November 18, 2010

"Cinta Syhhh" Ingin Dibuku kan???

Salam 1 Malaysia...

Ini adalah info terbaru yang along dapat dari blog ♥tHis iS tHe stOrY oF a GirL♥ apa yang along nak sampaikan di sini along amik bulat - bulat dari blog tersebut. Semoga korang dapat buat ulasan sendiri ya.

Menurut info yang ditulis dari blog tersebut, mungkin ini adalah kisah terakhir dari blog uncle seekers yang membuat publisiti ini. Dari pembacaan saudari dari blog ♥tHis iS tHe stOrY oF a GirL♥ dalam part 2 di blog uncle seekers beliau tulis begini:

"Aku tak berminat nak menulis buku tentang “cinta syyhh” ini. Cukuplah sekadar coretan didalam blog. Itu pun member dah nasihat macam-macam."

Kemudian bila sampai part 7 ditulis begini (saya sendiri belum baca part 7 tu, tak jumpa lagi) :

"Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini."

"Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar & bukti yang dipaparkan cukup ‘buas' "

P/s: Memang kontrovesi tak bleh blah... haish!

Raya Di Taman !

Salam semua..

Ni nak cerita lah raya semalam. Lepas je ziarah rumah nenek, lepas tu dalam 11.45am bertolak ke hospital. Jumpa sapa? Of cos lah ayahanda ku yang tersayang hehehehe... Ramai jugak yang datang.. pakai baju raya.. Kami lak pakai baju biasa saja hehehhe~

See?? Ramai kan pakai baju raya heheh Semangat bawak bekalan lagi..

Dengan tade keje den pun amik lah gambar adik-adik den ni hehehhe!

Budak merajuk!

SMS je tau nyer!

Bajet BABYFACE la!

Pastu 12.30pm terus masuk untuk melawat ayah! Hehehehehehehehhehehehehhehe....



Ha.. gambar-gambar ayah ni masa ni ngah proses kemasukan ubat yer.. Ayah asyik kene masuk ubat jer..Pastu kami bawakkan makanan untuk ayah. Ayah tak nak makan kat hospital tu. So kami ajak lah makan / lepak kat luar hahahah giler jahat tak?? Hehehe! Pastu kasi kunci kereta ayah drive. Kali ni ayah drive penuh berhemah cewah! Kalau takkkkkk... (Paham-paham jela hiks!)

Taraaa! Di sini lah kami melepak bersama! Uih.. ponat sungguh jalan.. Maklumlah dah lama tak exercise.. Ayah dok ngan ibu makan nasi impit. Along dan adik-adik pula main kat taman permainan (macam budak-budak hehehhhe)

So aktivit kami hari itu adalah bergambar sahaja! Memang sume nak jadi model hehehhe.. Tapi sedih adik along 'ipa' tak dapat bersama sebab dia keja :( Apa-apa pun jom lah tgk gambar keluarga kami yang tak seberapa ini yer...

Ini ibu ku yang manis.. Manis kan? Cuba teka umur ibu bape? hehehehe!
KAMI! sume nak posing hiks!

Anak Ayah!

RINDUNYA...

"Ibu! Meh la sini ayah nak bergambar ngan ibu!" - Adik berkata hehehehhehe -

P/s: Kenangan manis kami..

Wednesday, November 17, 2010

Cerita Disebalik "Cinta Syhhh"

Salam..


Korang ingat tak lagi cerita Cinta Syhhh yang along ada post sebelum ini? Along sendiri tak tau apa motif blog itu diceritakan sehangat - hangat nya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan pembaca. Melalui penyampaian dari penulis blog itu membuatkan ramai yang tidak senang dengan cerita itu.

Kemudian, senang je boleh kata pembaca ni buat fitnah. Mana tak nya, jalan cerita tu membuatkan pembaca fikir bukan-bukan. Andaikata beliau membuat blog itu untuk menyatakan khidmat sebagai perawat mesti tak jadi macam tu kan? Maaflah ini sekadar pendapat along sahaja.

Tadi along ada jumpa satu tajuk dari satu blog mengenai isu YAM PERMAISURI AISYAH ini. Mungkin bila korang baca ni pun korang nilai kan balik apa sebenarnya yang terjadi.

Rasulullah SAW bersabda lagi : “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.” 

P/s : Dimanakah kebenarannya..?

Dari 10am - 5pm apa dah jadi?

Salam Aidil Adha kepada semua :)

Ni along nak ceritakan alkisah semalam lah.. Semalam tak dan nak post sebab masak untuk raya ni kan ;p
Ha.. berkenaan dengan tajuk post hari ni. Apa dah jadi semalam? Korang rasa apa yang dah jadi ek?? Tak dapat teka?? Ok lah.. Al kisah nya begini.....

Semalam, masa kol 10am along bersiap-siap dengan ibu nak pergi pasar. Nak beli bahan untuk masak. Sebelum tu ibu singgahlah kat petronas nak amik duit. Along tak lah ikut sampai ke dalam, tunggu jela kat dalam keta tu. Pastu lama sangat ibu kat dalam tu atoiii tension makcik!

Pastu, ibu call soh tutup enjin keta dan masuk dalam. Along hanya menurut perintah saja lah.. Sekali along tanyalah kenapa. Dengan dukacitanya ibu bagitau KAD ATM IBU TERSANGKUT.. tak boleh nak kua adeh...

Patutlah lama sangat.. pastu ibu call center Bank Islam, dan dia soh ibu wat kad baru.. Kami pun teruslah bergegas ke Bank Islam yang kat Klang nih.. Aduhai.. bengang sungguh..lambat sangat servis kat sini! ceh! Nak tukar kad pun banyak procedure.. Kena wat stamping lah, ada saksi lah, ada penjamin lah.. haish!

Ibu pun pegilah kat LHDN nak dapatkan stem hasil tu. Sekali nak tau tak staff kat situ kata apa?

"Awak nak tukar kad baru ke? Tak perlu buat stamping ni sebenarnya. Kalau diikutkan patutnya pihak bank yang patut buat semua ni bukan customer"

Amboi.. memang menyusahkan betul.. dah lah servis lambat pastu susahkan kita plak.. Dalam pukul 1pm kami terus pegi ke Shah Alam. Kat situ pun ada 1 Bank Islam. Servis kat sana ok lah sikit. Tapi disebabkan nombor giliran agak jauh so lambatlah jugak jadinya.. Adeh.. Dalam kol 2 lebih baru lah setel semuanya..

Pastu kol 3pm kami pegi makan. Memang lapaq wo.. Bedal lah nasi kandaq kat Sek.7 tu sodap sikit! Next kami terus ke ECONSAVE membeli barang. Masa tu hujan turun sangat lah lebat! Sedar tak sedar da pukul 4 lebih mencari barang..

At last, kol 5pm tepat kami sampai di rumah.. Fuh! memang dugaannnnn... Apa menu raya kali ni??

Tadaaaa!! Kali ni 3 menu hehehhe (semalam kata 2 jer kan)

Nasi impit jer .. Tak dok ketupat..

Kuah kacang
Lemak lodeh

Ayam masak merah

P/s: Maaflah amik gambar sekali dengan periuk hehehhehe!

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha kepada semua!

Salam..

Selamat Hari Raya along ucapkan kepada semua blogger di seluruh Malaysia! Macam tak percaya raya datang lagi kan.. Kesyahduan itu masih terasa.. Tapi yang tak syoknyer tiba saja Aidil adha raya disambut ala kadar jer.. Berbanding dengan raya puasa..

Dapat kah kita ubah tradisi itu? Kalau boleh kasi 2-2 perayaan ini meriah bangat! Baru best kan???

Apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga mereka yang pergi menunaikan haji selamat menjalankan ibadah itu dengan sempurna dan mendapat Haji Mabrur dan mereka juga selamat pulang ke tanah air amin..

P/s: Sedih.. raya kali ni masak 2 jenis lauk je.. Waaaaa :(

Monday, November 15, 2010

'Cinta Syhhh'

'Saya di amanahkan' 

Ini lah diungkapkan oleh Uncle Seekers mengenai kisah percintaan dia bersama bekas permaisuri agung. Memang sukar nak percaya dengan pendedahan eksklusif kisah percintaan mereka berdua ni di dalam blog uncle sendiri. Kalau korang nak tau, bacalah kisah cinta mereka ni dan nilaikan sendiri. Terdapat 5 bahagian cerita percintaan mereka ini.

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5

credit to : Beautifulnara.com


P/s: Bila baca blog tu rasa macam ada tak kena jer.. Macam ada maksud tersirat..Adakah keaiban pasti berlaku?

Badminton!

Salam..

Wah.. Da lama along tidak bergiat dengan aktiviti - aktiviti luar ni hohohooh! Mana taknya, dok umah ngadap laptop, baring , tengok tv & tido jer.. Mana badan tu tak membesar hiks! Semalam along mengambil krputusan  untuk ikot OCO pegi main badminton hehehehe untuk menambahkan stamina lah katakan..

Adik-adik yang lain ada lah gak mengikot.. Kalau tak ikot tak sah! Kami bertolak dalam pukul 9pm dan habis perlawanan dalam kol 11pm (macam ada tournament pula heheheheh!)

Tengoklah betapa semangat nya kami!


Ni kawan - kawan oco hehehehhehe!

Ini dia 2 adik ku yang sangat bersemangat! Tapi bila main, bukan penat main, penat kutip bola jer hehehehe!

Ni dia org kuat kami hohohohohohoho! OCO! Lencun 1 badan adeh....


P/s: Pasni every weekend nak gi main badminton lah ! hehehehehhe leh 'slim' sikit hohohohohoh!

Sunday, November 14, 2010

Sunyi Balik la Rumah ni :(

Salam..

Rumah ni dah sunyi balik huhuhu.. Tinggal kami 5 beradik dan ibu jer.. Mana lagi 2 adik along pegi? 2 lagi pegi berhijrah ke Shah Alam (Ala.. Klang ngan Shah Alam mana jauh long oiii) Sebab esok mereka berdua dah mula start keja kat Hotel Sunway..

Semoga Allah permudahkan urusan mereka ya huhuhuhu.. Semalam baru je amik fifa balik.. Hari ni dah tinggalkan kami balik.. Ingat dapatlah rehat lama sikit. Rupanya tak.. Kerja itu memerlukan khidmat beliau..

Ya Allah.. Kaulindungilah kedua - dua adik ku itu ya... Sunyilah kami di sini huhuhuhuhuhuh~

P/s: I'm gonna mish u my little sis :(





Lama tak jenguk.. Pastu ada rasa T.A.K.U.T

Salam..

Hai.. korang semua rindu along tak? Of cos la rindu kan? hikhikhikkkk! Maaf lama menyepi.. tak tau nak update apa.. jadi buntu wo... Skg tak dapat nak tido, tu yang menaip.. huuuuu~ Tadi tgk kat shoutbox waaaa... ada juga kawan2 dtg jenguk blog along yang kosong ni huu.. Terima kasih kawan2!

Along sebenarnya ada perasaan takut. Takut nape? Camni citer nya, tadi adik along ada mintak tolong along hantarkan msg kat sorang kakak ni. Sebenarnya mereka ada konflik sesama sendiri. So saya pun tolong lah.. Tiba2 rasa tak sedap ati. Takut pape jadi kat adik along ni. Maklumlah, zaman cyber dan maju ni pun ada jugak orang main 'kotor' ni. I mean 'bomoh'!

Tiba-tiba plak kepala ni terfikir tu ASTAGHFIRULLAH... Alonggggg... jangan pikir camtu...
Along risau sebab dulu adik along pernah kena sekali. Tak nak lah dia terkena 2 kali. Cukuplah.. Ya Allah.. hilangkan rasa resah dalam hati aku ini :(

Ramai sangat yang iri hati ngn adik along tu mana tak risau..

P/s : Kawan, tolong legakan hati along ini huhuhuhuhu :(

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews