Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009


[PIC EN GOOGLE]

2009 banyak kenangan yang memberi pengajaran dan kematangan pada diri along ini. Mungkin matang belum cukup jika tiada pelbagai cabaran , dugaan yang melanda pada diri kita. Pejam celik, pejam celik da nak masuk tahun baru.

2009 banyak peristiwa yang berlaku yang tak dapat along huraikan. Semuanya pahit2 belaka. Dalam pahit, ada juga yang manis. Along dan ibu dapat mencari wang dgn hanya sistem wang pos, along dapat menjadi dealer topup, adik dapat sambung belajar dan yang paling bermakna, ibu dapat tawaran dari makcik utk menunaikan umrah pada tahun baru nanti.

Terima kasih alang sebab bagi peluang untuk ibu untuk pergi ke rumah Allah. Semoga ibu dan alang selamat berada disana nanti... Amin..

Dalam menempuhi tahun baru, pasti ramai yang berazam untu menjadi lebih baik. Adakah tahun baru ini kita akan berubah sepenuhnya?

Semua jawapan terletak ditangan anda.

WELCOME 2010 , GOOD BYE 2009...

Wednesday, December 23, 2009

Jaga Kucing macam jaga anak... fuhh!


[ Garang x? hihihiihihi]

Pagi2 nak dekat subuh along mesti dikejutkan dengan suara nyaring Si Cinta sebagai 'alarm' bangun Subuh! adoiiiii.... sakit telinga niii... Pastu, akan along kejutkan sape jer yang berada di sebelah along untuk bukak kan pintu untuk memberi tuan kehormat tu masuk...

Bila dia da jerit2 bising automatik my mum pun bangun. Dia pun akan kejutkan along utk solat Subuh. Bising teramat sangat suara mereka2 ni. uhuuu...
Lepas selesai solat along akan mandi, wat keja2 umah, pastu siapkan makanan utk yang 'terhormat' iaitu nasi + ikan bilis hahahhaha.. [ ini lah makanan mereka setiap pagi]

Pastu, bila nak dihidang tak leh berkongsi atas 1 kertas. Nak tau sebab apa??
Mereka akan bergaduh sesama sendiri.. Lebih2 lagi Cik Cico yer... [ tak sedar hang tu pendatang nak berlagak plak yer!]

Along terpaksalah asingkan, utk mini, cico & cinta. Bobo tak balik lagi, gi dating agaknyer..
[ Ngah sakit pun sempat nak berdating ek! kikiki]

Lepas sodap makan , ape lagi, lentok r kat tempat masing2.. Cinta kat ruangan dapur, minie kat atas katil (kat bilik mak dia angah hahahhahaha!) Cico plak kat depan peti ais. Hahahahhaha!
Adoii... penat tol layan kerenah mereka2 ni. Pagi tadi sebelum makan, along kemas halaman bunga, Cico mesti akan temankan & bermain kat pokok2 tu. Bila along masuk dia pun turut masuk hahahahha!

Papepun, along sayang mereka love

P/s : Semalam kena gigit ngan Cico. Dia gigit mulut along lak tu huhuhuuhnangih

* Rahsia Temuduga Kerajaan Version 3 da keluar! KLIK!

Tuesday, December 22, 2009

Aku disahkan menjadi DEALER!

Alhamdulillah, siang tadi along dikejutkan mendapat SMS dari admin masa along join topup dulu iaitu En Shah. Dia anta message mengatakan bahawa kami akan bertukar pada server baru. Lepas tu, dia kata lagi soh along sediakan nama reload untuk didaftar dalam server baru.

Along tak faham, along pun anta message kat dia :

" Nama apa shah? Sue tak faham.. Explain leh?"

Then dia balas :

" Sekarang sue da jadi dealer. Dekat server baru nanti da tak guna ID lama cam dulu. So, as dealer, u kena ada nama contoh cam Easyreload, Smarttopup, Mreload. So, bila da ada nama, masa nak transfer modal kat agen dia akan tulis : Deposit 101010 telah ditambah oleh smarttopup. Macam tu.."

Masa dapat jawapan tu, along rasa bersyukur sangat sebab da berjaya menjadi seorang tokey topup :) Dulu hanya menjadi seorang agen sahaja... Harap dengan berkat rezeki ni, along dapat perkembangkan perniagaan ni seluas2 nya... Amin...

(Apa pendapat u all? Ok x? nama EReload25 ni?)


RSS pada blog


Melanggan Newsletter adalah perkara yang bijak sebagai seorang blogger. Kerana apa? kerana ia menjimatkan masa utk kita mengetahui perkembangan blog yang sentiasa kita lawati. Sekarang, RSS sentiasa berkembang luas di hati seorang blogger. Ia juga memudahkan pelanggan kita melawati blog kita sekerap mana pun .

Mudah kan? Kenapa? tak percaya ke? Ok lah, along terangkan disini, once kita update blog, maka secara automatik, pelanggan yang melanggan RSS pada blog akan mendapat maklumat itu terus ke email mereka. Pembaca hanya perlu membuka email mereka sahaja. Mudah kan?

[semua orang da tau penggunaan ni, tapi kenapa masih ramai tidak menggunakannya?]

Jika anda berminat, sila dapatkan tutorial memasang RSS disini. Semoga info ini bermanfaat & berguna utk anda.

TUTORIAL RSS



Monday, December 21, 2009

Bahasa 'F'


[pic dari Encik Google]

Da lame along tak update (hari2 mau cakap mcm ni mesti da busan kan?) memang susah nak update. Mana taknya, masa tidur kat umah makcik, anak dia tak bagi sangat along guna.. huhuhuuh ... Dapat guna kejap jer...

Pastu, bila kat umah plak, berebut ngan adik2.. huhuhu... Kadang2 lame gak bila guna.. Lagi 1, internet plak lembab.. tak sepantas mcm kat cyber cafe huhuhuh... Email along plak melambak2 banyakkk...

Ni kisah BAHASA F. Masa anda kecik2 dulu, penah dgr / blajar bahasa ni? Pelik kan? Bahasa F ni menjadi bahasa rahsia kami hahahhaha... kiranya tak nak ada orang tahu... (perosak bahasa betol hahhahahaha)

Sekarang ni, budak2 kecik da pintar & pandai.. Mereka turut nak belajar bahasa rahsia kami ni..
Contoh Si Nani & Uyu.. sibukkk nak tau... apa lagi, kami pun ajar lah... Perkara pertama mereka nak tau mcm mana nama kita tukar pada bahasa F ni:

Along : AfaLongfong
Yaya : YafaYafa

Nani: NafaNifi

Uyu: UfuYufu

Mama: MafaMafa
Ibu: IfiBufu


Hahhahaha... ni perkara pertama mereka tgh praktis.. Pastu, mereka mula mahu kami membina ayat..


Uyu : Along, macamna nak cakap "Mama lapar.."
Along: "MafaMafa LafaParfar.."



Pastu, dia pun terus cakap kat mama dia... tergelak mama dia hahhahaha... Then, nani plak..


Nani: Along, camne nak cakap "Along, nani nak bank ibu"
Along: AfaLongfong NafaNifi Nakfak BankFank IfiBufu"



Dia pun tros cakap kat ibu hahhahaha... Sepatah haram ibu tak paham... Memang kecoh r, sampai ibu & makcik pun nak belajar hehehehhehe....

Note: Korang ada bahasa rahsia gak ker? hehehhehe....sengihnampakgigi

"Afalongfong Nakfak Mafakanfan [tau x ape ni? hehehhehe]


Tuesday, December 15, 2009

Link Exchange


[crop dari blog saye la :)]

Sekarang ni along ingin merapatkan ukhwah antara sesama kita. Selain itu along pun nak u all semua blog walking kat blog kawan2 lain. Along takdelah expert nak wat 1 ruang utk sediakan tempat khas for link exchange.

Kebetulan tadi along ada ternampak widget ni kat blog sorang rakan (terlupa plak nak copy link blog die.. maaf) Along rasa ia mudah utk anda semua tinggalkan nama blog & url utk along lawati..
Along pun nak jugak kenal2 ngan rakan2 lain di luar sana.. Kedatangan anda di alu2 kan :)

So, along harap jika anda lawat blog along tinggalkanlah link anda disini yer...


callmekeep in touch!

Monday, December 14, 2009

Menu Button


Setelah berpeluh belajar tutorial nak wat menu button pada blog akhirnya telah berjaya jugak :)
Seronok juga bila lihat macam2 tutorial yang di ajarkan oleh para2 blogger antaranya yang selalu along ikut Maribinablog.

Pastu untuk menu button ni along kenal ngan blogger baru iaitu SukiPrattle kat situ pun macam2 tutorial ada.. Patu along ada kenal lagi iaitu blog Melz ni pun ada gak tutorial.. Ramai lagi actually mereka membuat tutorial blog.. Nanti along category kan blog mereka sebagai Blog Tutorial k :)

Banyak lagi perlu along belajar. Macam2 lagi along nak cuba n explore..

Ada masa lawat lah blog mereka...sengihnampakgigi

Saturday, December 12, 2009

Kod Etika Blogger

Selepas selesai berjalan bersama family tercinta, tiba masanya along melayan internet seperti biasa. Perkara yang wajib along buka adalah email. Sebab dalam email, banyak informasi2 berguna yang along dapat dari pakar IM Malaysia.

Along ada ternampak 1 email yang bertajuk "Kod etika blogger" Alon rasa info ni amat penting kepada kita sebagai blogger yang semakin berkembang di alam internet ni. Boleh dikatakan ramai dikalangan kita mempunyai blog. Ada yang buat blog pasal perniagaan, personal, gosip artis, politik dan sebagainya.

Tapi ada juga dikalangan kita menyalahgunakan blog untuk kepentingan diri sendiri. Kadang boleh menimbulkan salah faham antara 1 sama lain. Ada juga yang meng'copy' (ayat apa nih) hasil orang lain tetapi dikatakan hasil mereka sendiri semata2 ingin menarik pengunjung ke blog mereka.

Sebelum along jelas kan apa itu kod etika blog along ingin memberitahu bahawa along dapat info ini dari Saudara Zamrin. Along pun telah meminta keizinan dari beliau untuk membuat post mengenai topik ini di blog. Along harap pihak beliau tidak kisah utk permintaan along tersebut.

Kod etika blog ini merupakan 1 garis panduan kepada para blogger untuk berblogging. Antara garis panduan yang telah di tetapkan adalah:

  1. blogger harus jujur & dalam mengumpul maklumat & mentafsir maklumat
  2. jika melakukan kesilapan dlm penulisan , blogger harus jujur & mengakui kesilapan tersebut dan bersikap terbuka utk memperbaiki kesilapan tersebut
  3. elakkan plagiat
  4. jangan menghasilkan maklumat yang tidak tepat
Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan info DI SINI

X sedar da Jam 4am!!!

Ha, ni along post betul2 tepat pukul 4am! (mengikut jam along lah)
Ya allah, memang along tak sedar langsung! mata pun tak mengantuk lagi..
Kalau lah ibu bangun time ni confirm kena marah punya huhuhuhuhuh...

Khusyuk sangat along update blog, twitter, tgk email yang panjang berjela2! ahahhahaha..
Korang sumer da tido ker? heeesengihnampakgigi

------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN SEBENTAR celebrate

Promosi! Nak jual topup? RM50 (dapat free modal RM15) - Yuran ahli seumur hidup
server cepat! pantas! bleh guna 24 jam + sistem SMS!

Nak jusmate dgn harga RM180?? Beli lah dgn saya :)
* Jadi ahli lagi best! dapat 3 kotak sekali...

*** Program ekspress :psst!psst! nak tau x? ibu saya da dapat level 3 utk plan B wang pos. (RM270) nanti dapat lagi utk level seterusnyer... ( Ada yang da daftar, ibu dapat lagi WOW factor!) ha... pening? nak tau, SMS : 013-3067900 cepat2! callme Sikit2 lama2 jadi bukit!

Friday, December 11, 2009

Seronoknyerrr dapat monitor!!!!


Heheheheh setelah sekian lama along tidak update blog, tak dapat tengok email, tak dapat berhubung dgn rakan2 gara2 monitor lamaku rosak huhuhuhuhuhu...

Disini saya ingin mengucapkan terima kasih pada papa, yaya, pcha kerana telah memberi monitor mereka kepada kami... huhuhuhuhuhuh!

Semangat saya bila dapat monitor ni... akan ku jaga dengan baik & sempurnaaaaaaaaaa :)
celebratesengihnampakgigisenyumlove

Friday, December 4, 2009

Kpala sakit,pr0t pn..xleh tdo..huhu :( (update)

Ini kisah pagi tadi (lebih kurang dalam 3 lebih).. along tak leh nak lelapkan mata... Dengan kepala yang berat.. huhuhuhh sakit sangat... along pun mencapai hp update status utk FB gtau yang pale sakit (mengada x? huhuhuh) Secara automatik dia tros link pada blog.

If ada yang terbaca awal entry ni tanpa posting sume ni sebab advance update hahahah...
Ni along backup balik la dgn tulis apa yang terjadi malam tadi... sakit sangat pale ni...
Ni pun masih terasa perit lagi...

Dalam sakit2 pun sempat gak wat sarapan pagi utk adik2 tercinta..
Menu hari ini ROTI CANAI... menjadi gak la walaupun keras sikit jer hehehhh...
Malam tadi menguli dengan angah sampai lenguh tangan ni... Ibunda sedap tido yerr... hehehhh

Ni la hasil dari kami berdua... hehehehhehe....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

* Nak join topup? Murah RM 30 (FREE RM10) server cantek , cepat, pantas! RELOAD25
*Nak bli ebook?ebook percuma?? EBOOK CORNER
*Come join Jusmate!
*Come join Program Ekspress!

Wednesday, December 2, 2009

Hujan lagi...

Baru bangun dari tido ni, percaya x? heeee... Lena... sebab apa???
HUJAN LAGI.... tu yang lena .... sampai terlajak zohor, huhuhuhuhuh...
Igt tido kejap jer...

Angah pulak masak sedap sangat, bila kekenyangan membongkang hahahaha...
Sekarang cuaca tak menentu lagi.. Tiap2 petang mesti hujan... Alhamdulillah la sebab sejuk kan... Tapi nasib baik kain yang disidai kering jugak sebab cuaca elok pagi & tengahari tadi..

Ha, anda semua mesti sedap tido kan? hahahaha bangun2...
Tadi tengahari along kua gi Maybank, wat kad baru. Along wat debit kad..
Ni semua gara2 online bisnes...

Tapi, along nak tanyalah, kalau wat account paypal, kenapa lebih elok guna debit kad (Public Bank)?
Ada sesape tau x? Leh explain??soal

Kenangan bersama Cezen!

Salam... selamat pagi semua :)
Semoga rezeki anda baik hari ni amin ...
Sepatutnya along nak update citer ni, tapi bz plak layan email n layan customer di email tu heee...
Selain tu, cari lagi info2 ttg bisnes internet ni...

Sebelum tu nak ucapkan tahniah pada kawan along sebab dia telah berjaya menjual produknya di internet... (jeles seh!) tercabar rasanya ... takpe2 tu rezeki masing2 yang penting usaha...
Pape pun along tetap dgn minat along, mungkin along pun akan jual gak produk di internet.. ape dia tu??? tungguuuuuuuu..... hehehehe...

Eh, terlari tajuk plak, sebenarnya nak citer ngn korang sumer, pada hari Isnin lalu along & angah pegi men bowling dgn cezen2 tercinta (yaya & pcha)

Takde gambar yang kami ambil.. huhuhuh sedih2.... tapi my cezen tu ada amik ... nak tau citernyer???

Klik link ni : Bowling

Semoga u all gembira membacanya hehehehe....

Note: my kucing sakit... bobo, cinta, cico... huhuhuhuh kesian mereka tak lasak da...sedih

Monday, November 30, 2009

Mencari rezeki di pagi hari...

Pagi2 da bangun, menunaikan solat, dan online...
Mengharapkan rezeki masuk dengan usaha yang diberikan...
Berdoa agar mendapat rezeki di pagi hari..

"Ya allah... murahkanlah rezeki ku... Umtuk membantu ibu ku ya allah... perkenan kanlah doaku ya allah... Berkatilah usaha ku ya allah... Semua ini utk ibu ku ya allah.... dengan bantuan mu, pertolongan mu... aku berserah pada mu...."

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tawaran terhad!
Kepada sesiapa yang ingin membeli jusmate pada harga RM150, sila email pada along di

norsuaidah@yahoo.com

Tawaran ini hanya utnuk 2 orang sahaja!
Terbuka untuk hari ini!
Siapa cepat dia dapat! (1st come,1st serve!)

Sila emailkan detail anda

Nama
Alamat
No.tel

selepas itu, kami akan memberikan nombor acc yang perlu anda bank in.

*Produk akan diberi setelah anda bank in.

*Sesiapa yang ingin menjadi ahli, anda dialu2 kan.. RM450 anda akan mendapat 3 kotak..

Sekian, terima kasih...

Note: Nak beli ebook? Nak ebook percuma? EBOOK CORNER

Saturday, November 28, 2009

Kenyangnyer..

Alhamdulillah, da berada di rumah sekarang. Dapatah online heheheh..
Siang tadi berada di rumah nenek tercinta lagi..
Hari ni merupakan hari kekenyangan buat kami semua..
Nak tau sebab apa?????

Sebab... makcik saya (alang) masak "NASI TOMATO"
Sedap sangattttt..... Nak pecah perot! Boncit sangat! Tak arat nak bangun heheheheh!
Sumer orang kekenyangan... Lauk nyer ayam masak merah & jelatah! Fuh maveles!!

Sebelum datang umah nenek, ayah kami belikan KFC.. tu yang penuh tu hahahaha!

Kenangan tak leh lupakan :)

*Macam mane? da ihat Ebook Corner ??? Apa pendapat anda?? Mari2! datang ke kedai saya !

Ebook Corner

Friday, November 27, 2009

Sehari di rumah nenek

Di hari AidilAdha, semua orang bergembira bersama keluarga tercinta. Mesti best kan?
Termasuk lah juga kami.. Perkara wajib kalau ada perayaan mestila menuju ke rumah nenek tercinta hehehehe...

Siang tadi my cezen Yaya terkena ngan along hahahaha!

Yaya : along xdtg umah nenek ke?

Along : Tak kot..

Yaya : Ha? nape? tak nak jumpe nenek ke?

Along : Kem salam jela.. Salam AidilAdha..

Yaya : hish! nape camtu! (tak igt dialog da hahahah)


Along gurau jer, pastu kene 'bongoks!' adoyaiii...

Aktiviti kami ari ni wat DONUT yang di pelajari oleh adik ku Fifa :) kecoh glerr...
Sampai kena sakat ngan pakcik! (Jahat tol oco n papa)!!!!

Nak tgk hasil kami semua? hehehehhe!

Sedap... heheheheheheh! Hasilnye bagus!

Ini la adik saya :) Mudah2an apa yang dipelajari, dapat menjadi sumber pendapatan kami sekeluarga amin... :)

Thursday, November 26, 2009

E-book Corner

Salam semua..

Sempena AidilAdha ini, along nak memberitahu berita gembira kepada anda semua..
Mesti tertanya2 apa itu "E-BOOK CORNER"?
Cuba teka??? :)
Yang da dapat teka baguslah.. Along rasa tak perlu utk along tangguh lama2 nak bagi tau U all semua :)

Inilah blog baru yang along katakan tu :) along harap anda semua dapat lihat & beri feedback utk along perbaiki blog tersebut.

Sokongan anda amat along perlukan :)

*Ada sesiapa leh ajar along wat banner x? Nak letak dalam blog tu.. Tolong yer :)

SALAM AIDILADHA lagi sekali kepada anda semua :)

EBOOK CORNER

Adoi..penat kaki berdiri dr td..huhu..

Hahahahaha... maaf yer kawan2... post ni along wat guna hp jer hehehehhe... caye tak?
Along dapat satu email ni, ia amat memudahkan kita semua...
Penah dgr Malaysian Sms.com??
Along baru jer dgr... Ia memudahkan kita utk update status kita terutamanya:

-Facebook
-Twitter
-Blogspot
-Wordpress

Salunyer kita kalau nak update benda2 ni memerlukan hp canggih , 3G , Iphone mcm2 lagilah kan?
Sebenarnya hp biasa2 pun leh update......

Best jugak dapat info ni... nak tau lagi sila klik link yang along bagi ni :)

MalaysianSMS.com

Rugi tak cuba! Sila cuba!! :)

Alhamdulillah... Siap n kenyang!


Along baru selesai makan masakan tadi :)
Menu hari ni, Sambal Ikan + Sayur Kubis...
Sedap gak la makan masakan sendiri hahahahha!

Tadi juga da selesai siapkan bahan2 utk dimasak esok..
Seronoknye ... Dapat makan lagi menu hari raya...

Hari ini mesti ramai yang sibuk utk menyiapkan masakan utk esok..
Selain itu ada juga mengadakan kenduri sempena raya Haji ni...
Bestnyerrr.... Jeles la... huhuhuhuhuuh....
Dapatlah mereka rasa orang bertakbir di rumah... bergembira bersama sanak saudara....

MUngkin tahun ni bukan rezeki family along...
Tahun depan, kalau ada rezeki, along pun nak wat cam
tu juga :)

Salam AidilAdha pada sumer rakan bogger!

Aktiviti Semalam

Semalam agak busan la huhuhuhuhu..

Along & Angah buntu tatau nak watpe hahahahahah!

Tiba2 idea timbul..

Angah : Along, nak wat kek cekelat la..

Along: ok gak tu! Tapi bahan2 ada tak?

Angah: Ntah...

Along: Kita guna bahan apa yang ada je la ngah...

Kiteorang berdua redah jer cari bahan yang ada hahahahah! Ahamdulillah sumer cukup... hahahahaha...

Memang kekok masa wat tu.. Sebab tak biasa wat kan...

Setelah kukus kek tu selama 45 minit....... Alhamdulillah menjadi!!!!!!!!!!

Ibu bangga dgn kami cewah!

Wednesday, November 25, 2009

Spend time depan Laptop

Selamat tengahari sumer :)
Da lunch? along belum lagi, abiskan masa depan llaptop dari tadi hehehehe... Jap g stopla, adik da bising nak gune laptop..

Tadi along bukak email, macam ni la setiap ari setiap pagi along akan bukak email..
Nak tgk, apa info ada.. Best jugak kenal ngn orang IM ni.. Mcm2 info dikongsikan..

Tadi along cuba siapkan blog baru along. Masih dalam proses lagi. Ia terlalu simple sangat sebab along belum reti lagi nak edit bagai2.. Masih dalam belajar lagi nak guna HTML tu.. Papepun along penuhkan masa dgn mengisi info dalam blog along tu hehehehe :)

Along harap, blog along tu dapat sambutan dgn baik, korang nanti along inform ! Jadi orang pertama tau blog along tu hehehehe...

Ok, masa utk menunaikan solat. Jom!

Tuesday, November 24, 2009

Pagi Yang Sejuk!


Selamat Pagi! Teman anda disini! ALONG!
Bagaimana dgn hari anda pada hari ni? semoga baik n ceria!

Awal tak along online pagi ni? hehehhehe ( tak la awal sangat yer...)
Pagi ni ibu along kejut awal sangat utk bangun subuh.. (5.45am)
Along n adik2 bangun terus menunaikan ibadah solat..
Rasa sebak di hati sebab rasa bangun pagi subuh ni...

Pagi ni hujan tak berhenti.. ni pun masih hujan lagi..
Masa solat tadi berwirid panjang.. macam rasa pertama kali berwirid dgn lengkap & sempurna..

Sebelum ni solat pun, wirid kejap jer dan tros tido balik..
Suasana pagi ni sejuk bangat!
Pastu terus mandi n siapkan sarapan pagi utk ibu g keje..
Hari ni adik along ada paper, mudah2an dia dapat menjawab dgn baik...

Along teruskan online pagi2 lihat email kot2 ada peuang rezeki utk along wat pagi ni :)
Utk pengetahuan, along wat blog baru, nt da siap along publish.. Hope dapat respon dari anda semua yer..

Kepada yg bekerja, keja bek2...
Kepada yg bercuti, selamat bercuti :)

Monday, November 23, 2009

I'm Back!

Salam... ape khabar kawan2 semua???
lame tak bersua disini... huhuhuhuhuh...
Sejak abis final busy sangat sampai taqk dapat nak online sangat...
ni pun sekarang da cuti... along takkan biakan blog ni berkubu lama samapai tak disentuh langsung!
along tetap akan update...

Busan gak cuti ni..
tatau nak watpe...
sekarang along ngah berjinak2 nak wat duit dari internet...
along ingat nak wat blog ttg jualan ebook..
Apa pendapat kawan2 semua? ok x?
Blog along [KEHIDUPANKU] ini jadi blog peribadi saje... ok kan?

along skg nak cari job..
ada tak pape job yang along leh wat di rumah ni sementara along cuti ni?
tak kesah pape.. cam type ke, translate ke, key in data ke,wat blog ke, pos surat ke, asalkan anda bagi kepercayaan utk along wat keje n byr svc saye la huhu... along akan cuba sebaik mungkin... ada x?

if ada email kat along or tinggal kan msg diruangan shoutbox yerr...

ni email along : norsuaidah@yahoo.com

* ada pape barangan yang nak dijual x? leh along tolong wat promosi.. then u all bagilah along komisyen dari situ yer...

plz help me :(

Tuesday, November 3, 2009

PROMOSI! FOR AGENT TOPUP!

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI! HEBATTTTTTTTT!!!!!

Kepada sesiapa yang ingin menjual topup (e-reload) anda adalah di alu2kan kerana kini di SMART TOPUP saya menawarkan harga yuran promosi iaitu :

RM 30 (seumur hidup) + RM10 sebagai modal permulaan!!

Bestkan??????

Jgn tunggu lagi!!! Daftar bersama saya! (Bila lagi nak dapat yuran yang rendah ni..)

***Bila2 masa promosi ini akan tamat! Cepat2!

Sunday, November 1, 2009

Program Ekspres! - Wang Pos

Salam...
Haloo kawan2...
Pekabar? sihat?
Di sini along ingin mengajak anda bersama2 menyertai Program EKSPRES!

Apa itu EKSPRES??

"Engkau Kena Syukur Problem Ringgit Engkau Selesai...."

Ha.. Amacam? Bermakna x maksud tu?
Anda inginkan tak masalah bebanan hutang anda dapat diselesaikan????
Seperti :

1)Pinjaman Bank
2)PTPTN
3)Ah Long (kalau ada yang meminjam melalui saluran ini...)
4)Kad Kredit

Dan sebagainya....

Program yang along ingin sampaikan ni berkonsepkan , SUMBANGAN MAHABBAH
(KASIH SAYANG) & HIBBAH (mempunyai sikap saling bantu membantu) dalam erti kata:

"BILA KITA MEMBERI, KITA AKAN MENERIMA" "BILA KITA MENERIMA, JGN LUPA MEMBERI"

Dalam Islam ada mengatakan "Sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih baik dan mulia dari tangan yang di bawah"

Menarik kan??????! Program ni sebenarnya bermatlamat meningkatkan ekonomi hidup agar bebas dari hutang serta meningkatkan martabat Orang Melayu dan seterusnya Agama Islam.

Jika anda benar2 berminat, dan ingin mengetahui serta mendapatkan bantuan dengan lebih lanjut, bolehla call / SMS / Email ibu saya:

PN.SUE - 0133067900callme
subob99@yahoo.com

Note: Ibu along da dapat ini kepingan RM10 x 10 keping = RM100 seronokkan?
Walaupun sikit , lama2 ia akn jadi byk juga.. (Sikit2 lama2 jadi bukit!) So, anda bagaimana? Jangan lepaskan peluang ini!!!!

Saturday, October 31, 2009

2nd Paper..



Sebelum melelapkan mata yg da kuyu & sepet ni, mau wat post lagi hehehhehe...

Tomorrow is the 2nd paper that I need to complete it!
Mudah2an dgn usaha ini dapat lah along menjawab dgn baik.... Amin...

Paper esok adalah "Staffing"!
14 chapter need to cover... (byk kan?)
Wat past year mcm senang...
Tapi tak nak predict g.. huhuhuhu takot lain jadinya...

Staffing,staffing,staffiinnnggggg....

I want to be a good HR Practitioner :)
Gudnyte all! Assalamualaikum :Pbabai

Friday, October 30, 2009

Buluh Perindu


Pernah dgr 'buluh peridu' ? Apa kegunaannya? Apa kehebatannya? Apa kebaikannya? Satu persoalan lagi di fikiran along....

Selama ni along tak pernah dgr nama pokok ni.. Tu yang jadi tertanya2...

Semalam berborak ngn pakcik... Rancak berbual. then tiba2 terbukak plak citer tang buluh perindu ni..

Die citer yg ada kawan dia ni.. dia ada ceburi 1 bisnes iaitu 'wirering' (btolke ejaan nih? huhuhuh) dalam 1 kawasan perumahan tu, dia jer concer utk bisnes wirering tu. Sumer rumah dia da service. Tiba2 ada 1 panggilan dia terima dari seorang pemuda "Encik, nape rumah org lain Encik da service tapi rumah saya x?" Terkejut lah kawan pakcik saya tu dia pun jawab " Eh?? saya da service sumer laa"

Pemuda: "Belum Encik, datanglah rumah saya service k.."

Then kawan pakcik pun pegi la rumah tu.. Sampai2 jer dia terkejut! Sebab apa?? Sebab... dia tgk B4 ni rumah tu kosong! Takde org.. Dia pun wat tatau lah, service jer rumah orang tu...

Pemuda : "Encik, da berapa lama wat bisnes ni?"
Kawan Pakcik: "Da lame da.."
Pemuda: "Berapa dapat?"
Kawan Pakcik : "Adalah sikit..."

Da selesai service, pemuda tu bagi buluh perindu pada kawan pakcik tu..
"Nah amik ni, pakai buat tujuan utk bisnes jer k..."

Kawan pakcik pelik, dia dapat 10 tangkai.. Dia bagi kat kawan2 dia then tinggal 1 dia guna..

Suddenly dia terkejut, bila dia cakap jer pasal bisnes, orang2 sumer terpegun then tros masuk apa sahaja bisnes yg dia ceburi, bila cakap ngan perempuan, perempuan tu pun bleh terpikat ngan suaranya...

Dasyat! gak along dengar tapi persoalannya:

1.Boleh kah kita sebagai umat islam yg ingin mencari rezeki menggunakannya?
2. Apa kebaikannya?
3. Ada pape effect akan jadi x?

Musykil2....

*katanya ada artis pakai gak... utk merdukan suara... Betolke????ihikhik

Thursday, October 29, 2009

Lelaki vs Perempuan


Ni bukan kisah lawan2 antara lelaki & perempuan.encem
Ini cerita tentang perhubungan...
Anda sudah ada pasangan? hehehehhe...
Cepu cemas tak soalan along? hahahahaha...sengihnampakgigi

Adakah anda kekal dgn pasangan anda sekarang ni?
Mana yang da kawen jagalah pasangan dgn baik...
Yang masih bercouple mesti lagi dasat kisah nyer yer...

Sekarang ni ramai yang mabuk cinta..
Cinta itu indah...
Cinta itu manis...
I love you very much la..
I miss You lah..
Macam2 lagi lah yang di lafazkan...
Sampai cair pasangan tu...

Tapi adakah kita still lagi ucapkan sumer tu hingga akhir hayat kita pada pasangn kita tu?
Sekarang ni perkahwinan pun macam satu permainan..
Ramai yang bercerai dgn alasan "tiada jodoh"

Kalau yang bercouple ni plak, mule2 menatang bagai minyak yg penuh..
Macam orang2 tua kata "kentut pun bau wangi" ros
Bila da jauh, mulalah start lupakan pasangan yang setia menanti nun jauh disana..
Ramai gak dikalangan kawan2 along jadi camtu...
Kebanyakan mangsa ialah perempuan...(harap terima yer Encik lelaki) Ada yang frust menonggeng..menangis...tak dapat nak belajar lah, tak dapat nak wat keja lah, itu lah, inilah, perit rasanya... kesian mereka...

Mungkin lelaki pun ada yang jadi serupa seperti nasib si mangsa (perempuan)
tetapi kejap, jer rasanya.. Pastu esok lusa mereka leh find out yang lain...
Kecuali pada mereka yang setia.. (kagumlah..)

Persoalannya...Kenapa jadi mcm tu yer?soal

Nak jadi cerita along ada seorang kwn labelkan saje si A (perempuan). Dia da break off ngn bf dia. Nak tau sebab apa? katanya bf dia tak bersedia lagi. Tak nak bercouple2 wat masa ni. Nak pk masa depan. Byg kan apa rasa hati kawan along tu? Dia sentiasa tertanya2 apa salah dia. nape wat dia mcm tu. Sedangkan takde gado. Kesian kawan along tu. Kebetulan, bf die sambung plak belajar kat tempat yang sama along belajar skg ni. Nak di pendekkan cerita along pernah nampak dia(bf) ber comment kat laman sosial(fs) ngn member along gak masa diploma dulu. bukan main rancak.. bermanja2 pun ada... dalam hati along berkata "tak lame lagi melekat gak dua2 dak ni lain mcm jer tgk" Tup2 dgn terkejutnyer along tgk kat laman sosial gak (fb) she have relationship with that guy! OMG!! tak sangka kan...

Da tak nak kawan along tu nape tak berterus terang jer? Nape mesti bagi alasan mcm tunjuk baik sgt. "nak fikir masa depan" macam tu ke bagus? Nak jaga ati pun tak perlulah menipu sampai mcm tu sekali.. Be a professional.. if tak nak ckp tak nak.. If rasa tak boleh teruskan hubungan jgn adakan relationship tu.. I know jodoh tu ketentuan Allah, tapi kalau kita ikhlas, jodoh tu akan kekal.. Kan? Bukan dia jer, ramai g kawan along yg kena mcm ni... Hm...

Moral dlm kisah ni, berkawan biar ada ketelusannya jika inginkan mereka menjadi penyeri hidup kita suatu hari nanti..

Perkahwinan bukan permainan, tetapi utk lahirkan generasi kita yang baik di masa akan dtg...

Ok kawan2 :)

Yang baik datang nyer dari Allah, yang lemah dari diri along sendiri...

Fikir2 kanlah....

Wednesday, October 28, 2009

Kenapa Anda Gagal Dalam Menghasilkan Jualan?

Assalamualaikum..
Along sekarang berada di rumah dgn relaxnya..
Sebelum tu, along ingin mengucapkan terima kasih pada kawan2 blog, pcha, n akak sebab sudi bagi semangat pada along ketika along betul2 down... Terima kasih sgt2... Semoga Allah dapat membalas jasa anda semua :)

Petang tadi along da bermula dgn perjuangan yg pertama, alhamdulillah dapat membuat dgn jayanya... [buat mmg senang tapi result? kita tawakkal la ye :)]
Fuh, da perah punya perah, along nak relax dgn blog kesayangan along ni :)

Hari ni along nak bagi anda info percuma lagi :)
Anda suka tak info2 percuma ni? tak perlu bayar papepun..
Tapi sumtimes along tgk tak ramai pun yg download dgn apa yg along bagi... huhuhuhuh

Tapi its ok, itu hak samada nak atau tak :P
Along suka benda2 free ni, cewah!

Ok, berbalik dg tajuk ari ni, anda pernah gagal?
Along pernah gagal , selalu gagal.. huhuh... lebih2 lagi dalam menceburi bidang bisnes ni...
along skg makin suke online bisnes hehehehe...
Tapi, walaupun gagal ia takkan melemahkan semangat along utk terus cuba & mencuba...

Disini along ada sertakan 1 e-book percuma "101 Tabiat Punca Kehilangan Pelanggan"
Along da baca laporan ni, mmg bagus, byk sangat benda yg kita terlepas pandang dlm menjalani bisnes ni.. Samada di luar / di alam maya...

Along rasa buku ni dapat memberi manfaat kepada mereka2 yg berniaga diluar sana
Yang tak berniaga pun bleh jer download, sebagai rujukan & panduan...
Ha, apa tunggu lagi, download la skg percuma jer kawan2 :)

Dekat sidebar along tu, mcm2 ads along letak tu sumer e-book jer :)
Ada yang free, ada yg perlu beli...
Senang2 click la tgk yer... :P
Bila2 masa ia akan berubah ..


Tuesday, October 27, 2009

Kecik Hati

Along baru balik dari surau kat level 3 ni, dan selesai Solat Asar.. Baru terasa tenang sikit...
Nak diceritakan sedih sangat, sebab ni mengenai kelemahan along..
Ni da cool sikit, tadi mmg menyentap hati, da lame along bersabar makin di perkotak katikkan..

Tadi sebelum g surau along ada discussion ngan kawan2 along. Mula2 tu, tak nak join sebab along tau along takkan dapat cope n faham dgn mereka yang rasa pandai & pintar..
Tapi, along fikir positive mungkin along bleh ngan grouping ni... So along g...

Sebelum disscuss tu kami cari tempat yang sesuai utk belajar sama2, tapi kebetulan tempat banyak da penuh, kami pun pegi kat bawah libry dimana tempat tu hanya 1 meja bleh muat 4 org shj. kiteorang ni ada 5 org, then 1 of kwn along kata "Ala.. tempat ni ada 4 jer, kesian si ******* nt dok sorang2" then bila da dgr camtu, along pun relakan diri utk dok tempat len, meja sebelah mereka. time tu sorang la, tapi leh dgr jugak.. along tak kesah la, utk kawan kan...

Sebelum start , alhamdulillah kawan lelaki ada nak join, dieorang dok kat tempat along, takde la along sorang2 so masa tu, then kami mulekan belajar. Kawan along sorang ni die pandai, so kami mintak tolong die terangkan 1 persatu...

Tiba2 ada 1 part tu along langsung tak faham, sebab dia ajar agak laju. Along nak faham setiap word yg dia cakap tu, bagi along along lebih faham dgn bhs ringkas utk senang olah ayat. Time tu muke along blurr, then dia tros panas " Ni geram aku bila ada org tak faham" then dia terangkan balik. Time tu, along tak dapat nak focus langsung sebab ada kawan along gelakkan along, macam mengeluh "Ala along nii"

Along tau dia da faham dgn jelas. Masa tu, kawan yg len kata "relax2,sabar" kat kawan yg gelakkan along tu.. Masa tu, along tros down. Tersentap..
Pas jadi camtu, along pura2 kata faham sbb tak nak tensenkan kwn along tu...
Mmg sebak, sedih sbb kawan along wat aong camtu...

Pastu, along tak tahan, along minta diri dulu.. Kawan along tanya "along nak g mana?"
Along jwb "Along nak g surau tenangkan hati"
Pastu along tros g.. menangis hati ni...
Kalu dieorang mengata along time tu, biarlah... Kalau tak dikata pun alhamdulillah...

Baik along pegi dari duk situ dgn takde sape nak tolong along...
Along tau, ada dkalangan kwn along yg tak faham tapi pura2 faham macam da pandai..

Inilah sebab2 nya along tak gemar wat discussion, sbb bila discuss kita yg tak faham, susah nak bertanya soalan. Orang yg mengajar penat nak explain. Tapi selalunya along akan pura2 faham sbb bagi mereka puas ati, tapi along menyusahkan diri sendiri...

Along prefer utk belajar sendiri, along cuba sampai boleh, along cuba fahamkan dgn baik..
Takpe, walaupun selembap2 along, along akan buktikan yg along bleh..
Terima kasih kawan2 yg mempergunakan along, yg perlekehkan along..

Along bukan nak cakap besar, bukan nak berkira, time dieorang susah sampai ke lubang cacing along cari jalan penyelesaian. Tak kisah dari segi duit,tenaga along tak pernah berkira utk kawan2.
Tapi dieorang? Bila da tolong baru dgr "along ni baik" macam2 ayat manis, tapi dari segi pelajaran, sume selfish. Sumtimes wat along macam org bodo... Takpe...

Kalau bergurau pun sekarang ni dieorang suker gurau melampau.. lebih2 lagi bab jodoh...
Sumer ada impian nak teman yg perfect & sedap ati ni utk menerima.. macam tu jugak along...
Tapi dieorang memperlekehkan jodoh along ngn org2 yang jauh panggang dari api...
Nampak gak along memilihkan? tapi itu impian setiap wanita..
Terasa tak bila kamu kalau along usik kamu jodoh kamu dgn org gila tepi jalan? org kurang upaya? org yg misteri? Marah x? along pun ada hati & perasaan juga..

Sebab along takde teman, dieorang leh gelak2 kan along..
Tapi along sabar jer... Along anggap itu gurau mereka...

Maafkan along sbb panjang sgt isi hati ni...
Terima kasih sbb sudi membaca... :(

Baca Buku


"Baca buku along!" inilah kata2 yang sentiasa terngiang di telinga along huhuhuhuh...
Esok da start paper yang pertama (ECO 535 : 2.15PM)..
Ya Allah.. permudahkan urusan hambamu...
Skg ni along kat libry.. ni pun baru pas baca buku... dari tadi membaca...
Mudah2an berkat ilmu... amin...
Jap lagi kol 2pm ada class. Last class for Staffing..
Sebab ada 1 group yg belum present lagi, so kami kena dtg la huhuhhh...
Kawan2 doakan along dapat jawab ae..
Along cuba wat yg terbaik! :P
*Pengumuman!
Laporan percuma mengenai AUTOVIRAL REPORT masih ada lagi...
Ia percuma sahaja.. Sehingga hujung bulan November..
Cepat2 download sebelum tarikh tamat tiba! Free jer...

Monday, October 26, 2009

Kucing ku :)

Kamu ada kucing?
Jgn igt Cik Tedi kita jer ada kucing, saya pun ada tau hehehehhehe...
Walaupun kucing saya tak sehebat kucing Cik Tedi kita, tapi saya bangga ngn kucing2 saya cewah! hehehhehehe...

Along ada 4 ekor kucing...
Yang tua namanya Cik Minie.. Dialah ibu kepada semua kucing heee...
Kalau dulu, asalnya ada 2 jer, Minie & Micky.. Malangnyer, Micky yg pegi dulu & Minie kekal sehingga sekarang...

Sifatnya dulu penyayang, lembut, manja...
Sekarang ni bertukar plak, semakin garang.. Asyik mendengus jer... huhuhuhu
Nak pegang pun tak berani...




{ini lak Cik Minie kita}
*garang kan muke die huhuhuh*

Ok, the next is Dak Bobo a.k.a Hensem Boy! :P hahahhahah...
Utk pengetahuan sumer, inilah satu2nyer kucing jantan yg sgt macho, hensem dikalangan kucing2 yg len hahahahha! inilah satu2nyer jugak kucing jantan yg along ada...

Dalam umah ni, badan dialah yg paling besar cam Rimau,dalam gambar nampak kecik tapi tgk btol2 ui... besaqnyer... tough r konon...
Tapi yg tak bleh blahnyer, dier ni pengecut! huh! ada kucing itam kat cni ganas, lawan ngn die, die yg kalah huhuhuhhuh....

Rutin harian dia suke membesarkan badan , makan , mengorat ... tu jer... Nak kate soh tangkap tikus ker, ayam ker, kambing ker, takde nyer die layannyer...
Kalau tang makan, sumer die bedal... masakan kita pun die kebas... hahahhahah! Dia abg pada...
(jap g saya citer hahahaha...)

{inilah Dak Bobo @ Hensem Boy}
*konon macholah tuuu*
*Da tua la pakcik oiii*

Dak Bobo tadi abg pada Cik Cinta.. hahahahha...
Cinta ni kuat makan gak... asal org makan, dia makan, tapi mulut die bising....
masak pun die lah kucing yg pertama menggnggu kami.. huhuhuhuhuh...
Dia ni manje teramat sgt... sampai rimas nak layan huhuhuhuhuh....

Haa... berita gumbira, Cinta saya da jadi Ibu hahahahhaha...
Nak tau anak sapa? Anak abg die la.. ahahhahah (Sumbang Mahram btol)
Masa menyambut kelahiran tu along & Kina jadi bidan ..Lawak gilerrr..Kenangan yg takkan along lupakan...

Tapi kesian Cinta anak yg dapat diselamatkan hanya sekor jer...
Tarikh lahir anak die "22/10/2009"
Kepada angah jika membaca blog ni jgn lupa memberi penghargaan pada kami ye hahahahha!

{Ini Cik Cinta yerrr....}
*ayu x?* hahahahha!

Ok! the last is CICO!
ini kucing terbaru kami....
dia datang / asal dari mana pun tatau...
tapi dia da dtg cni sampai tanak balik pada tuannyer... hehehehe

Dia mmg sgt manja...
Tapi yg kelakar Cico ni kalau die tido tanak sape2 ganggu... Die marah tuuu...
Pastu kalau along wat keje kat Pc, online ker... die mesti bertenggek n tido kat meja Pc...

tgklah gambar niii....


{Cico saye..... kecik lagi ni.... ringan jer badan...}
Suker tidooo jerrrrr...


tengok, mata pun da sepet asyik tido jer hahahahhaha!

Inilah cerita kucing2 saya :)

*Yang anak cinta tu nak bagi nama ape ek? ada cadangan tak???





Nani Oh Nani.....


Yeah.... time to relax jap... Penat da mata ni pandang Economy, riso plak economy negara bankrupt gara2 dek org yg tak bertauliah mcm saya ni hahahahhaha...
Ini adalah selingan utk merehatkan minda yg penuh dgn graf2, component,curve2 & calculation yang melibatkan economy ni hehehehehhehe...

Ha, ini nak citer kisah semalam, belajar bersama2 adik tercinta [ amy, ira + nani]..
Kina belajar sensorang kat bilik [ nak privacy katanya kikikiki]
Macam ni kisahnya...

Semalam, waktu belajar , along ni belajar sambil ber 'sms' [haa... dgn sape tu? ops! rahsia kerajaan hahahha] Pastu, pas tgk buku, tgk hp.. tgk buku balik, tgk hp lagi sambil tersenyum kambing mcm org kurang siuman hehehehe... Pastu tiba2 ku dgr suara berkata:

"along, along ni nak belajar ke, nak msg ni? bleh tak belajar tu jgn nak pgg2 hp n msg? bile nak siap baca buku???"

Mak oi... tersentap jiwa & raga eden... terkejut telinga ni mendengar adikku yg sekecil 8 thn tu menegur aku hahhahahahahah! [malu gilerrrr]

Amy + ira tau gelakkan jer... oooo.. tape2...
Then kembali ke niat asal iaitu belajar..
Pastu, bila bosan & terasa sunyi, along pun amik MP3 dgr lagu... Ira plak sibuk nak dgr gak, dia pun amik hp nyer pasang lagu...
Pastu kedengaran lagi suara berkata :

"Ira, bleh tak kecikkan sikit lagu tu, adik tak dapat nak belajar laaa"

Hahahahahah! tersentap jugak si Ira tu... tu laaa... tadi gelakkan along ... muke nani serius giler... khusyuk wat keja sekolah dia yg menimbun tu....

Ada lagi citer, Si Amy plak pasang YouTube, nak dgr lagu, Si Ira pun join sekali... Tiba2 1 surat sampai ke tangan ku:

"Along, dieorang berdua ni tak nak belajar ke? Da la periksa hari Selasa, tapi tak nak belajar. Kalau adik, adik takut nak periksa sebab tu la adik belajar. adik tak nak turun kelas"

Hahahahhaha... adoi.... pastu along tujukan surat ni pada amy + ira... Malu giler...pastu kami semua belajar balik.... Dasyat gak adik along ni... mcm2 kerenah dia...
Yang penting skg ni kami semua akn menghadapi peperiksaan... Semoga adik2 along dapat menjawab dgn baik :P

*Along syg adik along [tak nak kene lagi la, malu hehehehhe]

Friday, October 23, 2009

Aku harap, ini lah yg terbaik....

Ini bukan 1 cerita, ini bukan 1 informasi, tapi, ini 1 luahan dari hati along sendiri..
Walaupun sayang, along terpaksa @ perlu undurkan diri..
Tak nak seksa kan hati orang dgn sikap along yg tak menentu, yang tak dapat di tafsirkan...
Along akui kelemahan along itu...

Terpaksa ego, utk kebaikan, walaupun terang2 da kata ego tu tak bagus...
Along terpaksa..
Maafkan along...

Semoga selamat, bahagia & sempurna...
Maafkan along...

*sedihnangihputuscinte*

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews