Saturday, May 2, 2009

Pelajar maut dalam nahas selepas tonton X-Men

Salam... kejadian yang menimpa rakan ku semalam masuk dalam berita harian..
Semoga ia menjadi iktibar untuk kita semua..

Pelajar maut dalam nahas selepas tonton X-Men



SHAH ALAM: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut, manakala rakannya patah kaki kanan, selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuh Raya Persekutuan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Syarifah Nabilla Alhady Syed Isa Samad, 22, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar kira-kira 50 meter dari kereta yang dipandu rakannya, Noehafizi Mohamad, 22.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kedua-dua penuntut UiTM itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju ke Seksyen 7, di sini, selepas dipercayai keluar menonton filem X-Men Origin: Wolverine.

Apabila tiba di tempat kejadian iaitu kira-kira 50 meter daripada susur keluar ke Persiaran Kayangan, tayar kereta yang dipercayai dipandu laju meletup, menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

2 comments:

naddy said...

sedihkan cite ni...jadikan iktibar k..
setiap yg hidup mati itu pasti...
sian kwn along ni sedekahkan la Al-Fatihah pada arwah..
Takziah la pada keluarga...
ingat lah...jgn tlalu gembira kn...

Along25 said...

betul tu.. mudah2an ia jadi iktibar untuk kita semua.. sedih sangat.. kejap je rasanya...

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews