Tuesday, December 20, 2011

Ikhlas dalam membuat sesuatu..

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah selalu.. Ok tajuk cerita hari ni "Ikhlas"..
Apa yang korang faham tentang ikhlas ni? Ha.. dulu masa sekolah mesti cikgu dah ajar kan? Takpe mana yang tak ingat saya cuba refresh kan semula..

Bagi pendapat saya ikhlas adalah membuat sesuatu perkara hanyalah semata-mata niat kerana Allah.. Bukan ingin mendapat ganjaran , perhatian, pujian, balasan dari manusia di muka bumi ini.. (Korang faham tak? Hehehe )

Maklumlah, bila kita ingin kan pujian dari manusia kita akan meperolehi sifat "Riya' " di situ.. (Ingat sifat riya' tu tak molek ok.. )

Saya nak kongsikan 1 cerita yang bagi saya ni boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.. Cerita ni taklah panjang, tapi saya harap korang leh faham lah dengan penulisan ringksan den ni yo..

Cerita ni mengenai abang sedara saya yang tinggal di kampung bersama ibunya.. Saya gelarkan Abg D je la ek :)) Usia dia masih muda tapi dah mempunyai tanggungjawab besar menjaga keluarga. Sebelum arwah opah meninggal , Abg D ni lah menjaga nya sehingga akhir hayat nya..

Kini di kampung memang tinggal berdua je (makcik dan Abg D).. Kalau diikutkan usia muda ni abang D tu nak je merantau di bandar untuk mencari kehidupan yang lebih senang. Bak kata orang.. dikampung bukan ada apa pun.. Bukan leh cari & dapat duit banyak berbanding di bandar tu..

Tapi mengenangkan amanat arwah opah, Abg D tu sanggup tinggal dan bekerja di kampung dan menjaga ibunya yang uzur tu..

Setelah 2 tahun saya tak balik kampung, memang tak sangka perubahan yang berlaku pada Abg D..


  • Dulu gaji kerja nya hanya RM300 kini dah naik RM1000++
  • Dulu dia takde kereta kini dia telah peroleh 3 biji kereta even 2nd hand pun..
  • Dulu sebiji motor, kini dah ada tambahan motor baru dengan hasil usahanya sendiri
  • Rumah arwah opah memang dijaga dengan baik.. Bersih!
Tak sangka kan? rezeki Allah beri.. Walaupun duduk di kampung tapi perolehi harta sendiri.. Ini lah salah satu contoh IKHLAS menjaga orang tua..

Semalam, ibu juga pesan pada saya:



Ps: Syahdu kan permintaan ibu saya ni.. Apa-apa pun saya akan buat yang terbaik.. :))



0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews