Thursday, August 26, 2010

Franchise Ke French Fries?

Salam 1 Malaysia


Tadi along ada pergi taklimat mengenai French fries Franchise. Ni nak promote sikit, pada 29 September 2010 ini akan diadakan Majlis Pelancaran Usahawan Muda Franchise di PWTC. (Mati-mati ingat 29hb ni heheh salah tarikh da tadi) Perasmian itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. Tak sabar rasanya tunggu hari itu ..

Tujuan program ini dilancarkan adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan muda mengenai perniagaan franchise ini. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada bakal usahawan muda untuk membuka perniagaan sendiri. Yang lebih best lagi tu, PNS menjemput 50 franchisor untuk kita bertanyakan soalan mengenai selok belok perniagaan ni. Apa lagi, baik amik peluang ni sebaik-baiknya! Syok abis!

Menarik kan? along pun ada cita-cita nak setup perniagaan sendiri, tapi, ketandusan modal tak dapat nak bina perniagaan. Banyak lagi kene belajar nih. Sesiapa yang minat berbisnes, saya syorkan pergi ke pelancaran ni, macam-macam kita boleh dapat disana nanti.

P/s: Seorang usahawan wanita dapat menghasilkan 4 franchise dalam masa 5 tahun sahaja. Siapakah dia???

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews