Friday, August 20, 2010

'Speed' membawa padah!

Salam 1 Malaysia!


Everybody like speed. Because speed is make us become fast! (Wah cakap omputih tu) Tapi korang tau tak 'speed' ni membawa padah pada kita semua? Tadi di kelas kami dikongsikan 1 video yang mana pengguna jalan raya guna jalan raya tu macam bapak mereka yang punya. Menggunakan had kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kematian.

Kalau kita lihat sekarang ni, pengguna jalan raya semakin sell fish selfish sangat! Selalu kalau kat jalan raya tu, pasti rasa cam tak selamat jer. Tambah pulak jalan pasti jem. Sebab apa? sebab mereka yang tidak mempunyai etika dalam memandu. Harap belajar amik lesen tapi, langsung tak gunakan pembelajaran tu dengan sempurna.

Tahukah anda?? kadar kemalangan di Malaysia adalah yang paling tinggi berbanding negara-negara Asia yang lain? Kita ni dah la rakyat sikit, kenderaan sikit tapi jumlah kemalangan terlalu tinggi. Macam mana tu?

Apa faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku? Dari penilaian, pemandangan along sendiri ia berlaku disebabkan:

  • Pentingkan diri
  • Suka kelajuan
  • Tak sabar
  • Sombong (fikir itu jalan dia je)
  • Nak cepat sgt sampai ke destinasi tanpa menghiraukan keselamatan orang lain
  • Tidak bertolak ansur
Macam-macam lagi boleh tambah. Ini lah yang along lihat para pemandu-pemandu sekarang.. Ada tu, bila nak potong tak tengok kereta yang lain, bila kene 'horn' sikit wah.. tercabar sungguh lalu lajukan keretanya memecut! Nak tunjukkan dia tak salah n bengang la tu..

Mungkin korang rasa entry ni terlalu 'common' sangat untuk korang baca, tapi sebelum ia terjadi pada keluarga kita, orang yg tersayang, kawan-kawan kita eloklah kita kongsikan info ini bersama mereka . Ingat, Sharing is Caring!

Mari kita sama-sama memansuhkan pengurangan kemalangan jalan raya yang dihadapi oleh negara kita (Malaysia) ini.

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews