Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah kepada semua saudaraku..

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah, Salam 1 Malaysia..


*Sumber gambar : Google*


Sudah pasti hari ini ramai yang sedang bercuti bukan? Sedang saya menulis post baru ini,saya berada di pejabat. (Semua sedap cuti, saya koje ae hehehe) Takpelah, sekali sekala menimba pengalaman dan berkhidmat untuk syarikat.

Alhamdulillah kini kita sudah masuk dunia baru, tahun baru, lembaran baru.. Apakah azam saudara saudari kali ini? Mungkin ada yang berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini, ada yang ingin mengecapi kejayaan dan ada juga yang ingin mendekati bersama Allah SWT..

Walau apa pun cita-cita kita, matlamat kita semoga kita dapat tempuhi dan kecapi apa yang kita impikan. Jangan sekadar ingin mengejar HARTA KEKAYAAN sahaja.. Saya akui, kita sebagai manusia tak kan lari dari mengejar harta. Semua manusia ingin rasa kesenangan, tak ingin rasa kesusahan.. Tapi adakah kita tahu bahawa kesenangan dan kesusahan itu datang dari siapa? Bukan kah dari Pencipta kita iaitu ALLAH?

Dalam tahun baru ini, bukalah mata, bukalah minda agar kita sentiasa menyedari kehadirannya.. Sentiasalah bertaqwa kepadanya.. Beriman kepadanya.. Manusia kini semakin alpa dengan kehadirannya..

"Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada Tuhan melainkan Engkau.. Engkau Cipta Agungku.. Nabi Muhammad pesuruhmu.."

"Ya Allah Engkau lah pelindungku.. Engkaulah Sumber Rezeki ku.. Diwaktu sakit Kau sembuhkan.. Di waktu lapar Kau beri makan... "

Selamat Tahun Baru Islam kepada semua =)

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews