Friday, December 10, 2010

Wah! 1 billion?? Kasi share sikit lah tokey!

Salam 1 Malaysia!

Tengah dok busan-busan ni, mula lah membuka akhbar tempatan kita cewah! tengok satu berita ni wahhhh.. cayalah! dia menang kes!!! 1 billion beb dia dapat! Mana nak cari 1 billion tu! Kayolah pakcik... meh la share sama-sama.. leh I beli ipad ke, iphone ke, kereta ke kan? hehehehhe!

*Sumber gambar: KOSMO*

KUALA TERENGGANU – Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.
Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.

Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.
Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif. Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

P/s: Kalau dah berjanji, tunaikan janji.. Kan sendiri dah susah..

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews