Friday, August 20, 2010

Dimanakah Aura Ku????

Salam 1 Malaysia!



Wah! nak jadi cam Mawi jugak. Time dolu-dolu kan Mawi disukai ramai kerana aura yang ada pada beliau. Kini dah ada 'slek' disebabkan sebab-sebab yg tertentu, auranya sudah hilang.. Takpelah Mawi, cuba kembalikan aura anda yer :)

Eh! ni bukan nak citer pasal Mawi. Habis satu page ni pasal Mawi pulak. Mana Aura ku?? (awat tibe-tibe citer pasal aura nih?)

Apa itu aura? Dari kefahaman along aura ini sesuatu yang istimewa yang ada pada diri kita. Mereka yang mempunyai aura yang cantik, menarik , perwatakan positif, murah rezeki ia pasti kelihatan menarik dipandangan mata orang ramai. Sebab itu orang suka pada kita.

Jika seseorang itu berwatakan kurang menarik, sentiasa murung dan malap, aura nya pasti malap juga.

Begitu juga dengan blog, blog juga perlu ada aura supaya ramai pengunjung suka berkunjung di blog kita. Mereka pasti tak jemu-jemu nak datang ke blog kita ni. Apa pengisian yang sepatutnya diletakkan di blog supaya kelihatan menarik?

Bagi along ia perlu lahir pada diri sendiri, tak perlu tiru cara orang lain sebab penulisan itu lahir pada diri kita. Mungkin ada sedikit sebanyak kita perlu ikuti untuk memperbaiki penulisan di blog kita. Ada blog yang sempoi, ada blog yang terlalu fakta, ada blog yang mencari publisiti juga hohohoh!

P/s: Mungkin sebab along kurang aura kot thats why tak ramai pengunjung gak nyer huhuhuhuhu~ Oh Mawi! berikan aura mu!

Update: Tadi along menjalankan proses 'ziarah menziarahi' seronok :)

1 comments:

sharo said...

aura..aura..ada pada diri anda,cuba renung bintang di langit,bilang setiap bintang yg ada.pasti aura akan timbul..hehe.

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews