Thursday, December 30, 2010

Syabas Pasukan Bola Sepak Malaysia!

Selamat pagi semua!

Orang update, kita pun nak update juga ! Hehehhehehe! Saya cukup berbangga kepada skuad boal sepak Malaysia kerana bersungguh-sungguh untuk menebus maruah mereka yang telah hilang selama 14 tahun untuk mengharumkan nama Malaysia.

Kini mereka telah membuktikan bahawa mereka memang boleh membawa balik kejayaan Bola Sepak Malaysia yang telah hilang!


Kini Piala Suzuki Cup 2010 milik MALAYSIA Yahooooooo!!! Semalam masa aku ada dinner dengan company tak khusyuk rasanya nak join dinner tu.. Kepala asyik fikir jer camne lah pemain Malaysia berjuang untuk mengharumkan nama negara. Dekat hotel pun riuh rendah tau ! Semua menjerit dengar kemenangan Malaysia tu.

Apa-apa pun tahniah kepada jurulatih mereka Rajagopal kerana bertungkus lumus melatih anak buah mereka sehingga mencapai kejayaan ini!


Tahniah kepada penyerang terhebat Malaysia Safee Sali ! Saya kagum dengan tendangan beliau oh!

(Alamakkkkk macam dah ADMIRE jer hehehehheh)

Dan tak lupa juga kepada penjaga gol Malaysia yang tangkas dan cekap menangkap bola Khairul Fahmi!

(Cekap bang!)

Tahniah sekali lagi PASUKAN MALAYSIA!


P/s: Wahhhh esok CUTI.. tapi saya tak tau dapat cuti ke tak wuwuwuwuuww~

Friday, December 17, 2010

Buangkan Toksin Di Dalam Badan Anda SEGERA!

Salam 1 Malaysia..

Selamat pagi kepada semua blogger yang disayangi (ye, aku sayang korang tau) Semoga pagi ini adalah pagi yang ceria kepada anda semua. Semalam Malaysia menang kan lawan dengan Vietnam? Sudah tentu korang semua happy kan :) (Kepada yang peminat bola laa..) Kerana mereka telah naikkan nama negara. Semoga semangat mereka ini kekal sentiasa..

Ok berbalik kepada tajuk asal, sebelum tu nak tanya, anda tau apa itu toksin? Mestilah tau kan.. Tapi tau apa akibat nya jika toksin berlebihan? Meh along terangkan ya.. Sumber ni pun along dapatkan dari internet juga.. Tapi ini sumber yang sahih ok! Jom tengok..

Wednesday, December 15, 2010

Saya Sayang Ibu Saya!

Salam Readers..

Wah! statement yang hebat! Anda sayang ibu anda? Gilalah kalau jawapan sebaliknya kan.. Saya sayang sangat ibu saya! Tiba-tiba rasa nak post tentang ibu saya hahaha.. Kenapa tiba-tiba ek????? Entahlah.. angin kus-kus dah datang agaknya hehehe..

Sejak kebelakangan ini along sentiasa dengan ibu. Pagi pergi keja dengan ibu, sarapan pagi dengan ibu, malam balik keja pun dengan ibu, pegi pasar dengan ibu, pegi baiki keta dengan ibu, buat bisnes dengan ibu, semua dengan ibu! Tak pernah tade ibu.. Ibu sentiasa disisiku..

My Kesayangan sakit..

Salam..

Nak tau tak? my kesayangan sakit... Cian dia.. Salah makan puncanya.. (tu lah, nampak makanan asyik nak bedal je) Kan da susah.. Kami pun buat keputusan nak bawak dia pergi klinik.. Pastu yang sedihnya, dia kena masuk air.. tatau lah doctor potong bahagian mana nak masukkan air dalam badan dia..

Kami dengar dari luar sedih jer huhuhu.. tak sanggup dengar dia jerit.. Macam menangis je dengar dia jerit tu...

Kali ni dia kurang aktif sikit. Yelah sebab sakit kan.. Tau nye nak tido jer masa tu.. Nampak je laptop, pasti dia dok kat situ.. Korang nak tengok tak gambar dia? Jom...

Monday, December 13, 2010

Semalam saya keja, Hari ini saya CUTI!

Salam semua...

Selamat Hari Isnin kepada semua.. Bagi mereka yang bekerja selamat bekerja lah ye :)
Semalam along keje tau! (Semua orang syok cuti tapi along keje huhuhu) Tapi takpe lah.. Hari ini along dapat CUTI hahahaha!

Orang cuti bangun confrm lambat kan?? Tapi den nak bangun lambat tak leh hahaha.. Mata tetaplah bangun awal hehehehe! Semalam along gi keja, along bawak adik along si kecik tu.. Hehehehehe.. Dia sebok nak ikot.. Nak tau apa dia cakap??

Saturday, December 11, 2010

RM 10 pun bernilai tau!

Salam Readers!

Aku tak fahamlah kenapa anak muda sekarang ni fikiran cetek. Nak dapat duit dengan mudah je. Bukan nak keja. Tapi nak merompak, mencuri, meragut! Tak habis-habis! Mana jati diri dalam diri seseorang tu?? dah hilang ke?? Mak bapak tak ajar ke?

Nak kata tak sekolah, dah bawak pergi sekolah. Dari darjah 1 sampailah darjah 6. Pastu sambung lagi tingkatan 1 sampailah tingkatan 6. Tak cukup-cukup lagi ke ajaran diberi???

Tengok, kan diri sendiri dah merana.. 4 tahun lak kena penjara.. Hai.. macam-macam....

*Dah tertangkap baru tau anak bini ke??*

Friday, December 10, 2010

Wah! 1 billion?? Kasi share sikit lah tokey!

Salam 1 Malaysia!

Tengah dok busan-busan ni, mula lah membuka akhbar tempatan kita cewah! tengok satu berita ni wahhhh.. cayalah! dia menang kes!!! 1 billion beb dia dapat! Mana nak cari 1 billion tu! Kayolah pakcik... meh la share sama-sama.. leh I beli ipad ke, iphone ke, kereta ke kan? hehehehhe!

*Sumber gambar: KOSMO*

KUALA TERENGGANU – Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.
Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.

Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.
Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif. Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

P/s: Kalau dah berjanji, tunaikan janji.. Kan sendiri dah susah..

Thursday, December 9, 2010

Sembahyang Hari Raya Di China Subhanallah!

Salam Readers..

Hari ni saya nak kongsikan gambaran penduduk muslim di negara China menunaikan solat Hari Raya..Anda sendiri nilaikannya.. Subhanallah..






Lari! Lari! Lari! (Blog Larian)


Salam Semua!

Ha.. mesti kamu semua dah tau pasal ni kan? Den jer lambat nak update-update. Tu pun adik den dah bising adeh... Ape-ape pun saya berbanyak - banyak terima kasih kepada adik den sebab sudi tag saya.. Mudah-mudahan dengan cara ini ramai lagi lah kenalan sudi menjengok,menziarah, berblog walking kat sini yer...

Bila dah di tag, saya perlulah melengkapkan segala syarat-syarat diberi.. Apa syarat-syarat dia? Syarat-syarat DOREMI ka??? Hahahaha ok2, jangan nak merapu lagi jom kita tgk!

Wednesday, December 8, 2010

Merayap jer!

Salam semua..

Wah.. mentang-mentang hari ni den cuti, den merayap jela hehehehe! Kebetulan juga adik den (amy & ira) kua, so si kecik (nani) merengek nak kua jugak.. Sebab tu lah saya terpaksa korbankan diri dan masa untuk memujuk beliau dengan membawa dia pergi makan KFC!

Lepas je dah makan KFC, yaya ajak pergi Giant yang baru buka kat Setia Alam tu.. Not bad lah.. tempat baru kan.. sume cantik-cantik lagi hihihihihi! Pastu puas jalan-jalan, kami pegi plak kat bahagian game.. Si budak kecik tu lah nak main..


Bukan dia jer yang nak main, makcik tua ni pun sama ekekekekek! Tak caya?? Jom tgk!

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah kepada semua saudaraku..

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah, Salam 1 Malaysia..


*Sumber gambar : Google*


Sudah pasti hari ini ramai yang sedang bercuti bukan? Sedang saya menulis post baru ini,saya berada di pejabat. (Semua sedap cuti, saya koje ae hehehe) Takpelah, sekali sekala menimba pengalaman dan berkhidmat untuk syarikat.

Alhamdulillah kini kita sudah masuk dunia baru, tahun baru, lembaran baru.. Apakah azam saudara saudari kali ini? Mungkin ada yang berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, ada yang ingin mengecapi kejayaan dan ada juga yang ingin mendekati bersama Allah SWT..

Saturday, December 4, 2010

Ngangkong syok!

Salam 1 Malaysia!

Memandangkan hari ini (Sabtu) saya cuti, saya habiskan masa cuti saya dengan keluar hahahaha! Syok!
Keluar dengan siapa?? Dengan orang kakak saya yang tercinta hohohohh! Hari ni semuanya beliau yang belanja fuh! ( Save lah duit saya ekekekek!) Nak tau kami kemana??

Friday, December 3, 2010

Along Dah Keja??

Salam 1 Malaysia!

Apa khabar semua! Lama kita tak jumpa ya sheikh! Ha.. Korang percaya tak yang along dah keja?? Hehehehe.. Percaya la! Percaya la! Bila along start keja ni? Wah.. Tak bagitau punn.. Korang mesti tertunggu-tunggu cerita along kan?(Eh! perasan plak!) hehehhe.. Along keja kat mana??

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews