Saturday, January 2, 2010

Buat Duit

Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran untuk angah pagi tadi. Ramai juga pelajar kali ni, sampai jam jalan nak masuk tadi. Fuh! Menyesakkan...

Macam2 ragam betul gelagat ibu bapa dan pelajar tadi. Ada yang minta ibu2 mereka teman, ada ibu bapa yang tolong isikan sume form, sedangkan mereka boleh buat sendiri hahahahha. Adoi... Biasalah semangat ibu bapa menghantar anak2 mereka belajar. [Ayo.. da degree pun masih mahu ibu ayah tolong isi form ka???]

Tadi angah minta along yang temankan [Elo angah, along dulu register sendiri tau..] hihihihih!

Register tadi pun kejap jer, lepas tu kami pergi ke Kedai Pak Mal pekena nasi ayam [nyum2 sodap] . Lepas tu kami singgah ke kompleks PKNS. Ibu nak beli barang2 untuk umrah nanti.
Ibu pergi bersama Angah dan along & Nani pergi kedai buku.

Masa di kedai buku tadi, along jadi rambang mata nak beli huhuhuh.. Tadi nak beli buku Internet Marketing, tapi tak jadi ... duit tarak! along dapat beli 1 buku jer...


Tara! ini dia hahahaha...Along berminat nak beli buku ni sebab Along nak baca macamana nak buat bisnes lembu ni. Nak tau kenapa??? Sebab pakcik along kata dia nak wat bisnes lembu, so hati ni macam berminat nak join. Untuk mebuat persiapan saya ingin menambah ilmu sikit2 la kot2 dapat tolong hihihiih. [along nak hadiahkan buku ni pada pakcik along tu :)]

Along suka buku2 anjuran PTS ni, banyak manfaat yang along dapat dari buku keluaran mereka ni. Antara buku along pernah beli :

Inilah buku pertama along beli ! Masa tu ketagih sangat nak buat duit dgn blog. So along da faham cara2 nya... Just perlu di praktikkan sahaja :)

Buku yang kedua along beli :

Along beli kat Tesco bersama yaya heheheh... Memang best giler baca buku ni. Dalam buku ni, ada tertulis bagaimana cara yang betul untuk memasarkan perniagaan kita dalam laman sosial. Jangan lakukan SPAM :) [tau tak apa dia SPAM? takpe, nanti along discuss bersama anda.]

So, anda da tengok? pernah beli buku2 ni? Nanti ada duit, along nak beli lagi buku2 yang lain. Antaranya Buat duit dgn affiliate, ebay, youtube, IM bisnes kecil & macam2 lagila! Tungguuu....


Psst! : Along siap kena perli ngan adik2 tadi.. " along ni asyik beli buku buat duit jer. Tade buku lain ke???" hahahhaha adoi....

Note : kepada rakan2 follower along tolong berikan category blog anda boleh? dalam ruangan link exchange. along nak susun dgn teratur dalam link exchange nanti. Terima kasih :) Clik jer kat button menu atas tu. isi di ruangan komen ya....


0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews