Along ada ternampak 1 email yang bertajuk "Kod etika blogger" Alon rasa info ni amat penting kepada kita sebagai blogger yang semakin berkembang di alam internet ni. Boleh dikatakan ramai dikalangan kita mempunyai blog. Ada yang buat blog pasal perniagaan, personal, gosip artis, politik dan sebagainya.
Tapi ada juga dikalangan kita menyalahgunakan blog untuk kepentingan diri sendiri. Kadang boleh menimbulkan salah faham antara 1 sama lain. Ada juga yang meng'copy' (ayat apa nih) hasil orang lain tetapi dikatakan hasil mereka sendiri semata2 ingin menarik pengunjung ke blog mereka.
Sebelum along jelas kan apa itu kod etika blog along ingin memberitahu bahawa along dapat info ini dari Saudara Zamrin. Along pun telah meminta keizinan dari beliau untuk membuat post mengenai topik ini di blog. Along harap pihak beliau tidak kisah utk permintaan along tersebut.
Kod etika blog ini merupakan 1 garis panduan kepada para blogger untuk berblogging. Antara garis panduan yang telah di tetapkan adalah:
- blogger harus jujur & dalam mengumpul maklumat & mentafsir maklumat
- jika melakukan kesilapan dlm penulisan , blogger harus jujur & mengakui kesilapan tersebut dan bersikap terbuka utk memperbaiki kesilapan tersebut
- elakkan plagiat
- jangan menghasilkan maklumat yang tidak tepat
0 comments:
Post a Comment