Tuesday, October 6, 2009

MENGAPA USAHAWAN GAGAL?


Salam... Apa khabar semua...
Terima kasih kepada anda yang telah memberi ucapan takziah di atas pemergian opah yang tercinta... Terima kasih di atas keperihatinan anda semua...

Walau dalam kesedihan tidak bermakna along berhenti utk menulis blog kan ?

Ok, topik pada kali ini adalah " MENGAPA USAHAWAN GAGAL "

Ha... best tak? tiba2 jadi usahawan pulak hehehehhe....
Along dapat informasi ni dari rakan mail along yang dia willing to share for this information..

Dalam dunia ni ramai yang berbisnes. Ada yang betul2 berjaya, ada yang gagal, ada yang tutup langsung! (MUFLIS)

Kenapa ia mesti jadi macam ni? Sedangkan kita usaha bagai nak gila, tapi gagal jumpa puncak kejayaan.

Mesti ada sebabnya kan... Nak tau?

1.Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.

Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, la tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

2.Gagal mengurus aliran tunai.

Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

3.Suka bertangguh.

Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia mem-beri kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan. (Macam belajar pun sama gak kan? :) )

4.Mengambil mudah aspek persaingan.

Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

5.Strategi pemasaran yang tidak berkesan.

Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.

*Ok, nanti along sambung lagi... berminat nak baca lagi??? tunggu sambungan seterusnya... along ada class ni... ok tata!

2 comments:

sI tEDI said...

he he he he.. aku dulu belajar amek cos bussiness... ending2 keje opis

Along25 said...

hahahaha... takpe... sumtimes x semestinya apa yg kita belajar, kita akan jadi seperti apa cos yg kita amik... sumtimes leh brubah2.. apply kan bisnes ni utk family bisnes... mesti best.... tak pun bukak centre utk kucing ke... ha... mesti jadi... :)

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews