Wednesday, October 7, 2009

MENGAPA USAHAWAN GAGAL (2)

Salam kawan2, pagi ni kita sambung topic semalam... Macam mana? da baca? takpe, orang yang betul2 berminat dalam bisnes leh baca... [yang taknak baca pun tak mengapa :) ]

Ok, kita teruskan sambungan yg seterusnyer :

6. Khidmat pelanggan yang tidak cekap.

Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

7. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.

Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.

8.Kemahiran terhad.

Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.

9.Lokasi perniagaan tidak sesuai.

Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.

10.Tidak berfikiran jauh.

Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.

Last....

Kurang pengalaman.

Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

* Mcmana?? Along harap info ni dapat memberi manfaat pada anda semua. Along suke gak baca info yg diberikan dr sahabat along ni. Along akan cuba apply kan benda ni..

Note: Mane r tau kot2 kuih siput & gunting along berkembang hingga berjaya... btol x? amin.... :)

2 comments:

un said...

bagus topik ni.
terutamanya kepada usahawan melayu

Along25 said...

Terima kasih... harap usahawan2 di luar sana dapat memperbaiki perniagaan mereka... kdg2 penat dgr perkara negative mengenai usahawan melayu... so, kita sama2 tolong bangsa kita sendiri... kan? :)

Teman Along

Categories

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews