Sunday, January 31, 2010

Aku tak suke soalan.. Korang?


Dalam kehidupan kita penuh dengan pelbagai soalan. Soalan apa? Soalan peperiksaan ada, soal siasat ada, soal gosip ada, soal remeh temeh ada, soalan cepu cemas pun ada beb! macam² lagi la. Tapi along ada 1 jenis soalan yang along tak suke untuk menjawab. [Eh? soalan ada jenis² nya ke? ]

Korang pernah gaduh ngan kawan² ke, kekasih ke, adik beradik ke penah tak?
Mesti pernah kan.. Dalam pergaduhan tu, kalau si pesalah tu mengajukan soalan seperti :

"Ko marah aku ke?" "Nape ko marah?" "Da tak sayang aku ae?" " Da tak perlukan aku ae?" "Aku ada wat salah ke?" '"apa salah aku?"

Korang rasa bile kite dalam keadaan marah, ada rasa nak jawab tak? Tapi bagi along along sangat tak suke menjawab soalan² tu, sebab ia lagi menambahkan marah jer [bara tersimpan]  hahahahhaha... Kalau boleh bagilah kita reda dulu & barulah setel kan sebaik² nya....

Muungkin lain orang lain caranya kan... heheheheh....

* Kalau soalan exam, ui... sangat suke sampai pecahkan pale otak ni hahahahhaha :P

Saturday, January 30, 2010

Tak Guna Kau!!

Semalam, sedang aku menikmati keindahan suasana petang tibe2 1 insiden yang tak kan aku lupekan telah berlaku uhuhuhuuh...

Jam menunjukkan 6 ptg, tibela masanya untuk aku & ibu ku pulang ke rumah. Sebelum tu, kami singgah Bandar Baru untuk bank in duit2 topup yang diberi oleh agen2 aku.. Masa tu agak ramai oang nak deposit duit. Banyak btol duit2 mereka tu huhuhuhuuh (nak sikit!)

Setelah selesai turn aku, aku pun keluar menuju ke kereta. Masa tu ikut jalan pintas, di bawah pokok, kot dekat ngan kereta ibu. Sedang ku berjalan tibe2 ada sesuatu yang jatuh di kepala ku...

Dalam hati : " Apa plak ni, jangan la....." Slumber jer jalan tanpa ingin mengetahui apa yang berada di kepalaku..

Bila da masuk kereta jer tiba2 ibu bersuara..

Ibu: " Ya allah! Along!!!"

Along: " Nape bu???"

Ibu: " Eeeeee!!! pengotor!"

Along: "Apa yang kotornyer????"

Ibu: "Tgk kat kpala tu!"

Along: "Ada apa???" Dup! Dap! dada ku...

Ibu: "TAIK BURUNG!" Hish! bersihkan! bukak tudung tu!

Along: " Alaaaa... tanak! ibu r bersihkan huhuhuhuhuh..."

Ibu pun bersihkan la uhuhuhuh... aku pun tros bukak tudung... kekok rasanya kat luar buka tudung waaaa!!!
Tak guna kau burung! nak jer tendang ko masok dalam gol! huh!!!!

Friday, January 29, 2010

Tawaran untuk semua!

Sempena hari jadi along yang ke 23, along ada membuat sedikit tawaran...
Sesiapa yang berminat la yer..

Ereload25 | Reloadbiz 

Sesiapa yang berminat untuk menjual topup tetapi kekurangan wang untuk membayar yuran pendaftaran, di sini kami memberi offer: 
 
Yuran pendaftaran :

e-Reload25 (celcom user) RM10
ReloadBiz (maxis user) - RM30

Tawaran ni bermula : 25 Jan - 25 Feb 2010!

Ada masa lagi korang nak wat keputusan...!

* Agen along join seminggu da untung RM37.. ok kan? dapatlah duit poket die.. :) 

*Sape nak bagi yuran murah macam ni? Along ler.. hehehe...

Info : TAWARAN ISTIMEWA!

Thursday, January 28, 2010

Sekian Lama ku menyepi...

Lama betul along mendiamkan diri..
Bukan nak tinggalkan blog, tapi masa tak mengizinkan uhuhuhuhuhuh~
Penggunaan internet kat umah terhad, adik jer pakai, along tak dan nak pakai uhuhuh sedih....
Apa cerita along kali ni????

22/Jan/2010

Kakak kandung angkat kesayangan saya datang ke rumah :) Sekarang dia da bawak kereta kecik besar.. Dasat ehehehehe!
Seronok, tapi kesian dia datang pun lewat sebab jam trok kat PJ tu..
Akak bawak telekung yang ditempah oleh ibu saya :) Nice telekung...

24/Jan/2010

Pada tarikh ni, kami sekeluarga membuat kenduri tahlil & doa selamat untuk ibu & alang sebelum mereka mengerjakan umrah pada 8 Feb nanti..
Seronok sangat wat kenduri tu kerana kami semua berkumpul bersama² pada masa tu.
Yang best kiteorang tak upah sapa² masak tau!
Nak tau sapa chef kami??? Alang & ibu saya hehehehehehe! The mastermind is Alang la hihihihih!

Menu ari tu : Asam pedas (sangat sedap!!!) + Kobis goreng + Ayam rempah + Kuih muih

Tukang kemas , cuci pinggan, angkat periuk belanga adalah kami semua! hahahahahah! lenguh seh!

Pada tarikh ni juga along rasa terharu sangat! tapi yang geramnyer aku digelar 'CENGENG!!!'
Tau x ape tu cengeng??? Cewek waaaaaa!!!!! Mana tak nyer, terharu sangat sebab cezen saya Cik Yaya telah membeli kan kek yang mahal sempena ari jadi ku uhuhuhuhuh....

"Bila ari jadi along???????"

25 Jan 2010

"HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!"




Korang ada perasan setiap blog along ada '25'???
Sumer mesti ingat along umur 25 tahun kan?? hahahahahah...
25 ni lah nombor bertuah along & bermakna dalam idup along...
Thats y along suke nombor 25!

Jika digabungkan 25 along mempunyai ibu & ayah n 7 orang adik beradik! bestlkan?? Tak pecaya?
2 = Ibu & ayah , 2+5 = 7 btol x??? heheheheheh!

Tanggal 25 ni, along dapat 2 kek heheheh!
1 dari ayah, 1 dari ibu.. ayah belanja KFC ibu belanja TOMYAM. makan besar kami masa tu....

Ayah ada offer nak belikan laptop, hope dapat la ditunaikan tahun ni uhuhuhuhuuh nak sangatttt... :)

Thanx pada kawan² sebab wish kat fb...
Thanx pada ibu ayah luangkan masa bersama along :)
Thanx pada yaya sebab belanja along n wat post ttg bday along hihihihi!


Luv u allll!!!!

Thursday, January 21, 2010

Diri sendiri terkena...

Ada tak pensyarah kita menasihatkan kita supaya jangan sebut/rasa/bongkak/riak seperti ini:

"It is not happen to me!" @ "It will not happen to me!"

Apa yang korang rasa dengan perkataan tu? rasa marah tak? Takut? Mesti korang akan rasa / berkata pada individu ni :

"menyampahnya aku...!"
"meluat nyer aku ngan minah / mamat nih!"
"Ya allah, tak ingat tuhan ke?"
"Istighfar la banyak²"

Dalam islam pun ada mengatakan bahawa kita jangan rasa takbur & bongkak jika menghadapi musibah , cabaran , dugaan berlaku. Sebab, apa yang kita lafazkan tu, tak semestinya membawa kepada kebaikan. Ia juga boleh bawa kepada keburukan. Ada juga boleh meragut nyawa ... [ajal & maut bila² boleh sampai]


Kita janganlah berlagak, atau tunjuk hebat jika rasa ia bukan sepatutnya untuk ditunjuk. Tgk kat gambar ni ape jadi? Last² diri sendiri terkena... Beringat²lah sebelum melakukan sesuatu....

SUMBER GAMBAR : METRO

Wednesday, January 20, 2010

Bijak juga orang kita ni yer...

Sapa kata orang kita tak bijak, tak pandai, tak mahir dan macam²  lagi la. Jika kita tak digilap, tak di explore, tak diberi peluang macam mana kita nak tahu kelebihan mereka kan? betul tak?

Kalau mereka berbakat di sudut positive, kita sebagai rakyat Malaysia berasa bangga dengan mereka, sampai diberi nama, dijulang², disanjung tinggiii.... [sampai ke puncak everest!]

Tapi kalau di sudut seperti gambar ni? Apa korang nak cakap ek???



"CHE MAN menunjukkan dua lubang tangki minyak yang diubah suai pada sebuah kereta untuk menyeludup petrol di Balai Polis Padang Besar, Perlis semalam."

Korang bangga ker????  renung²kan.... fikir²kan....


Monday, January 18, 2010

Report Writing


Today is class Bel 422 where we learn about how to do the report writing. Its Very interesting bcz our assignment for this sem is a lot of to do the report with the right format.

Dalam class tadi rasa best sangat sebab dapat brainstorming dgn kawan² , dapat mengeluarkan idea masing² yang sebelum ni beku jer dalam kepala otak ni... Masa dulu² kalau soh discuss / brainstorming mesti otak beku... langsung takde idea! kadang² bengang jer rasa....

So tips utk kwn² yang masih belajar mcm along ni, kita perlu byk membaca.. lebih² lagi current issue yang ada dalam negara kita ni... jangan wat tak endah jer... sebab apa yang kita belajar sometimes relate dgn sume² yang berada di sekeliling kita ni...

So, jadi seorang pelajar yg penuh dgn knowledge! cewah!

Note: Nasihat orang, empunya badan diri tu kena perbetulkan gak... kikikiki!

Jom tgk! BEST!

Friday, January 15, 2010

Marlanebiz Collection Dilancarkan!



Salam kawan² semua!Di sini kami mempromosikan jualan lens keluaran dari Korea.
Pernah dengar GEO LENS? Di sini kami memperkenalkan produk lens dimana ia mempunyai pelbagai warna, tone & corak yang menarik! Dengan harga yang berpatutan. Untuk melihat lebih lanjut, sila ke blog kami!





Please be our customer :) Thank you!

Thursday, January 14, 2010

Oh Ulser....


[Pic En Google]

Tak sanggup ku tahan...
Perit sangat...
Susah nak makan..Da kumur² air garam pun sama gak...
Da berapa hari camni huhuhuhuu..
Nak cakap tak dapat nak buka mulut besar².. Ulser makin besarrr waaaaaa!!!!
Tolongggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!
Penah jer kene, tak penah rasa perit camni uhuhuhuhuhuuh....

Tuesday, January 12, 2010

Rupanya ada lagi yang susah dari kita..


Di luar, ada BERSAMAMU TV3 untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan..
Mujurlah di BLOGGER kita ada group yang boleh membantu mereka dalam kesusahan..
Along terpanggil untuk membantu mereka agar kita dapat memberi semangat pada mereka yang memerlukan...sumber dari En.Nescafee

Mungkin, ramai dikalangan anda telah mengetahui kisah En Megat. Along harap along tidak terlambat lagi untuk menyebarkan kisah ini pada anda semua..

"Kalau barang boleh di promosi kenapa tidak perkara yang baik dapat di promosikan?"

Anda jangan salah faham dgn 'term' promosi itu, itu sekadar bahasa.En Megat tidak minta untuk di promosikan bahkan beliau memerlukan bantuan dari anda semua...
Along harap, anda semua dapat memberi sedikit bantuan walau bukan dalam bentuk kewangan, agar En. Megat dapat menghadapi cabarn & dugaan untuk meneruskan hidup beliau bersama keluarga..

Mengetahui kisah beliau " TANGISAN AKU, ISTERI & ANAK²"

Monday, January 11, 2010

Baru aku tau...

Selama ni tak ikuti perkembangan..
Rata² orang semua da tau hal ni..
Aku jer tak tau sebabnya???? Ish²!

Patutlah, semakin ramai mereka disini..
Patutlah ramai company nak amik mereka..
Patutlah orang kita sendiri tak dapat keje..

Selama ni kita kata orang kita memilih kerja..
Selama ni kita orang kita demand kerja...

Along cakap pasal pa nih?????

"FOREIGN WORKER!!"

[Pic en. google]

Hehehehehhe! tadi dalam class ada discuss pasal foreign worker..
Patutlah company Malaysia ni nak amik ramai foreign worker...
Nak tau sebab apa??
Sebabbbb......

-leh lari dari bayar EPF , SOCSO , GAJI MURAH dll....-

barulah ku tahu semua tu... Patutlah ramai graduan yang menganggur.. [ada betul jgk mereka memilih keja, tapi tak semua]
Sebab apa? sebab segelintir company rela amik foreign worker...Senang, tak banyak kos..

Adakah patut negara kita patut penuh dengan mereka? Bagaimana dgn orang² kita????

P/s: Apa pendapat anda?

Sunday, January 10, 2010

Setelah lama aku mengabaikan kau...

Maafkan aku sahabatku...
Aku tau kau marah aku...
Aku tau aku tak jaga kau dengan baik sejak akhir² ni..
Lama da aku biakan kau.. Tak jaga kau... Tak kemaskan kau...

Maaf kerana aku sibuk..
Sibuk dgn tugasan... Sibuk dengan family, sibuk dengan rakan²..
Hari ni, aku luangkan masa dengan kau.. :)


 
 


 
 
 





Saturday, January 9, 2010

Ampang Point



Along berada di Cheras [semalam along sampai dalam pukul 10.30pm]
Siang tadi ibu ada kursus umrah cambase ngan alang.
After class, mereka suh kami bersiap² kami pergi ke Ampang Point! Yes!


[Pic En Google]

Masa da sampai, kiteorang g kedi gambar .. nak amik gambar Kemal yang garang tu hahahahahahah!
After that, kami singgah di kedai POPULAR.. Best sangat sebab nak cari buku² yang di idamkan hahahahah!


Buku sejarah bagaimana Facebook di wujudkan! menarik baca sinopsis dia. Tadi minta pendapat ibu, dia kata ok :)

Tada! ni buku utk memantapkan diri along sebagai businesswomen heheheheheheh! harap buku² sebegini dapat membantu along :)

After that, kami pegi ke kedai kasut, mencari kasut si uyu.. Pastu ke kedai cd, si Kemal beli cd kegemarannya "Taylor Swift' mahal beb![RM59.90]

 

Papepun kami enjoy!

P/s : nak lagi kumpul banyak² buku² dari keluaran PTS!

Friday, January 8, 2010

Lecturer aku DATO'???


Along baru jer selesai kelas. Habis kelas jer along terus pergi ke library nak online untuk meluahkan perasaan di blog [cewah! ayat tak bleh blah!]

Tadi di class along telah mengalami 1 kejutan yang tak dapat nak di kawal. Korang pun da lihat tajuk kat atas tu kan? itu lah dia... Selama ni belajar dapat lecturer pangkat PROFESSOR MADYA jer.. Kali ni dapat DATO' plak.

Bagi mereka yang da biasa memang tak pelik, tapi kali ni lecturer kami menggerunkan la...
Bukan apa, umur dia da lanjut around 60 years. So, faham² lah orang tua, kita mesti ikut cakap dia. Jangan bantah sekali pun. Macam tadi along da terkena ngan lecturer ni :

Lec : Do you have attend this class before? This mess lecturer class conduct by DR. ABC [tidak diberi nama sebenar] right?

Along : Yes i have.

Lec: When? Where?

* Time tu, along tak ingat then along tanya rakan along di sebelah, pastu....

Lec: I DONT WANT YOU TO ASK YOUR FRIEND! I'M ASKING YOU! SO PLEASE LOOK AT ME!

Along: I'm sorry sir , I cant remember.

Lec: I DONT CARE! BUT PLEASE ANSWER MY QUESTION!

Along: Alrite sir, but wait.. i'm check my timetable first..

Pas da bagitahu, baru dia ok. Pastu dia suh kiteorang pakai kasut dalam kelas, jgn pakai sandle, jangan datang lambat, pakai buku tulis untuk wat note, macam² lagi...

Masa tadi tu dai tak bagi peluang along pun untuk minta maaf. Dia suh bagi jawapan jer. Along pun terima la kena marah macam tu sekali huhuhuhuhu... Proses belajar kan, along redha...

Pastu, yang tak sedapnya bila dia kata, saya ada title DATO' so i can do anything if u r not follow what i want. Patutke gitu? huhuhuhuuhu.....

Kiteorang ni kan setahun jagung jer... takde ape yang boleh lawan.. Dia anggap kami macam anak² dia, tapi garang sangat lah... bukan tak boleh garang, tapi bertempatlah... huhuhuhuhuhuh

P/s: I hope he can teach me better... amin... cool kan lah dia....


Thursday, January 7, 2010

Dimanakah Tanggungjawab Seorang Lelaki?


[Pic En.Google]

Tiba² along terasa suka dengan topik dari Mr Suki yang bertajuk Sebab utama lelaki masuk neraka! Bukan along nak memperkecilkan kaum lelaki, tapi along rasa lelaki patut tahu tentang semua ni. Sebab banyak perkara tidak adil berlaku sekarang ni, terutama di alam perkahwinan.

Perempuan pun jangan rasa happy gak along wat entry ni, kita sebagai perempuan pun perlu perbaiki diri serta muhasabah diri. Tengok mana salah silap kita dengan partner kita. Kita juga tahu, bahawa wanita dicipta dari rusuk lelaki,bukan dari kaki utk di alasi, bukan dari kepala utk dijunjung, tapi dekat dibahu utk dilindung.

Betapa besarnya menjadi seorang lelaki kerana  umpama WIRA utk kita berlindung. Tetapi di arena dunia yang sentiasa berubah² apa da jadi dengan lelaki sekarang ni?

~Ada yang mempergunakan wanita utk melepaskan nafsu
~Ada yang mempergunakan hasil kekayaan wanita utk kesenangan
~Ada yang menjual wanita utk kekayaan

Ini jika mereka yang belum berumah tangga. Jika di alam perkahwinan?

~Berlaku tidak adil dalam perhubungan
~Sentiasa menggunakan hak dengan sewenang² nya
~Suka berpoligami [tapi tak tahu nak menjadi seorang yg adil]
~Tidak hirau anak²
~Taksub harta dunia sampai abaikan keluarga.

Mungkin ada lelaki yang yang tidak bersikap negative seperti dinyatakan di atas. Ada juga lelaki yang tahu apa tanggungjawab mereka. Kita tahu, manusia selalu buat kesilapan, tapi jangan jadikan itu alasan. Kita boleh mengubahnya.

Note : Nak tahu sedikit info? Lelaki/ Perempuan pun boleh tgk Klik



Sedarkanlah mereka!


[Pic En.Google]

Along geram sangat dengan individu yang mengamalkan ilmu² yang tak memberi kebaikan pada kita semua. Kenapa along tiba² nak bangkitkan isu ni? Sebab ada kisahnya.. Terkena pada family along sendiri!

Kisahnya:

Mangsa adalah makcik along sendiri. Makcik along belah sapa? ibu ke ayah? tu korang tak perlu tahu. Yang pastinya dia makcik saya ok! Makcik along ni kena buatan orang. Sebelum ni, tak pernah la dia rasa dia kena buatan orang, tetapi makin lama kesihatan nya semakin mengganggu diri dia.

1 hari, pakcik along ikhtiar cari orang pandai mengubatkan penyakit misteri makcik along tu. Cari punya cari kawan pakcik along sendiri yang offer diri dia untuk merawat makcik along tu. Kami pun bersyukur sebab dia sanggup bantu kami.

Lepas tu, kami pun panggil dia datang rumah, berubat.

hari 1 : Nampak individu tu baik. Penuh ikhlas membantu.
hari 2 : Menyuruh kami membeli barang² keperluan utk berubat
hari 3: Pergi umah makcik untuk membersihkan rumah
hari 4: Teruskan berubat lagi, sampai nampak kelihatan individu tu tak puas hati sebab apa yang dia buat tak berhasil
hari 5: Beri tangkal, soh makcik pakai
hari 6: Pasang tangkal di rumah makcik
hari 7: Selesai berubat.

Pastu, kami rasa tak sedap hati. Kata individu tu, dia mengamalkan perubatan ni cara Islam. Guna ayat² al-Quran. Tetapi guna tangkal. Pelik x??? Makcik along pun tak sedap ati, dia pun tanggalkan tangkal tu. Si individu tu, terasa, mintak makcik along amik dia kat umah. Makcik along tu tak nak. Dia kata nak berhenti berubat sampai sini jer [tapi memang pun da abis berubat]

Selang beberapa hari, tiba² makcik along semakin teruk. Dia nampak kelibat, dia bau rokok si individu tu, dia bau minyak wangi yang si individu tu pakai, dia terasa di perhati.

Makcik along tak sedap ati, dia pun mengadu pada ibu & pakcik along. Mereka punikhtiar sesuatu utk cari penawar. Akhirnya kami berjumpa dengan orang yang lebih arif. Nak tau apa yg orang tu kata?

Orang yang mengubat dulu hantar 'benda' pada makcik along! Dia tak puas ati sebab perubatan dia tak berjaya. Jahat kan????!

Kata rawat org cara ikhlas, tak buat orang, guna ayt² suci tapi ni apa?????

Korang leh nilai kan?

P/s : Ya allah, hapuskan manusia begini... Sembuhkanlah makcik ku... Amin...

Berjaga² bila mencari orang yang pandai berubat...

Melayu vs Cina


[Pic En. Google]

Sebelum memulakan penulisan, along nak minta maaf jika ada kata² ni terkena pada mana² pihak. Dan along juga ingin memberitahu apa yang along nak tulis hari ni, bukan sokong mana² pihak, tetapi untuk berkongsi info bersama anda semua. Harap mana yang baik di ikut, mana yang baik, ikut la.. mana yang tak, abaikan jer k :)

Sekarang kita lihat, bagaimana ekonomi orang melayu & orang Cina. Adakah sama? Adakah serupa? Adakah kita senang? Adakah kita makin susah?

Berbeza kan pemerintahan antara Mahathir & Pak lah dulu. [Maaf jika ia politik sangat, nak share jer k ] Dulu waktu pemerintahan Mahathir, ekonomi kita membangun sampaikan mencecah 7% - 8% setiapa tahun. Bahkan banyak perubahan yang dia lakukan pada kita untuk membangkitkan orang melayu agar terus maju ke depan. Lagi maju! lagi maju!

Sejak pemerintahan Pak Lah, ekonomi terus merudum jatuh! tak tahu mana silap dia. Yang boleh kita kenangkan adalah wujud nya ISLAM HADHARI. Tapi ke mana semua tu pergi?

Tapi, kita sebagai rakyat, jangan terus menyalahkan pemerintahan. Kita sepatutnya fikirkan apa patut kita ubah untuk memantapkan ekonomi oang Melayu. Cuba kita lihat orang Melayu sekarang apa yang mereka ada? hanya sekadar banyak kad kredit kita boleh di labelkan kaya? Hanya ada rumah besar/kereta besar tapi penuh hutang boleh di labelkan millionaire??

Kenapa kita tak boleh jadi seperti orang Cina? Kita boleh jadi usahawan, jadi peniaga yang terus maju dengan cara yang halal..

Cukuplah jika kita tengok iklan kat tv. Contoh iklan Panadol, Seorang bapa mengajak anaknya membantu dia bekerja, then anak dia tgk jer setiap cara² bagaimana bapanya bekerja sampaikan 1 hari tu, bapa dia sakit pinggang guna lah produk panadol tu. mungkin dalam iklan tu kita lihat koyok tu berkesan utk kita. Tapi yang tersirat nya kalau kita tengok, orang cina mengajar anaknya bagaimana cara² untuk berniaga / bekerja. [korang perasan x?]

Lagi 1 iklan kad credit, of course la bank wat iklan nak lakukan produk dia. Dalam iklan tu, dia tunjuk yang si suami ni, banyak sangat kad credit dia guna utk belanja, then si isteri nampak dia buang semua kad credit tu then suggest husband dia pakai kad baru yang mudah , interest rendah , dan boleh bayar. Tu, kalau kita tgk ngan mata kasar kad tu bagus. Tapi yang tak bestnya, pelakon tu orang Melayu. So apa yang korang leh pikir? Nampak sangat lah orang Melayu kuat berhutang kan??

Malu x??? So, kita Melayu perlu lah ubah & cari jalan macam mana nak majukan diri kita. Cari duit lebih dgn cara yang betul, so anak² kita tak susah nanti. Didik anak² kita dengan perniagaan. Nanti baru bisnes family berkembang & mereka akan terus maju!Mantapkan skill. Sampai bila nak makan gaji right?

P/s: along dapat topik ni pun berdasarkan perbincangan kami dgn lecturer. Kalau tak dibincang, along pun tak tahu isu ni.. so, mana yang baik, ikut la.. Maaf jika rasa topik ni keterlaluan / tak semantap penulis² yang pandai olah diluar sana. Along guna bahasa pasar jer..



Wednesday, January 6, 2010

Kenapa Angah Tinggi???


[Pic En. Google]

Hahahahahha! lawak tol ari ni.. [kenapa²???]
Tadi masa pergi makan, along bawak angah jin sekali. Kesian dia sorang²..
Pastu kwn² diam, tak nak pun tanya sape kah gerangan yang along bawak tu...

Then ngah sedap² makan, muncullah pertanyaan terkeluar di mulut kawan along ni...

Kawan : Long, sape ni??

Along : Ni la dik along , Angah.. dia dari Jengka.. dapat Marketing kat sini

Kawan: Ha??? yeke??? NAPE DIA LEBIH TINGGI DRP ALONG???

Bupp!!! tersentap jiwa dan raga dengar soalan tu hahahha! Angah bantai gelak! [kuang ajaq!]

Nak sejukkan ati, cakaplah " Angah rajin makan roti dulu, tu yang tinggi lampai tu hahahah"

P/s: Nampak sangat along ni bantut! huhuhuuh adik² sume tinggi² belaka! waaa!!!!!

Tuesday, January 5, 2010

Happy Birthday!

Besday sape ni??? Along ker??? Hahahahhaha! Besday along lambat lagi, ni along nak wish besday to my cezen yaya.
Sekarang tahun baru, along doakan semoga ya panjang umur, murah rezeki & dilindungi Allah... Semoga berjaya dalam praktikal ni k :)
P/s : geramnyerrrr dok libry ni x dapat nak upload pic huhuhuuhuhuhuuh!!!!



Monday, January 4, 2010

Apa pelajaran hari ni?

Hari ni semua kawan² berkobar² jumpa rakan². masing² tanya ' Ko group apa? Kelas mana? Sape lagi kelas ngan kita? mane si polan si polan ni?' Macam² lg...

Along sekarang da tak sama group dengan mereka lagi.. kali ni along perlu perbaiki diri untuk jadi lebih terbaik cewah!

Sepanjang 1 hari ni, apa yang kami belajar? Nak tau?

Ok, kelas pagi adalah BEL ( report writing)
Kelas petang pula adalah risk management.

Tapi............... malangnyer, takde kelas pun 1 hari ni!!!!! adoiiiiii sia2 jerr....




Thanx Melz!

Hehehehe! Along rasa happy sangat sebab apa yang along nak belajar da dapat caranya!!!

Mungkin bagi mereka yang da tau buat tu rasa biasa jer, heheheh :)



Pada mereka yang tak tau nak wat meh along ajarkan hihihihi!



"Along nak wat apa nih????"



Korang tau x nak kecik kan number double daripada [sorang2 = sorang²]



Ok, macam ni caranya :



jika anda pengguna laptop


HOLD ALT FN dan tekan K I L lepas tuh lepaskan ALT dan FN



jika anda pengguna DEKSTOP

HOLD ALT dan tekan 2 5 3 ( bahagian Numbers )




Sumber dari : Blog Melz!



Thanx Melz!

Mula Destinasi

Salam, selamat pagi kawan2 semua... Sekarang along berada kat library ptar 2. Sekarang da bermula destinasi pembelajaran kami di UITM. Tapi malangnyer pagi ni tak jumpa kelas langsung! Penat tawaf 1 blok cempaka tu. Tapi tak jumpa...

Pastu, kami semua bertanya pada pihak bangunan law tu. Lepas tu dia kata, "kelas VR 1-VR 11 memang takde kelas lagi disini. Cuba tanya fac." What????? OMG! Abis dalam timetable tu apa??? Tak pelah, kami pergi tanya nanti...

Sudah kami berbincang, kami semua buat keputusan utk pergi kelas seterusnya saja... Nanti akan di inform oleh mereka yang berkenaan mengenai kelas tersebut. Ramai member masuk group A. Along pun tatau sapa lagi group ngan along [group C].

Ada pulak yang amik keputusan untuk tukar group C. Ada juga yang minta along try tukar group A. Ntahla, along pun tatau nak wat keputusan lagi... HMMM....

P/s : Gementar nyer pagi niiii .....

Saturday, January 2, 2010

Menyesal


Ini bukan untuk intro lagu menyesal dalam cerita tasbih cinta ok!
Ini penyesalan diri sendiri sehingga rasa semangat ini luntur bagaikan kain2 yang luntur warnanya [ewah! merepek pulak]
Kesilapan ini mungkin tidak akan di terima oleh anda semua para blogger.

Betul, kata pepatah yang dihasilkan oleh blogger di luar sana :

"Jangan memaksa aku untuk follow, aku akan follow kamu jika aku rasa nak. Tapi jangan sesekali follow aku jika ingin tingkatkan traffic anda! Follow la dengan ikhlas"

Memang kata2 ni along suka sebab dalam buat sesuatu kita perlu ikhlas. Dalam perhubungan kita perlu ikhlas. Kita sebagai blogger hendaklah anggap blog kita ni sebagai rumah kita untuk dihiasi agar tetamu kita selesa untuk bertandang. Jika menziarahi blog seseorang itu perlulah kita beri salam dulu agar mereka dapat sesuai kan diri dengan kita. Lepas tu jemputlah datang umah kita dgn cara yang baik betul x? [Eh? ini da bagi tips nak naikkan traffic nih!]

Jauh pulak along celoteh, back to the topic. apa yang along betul2 menyesal ni? Along menyesal sebab:

  • Jarang update blog
  • Jarang melawat
  • Jarang memberi komen
  • Jarang borak2 dengan rakan follower
Ini lah yang along kesalkan .. Sangat sedih. Disebabkan kesilapan ini, along tidak dapat sebarang komen dari rakan2 blogger lain. Walaupun followers da seramai 57 orang seolah2 along ni syok sendiri untuk berblogging.

Along ingin memohon maaf pada rakan2 di luar sana, dan akan along perbaiki kesilapan ini... Maaf... sedih


Buat Duit

Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran untuk angah pagi tadi. Ramai juga pelajar kali ni, sampai jam jalan nak masuk tadi. Fuh! Menyesakkan...

Macam2 ragam betul gelagat ibu bapa dan pelajar tadi. Ada yang minta ibu2 mereka teman, ada ibu bapa yang tolong isikan sume form, sedangkan mereka boleh buat sendiri hahahahha. Adoi... Biasalah semangat ibu bapa menghantar anak2 mereka belajar. [Ayo.. da degree pun masih mahu ibu ayah tolong isi form ka???]

Tadi angah minta along yang temankan [Elo angah, along dulu register sendiri tau..] hihihihih!

Register tadi pun kejap jer, lepas tu kami pergi ke Kedai Pak Mal pekena nasi ayam [nyum2 sodap] . Lepas tu kami singgah ke kompleks PKNS. Ibu nak beli barang2 untuk umrah nanti.
Ibu pergi bersama Angah dan along & Nani pergi kedai buku.

Masa di kedai buku tadi, along jadi rambang mata nak beli huhuhuh.. Tadi nak beli buku Internet Marketing, tapi tak jadi ... duit tarak! along dapat beli 1 buku jer...


Tara! ini dia hahahaha...Along berminat nak beli buku ni sebab Along nak baca macamana nak buat bisnes lembu ni. Nak tau kenapa??? Sebab pakcik along kata dia nak wat bisnes lembu, so hati ni macam berminat nak join. Untuk mebuat persiapan saya ingin menambah ilmu sikit2 la kot2 dapat tolong hihihiih. [along nak hadiahkan buku ni pada pakcik along tu :)]

Along suka buku2 anjuran PTS ni, banyak manfaat yang along dapat dari buku keluaran mereka ni. Antara buku along pernah beli :

Inilah buku pertama along beli ! Masa tu ketagih sangat nak buat duit dgn blog. So along da faham cara2 nya... Just perlu di praktikkan sahaja :)

Buku yang kedua along beli :

Along beli kat Tesco bersama yaya heheheh... Memang best giler baca buku ni. Dalam buku ni, ada tertulis bagaimana cara yang betul untuk memasarkan perniagaan kita dalam laman sosial. Jangan lakukan SPAM :) [tau tak apa dia SPAM? takpe, nanti along discuss bersama anda.]

So, anda da tengok? pernah beli buku2 ni? Nanti ada duit, along nak beli lagi buku2 yang lain. Antaranya Buat duit dgn affiliate, ebay, youtube, IM bisnes kecil & macam2 lagila! Tungguuu....


Psst! : Along siap kena perli ngan adik2 tadi.. " along ni asyik beli buku buat duit jer. Tade buku lain ke???" hahahhaha adoi....

Note : kepada rakan2 follower along tolong berikan category blog anda boleh? dalam ruangan link exchange. along nak susun dgn teratur dalam link exchange nanti. Terima kasih :) Clik jer kat button menu atas tu. isi di ruangan komen ya....


Registration For Degree

UITM SHAH ALAM

Selamat pagi semua :) Pagi ni along akan pergi ke Uitm Shah Alam untuk registration. Eh? Along ke yang kene register? Hahahahahha kawan2 jgn salah faham.. Ni along temankan adik along utk regostration for degree..

Adik along dapat course Marketing [pemasaran] . Macam seronok jer bunyi nyer hehehehehe! Jap lagi kami gerak la.. Ni pun ngah tunggu ibu bersiap2 kejap.

Bila adik along dapat course ni, along rasa bersyukur sangat sebab sekarang ni perniagaan semakin meluas, so teknik2 pemasaran perlu kita kuasai agar perniagaan kita lebih maju. Cuba kalau kita lihat di dalam Internet sekarang, sangat banyak cara2 teknik2 yang berbeza yang dilakukan oleh peniaga di luar sana..

Ok, nanti along sambung lagi, da nak pegi da bye !!! :)

P/s : Kawan2 jangan lupa letakkan link anda di link exchange ya... Terima Kasih :)


Friday, January 1, 2010

Link Exchange for New Year !

[Pic En Google]

Before ni, along pernah wat post mengenai link exchange dengan menggunakan "link box". Tapi malangnyer, banyak lak problem yang along hadapi masa gunakan box tersebut. Pada tahun baru ni along telah menukar layout baru dan menyediakan ruang link exchange untuk anda.

Ini pun along mengucapkan terima kasih kepada blogger2 yang meyediakan tutorial untuk mencantikkan blog. Dengan info2 yang ada along dapat mempelajari sedikit sebanyak untuk menggunakan kod2 tersebut.

Di harap dengan ruangan ni dapat kerjasama dari rakan2 untuk meninggalkan link anda untuk disenaraikan dan dapat dilawati oleh rakan2 blogger yang lain di luar sana.

Perkara yang di perlukan untuk tukar link adalah:

  • Nama Panggilan
  • Nama Blog
  • Jenis blog
  • Url Blog
*** Jenis Blog:

  1. Personal
  2. Business
  3. Entertainment
  4. Tutorial
  5. Religion
  6. Information
  7. Marketing
  8. Others (Jelaskan)
Contoh :

  • Along
  • KEHIDUPANKU
  • 1
  • http://gnola25.blogspot.com
Along harap sangat ia dapat sambutan dari anda. Dapatlah along manage link blog dgn baik..
Jangan lupa ya :)

P/s : kalau korang banyak blog, letak jer k. Along terima semuanya :)

***Kawan2! Sekarang nama blog da bertukar nama dari kehidupanku kepada " BLOG ALONG25"

1 Jan 2010 [Happy New Year!]

1 January 2010 bermula lah tahun baru bagi kita semua. Semua bersemangat memasang azam untuk tahun baru kali ini. Sama juga dengan along memasang azam baru. Harap azam kali ini along dapat laksanakan serta buktikan dengan baik & sempurna.

Bila along on facebook, ramai pula dikalangan member mengucapkan Selamat Tahun Baru pada rakan2 mereka yang lain.

Yang bestnya pada tahun baru ni :

1) Adik along (kina) dapat gaji pertama (bekerja di kedai makan). Pastu dia bagi sedikit gaji beliau pada ibu. Sungguh terharu...

2) My Sis (Miss Adia) dapat tawaran kerja di Setapak as Auditor. Yang paling along kagum 1st interview beliau terus dapat tawaran tersebut. Tahniah akak along :) Kerja rajin2!

3) Adik along (Angah) dapat tawaran belajar di Uitm Shah Alam. Semoga angah berjaya dalam pelajaran kali ni. Ni tak sama macam Diploma tau...

4) Paling bermakna ibu tersayang dapat mengerjakan umrah pada tahun baru ni...

Di kesempatan ini along mengucapkan selamat tahun baru pada rakan2 blogger yang sudi datang ke blog along yang tak seberapa ni. Along harap di tahun baru ni, anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Seoga kita semua tidak putus ikatan sebagai rakan blogger :)

P/s : Tahun baru, layout pun da baru beb! hehehehhhhh..... :)



Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews