Saturday, May 2, 2009

Tragedi balik tengok wayang

Ini pula dari akhbar Metro..

Tragedi balik tengok wayang
Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Mereka baru pulang menonton wayang di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, namun kegembiraan pasangan kekasih, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), tidak lama apabila seorang daripada mereka terbunuh, manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Persekutuan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, mangsa, Syarifah Nabilla Alhady Syed Isa Samad, 22, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar kira-kira 50 meter dari kereta yang dipandu pasangannya, Noehafizi Mohamad, 22.

Ketika kejadian, kenderaan jenis Proton Wira dinaiki dikatakan hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum tersasar ke bahagian tepi lebuh raya ketika menghampiri susur masuk Persiaran Kayangan.

Berikutan itu, penumpang tercampak keluar menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sehingga mukanya tidak dapat dikenali.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata, polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian menemui keratan tiket wayang filem di dalam beg tangan Syarifah Nabilla.

Menurutnya, siasatan mendapati ketika kejadian kedua-dua itu dalam perjalanan menuju ke Seksyen 7 di sini dari arah ibu kota.

“Kira-kira 50 meter daripada susur keluar ke Persiaran Kayangan, tayar kereta itu dipercayai meletup menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Impak daripada itu, penumpang dipercayai tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar sebelum kenderaan itu merempuh sebuah lagi kereta jenis Proton Wira hitam di laluan sama,” katanya, semalam.

Rakan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu patah kaki kanan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala mayat mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

3 comments:

Farhana Sedek said...

mesti dasyat kan long..sampai masuk paper nie..takziah ye long..de budak kelas alg ker?

Miss Adia said...

hye along...takziah buat family kwn along tu...
pada semua..jdikan lah kisah ini satu iktibar..
mati itu pasti...cuma kita xketahui bila waktunyer tiba...
yg penting ble nek keta pki tali pinggang keledar k...

Along25 said...

a'ah ya... arwah tu classmate along.. memang x sangka... baru jumpe pas paper ritu.. tup2 esoknye dapat berita... agak terok jugak la.. along ingat nak lawat. tapi xdapat..

hye akak... kita amik la apa yang jadi ni jadi pengajaran buat kita semua.. jgn bawak laju2 pun perlu amik port gak tau.. huhuhuh

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews