Sunday, August 22, 2010

Rezeki Pagi Ini :)

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia

Selamat pagi kepada semua para blogger yang tak putus-putus kunjungi blog along yang simple ni ..
Hari ni along nak share berita gumbira kepada semua! Ramadhan ini sebenarnya banyak menguji along sekeluarga lebih-lebih lagi dari segi kewangan. Pelbagai cara kami lakukan untuk menambah pendapatan keluarga kami.

Maklumlah, ibu along 'single parents' nak menanggung 7 orang anak yang masih belum bekerja ni memang dia terasa susahnya. Tapi along tahu hati seorang ibu, walaupun susah, dia tetap kuat demi anak-anak nya. Tak sabar rasanya nak habis belajar dan terus kerja bantu ibu tercinta.

Macam-macam kami lakukan, sebelum ni jual kuih karipap pastu seronok sebab kuih habis terjual!. Tak lama lepas tu karipap kena rampas huhuhu.. Pastu tak jumpa tempat nak jual kuih kat mana lagi. Sampailah kami decide nak jual agar-agar. Alhamdulillah adalah sedikit sebanyak laku.



Ok lah, cukuplah cerita sedih tu, ni along nak kongsikan berita gumbira pula! Tokey kedai makan tempat adik along kerja, beliau minta kami membuat kuih cucur badak sebanyak 100 biji! Memang kami seronok sangat sebab adalah duit masuk nanti :D Jap gi nak pergi pasar beli bahan-bahan nak buat kuih tu :D

P/s: Allah pasti bantu mereka yang memohon kepadanya.. Terima kasih Ya Allah dengar rintihan kami...

0 comments:

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews