Saturday, May 2, 2009

Pelajar UiTM maut balik tonton wayang

Ini dari Utusan..

SHAH ALAM 1 Mei - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut setelah tercampak sejauh 50 meter dari kereta yang dinaikinya dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan di sini kira-kira pukul 3.45 pagi ini.

Mangsa, Syarifah Nabilla Alhady Syed Isa Samad, 22, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya, Norhafizie Mohamad, 22, yang memandu kereta Proton Wira yang dinaiki mereka itu patah kaki kanan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, kedua-dua penuntut Fakulti Pengajian Perniagaan UiTM kampus Shah Alam itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari ibu negara menuju ke Seksyen 7 di sini selepas keluar menonton wayang.

Katanya, sebaik tiba di susur keluar Persiaran Kayangan di sini, tayar kenderaan itu dipercayai pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di kawasan berkenaan.

Kereta yang dipandu Norhafizie itu kemudian merempuh sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam yang berada di laluan yang sama.

"Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala mayat Syarifah Babilla turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati, mereka baru pulang menonton wayang berdasarkan penemuan keratan tiket wayang dalam beg tangan Syarifah Nabilla," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Husin memberitahu, jenazah Syarifah Nabilla sudah dituntut keluarganya untuk urusan pengkebumian di Kampung Rawa 1, Halaman Damai di Georgetown, Pulau Pinang.

2 comments:

Mizz Zizee (Baiti) said...

mmg ngeri kemalangan nyer...jadikan sebagai iktibar dan panduan untuk kiter yg hidup nie utuk teruskan kehidupan dgn lebih berhati-hati..

Along25 said...

sangat ngeri mizz... samoai skg along rasa cam x caye apa yang da jadi ni... tapi kita kene yakin qada' & qadar allah.. yang hidup perlu ditruskan.. & lebih berwaspada..

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews