Friday, September 3, 2010

Bersedekah

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, harap tidak terlambat lagi untuk along berkongsikan mengenai sedekah. Selalu kita diingatkan supaya pada Bulan Ramadhan ni, banyakkan amalan, banyakkan bersedekah. Apa kelebihan bersedekah ini?

Mari along kongsikan kisah kehidupan along. Harap cerita yang tak seberapa ini dapat membuka mata, membuka minda kepada anda semua untuk bersedia melakukan hijrah untuk bermula membuat amalan bersedekah ini.

Sejak ibu ayah along berpisah ini, kewangan keluarga kami semakin teruk. Kerana apa? Kerana banyak hutang yang perlu dijelaskan. Selain itu, kami tiada sumber kewangan duit masuk, tapi hanya ada duit keluar sahaja. Belanja pun untuk keperluan rumah je hari-hari.

Sampaikan untuk mengukuhkan kewangan ekonomi keluarga kami, adik along pula yang sanggup untuk bekerja. Memang agak sedih sebab dia masih muda, tapi hati di sungguh murni untuk membantu kami. Along kena habiskan belajar dulu barulah boleh kerja (itu semua hasrat ibu dan ayah)

Lepas tu, kami cari alternatif lain untuk mencari sedikit duit untuk tampung keperluan hidup. Maka masa itu bermulalah kami bercadang membuat kuih. Memang banyak sangat halanga dan rintangan yang kami tempuhi. Kalau orang lain, buat kuih je terus dapat jualan, tapi kami tidak. Macam-macam kami tempuh. Itu semua kami anggap 1 dugaan / ujian dari Allah.

Selepas itu, ibu semakin berputus asa, sebab apa sahaja yang diusahakan tak menjadi. Sampai jumpa bermacam-macam orang ada yang kata ada orang dengki tak senang tgk kami berjaya. Kami hampir-hampir percaya. Tapi siapakah PENDENGKI itu??

Kemudian, kami bertemu pula dengan seorang ustaz untuk medapatkan khidmat nasihat. Masa tu ibu luahkan segala-gala yang terbuku dalam hatinya. Akhirnya kami temui satu jawapan...

Ustaz: Selalu tak bersedekah?

Kami: Kadang-kadang ada kadang-kadang tidak

Ustaz berkata:

"Penawar untuk masalah ini, banyakkan lah bersedekah walaupun 1 sen. Sedekah lah dengan niat yang tulus ikhlas. Bersedekah lah di masjid-masjid jika singgah solat. Pasanglah niat semasa bersedekah. Mohon pada Allah untuk memberi rezeki yang limpah ruah , mohon keluarga dilindungi dari 70 bala.. Insyallah kehidupan kita akan senang.. Allah suka mereka yang bersedekah, teruskan berdoa, teruskan bermohon kepada DIA, jangan sesekali putus asa. Hanya DIA yang dapat memberi segala nikmat kepada kita. Betapa besarnya keagungannya"

Sejak daripada tu, along sendiri mula pupuk diri untuk bersedekah. Memang sedih kerana diri ini terlalu kerdil kerana tidak manfaatkan segala nikmat yang diberi oleh Allah. Oleh itu, marilah kita sama-sama mempunyai sikap yang suka bersedekah bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi sepanjang kehidupan kita.

P/s: Bersedekah juga dapat melindungi kita dari kemalangan..

2 comments:

Asrol said...


Salam tuan tanah..
Ni bukan nak komen pasal entri ni, tapi nak ucap Selamat Hari Raya. Hehe..


Blog korang di tag di AsrolMania

Anne Boleyn said...

emmm hana pon tak tau la along.. tak guna read more ngan mister linky widget tu..


p/s : jom join slot 'bingkisan salam syawal kat redmummy.com nak? anne boleyn da join.. meh baca latest entry. :)

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews