Wednesday, June 30, 2010

CABARAN : Copy paste & MENANG!!!

Hai kawan-kawan!

Ada peraduan lagi :) Kali ini cabaran dari IM terkenal iaitu RAJA KAMIL.. Pastu boleh dapat MP3 secara percuma jer!

Caranya mudah sahaja, just copy paste ayat-ayat kat bawah ni, pastu tinggalkan url anda disini

"Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja 
untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com "

Tarikh tutup penyertaan:

*** Boleh klik kat pic utk lihat lebih jelas!

Hadiah disediakan:

MP3 player, cute, 2GB, ringan

Mudah je kan? apa lagi jom ramai-ramai menyertainya! Kot-kot ada rezeki masyuk!

Teka dan Menang - Jam Berapa?

Along join peraduan lagi! Rasa macam seronok jer main-main , cuba-cuba peraduan ni.. Hehehehe! Ini peraduan dari Saudara Sop lagi sekali..


  

Ok tak nak buang masa lagi kita teruskan dengan jawapan k..

Soalan yang dikemukakan adalah:

Peraduan kali ini memerlukan anda meneka jam berapa saya tiba di rumah hari ini.

Jawapan :  6.00 PM

P/s: agak-agak tepat tak jawapan along ni? hehehehhe~ Korang kalau nak join Klik kat pic or link yang diberi ok!

Monday, June 28, 2010

Mari Sini Orang2 Kampung! Ada Hadiah Hari Jadi FREE!!!

WOW! orang tu punye hari jadi dia yg bagi kita hadiah?? Biar betul.. Pelik.. Selalunya beday boy / beday gurl yang dapat hadiah dari kita kan?? Nape??tak percaya?? PERCAYALAH... (lagu Dato' Ct kua heheheh!)

Mane along tau berita nih?? Macam ni kesahnya.. Tadi along ada melawat blog TERATAK KASIH ZIE FAUZI pastu nampaklah berita gumbira ni! So along pun nak gak dapat hadiah hari jadi ni hiihihihi! (Kalau ada rezeki :) )

So, along pun tolong la sebarkan berita ini! Korang nak tau apa hadiahnya? Walaupun tak semahal Ferrari, tapi bagi along ia cukup unik! Bukan senang tau nak buat..

Ni hadiah nya! TADAAAAA! 


reversible tote bag untuk pemenang utama


sepasang bookmark untuk pemenang kedua dan ketiga

**** Ni sumer hasil tangan owner blog tau! HANDMADE!!!

Korang nak join gak? Masih ada masa lagi... TARIKH TUTUP 1 JULAI 2010! Cepat2 sebelum terlambat!!!


P/s: HAPPY BELATED BIRTHDAY SIS MAYA!!!

Thursday, June 24, 2010

Minggu ini jaga nenek

Hye kawan-kawan!

Lama along tak update.Maaflah,sebab along sekarang berada di rumah nenek tercinta. Along jaga nenek sampai hari Jumaat ni jer (maknanya esoklah tamat huhuhuu) Along jaga pun sebab nenek kurang sihat. Maklumlah orang tua kan. Tapi nenek saya ni degil! Sakit-sakit pun nak jugak buat keja haish!

Nenek kata : "Aku ni da biasa bergerak, bila duduk jer rasa pelik jer"

Hahahahahha... nenek-nenek... Tgk betapa degilnya beliau! ;p

Kat sini along tolong nenek kemas rumah & masak. Takdelah nenek rasa penat / terkejar2.. Masak pun ala kadar jer. Kekok gak mula-mula nak masak untuk nenek ni.Takut dia banyak komen plak hihihih! Tp so far alhamdulillah, nenek terima apa jua masakan ku hohohohoh~

Wah! duduk sini ngan nenek, banyak btol ceritanya.. macam-macam. Cerita kisah dia muda-muda dulu pun ada... (Rugi korang tak dengar heheheheh! Ditujukan kepada adik-adik ku & cezenku kikikiki)

Apa-apa pun along akan jaga nenek sebaik mungkin..

Sorylah nek, along tak pandai drive macam yaya & pcha.. Kalau along pandai bole bawak nenek jalan-jalan kan?? heeeeee :)

P/s: Selagi nenek ada jaga la dia sebaiknya (ditujukan kepada kawan-kawan yg ada nenek lagi hehehe!)

Monday, June 21, 2010

Hari ni Along Puasa???

Bukan nak riak, bukan nak belagak, bukan nak kecoh.. Just nak share jer.. (Blog along takpe lah nak tulis apa-apa pun kan? hehehhe) Hari ni along puasa ker?? Puasa apa?? Jeng! Jeng! Jeng!

Along puasa ganti yer kawan-kawan.. hehehehhehehe! Semalam da berazam untuk mengganti puasa untuk seminggu ni, harap dapatlah dilaksanakan... Lagipun semester baru akan buka nanti , lepas tu ramadhan bakal tiba, tak nak lah kelam kabut terhegeh-hegeh nak ganti puasa..

Hari ni puasa rasa macam bulan ramadhan pulak.. Dengan cuaca panas adoii.. Dugaan...
Kawan-kawan, yang belum ganti tu sila lah ganti cepat-cepat yer....

Iklan: Anak jati Johor yang merantau yang rindukann mee siput, sekarang ada jual online tau! Harga murah jer..... KLIK SINI k!

HAPPY FATHER'S DAY AYAH :(

Semua orang gembira mengucapkan " Selamat Hari Bapa" "Happy Fathers Day" pada ayah mereka masing-masing..

Semua seronok menyambut hari yang bahagia ini bersama bapa tercinta..

Tapi tidak bagi kami adik beradik...

Apa-apa pun dari jauh.. along & adik2 mengucapkan:

"Selamat Hari Bapa ayah..."

Along doakan ayah sentiasa selamat.. diredhai Allah.. Sihat sentiasa.. Amin...

Wednesday, June 16, 2010

Makna Disebalik Mimpi

Korang mesti pernah mengalami macam-macam mimpi kan? Orang dulu-dulu kata , kalau tido waktu malam & mengalami mimpi maknanya kita tido tak cuci kaki. Ada yang kata mimpi tu permainan syaitan. Ada juga yang mempercayai mimpi. Korang camne?

Macam siang tadi, awal pagi kira-kira jam 8am, along tido balik. Omak ai... ngantuk sesangat.. Tatau nak kata apa.. Masa dalam tido tu, along ada mimpi. Mimpi ni menyedihkan sampai along menagis betul-betul!
Terkejut giler..

Dalam mimpi tu, along jumpa kawan baik along masa kat sekolah menegah dulu (sapa kawan2 along pasti mereka tahu sapakah gerangan beliau huhuhu) Masa tu, tak silap along nak pergi suatu tempat (tatau katmana) siap bawak beg lagi tinggal nak pergi jer..

Pastu, da bersalaman ngan orang-orang sekeliling, along bertemu pulak ngan kawan baik along tu. Tiba-tiba jer kami berdua menangis teresak-esak. Dia peluk along kuat sangat. Memang layanlah menangis tu sampailah tersedar... Ingatkan betul2..

Korang rasa apa maksud disebalik mimpi tu???

P/s: Ada nujum pak belalang dapat tafsirkan?

Tuesday, June 15, 2010

Along nak jual baju???

Kenapa? tak percaya? Heheheheh! Banyak ker along nak jual baju tu? Tak lah banyak sehelai jer... limited edition! Cewah!

Sebenarnya along nak tolong kawan along untuk jual baju dia ni. Buat amal sikit, bantu-membantu..
Untuk pengetahuan semua, baju beliau masih baru lagi. Sebab baru beli jer tiba-tiba tak jadi pakai (sebab tak muat kot hihihi) Mungkin juga baju tu tak sesuai dengan beliau.

Daripada dibuang baju tu, baik kita jual kepada mereka yang memerlukan betul x? Sayang jer dibuang sebab baju tu elok lagi...


Kuantiti : 1 helai sahaja (LIMITED EDITION!)
Harga : RM27 sahaja! (termasuk pos caj)

Jika berminat, sila hantar butir-butir peribadi anda:

-Nama
-Alamat
-No tel
-email

kepada email kami : zonbisnes@gmail.com

Selepas itu, kami akan hantarkan cara pembayaran melalui email ok!

P/s: SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Congrates To Ceeramoon!

Ha..siapa dia Ceeramoon? Artis terkenal kah? Hehehehhe.. Ini adalah seorang blogger terkenal di blogspot(yeke??) hehehhehe! Boleh tahanlah.. follower banyak tau! Mula2 along mengenali sis ceera ni daripada cezen along Cik Pcha..
Dulu, masa mula-mula nak setup blog, along nak search tutorial nak mencantikkan blog. Then my cezen suggest soh pegi ceera's blog.

Mula-mula tu tak berkenan lah tgk blog dia (cewah! jujur tuuu!) pastu, start along minat blog dia ni, along suka baca kisah cinta ceera & ciput! heheheh sweet beb! Sampai kawen da mereka...

Ha.. ni along nak ucap congrates sebabbbb... ceera da melahirkan baby yang sulung.. namanya Keisha.. (nama penuh tatau, tunggu diumumkan oleh beliau ek!)

Along dapat info ni melalui facebook ceera& blog Viruspadu.com!

So, pic ni along amik dari sumber tersebut. Harap jangan marah ek... Jom layan!



Comey x??? hehehheheheh! Semoga ceera & ciput berbahagia selalu dengan baby baru! :)

P/s: Apa ek adiah nak bagi kat baby ceera ni? tingtong!

Monday, June 14, 2010

Peraduan Teka dan Menang - Apa ada dalam porch beg gnesop?

Ini adalah kali pertama along menyertai peraduan di blog hehheheh! Selama ni just tengok-tengok jer. Ok kali ni kita mencuba ya kawan-kawan!



Along nak teka apa yang ada dalam porch beg gnesop ni. Emm.. Katanya sentiasa bawak beg ni kemana saja beliau pergi. Ok jawapan along untuk tekaan tersebut adalah:


  1. Kunci (Beraneka kunci spt: kunci rumah, motor)
  2. Handphone (Perkara wajib untuk setiap pengguna HP, termasuk admin :) )
  3. Wallet
  4. Rokok
  5. Pen (Admin akan menggunakan bila berjumpa dgn prospek mereka untuk menceritakan hal bisnes)
  6. Buku nota
  7. Duit syiling
  8. Glove
  9. Topi
  10. Jaket
Ini yang dapat diteka oleh saya hehhehe!

P/s: Harap2 ada yang tepat amin.... :p Kalau korang nak join gak, klik kat picture tu k :)

- CONTEST TAMAT!-

Saturday, June 12, 2010

World Cup sula mali!

Wah! telah bermula lah game yang di idam2kan oleh semua peminat bola!
Termasuklah adik2 ku... dasat tol..
Tapi aku takdolah excited camtu heheheh~

P/s: Apa ada dgn bola ek?

Thursday, June 10, 2010

Aku Kasar Sangat ke?

Lately macam rasa aku ni agak kasar bila bercakap dengan ibu. Kadang tu, rasa ibu selalu merajuk dengan percakapan & sikap aku. Kenapa aku jadi macam tu? Salah ke pertanyaan ibu lontarkan? Salah ke teguran yang ibu berikan ?

Ibu, maafkan along.. Along tak terniat nak buat ibu macam tu. Kadang-kadang along frust kalau along takdapat buat terbaik untuk ibu. Ibu suka benda yang perfect, along pula tak mampu buat yang perfect. Kadang-kadang along akan ter 'miss' buat benda yang ibu suruh.

Kadang-kadang along rasa kita tak sependapat dalam bisnes. Ibu lebih suka dengan keuntungan, along pula lebih gemar mendapatkan pelanggan dalam peringkat permulaan. Tak  terfikir untuk kaut keuntungan dulu. Maafkan along ibu, ampunkan along...

Da berapa kali along rasa nak ucapkan maaf dekat ibu, ibu masih terima lagi ke?

Along akan cuba buat yang terbaik untuk ibu. Bagi lah along ruang dan masa. Ibu jangan lah paksa along dengan sesuatu yang along tak suka...

Along tengah pelajari semua benda, along harap ibu bersabar.. Ibu bantulah along dalam apa jua cara...

MAAFKAN ALONG IBU....

Wednesday, June 9, 2010

Hobi Macam ni pun Ada ke???

Apa hobi korang?
Hobi along tak menentu... macam2 ada.. Macam..
-Online
-Chatting
-Berbisnes
-Baca buku
-Men badminton

Tadi ada terbaca 1 berita.. Mak ai... pelik tol hobi mamat nih...
Ada ke orang-orang macam dia nih???
Seram sejuk eden...
Rasanya wanita-wanita diluar sana akan lebih berhati-hati menjaga 'barangan' mereka
Korang nak tau apa???
Tgk SINI

P/s : Entry sangat ringkas buat tatapan anda semua !

Tuesday, June 8, 2010

Jangan jadi seperti 3 Abdul



Tetiba plak nak post entry ni sebab sekarang ni along tgh tgk cerita 3  Abdul. Hihihihihih!
Wah! Nama gah! 3 Abdul, tetapi ada 2 Abdul langsung tak berhati perut!

"Bila ayahanda sakit, ia ada harapan mati"

"Harta-harta akan jatuh kepada kanda kerana kanda yang tua"

"Jika ayahanda tak pergi ke hospital, ayahanda akan mati, ada harapan bolot semua harta"

Haish! janganlah anak-anak muda yang dalam keluarga yang berada mempunyai sikap sebegini. Berdoa untuk ibu bapa mereka mati cepat semata-mata mendapat bahagian masing-masing.

Dalam cerita ini, yang boleh jadi contoh Abdul Wahub. Begitu matang, pandai buat keputusan, pandai membuat rancangan utk menyelamatkan harta keluarga dari saudagar yang penipu ( Sadiq Sepakraga Sigaraga serta menyedarkan abang-abang beliau.

Akhirnya Abdul Wahub meleraikan segala-galanya dan membawa kemenangan!

P/s: Korang nak jadi ape ek?


Monday, June 7, 2010

School Holiday!


Wah! cuti sekolah telah bermula! adik2 dirumah sangat lah seronok bila time cuti ni tiba..
Ini pun pagi2 ada yang tak bangun lagi! hohohoho( dasat nampak)
Adik yang bongsu da bangun tros men game kat PS2.. (awal plak dia bangun yerrr)

Ingat cuti sekolah ni plan nak bawak mereka jalan2 (pandai ke aku drive? hohohohooh!)
Pernah plan bersama Cik Yaya & Cik Pcha utk  pergi mandi sungai... Tapi tatau lah keputusannya camno huuu~
Adik along yang nak PMR plak nak manfaatkan cuti beliau dengan adanya class tambahan bersama Cik Yaya.. Bakal menjadi pelajar cemerlang nih! hehhehehhehe!

Pesanan untuk adik2 diluar sana, manfaatkam cuti anda dengan sebaik nya.. Jaga keselamatan diri sebab sekarang ni macam2 da berlaku. Kalau boleh lindungilah diri adik2 dari masalah2 tersebut yerrr...

HAPPY HOLIDAYS!!!!!



Saturday, June 5, 2010

Tamak!

Tamak ni macam2 ada.. (yeke???) ada tamak dalam ilmu, duit, rezeki, harta, pangkat dan macam2 g..
Manusia pasti mempunyai sikap tamak ni.. termasuk along huhuhuhuh~

Masalah sekarang ni along pasti tamak dalam bab MAKAN!!!
Bagaimana harus ku kurangkan / hapuskan sikap tamak itu???

Yela, bila nak makan, perot terlalu lapar, mesti jadi macam orang yang tak pernah makan.
Nak order macam2, amik banyak2.. Pastu bila da makan, tros makanan yang banyak tadi tak disentuh langsung.. da kenyanggg... haish!

Ada sesape boleh bantu masalah along ini? TOLONG! TOLONGGG!



P/s : Kawan2 yang lain janganlah tiru sikap yang buruk ini..

Friday, June 4, 2010

Ulasan LBS


Semalam, along + kaum kerabat (adalah orang2 nya heheheh) pergi ke Jusco Bukit Tinggi untuk menyaksikan tayangan pertama LBS! Memang tak sabar dibuatnya nak tengok citer tu.
Kami amik masa kol 4.05PM. Kalau amik pagi mesti dapat harga tiket murah! Tapi memandangkan adik along yang bersekolah nak ikot, kami kenalah booking tiket petang punya.

Ok, along nak bagi ulasan sikit mengenai cerita tersebut. Mula2 tu agak samar2 sikit sebab nak recall balik novel along pernah baca dulu. Masa muda2 dulu (kecik2 dulu la heheheh) yaya ada beli novel tu. Pernahlah baca. Memang sadis  cerita tu huhuhuhu..

Ok, cerita LBS ni pada mulanya rasa macam agak lembab sikit. Sikit jer huhuh.. Ntah terasa cam 'adoii... lambatnyerrrr...' tatau nak kata apa yang lambat.. Pastu, takde benda yang sweet. Maksud along macam, orang bercinta mesti ada benda yang sweet yang bole kita ingat kan.. hehehe.. tapi dalam cerita ni mungkin bole dikatakan ada kot sebab Kasyah berubah jadi baik, setia dgn Ayu, suke amik2 gambar, tapi kalau ada adegan lucu dalam percintaan mesti lagi best kan? hihihihi!

Pastu yang tengah2 tu kira sa ok lah, terasa seronok layan cerita. Fuh! lakonan Azmi tu memang menjadi membuatkan perasaan marah along pada Azmi tu tak ilang lagi beb! nak jer tumbuk2 muke Azmi tu! (Macamlah kuat sangat kannn aku ni hehehehhe!)

Adegan last tu memang tersentuh lah.. kesian nasib ayu tu... uhuhuhu macam2 dugaan dia tempuh kan.. baru nak bahagia dugaan da datang sampai akhir hayat dia huhuhuhuhuh :(

Along nak tunggu sambungan seterusnya iaitu Katrina!

P/s: Hope jalan cerita seterusnya lagi menarik!

Tamatlah bahagian pertama...

Thursday, June 3, 2010

Maafkan Along..

Ayah maafkan along sebab tak stay jaga ayah semalam..
Yela, skg mak guard & pak guard kat hospital tu kerek2 belaka..
Orang btol2 jaga ayah, dia kata ramai sangat yang jaga kat atas tu..
Bila kita turun pagi2 beli breakfast, pastu tak bleh nak masuk da..
Bila da daftar nama dia soh kita masuk 12.30pm tak ke gler????

Pastu, nurse2 kat situ pandang semacam jer bila kita jaga ayah..
Tau la wad tu wad lelaki, bukan kita buat apa pun kan..
So, bila dipandang macam tu, along jadi tak selesa lah...

Lagi pun sekarang ni ayah da bole jalan..
Tak perlu pakai kerusi roda lagi..
Along harap ayah usaha jalan uruskan diri ayah yer..

Jangan salah faham, along tau ayah kuat..
Jangan dimanjakan sangat sakit tu yer..
Along doakan semoga ayah sembuh..

Nanti weekend along ngan adik2 datang melawat ayah k :)

Along sayang ayah...


Wednesday, June 2, 2010

Memory Konvokesyen ke-72

Da lama rasanya tak update2 blog.. Sejak ayah sakit ni, along bergilir2 dengan angah untuk menjaga ayah. Sementara ada masa ni, along nak update sikit.

Along nak kongsikan berita gembira dengan uols sumer. Tanggal 26 & 27 Mei 2010 dua orang tersayang menghadiri Majlis Konvokesyen yang ke 72 di Uitm Shah Alam. Nak tau saper? Heeee....

Adik saya tercinta Sismoon Atikah

&

My luvleey sis Miss Aida :)

Hari ini memang hari sangat bermakna bagi mereka. Setelah berpenat lelah, memerah otak berhempas pulas untuk maintain kan CGPA mereka, akhirnya mereka telah dianugerahkan Alumni UiTM Diploma & Degree :)
Tahniah along ucapkan pada kalian berdua. Memang agak bangga jugak lah mereka telah tamat pengajian. Lebih2 lagi akak saya hihiih... Sonok la dia da keje, da dapat duit sendiri!

Lepas ni eden pulak berkonvo & bekerja heeee... Tak payah cakap banyak lagi, korang enjoy tgk picture ni k :)

Kita layan picture angah dulu hihihihihi!!! Check it out!


Ini angah dengan kawan dia yang masuk 'Dewi Remaja' tu hehehe tatau nama penuh panggil 'Na' jer..


Ini pula angah dapat hadiah dari Cik Yaya kita hehehe.. Macam bagi anugerah plak!


tak lupa juga Cik pcha! cezen akrab tu! hahahahah :D


Angah bersama ibu tercinta :) Manis kan ibu saya? kikikiki!

Angah ngan adik pemalu saya Amy.. Amik pic jer sepet jer mata dia HAHAHAH!

Ha! kawan2 sekalian! ini nenex saya!!! Kalau dia tau eden upload pic ni abislaaa.. Glemer gitu!

Selepas seronok bergambar kat UiTM kami pun bergegas ke hospital.. Amik gambar ngan ayah plak! Jom layan! Zassssssssssss!!!



Selesai sudah gambar bersama angah, jom tgk gambar my sis pulak! Jooommm Vrooommmm!!!


With family without adik & ateh....


BIG FAMILY!!!!! (adik sedara dia pun konvo gak pada hari yg sama )

Bersama saya & kak aeryn! heheheheheh!

Amacam? best tak tgk gambo2 ni? hehehehe... Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka!


NOR 'ATIKAH BT NORBAKI
BM111
DIPLOMA IN BUSINESS STUDY



NUR AIDA BT MOHD AMINODIN
AC220
BACHELOR IN ACCOUNTANCY

Luv u!!!!!


Israel SUCK!???

"Apa isu telah berlaku sekarang ni? Along hampir terpinga-pinga sebab tidak tahu apa cerita yang berlaku disebalik nya. Bila on Facebook(FB) tadi, sumer pic 'bergelap'. Sampaikan along tanya kat Miss Adia, 'kenapa semua bergelap?'" Kemudian diri ku ini dijelaskan mengenai isu itu..

Rakyat kini dikejutkan dengan berita bahawa serangan daripada pihak Israel ke atas kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disebabkan serangan yang dilakukan oleh pihak Israel menyebabkan berlakunya kematian , kecederaan yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia pada hari ini.

Lihat sahaja di FB banyak group telah dibina oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapat sokongan dari orang ramai utnuk membanters/mengutuk sikap serta tindakan yang di buat oleh pihak Israel.

Lihat sahaja gambar ini :

Gambar 1:



Gambar 2:



Gambar 3:


Ini pula info yang dikongsi oleh rakan FB..



(INI ADALAH ANTARA COMMENT YANG DIBERI OLEH RAKAN2 FB)

Persoalan disini, adakah kita hanya mapu membina group semata-mata untuk menunjukkan kemarahan / protes kita terhadap kelakuan Israel? Adakah hanya semangat berkobar-kobar dalam diri yang membuak itu cukup menghapuskan perkara ini?

Marilah kita sama menggunakan senjata kekuatan kita iaitu DOA agar Rakyat GAZA dapat diselamatkan, dan ISRAIL mendapat balasan yang lebih dari Yang Maha Esa.

Terdapat sedikit info yang diambil dari Nizam Malek Blog

"Dr Mahathir dalam kenyataannya menyebut, "Jangan sekadar kutuk kekejaman Israel". Beliau menegaskan masih ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh negara dunia termasuk Malaysia untuk menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan ke atas rejim Israel berhubung serangan tersebut."

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews