Monday, July 20, 2009

Semua NC disaran guna Facebook


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

Nota: Apa pendapat rakan2 semua ? :)

2 comments:

myQza said...

Fb pengasasnya org Yahudi ( ambik kenyataan dri blog Mazidul akmar sidek)

dalam dok heboh2 nak boikot barang israel ke apa ke.. malu sey.. nak soh aktifkan diri dgn fesbukk lak.. menteri lak ckp tu.. nampak sgt tak fikir jauh n panjang.

sebab politik sanggup buat pa saja.

Along25 said...

Pengasasnye yahudi ke? along tatau plak... sekarang along da dapat info... terima kasih atas komen awak ... mungkin kita dapat pengetahuan dari sini... kan3x? Politik biasala... kita pun tak dapat berbuat apa... hmm... sbb politik mereka sanggup buat apa saja...

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews