Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan!

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang




Tanggal 31!
Bulan 8! 57!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!!!!

Alhamdulillah, sudah 52 tahun Malaysia, tanah airku masih lagi bertahan......
Dengan membawa 1000 kejayaan,1000 keamanan,1000 kemakmuran....

Marilah kita sama2 berdoa agar Malaysia negara kita sentiasa dilindungi oleh Allah..
Marilah bersama2 berdoa agar pemimpin2 kita dapat laksanakan amanah yang diberi dgn sempurna serta menjaga kebajikan masyarakat..

Pelbagai cabaran dan dugaan org2 dulu / pahlawan2 kita untuk menjaga keamanan negara tanpa dijajah lagi....

Tahniah MALAYSIA!!!

Kita sebagai generasi muda sama2lah menjayakan negara kita agar memperolehi kejayaan seterusnya...

AMIN....

9 Ramadhan...

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang

Salam....

Yeah! Alhamdulillah kami telah jumper tikar getah baru!!!!

Sampai Kapar kami g... tapi berbaloi, dapat tikar yang harganya bleh la murah daripada survey kat pasar yg dekat ngan umah ni uhuhuhuh....

Siang hari kami bertungkus lumus siapkan kuih utk angah jual di kampus...
Angah balik ari Selasa... :Yes!:

Penatttt.... Sampai petang bekerja non stop!

Di malam hari pula kami memasang tikar bersam2 ibu & ayah tercinta!!!!!
Seronok sangat!!

(ALONG SAYANG MEREKA.... :) )

TERAWIH 10

Allah
SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat

Sunday, August 30, 2009

8 Ramadhan...

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Salam.. Selamat Pagi semua...
Semua pagi ni anda semua diberkati Allah... Amin..
Em.. pagi ni sgt sejuk..
Sebab hujan... (alhamdulillah)

Hari ni along nak sambung rutin ramadhan along yg tak di citer lagi... :)

Semalam along & adik2 mengemas umah lagi...
Kami ubah posisi brg2 kat umah ni nak nampak menarik...

Sementara angah ada ni amik peluang la nak mintak pendapat dia untuk deco umah ni hahaha..
Klu Fifa ada, mesti best punyer, lagi byk idea nak tukar.. uhuuhuh...

Setelah kami setel mengemas, ibu ajak kua g survey tikar getah..
Maklumlah, umah kami biasa jer tak pakai 'tile' / marmar.. ehehe
Simen bse jer :) pape pun along bersyukur... :)

Patu, tak jadi lak sebab ALANG (makcik) ajak ibu gi JUSCO bli brg2...
Kami pun apa lagi follow la mereka :P

Lama gak kat lua... Kami bli:

*Bantal utk kerusi
*tali langsir
*Alas lantai (utk dapur)
*brg dapur utk msk (berbuka)
*Brg2 utk wat kuih tart

Then after kua dari Jusco, kami singgah ke Cosway utk reedem brg...

Makcik along byk gak bli hahahhaha....

Nak sampai umah agak2 dekat kol 7pm (Ya Allah! lewat solat Asar!!)

LAst2 kami berbuka POPIA jer hahaha.... (sory adik sbb lambat balik)

TERAWIH 9

Allah S.W.T akan
mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Saturday, August 29, 2009

Jangan Lepaskan Peluang |ni!!

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka...Waallahual am


7 Ramadhan...

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Assalamualaikum!!!!!! :)

Alhamdulillah sudah cukup seminggu kita semua berpuasa kan :p
Along pun cam tak caye pejam celik jer da seminggu....

Menu berbuka pada waktu ini menu baru lagi hahahahahaha!

Tapi menurut nenek nama resepi itu adalah "Kacang Keling"
Ops! sebelum tu jgn salah anggap ye... itu bhs org tua2 dulu...
Utk mudah igt... If sensitif maafkan along yer....

Pastu, ibu wat "Ikan stimm"
Alhamdulillah sodap juga (along ape je tak sedap sume sedap hahahaha)

Ari ni yang sonoknye ANGAH balik! yeah! hahahahhaha
sebab ISnin cuti kan... dapat gak dia balik ehehehehe :)

Seronok adik2 balik :p

Tapi sedih FIFA tak dapat balik uhuhuhuuhh :(

TERAWIH 8

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang
yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s

Thursday, August 27, 2009

5 & 6 Ramadhan..

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Salam... maaf lagi sekali along lambat update g.. uhuhuhuhuuhuh....
Mcmana juadah berbuka tadi?
Along tadi berbuka daging masak merah ...
Menu baru sekali lagi :)

Hari ni class sgt pack thats y along tak dapat nak update on time...
Tadi ada test Recruitment & selection..
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..
Semalam start lepas berbuka sampai pagi along mentelaah sampaikan nak termuntah uhuhuhuuh....

Along citer psl semalam ek? (5 ramadhan)
Semalam along tade class.. so abiskan masa mengemas umah & wat kuih...
Fuh! agak lega gak sebab luar rumah da lapang sket ehehehhe...

Ibu pun semalam tak keje gak..
Adik along yg ke-4 demam terpaksa bwk g hospital..
Alhamdulillah tak pape..

Berbuka , kami bli lauk kat bazar..
ALong mkn nasi kerabu.. ehehehhe...
Ibu belanja.. (thanks ibu)

Arini (6 ramadhan)
takde ape yang menarik...
Penat jer lebih hahahhahaha...
Cuaca ptg tadi hujan... sejuk gak la :)

Yang seronoknyer ehehehe kawan2 along tempah kuih ( alhamdulillah.. terima kasih ya allah)
Tu saje utk arini kawan2!

TERAWIH 6

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yang tawaf di BAitul Maa'mor (70 ribu malaikat sekali tawaf ) serta setiap batu-batu & tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa2 orang yang mengerjakan sembahyang terawih

TERAWIH 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

NOTA!!!!

Alhamdulillah rini along dapat kad puasa dari din3187

Nak tengok????

Ni dia!


Salam Ramadhan

cute kan??? :)
Thanx cik din!

Wednesday, August 26, 2009

4 Ramadhan

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Salam lagi sekali pada anda semua!! :D
Semoga anda berada dalam keadaan segar bugar pagi2 ni :D

Pada post kali ni, tak banyak citer kot..
Yang along leh cakap my class wah! pack sangat!!
dari 8.30am-6pm.. huhuhu (non stop!)

Masa tu i have a test 1 (Labor Economic)
Yang sedihnyer, ta dapat perform langsungggg (huhuhuhu)
Sedih... sebab tak prepare kan...
Mana taknyer, bila nak study mata ngantuk sgt... terus jer tido :(

Ni ada kesempatan ni nak mintak tolong/pendapat/opinion/suggestion (same jela kan??) dari anda semua..

Camne kita nak ilang kan rasa letih dalam bulan Ramadhan ni?

Yela, bila pagi dalam kelas, along ngantuk..
Bila da berbuka after terawih badan letih, ngantuk.. sampaikan takleh nak study..
hari2 bdn letih!
sampai bila nak jadi camni :(
tolong alongggggggggggggg....

Masa waktu berbuka, kami berbuka dgn menu baru! :)
Nak tau ape die???

Ini dia!!!!

Emmm hasilnyer sodapppp!

Ni my Ibu la yang search kat internet!
NAk tau ape resepinyer??
Meh2! along bagi, anda cuba try kat umah :)

INGREDIENTS:

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

BAHAN TUMBUK:


5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.


TERAWIH 5

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.




3 Ramadhan (terlambat update!!!!)

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang

Salam....
Sebelum tu along nak mintak ampun, maaf kerana terlewat update...
asalnya semalam along nak wat...
Tapi mata ni mengantukkkkk sgt.... uhuhuhuhuuh maaf yer...

Ape ek yg jadi ari Senin tu.??? Jap2 recall back..
Ha.. masa tu ada class only 2pm jer... then terus ada presentation yang along penah kata masa kat entry ramadhan 2 tu..
Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar...

Masa balik pulang, ayah call..

ayah : salam... along katner? da abis class ke?
along : da abis da.. nak balik la ni, nape yah? ayah katner?
ayah : kat workshop, betulkan motor..
along : owh... ayah, jom g bazar nak?
ayah : bleh gak, kita g kat bazar yg sebelah Unisel tu..
along : Yeah! ok!

Sonok time tu g bazar bersama ayah tercinta :)
mcm2 gak ayah bli... adoii byk nyerr...
Mata along ni tertumpu kat ayam golek!!!
hahahahaha...

Ayah tau along ske mkn ayam, ayah pun belikan la...
Byk gak la lauk ayah beli (mcm baru dapat gaji jek! huahuahua)

balik tu da risau da.. takot membazir... huhuhuhu..
Tapi alhamdulillah semua abis dimakan... mcm tak pecaya jek hehehhe

Selesai makan, kami semua solat maghrib... n mengaji..

Yang seronoknya, masa solat isyak & terawih, kami berjemaah dgn ayah tercintaaaa!!!! :p

(kenangan yg takkan along lupakan sampai bila2)


TERAWIH 4

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Monday, August 24, 2009

Special Merdeka Giveaway!


Little Mama's Diary is having a giveaway.
And, the grand prize is this gorgeous brand new….. Helen Keller Lady Laptop Tote
from AliceWonders.com . It's RM119, best tak???
Apa tunggu lagik! Cepat2!
The luckiest will win since Little Mama akan cabut undi!
All you have to do is:

-Tell Little Mama what you think of her blog content by leaving a comment at

-Blog about this contest (with a link back to Little Mama's Diary).

That’s all. Senang jer!

Terms and Conditions (copy paste jer drp Little Mama)
Contest starts from today, 17th to 31st August 2009.
Contest opens to Malaysian only (tak kira la duduk kat Malaysia ke, Jepun ke, Kutub Utara ke, Afrika ke… janji rakyat Malaysia)
Winner(s) will be selected by a Lucky Draw.
Confirmed prize is the Laptop Bag but I would consider adding more prizes later on...
SELAMAT MENCUBA!

2 Ramadhan..

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Salam... Selamat pagi semua!
Terlewat lak nak update citer semalam...
Patutnya update after sahur tadi... tapi kena packing kuih jap...

Emm... mengenai citer semalam... fuh... rasa lain r pulak...
Tak segaq masa 1st ramadhan..
Semalam penat sangat... huhuhuhuuh...
After sahur, solat subuh... along tido balik...
Pastu... damn! bangun lambat! kol 10 am!!!!
(seb bek ibu x marah... :( )

Pastu, cambase, mengemas...
Then terus wat kuih... Sampailah dekat kol 2pm...
pastu... da siap... lelap balik ( ish3x along ni... tidoq jer)

Petang tu along & ibu pegi Econsave bli brg2 nak masak padprik...
Nak tgk hasilnyer???
balik umah nt along letak pic k...
along ta bawak usb lak kat libry nih uhuhuhuhuh...

Alhamdulillah... dengan rezeki yg allah beri.. semalam kami dapat juadah dari nenek & pakcik kesayangan O.C.O!
Nenek bg beehun goreng + kuah & oco bg roti john + kuih muih :)
(terima kasih nenek & oco )

TERAWIH 3

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Nota: hari ni ada 2 presentation... wish me luck.. huhuhuhuh amin...

* Kawan2 nak dapatkan ebook secara percuma???? SILA KLIK!

Sunday, August 23, 2009

Cont. Cerita 1st Ramadhan

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Salam sumer... Ya.. along pasti ramai sula tido ini :p (yela kol 1am la katakan)
Along tadi baru lepas goreng kuih siput untuk wat jualan...
(kawan2 tanak tempah ke? Tempahan masih terbuka lagi)

Siang tadi ta dapat nak online... After sahur je, along tak tido balik... (hebat x?) hahahah... belagak plak...

Pagi tu, along tros mengemas dapur.Pastu along cuci kereta kesayangan :p (padahal tu keta ibu.. berangan jer ) cuci sekilat2 nyer...

Da siap mencuci, along kemas bahagian kat pokok bunga... Banyak da rumput2.. so bersihkan.. da cantek pun :P

Pastu, tolong adik cuci kasut sekolah.. (manje sgt adik ni.... adoii...)

Da setel relax jap... then tros mandi n pegi Econsave bli barang2 nak wat jualan... tepung sume da abis, kena lah beli... Fuh sedang syok cari brg, hujan lebat plak... (alhamdulillah hujan rahmat tu :) )

Balik jer, boom! teros masok bilik n tido.... nyeyank gak...
Dalam kol 3 lebih, ibu kejutkan siapkan bahan utk masak...

Masa berbuka tadi, kami makan ayam masak merah + goreng taugeh.. My uncle O.C.O belikan kami kuih n murtabak! (my febret tu ;p ) Thanx oco !

Pastu da berbuka teru solat & mengaji.. pastu leh plak tertido ( kekenyangan) hahahahha
Dengar azan isyak jer terus bangun n solat serta terawih....

Ok, tu saje cerita ini hari ;B

Di sini along sertakan Fadhilat Terawih pada hari ke 2 ye...

TERAWIH 2

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Nota: Ya allah ampunilah dosa ku & kedua orang tua ku.... Amin...

Saturday, August 22, 2009

Cerita 1st Ramadhan

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang


Assalamualaikum & selamat pagi semua :)
Ha... ni masih ada yang tido lagi ker?
Bangun2 da pagi.... teros g solat (kepada sesiapa yg belum solat :))

Anda bersahur tak tadi? mesti ada yg sahur, of course! 1st ramadhan mane leh miss sahur kan.... Along sahur tadi dalam kol 4am...
Pagi2 my ibu sula kejot utk siapkan makanan utk sahur...

Seb bek tak liat bgn tadi.. hahahahha...
Salunya my adik ANGAH yang sentiasa menemani ibu di dapur utk siapkan sahur...
(along tunggu siap jek baru bgn hahhahaha! terok kan :p )
Disebabkan angah berada di campus, along kene la jd pengganti die... uhuuu

Tadi kami sahur nasi + asam pedas + telor dadar...
Sodap gak... selera bertambah2 cewah!
Awal tu sahur... da abis jer borak2 ngan ibu sampailah ke subuh...
Panjang jugak cerita kami..hee

Di ramadhan kali ni, along arap along dapat tingkatkan amal ibadah :

1. Tanak tinggal solat Terawih (byk ganjaran yg diperolehi dr solat tersebut..)
2. Ingin bertadarus sehingga khatam...
3. Tanak terlepas Lailatul Qadar.. ;(

Utk blog ini, along ingin memberi berkongsi mengenai nikmat solat terawih dari semasa ke semasa.. mudah2 an dapat amin...

Along harap bermula ramadhan ini dapat mengekalkan amal ibadah, ketetapan iman sehingga akhir hayat along... amin...

Along rasa Ramadhan ini seolah2 mcm 1 permulaan kehidupan baru utk along memperbaikki diri... ( mcm Hijrah) huuu...

Along harapa along dapat laksanakan semua ni.. amin... Along doakan anda semua pun dapat laksanakan juga :)


TERAWIH 1

"Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
"

Nota : Selamat Berpuasa semua!

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Yang bakal tiba kepada Rakan Blogger!

Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sempena Kemerdekaan Malaysia
ke 52
Kempen Kibar Jalur Gemilang



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Salam... saya TAG kan gambar ini kepada semua rakan2 blogger saya :)

Saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada anda semua...

Semoga Puasa ini memeberi rahmat yang lebih bermakan kepada anda semua...

(Awal pulak along wish kan :) tapela... takot tak sempat nak wish... bz nt :)

Di harap anda terima lah ae :)

Monday, August 17, 2009

Selamat Pengantin Baru ya ustaz...

Fuh! Angin tade, ribut tade tau2 da nikah....
Sekejap jer masa berlalu kan...
Kalau da jodoh tak kemana...
Isu yang digembar gemburkan dulu tu salah siapa??
Sampai bercerai berai....
Hmm... mcm2 ragam artis kita sekarang ni....
Tapi, apa2 pun kita doalah semoga mereka bahagia....
Amin...



Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah : Ustaz Asri (Rabbani)

Ya Allah! Sungguh along terkejut baca berita ni... Maklumlah, along tadi ada class dari pagi sampai la ni... Ni baru free... dapat online jap...

Buka blog jer, along tgk update from my blog list terkejut nampak title " Ustaz Rabbani meninggal dunia".... Ni dari blog Sok Sek Sok Sek ~oNeYaNi~

Pastu, nak dapat kepastian along tanya kakak along. Dia kata a'ah.. tgk kat Harian Metro.

Mmg benar rupanya... Dia diserang sakit jantung...

"Ya allah... semoga kau tempatkan roh nya di tempat orang2 yang beriman...."

Ajal & maut tidak kira masa... Along semakin takut mendengarnya... Ya allah... ampunilah dosa2 ku.....

Di taman perumahan along ramai yang dah meninggal... Semua tu kerja allah kan... semoga allah cucuri roh mereka semua...

Untuk kenangan marilah kita melihat blog beliau ASRI RABBANI
Di sini juga ada along sertakan berita kematian beliau.... MALAYSIA KINI

*Nota : Sedih la... :( dugaan H1N1 lagi... ya allah... selamatkanlah kami....

Wednesday, August 12, 2009

Ya Allah... terima kasih atas pemberian mu ....

Ya allah... along bersyukur sangat sebab, da byk tempahan untuk kuih... Eh? along terlupa nak announce kan... sahabat2 blogger ku, along ada 2 blog kali ni, iaitu MyIklan.biz & Reload25 . Di ruangan myiklan.biz ni along mempromosikan pelbagai jualan. Tapi yang paling utama along & family telah membuat bisnez sendiri iaitu 7Puteri HomeMade di mana kami menerima tempahan kuih iaitu Kuih Siput, Kuih Gunting & Kuih Simpul. Buat masa ni, inilah produk kami.

Alhamdulillah along bersyukur sangat2 kerana baru permulaan ni kami telah menerima byk tempahan. (along gembira kerana melihat ibu ku tersenyum... hanya allah yg tahu... :) )

Along ingin berusaha agar perniagaan kami akan terus maju sehingga akhir hayat kami....

Reload25 adalah jualan topup yang dikendalikan oleh along sendiri. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan along segera :) ( ini minat along jual topup! :) )

Oleh itu, along menjemput anda semua, jika ingin membuat tempahan kuih boleh berhubung dgn along k:) Tempahan ini bukan sahaja untuk raya, tapi untuk bila2 masa pun boleh... Kami sedia menerima....

Terima kasih atas kesudian anda melawati blog along :)

Nota: Ibu, along lega tgk ibu happy .... Along akan buat family kita bahagia... dan berjaya :)
Jemput2 lah dtg ek :)

Tuesday, August 11, 2009

Apa Kegunaan "FeedBurner@Subscriber?"


Emm... entry kali ni adalah sebuah pertanyaan...


Before ni pernah along tanya pasal nuffnang, masalah yahoo, pencarian casing hp...
So far, utk kes nuffnang da dapat penyelesaian... thanx kpd yg comment.. utk masalah yahoo, tak dapat langsung pertolongan dari sesiapa... cuma dapat kata2 semangat usaha lagi jer... yang memberi semangat tu along ucapkan terima kasih byk2!!!! sebab mereka membuat kan along berusaha terus berusaha! utk mencari jalan penyelesaian... ( alhamdulillah along dapat mengatasi masalah tersebut :) )


Untuk kali ni, along ingin bertanya lagi (tak abis2 along ni... ada jer nk tanya :0 )
Ape ek kegunaan feedburner ni? Bila along survey/kunjung/ziarah blog2 kat dalam alam maya ni, byk yang pakai feedburner/subsriber ni...

Even ada info, baca panjang2 lebar pun along tak faham... (jujur along katakan...)
Along kalu bleh nak explaination yang mudah along fahami... huhuh...
Along pun try gak r, sekadar mencuba... hehehehehehe (gatai)


So far, bila tgk kebanyakan mereka yang buat bisnez guna subscriber ni... btol x?
Emm... apa benefit yg kita dapat dari situ ek?


Di harap pertanyaan along ni dapat respon dari mereka yang arif tentang ni.....


Nota: Bantuan anda amat dihargai... semoga Allah membalasnya :) Berkongsi ilmu lebih baik kan? :)

Monday, August 10, 2009

Penyakit semakin serius..

Salam kepada anda semua...
Apa khabar anda semua?
Along harap anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa...
Al-maklumlah sekarang ni penyakit H1N1 ni semakin serius & menyebakan banyak kematian yg tidak dapat dijangkakan...
Pagi ni along ada baca akhbar di Berita Harian bhw sudah seramai 9 orang yang meninggal akibat penyakit tersebut. Jumlah kini meningkat seramai 27 orang.
Along dpt info lagi yang Melaka kini menjadi tempat yang serius akibat wabak tersebut...
Ya allah... begitu besar dugaan yang Allah berikan kan?
Untuk menghindari penyakit itu marilah kita berdoa kepadanya..
Kebetulan along ada lihat satu doa di blog PERINDU CINTA ILAHI mudah2an ia dapat memulihkan kita serta menghindari dari wabak ni... Amin...
Along skg ni pun agak kurang sihat. Semalam tiba2 je sakit tekak... Tak dapat langsung nak bercakap. Seolah2 bengkak kat anak tekak ni...
Then along dapat petua dari akak along MissAdia yg dia soh perah limau nipis then masukkakn kat anak tekak ni... mak oi... masammmmm! nak baik kene telan gak kan... Alhamdulillah ni kurang sikit... Tpi bdn lak menggigilll... aduh...
Semalam adik along Fifa die call... Tempat dia belajar sekarang ni ramai dak yang sakit.. Tapi pihak pengurusan langsung wat endah tak endah. Patut ke camtu? Jgn lah disebabkan anda di pihak kerajaan tapi trait mereka mcm budak sekolah & membuat tempat belajar tu mcm dalam penjara... Cubalah cari langkah untuk mengatasi masalah2 kesihatan pelajar... bukan menyusahkan mereka serta ibu bapa mereka...
Sebagai ibu bapa mereka akan risau terhadap anak2 mereka... Fikir2kan lah Encik/Tuan/Puan!
Along harap adik along tu berada dalam keadaan selamat... dia pun kurang sihat, demam tak kebah2 g... :(
*Nota: Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa... amin...

Friday, August 7, 2009

Hati along, tak siapa yang tahu...


Salam...
1.entry :
hye sumer..
selamat pagi buta :)
along baru lepas rekod surat2 ibu.. (keje opis ibu)
tadi b4 balik, pegi PKNS. Ibu nak bli jubah...
Bila ibu beriya nak beli, hati along sebak sgt... (along syg ibu...)
Nt along ada duit, along blikan ibu baju...

2.entry:
Along sedih sgt rini...
xsangka along dilayan mcm ni...
Along ni mungkin tempat bila diperlukan jer.. n bila susah je... dan utk dipergunakan jer...
Along sebak..sedih...hmm..

Walaupun muka nampak ceria, mulut bahasa kasar utk menahan ego, tapi hati ni, tak siapa tau, even yg da lame kenal along masih tak tau lg...
down la.... :(

ape along merapu ni.... :) wake up along! cheer up!
SELAMAT TIDO....



Smiley Face

Smiley Face

Thursday, August 6, 2009

~SAHABAT~

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Nota: Terharu baca.. Siapa sahabat along ye? Tiba2 teringat kawan2 lama... Ye, along semakin lupakan mereka sebab kami berjauhan & tak pernah jumpe... Along minta ampun & maaf jika ada menyinggung hati dan perasaan kawan2 along semua... Semoga kita dapat berjumpa lagi...

Mungkin sahabat kita adalah "Al-Quran" oleh itu sentiasa lah baca utk penenang jiwa...
Mungkin juga sahabat kita adalah "ALLAH" oleh itu jgn la lupa padanya...
Kawan2 kita mungkin dapat menjadi sahabat kita... Oleh itu jagalah ukhwah bersama mereka...

Siapakah sahabatku???? :(

Sunday, August 2, 2009

Promosi Terhebat!


JUALAN PENGHABISAN STOK!!

THUMBDRIVE 8GB DT101

BRAND NEW
JENAMA KINGSTON
WARNA KUNING,BIRU,PINK
HIGH SPEED USB
WARRANTY 1 BULAN
SERIOUS BUYER ONLY
LOKASI AMPANG/JLN GOMBAK /
JLN GENTING KLANG

HARGA RM52+ POS

BERMINAT SMS/CALL:
ALONG (0128475644)

CEPAT2 SEMENTARA STOK MASIH ADA!!

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews